Support My Blog

Wednesday, May 5, 2021

UNJAM - APA PENTINGNYA? (Part 1)

UNJAM
merupakan struktur bahan semulajadi seperti daun kelapa yang diikat dan diapungkan dipermukaan air laut yang bertujuan untuk mengumpulkan ikan bagi tujuan penangkapan ikan oleh nelayan. Pembinaan unjam ini dilakukan oleh para nelayan komersil dan nelayan tradisional adalah berbeza kaedahnya. Bagi nelayan tradisional mereka membina unjam dikawasan sekitar 3 - 5 batu nautika dari pantai dimana ia dibuat sendiri nelayan untuk mereka mengail, memasang bubu dan cara penangkapan tradisional lain. Bagaimana pun bagi nelayan komersil mereka akan memasang unjam didasar laut pada kedudukkan sekitar 5 - 30 km oleh pemilik vesel penangkapan ikan komersil dengan peralatan penangkapan ikan seperti pukat jerut komersil dan sebagainya. Bagaimana pun nama unjam inii di kawasan pantai barat Semenajung Malaysia seperti di Perlis, Kedah, Perak dan Selangor ia dipanggil sebagai 'Tuas'. Tujuan pembinaan unjam, tukun, payao dilaut adalah untuk membantu meningkatkan sumberi perikanan marin, meningkatkan pengangkapan ikan dan pendapatan nelayan, mengumpulkan ikan untuk agrotourism dan rekreasi (para peminat memancing) serta sebagai peranti untuk mengumpul ikan yang efektif. Penulis blog merujuk kepada beberapa laporan mengenai industri perikanan dimana mengikut P
ertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menyatakan 75 peratus sumber perikanan telah diekploitasi secara berlebihan. Lebih mengejutkan dimana kajian saintifik oleh pakar perikanan dari Kanada dan Amerika Syarikat ada menunjukkan stok perikanan dunia akan habis menjelang tahun 2048. Purata minimum protein yang diperlukan oleh manusia adalah 0.8 gram sehari. Dalam setahun manusia memerlukan paling minimum 29 kilogram protein. Sumber protein yang murah adalah daripada sumber perikanan. Sumber perikanan ini boleh didapati daripada pendaratan ikan liar dan akuakultur. Malaysia merupakan antara sebuah negara maritim dan dikelilingi laut seluas 614,000 kilometer persegi. Tanpa disedari, sektor perikanan telah menyumbang kira-kira 1.5 peratus kepada kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan telah menyediakan peluang perkerjaan kepada 130,645 nelayan di Malaysia. Sumbangan perikanan kepada ekonomi negara tidak dapat dipertikaikan lagi. Pada tahun 201 dilaporkan Malaysia telah kehilangan RM6 bilion kerana perikanan illegal, unregulated and unreported (IUU). Ini tidak termasuk hampir 43 peratus ikan baja yang terperangkap dalam pukat tunda. Artikel pagi selasa 22 Ramadan 1442 ini saya menulis didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai unjam dan kepentingannya didalam industri perikanan untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Di Malaysia dilaporkan dimana zon penampan bagi kelestarian sumber perikanan terletak di pesisiran pantai iaitu 0-1 batu nautikal (b.n) dan 1-8 b.n. Apa pun kawasan ini merupakan kawasan yang kaya dengan nutrien dan makanan hidup bagi anak ikan. Habitat ini memang seharusnya diuruskan dengan baik bersandarkan kajian yang mendalam dan teliti. 
Antara masalah yang dihadapi oleh komuniti nelayan adalah ikan yang semakin berkurangan, saiz ikan yang semakin mengecil, perubahan jenis ikan di pesisiran pantai, peralatan perikanan yang semakin tidak berkesan dan kawasan tumpuan ikan mengikut saiz dan jenisnya. Pembinaan unjam dan tukun tiruan bagi menggantikan habitat yang telah musnah akibat hakisan pantai perlu dilakukan. Tukun dan unjam ini telah diletakkan di kawasan yang berpotensi untuk menjadi habitat baharu bagi sumber perikanan. Selepas dua tahun biasanya terdapat beberapa jenis spesies ikan komersial telah mula hadir di sekitar unjam dan tukun ini. Unjam dan tukun yang diletakkan pada mulanya akan mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan akuatik seperti terumbu karang. Terumbu karang ini pula akan menarik perhatian plankton yang menjadi sumber makanan ikan kecil. Apabila ikan kecil hadir, ikan yang bersaiz lebih besar akan hadir di kawasan tukun dan unjam tersebut. Penulis blog faham dimana antara masalah seharian yang dihadapi oleh nelayan dalam menerokai sumber lautan adalah menentukan lokasi ikan yang sesuai mengikut jenis dan saiznya. Kebanyakan para nelayan pesisir pantai menentukan lokasi perikanan dengan menggunakan kehadiran ikan lumba-lumba yang mengepung ikan pelagik dan kehadiran burung camar tersebut di permukaan air. Namun teknik ini mengambil masa dan memakan kos yang tinggi terutamanya dari segi penggunaan minyak untuk kerja pemasanagan unjam dan penangkapan ikan. 

Dalam media tempatan Utusan Malaysia dengan artikel bertajuk 'U
njam tingkatkan pendapatan nelayan' menarik dirujuk. Dari Melaka dilaporkan lebih 1,000 keluarga nelayan kawasan Umbai Pernu kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan melabuhkan 30 unjam di perairan Jeti Nelayan Umbai (Sila lihat foto disebelah). Upacara ini oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan semasa pemasangan unjam itu bertujuan untuk menambah habitat pelbagai spesies ikan sekaligus mampu meningkatkan pendapatan 290 nelayan di dalam Parlimen Jasin. Diharapkan usaha ini dapat memberi sedikit insentif kepada nelayan yang menjadi antara kumpulan sasaran yang perlu dibantu. Semua kawasan-kawasan unjam ini akan ditanda untuk memudahkan para nelayan dan pemancing berada ditempat habitat ikan sekaligus meningkatkan lagi pendapatan mereka yang terjejas. Kaedah pelaksanaan projek unjam MyKP ini akan memberi peluang kepada komuniti perikanan untuk menguruskan unjam secara bersama di samping memberi manfaat kepada nelayan secara berkelompok. Kini dengan adanya program sebegini ia dapat meningkatkan Iagi kecekapan operasi penangkapan ikan melalui kaedah pengurusan yang terkawal dan tersusun.  Unjam adalah sejenis alat yang diperbuat daripada daun kelapa yang diikat dan dilabuhkan ke laut supaya menjadi tempat ikan berkumpul. Bagi nelayan tempatan Zulkifli Jon yang merasa lega kerana kerajaan prihatin dengan keluhan nelayan kawasan berkenaan yang terjejas pendapatan akibat kemerosotan hasil laut sejak penambakan laut. Unjam adalah kaedah paling mudah dan murah untuk meningkatkan lagi pendapatan nelayan pantai yang sebelum ini terjejas berikutan projek penambakan laut selain kemasukan bot pukat tunda yang kerosakan benih ikan. Beliau yakin selepas tiga atau empat bulan maka pendapatan nelayan akan bertambah baik.

Kes lain di Marang Terenggani dimana Sinar Harian melaporkan '
Pasang unjam lebih banyak dekat pantai'  adalah langkah bijak. Pemasangan unjam merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk mengayakan hidupan marin dan perlu diperbanyakkan di kawasan berdekatan pantai bagi menarik perhatian ikan berkumpul. Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya usaha itu akan dapat membela nasib komuniti nelayan pesisir pantai sekiranya pemasangan unjam ditumpukan di kawasan berkenaan. Menurutnya aktiviti turun ke laut bagi menangkap hasil laut merupakan kehidupan harian penduduk pesisir pantai dan justeru pemasangan unjam di tepi pantai amat perlu dilakukan.  Kaedah ini akan menarik ikan datang kepada unjam jika unjam dibuang di tepi-tepi pantai. Kita akan dapat banyak faedah daripada cara ini. Antaranya pembiakan ikan tidak diganggu sebagaimana dibuang di (tengah) laut dan (ia) boleh meningkatkan hasil tangkapan nelayan yang balik. Dilaporkan selepas membuang unjam sebelum ini pada bulan lepas telah ada banyak ikan yang masuk ke darat seterusnya menyebabkan hasil yang ditangkap oleh nelayan (pantai) meningkat. Dinyatakan dimana sekarang ikan banyak berada di laut aras dalam akan tetapi untuk laut dalam ini kepunyaan mereka-mereka yang bermodal besar, bot besar, orang kaya yang melibatkan rakyat asing amat berbeza dengan kemampuan nelayan kecil. Oleh sebab itu apabila buang unjam di sana (kawasan laut dalam), maka ikan-ikan tersebut akan berkumpul di sana. Apa yang berlaku sekarang ini adalah (keadaan di situ) didakwa sudah tidak terkawal. Di laut dalam sering berlaku pencerobohan daripada rakyat asing sangat ketara dimana berlaku kes unjam-unjam yang dibuang itu habis rosak dan berlaku kerugian begitu sahaja. Artikel ini dibahagi dalam dua segmen ini iaitu Part 1 dan Part 2 dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna mengenai unjam dan laporan media berkaitan kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
NAMA UNJAM... DILAUT SANA....
GUNAKAN...DARI DAUN KELAPA...
IKAN KUMPUL... NELAYAN SUKA...
BANYAK DILAPOR... OLEH MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Ramadan 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...