Dalam banyak rujukkan dinyatakan juga dimana teknologi merupakan aplikasi dari ilmu pengetahuan bagi penggunaan yang lebih praktikal dan efisien kepada kehidupan manusia. Manakala 'teknologi hijau' pula ia dilihat merujuk kepada pelbagai aspek didalam teknologi itu sendiri dimana ia membantu dalam usaha mengurangkan impak manusia terhadap alam sekitar dan menjadi salah satu jalan menuju pembangunan mampan. Apa pun isu kesamarataan sosial, murah, jimat, mesra alam dan kemampanan merupakan indikator utama bagi pembangunan teknologi hijau. Kalau ikut makna namanya sendiri iaitu 'Teknologi Hijau' mempunyai satu tujuan iaitu 'Hijau' atau 'Green' apa pun sebenarnya ia tidak bermaksud berkenaan warna. Ciptaan teknologi hijau adalah satu ciptaan mesra alam yang melibatkan ciptaan cekap tenaga, kitar semula, keselamatan, kesihatan dan sumber yang boleh diperbaharui dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Ia menggunakan sains dan teknologi dalam usaha untuk melindungi alam sekitar. Terdapat pelbagai kaedah atau teknik digunakan yang berada dalam kategori teknologi hijau. Dalam pada itu ia berkait dengan teknologi diantaranya kimia hijau, penataan alam sekitar, bangunan hijau dan lain-lainnya. Kesemua kaedah atau metadologi ini harus memastikan alam sekitar kekal terpelihara. Apa pun matlamat utamanya ia adalah untuk menghidupkan kembali kerosakan ke atas ekosistem. Ia juga turut dikenali sebagai teknologi alam sekitar atau teknologi bersih. Teknologi hijau juga diaplikasikan pada pembangunan dan penggunaan produk, alatan dan sistem yang digunakan untuk memelihara sumber dan alam sekitar, dimana ia mengurangkan kesan negatif yang terhasil daripada aktiviti manusia. Dalamkaitan dengan aplikasi pada produk dan atau peralatan atau sistem yang dirujuk sebagai teknologi hijau harus memenuhi kriteria termasuk ia meminimumkan tahap kemusnahan alam sekitar serta proses pembebasan gas rumah hijau sifar atau lebih rendah. Teknologi ini juga dikaitkan dengan pelepasan emisi yang selamat dan tahap meningkatkan kualiti alam sekitar yang lebih sihat untuk semua. Teknologi ini akan memelihara penggunaan tenaga dan sumber alam serta ia mempromosikan penggunaan sumber yang boleh diperbaharui. Sebagai contoh, industri pembuatan kereta sekarang sudah beralih arah dengan pengunaan teknologi hybrid dan elektrik bagi mengantikan petrol dalam usaha mengurangkan pembebasan karbon. Aspek penting teknoogi ini ada dalam kebanyakan sistem bagi pengangkutan awam seperti Komuter, ERL , LRT , MRT sudah lama menggunakan tenaga elektrik. Kini penggunaan kereta eletrik (EV) sudah disasarkan sebagai salah satu jenis kereta masa depan mengikuti teknologi hijau.
Teknologi hijau yang menggunakan sumber yang boleh diperbaharui mempunyai potensi ekonomi yang besar dan membuka peluang pelaburan yang baik kepada para pelabur dan usahawan. Dilaporkan dimana kini pasaran teknologi hijau telah banyak berkembang dengan agak pesat dengan keuntungan yang besar di negara maju. Dari sudut sebagai pengguna pula pembaca blog juga perlu harus tahu bahawa membeli dan menggunakan teknologi hijau pula boleh mengurangkan kos bayaran bil bulanan dan menggunakan produk teknologi hijau adalah lebih selamat dan sihat. Banyak perkra yang mana teknologi hijau akan memberi maafaat kepada pengguna. Isu Kitar Semula yang mana ia merupakan satu aspek didalam teknologi hijau membantu menguruskan sisa bahan kitar semula. Kaedah ini dilaporkan akan dapat membantu bagi tujuan yang bermanfaat. Teknologi ini digunakan didalam industri mengurusan sisa, sisa pembakaran dan lain-lain. Kini ada terdapat pelbagai bahan kitar semula yang boleh ianya digunakan untuk menghasilkan baja tumbuhan, arca, bahan api dan juga perabot. Dalam teknologi Pembersihan Air pula dilihat yang teknologi hijau membersihkan air. Keterdesakan untuk mendapatkan air minuman yang bersih menjadi keutamaan. Berdasarkan penggunaan pelbagai teknologi, banyak kempen telah berjaya memberikan masyarakat air minuman yang bersih. Di Malaysia dimana diantara ketara yang berlaku iaitu ada syarikat Coway dan Cucko yang telah berjaya menembusi sebahagian besar masyarakat di Malaysia dalam menyediakan air bersih melalui kempen pemasaran mereka yang agresif. Penulis blog sendiri sudah bertahun menjadi pengguna kepada produk penapis air eperti Coway dan Chukoo di beberapa premis. Teknologi ini juga melibatka aktiviti Membersihkan Udara iaitu dengan menangani pembebasan karbon juga merupakan satu fokus utama. Seiring dengan pelbagai teknologi yang dibangunkan oleh manusia. Industri automotif, perkilangan dan lain-lain menyumbang kepada pembebasan karbon yang tinggi dan merosakan alam sekitar. Teknologi hijau dapat membantu mengurangkan pembebasan karbon dan membersihkan udara. Ini membolehkan manusia dan semua yang bernyawa dapat bernafas dengan lebih baik. Penting dalam konsep teknologi hijau dimana cara Memulihara Tenaga diambil kira kerana teknologi hijau mampu untuk memulihara tenaga. Kini sudah ada pelbagai alternatif telah diperkenalkan bagi mengantikan peranti yang menggunakan banyak tenaga elektrik atau bahan bakar. Dilaporkan penggunaan kereta elektrik semakin meningkat dan kita dapat lihat penggunaan yang tinggi di United Kingdom dan di China. Masyarakat yang menggunakan peranti mesra alam juga amat mengalakan. Kini walaupun pemasangan peranti mesra alam ini agak mahal bagi sesetangah pengguna seperti kos panel solar namun manfaat dalam mengurangkan perbelanjaan sangat besar. Apa pun dalam sembang ini dilaporkan teknologi hijau berkait dengan cara Memperbaharui Ekosistem dimana teknologi ini idgelar juga sebagai 'Teknologi Bersih' yang bermanfaat untuk memberi nafas baru ke dalam ekosistem yang telah didakwa ia mengalami kerosakan akibat tangan manusia. Cara dalam penggunaan teknologi ini dimana pokok ditanam semula, sisa diurus dan dikitar semula. Ini memastikan ekosistem yang terjejas dapat berjalan semula, sekaligus terus dipelihara. Apa pun cara ini membantu memastikan tumbuh-tumbuhan dan spesies haiwan tidak pupus dan terpelihara dengan baik. Bumi perlukan perlindungan dan teknologi hijau mampu didalam memberikan solusi yang tepat bagi menyelamatkannya kerana kita semua bergantung hidup diatas muka bumi ini.
Bagaimana pun ada banya juga cabaran terhadap perlaksanaan Teknologi Hijau ini. Teknologi hijau memang mampu untuk memberikan solusi yang baik kepada kita dan juga bumi ini. Namun terdapat cabaran yang perlu dihadapi, umumnya bagi mengantikan teknologi hijau dengan teknologi sedia ada melibatkan kos yang tinggi. Apa pun ini berpunca dengan mengambil kira kos bagi dapat pemeliharaan alam sekitar diluar proses produksi secara konvensional. Disebabkan teknologi hijau masih baru maka kos pembangunan dan latihan yang berkaitan akan menjadi lebih tinggi berbanding teknologi sedia ada. Bagaimana pun bagi menikmati manfaat daripada teknologi hijau maka ia juga bergantung kepada beberapa faktor yang lain seperti bagaimana ketersediaan infrastruktur sokongan, kesediaan teknologi, sumber manusia mahir dan elemen geografi turut mempengaruhi. MAsih ada terdapat halangan lain yang mengekang penggunaan teknologi hijau. Antaranya kekangan institusi, seperti kekurangan rangka kerja pengawalseliaan yang sesuai, kekangan teknologi, kewangan, politik, budaya atau hal-hal lain berkaitan perundangan. Apa pun dari perspektif syarikat perusahaan pula, cabaran terbesar bagi mengaplikasikan teknologi hijau tentulah berkenaan perbelanjaan pelaksanaan yang tinggi. Dilaporkan selain itu isu kekurangan maklumat atau tidak mempunyai sumber alternatif bagi sumber mentah atau bahan kimia yang digunakan, impak terhadap produksi, kekurangan sumber manusia dan kemahiran turut menjadi cabaran bagi menerapkan teknologi hijau secara total. Secara realitinya untuk menyelesaikan halangan dan cabaran ini, ia perlu melalui proses yang sangat rumit. Oleh itu, keperluan untuk mengenalpasti dan mencari penyelesaian bagi setiap cabaran yang menghalang penggunaan teknologi hijau dalam skala besar bagi sebuah negara amat diperlukan dalam usaha mempromosikan teknologi hijau di semua peringkat. Dimana juga penting agar dasar teknologi hijau di Malaysia teris di perkukuhkan. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam usaha untuk mempromosikan teknologi hijau ini, dan kita sudah merangka dasar-dasar teknologi hijau sejak tahun 2009 lagi. APa pun teknologi hijau menjadi portfolio Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTHHA) yang ditubuhkan pada 9 April 2009 dan Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) telah dilancarkan Perdana Menteri ketika itu pada Julai 2009 dan menekankan aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan mapan. DI Malaysia Dasar Teknologi Hijau Negara berasaskan empat tunggak iaitu SSektor Tenaga untuk mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga. Kedua adalah Sektor
Alam Sekitar bertujuan memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar serta Sektor Ekonomi untruk terus mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi. AKhir sekali adalah Sektor Sosial iaitu agar dapat meningkatkan kualiti hidup untuk semua. Apa pun di MAlaysia berdasarkan 4 tunggak diatas kemudian di gariskan lima (5) objektif yang perlu dicapai. Ia adalah untuk menyelaraskan pertumbuhan industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangan Teknologi Hijau terhadap ekonomi Negara. Kedua adalah untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi Negara. Ketiga adalah untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa. Keempat untuk memastikan agar dasar pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang dan ke limat untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau. Kini usaha kerajaan untuk menggalakkan pembangunan aktiviti teknologi hijau, kerajaan telah menyediakan beberapa insentif yang dimasukkan didalam Belanjawan Negara yang di umumkan. Melihat kepada usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia, anda boleh menilai bahawa teknologi hijau masih berada difasa awal dan masih banyak yang perlu dilakukan bagi merancakkan pertumbuhan dan penggunaan teknologi hijau di Malaysia. Berdasarkan matlamat jangka pendek yang dipetik di Rancangan Malaysia dimana kerajaan mensasarkan supaya kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau itu sendiri. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PENGGUNA UNTUNG...ADA DI MALAYSIA...
PELBAGAI INSENTIF...BAJET DI SEDIA...
SEMBANG MUDAH... RUJUKKAN PEMBACA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Muharam 1446H).