Support My Blog

Monday, May 17, 2021

TEKNOLOGI TANAMAN LADA HITAM

TEKNOLOGI TANAMAN LADA HITAM
ada disediakan dalam risalah Panduan dan Penyediaan Tanaman Lada Hitam yang dikeluarkan oleh Lembaga Lada Malaysia (Malaysia Peper Board). Lada hitam (Piper nigrum Linn) merupakan rempah yang digunakan dengan meluas di dunia iaitu tumbuhan tropika yang hidup menjalar. Malaysia adalah antara negara pengeluar terbesar lada hitam di dunia yang kini didominasi oleh Indonesia. Lebih dari 98% pengeluaran lada hitam di Malaysia adalah dari Negeri Sarawak yang melibatkan kira-kira seramai 70,000 pekebun kecil. Pada masa sekarang kawasan penanaman lada dianggarkan 15,000 hektar yang kebanyakannya adalah oleh pekebun kecil terutama sekali dikawasan rumah panjang. Pada peringkat awal buahnya berwarna hijau muda dan kemudian warna kulit buah akan bertukar kuning dan merah pada peringkat matang (Sila lihat foto diatas). Pemprosesan lada hitam mempunyai beberapa peringkat sama ada untuk menghasilkan Lada Hitam, Lada Putih, Serbuk Lada dan pelbagai produk lain memerlukan jemuran cahaya matahari selama 3 - 4 hari. Untuk memproses lada putih pula selalunya buah yang matang perlu direndam dalam air selama 15 hari untuk tujuan pembuangan kulit. Seterusnya biji lada tersebut perlu dibersihkan dan akhirnya dijemur selama 3 - 4 hari sehingga kering sebelum digred dan dibungkus. Penulis blog yang pernah bertugas di Jabatan Pertanian Sarawak selama dua tahun lebih beberapa kali membuat kunjung hormat ke Ibupejabat Lembaga Lada Malaysia di Kuching dan membuat tinjauan teknologi kawasan tanaman lada hitm di seluruh negeri Sarawak dahulu. Artikel pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis semula teknologi penanaman lada merujuk kepada risalah daripada risalah dan pengalaan penulis blog sendiri untuk dijadikan bhan rujukkan semua.

Varieti Lada Hitam yang komersl di Malaysia ada
 tiga vareiti yang disyorkan untuk ditanam iaitu Varieti Kuching, Semengok Emas dan Semengok Aman. Ketiga-tiga varieti ini adalah telah disyorkan bagi ditanam kerana ia boleh memberi hasil pungutan lada yang memberangsangkan, lebih toleren kepada penyakit dan perosak lada serta mempunyai jangka hayat yang panjang. Dari segi kesesuaian tanah sebenarnya lada hitam sesuai ditanam di dalam pelbagai jenis tanah. Bagaimanapun perlu diketahui dimana bekas kawasan penanaman getah TIDAK disyorkan disebabkan penyakit akar putih (white root disease) yang kerap berlaku. Tanah paling sesuai ialah jenis tanah mineral berwarna kuning merah (red yellow podzolic soil) dengan pH tanah antara pH5.0 - pH6.0. Jenis tanah berpasir, keranggas dan gambut tidak sesuai untuk tanaman lada hitam kerana tanaman ini memerlukan kayu sokongan untuk ua merayap dan ia perlu kukuh. Bagaimana pun kini sudah ada beberapa orang usahawan muda yang menanam lada hitam diatas tanah bris di Pahang menggunakan sistem rumah teduhan yang dibuat daripada Black Netting dan sistem pengairan yang sempurna. Projek tanaman lada hitam di tanah bris ini dilihat mampu mengoptimakan kawasan tanah bris sebagai satu kawasan pengeluaran dengan teknologi bau walau pun kos agak tinggi diperingkat permulaan (Sila lihat foto dibawah sekali). Bagaimana pun tanaman lada memang memerlukan sistem saliran yang baik adalah penting untuk mengalirkan air berlebihan di ladang. Teres perlu dibuat jika kecerunan melebihi 40 darjah dikawasan tanah bercerun.

Penyediaan benih tanaman lada adalah asas penting sebelum menanam lada. 
Pemilihan Pokok Induk Pokok induk mesti memenuhi kriteria seperti ianya dari varieti yang disyorkan, mesti bebas daripada penyakit dan perosak atau pastikan tidak kekurangan nutrien. Sebaiknya pokok untuk buat benih adalah dari pokok muda yang berumur lebih 1-2 tahun. Penyediaan keratan untuk benih diambil daripada pokok induk yang mempunyai 4-6 buku. Keratan akan terus ditanam di tapak semaian dan sebaiknya ia dibiarkan berakar dahulu. Medium yang selalu dicadangkan adalah pasir sungai. Selama 1 bulan biasanya keratan dibiarkan berakar di tapak semaian sebelum ditanam di kebun. Adalah dicadangkan agar keratan ditanam pada musim hujan diana kalau perlu lakukan aktiviti penyiraman air yang kerap yang perlu dibuat pada peringkat awal semasa penanaman. Alternatif lain ialah pemindahan keratan berakar ke polibeg dan dibiarkan tumbuh selama 2-3 bulan. Jarak penanaman yang disyorkan bagi lada hitam ialah 1.8m x 2.4m atau 2.1m x 2.1m. Sebaiknya tanaman penutup bumi seperti Arachis pintoi disyorkan agar tanam sebagai penutup bumi dimana jarak tanaman yang dicadangkan adalah 2.0m x 2.4m atau 2.4m x 2.4m iaitu lebih jauh kerana memberikan cahaya mncukupii untuk tanaman penutup bumi. Tanaman lada hitam memerlukan Kayu Sokongan terdiri dari kayu yang kuat dan tahan lama seperti Kayu Belian sebagai tiang sokongan yang paling sesuai digunakan. Alternatif lain ialah pokok kayu hidup seperti Gliricidia, Dedap dan Simpuh (Buan).

Jadual 1: Pembajaan Pokok Belum Matang

Sebelum menanam anak benih di ladang sebaiknya dibuat busut (bakut) berbentuk bulat setinggi 20 cm dan berdiameter kira-kira 50 cm dan ia disediakan bertujuan untuk tujuan menggembur tanah. Pemberian Kapur (dolomite/baja masam) sebanyak 1.0 kg ditabur atas busut untuk meneutralkan pH tanah (mengelakkan keasidan tanah) dan membasmi kuman (patogen) tanah. Kerja menanam boleh dimulakan sebulan selepas kapur ditabur. Masa yang sesuai untuk penanaman lada ialah antara bulan Oktober-Disember sehingga Mac (musim hujan). Keratan lima buku dicadangkan untuk penanaman. Tiga buku paling bawah ditanam dalam lubang dengan kecondongan 20-35 darjah. Buku yang keempat dan kelima dibiarkan di permukaan tanah. Anak benih yang baru ditanam mesti dilindung dengan pelepah paku pakis (fern leaf) dan kelambu nilon hitam. Bagi pengurusan pokok yang belum matang (vegetative stage) sebaiknya dilakukan pemangkasan yang mesti dibuat 
dibuat bertujuan untuk menghasilkan cabang sisi yang banyak sepanjang tiang sokongan dalam masa 20 - 24 bulan selepas ditanam. Pertumbuhan cabang sisi yang banyak secara langsung boleh meningkatkan hasil tuaian sebab di sinilah pembungaan dan pembuahan lada berlaku. Pemangkasan pertama dibuat pada 6-8 bulan selepas ditanam. Pucuk utama (terminal shoots) dicantas kepada 30cm daripada permukaan tanah. Pemangkasan kedua dibuat 12-14 bulan selepas ditanam apabila pokok lada sudah tumbuh sehingga setengah ketinggian tiang sokongan. Hanya 3 pucuk terbaik dibiarkan tumbuh. Pemangkasan ketiga dibuat apabila pucuk utama (terminal shoots) sudah tumbuh sehingga hujung tiang sokongan. Semua pucuk sisi (pucuk ular) di bahagian atas dan bawah pokok hendaklah dipangkas kerana pucuk-pucuk ini tidak akan mampu untuk menyumbangkan kepada hasil pungutan.


Pada peringkat awal penanaman sebaiknya pokok lada perlu dibantu supaya dapat melekat pada tiang sokongan hidup. Ketinggian tiang sokongan yang dicadangkan ialah 2 meter. Tiang sokongan hidup perlu dicantas supaya hanya dahan utama bertumbuh. Pertumbuhan cabang sisi tiang sokongan mesti dielakkan. Pertumbuhan pucuk dan daun di bahagian atas boleh dibiarkan. 
Pembajaan lada hitam dilakukan dengan dua kaedah iaitu Peringkat Tumbesaran dan Peringkat Pokok Matang. Untuk pokok yang belum matang sebaiknya jumlah kekerapan dan kuantiti baja digunakan adalah seperti Jadual 1 yang dipaparkan. Pembajaan Peringkat Matang dimulakan pada tahun ketiga penanaman apabila pokok lada telah mencapai peringkat matang. Pada peringkat ini sebaiknya pokok lada adalah sesuai dibiarkan berbunga dan berbuah. Mengikut keadaan cuaca tahunan, pembajaan dicadangkan bermula pada bulan Julai dan berakhir pada bulan Disember. Pembungaan lada digalakkan bermula bulan Januari dan pungutan hasil dijangka sebelum bulan Julai seperti Jadual diatas. Penanaman lada hitam perlu di kawal rumpai sama ada dilakukan secara manual atau menggunakan racun rumpai yang disyorkan contohnya seperti Basta (Ammonium glufosinate) dan sebagainya. Kini kalangan petani mereka telah menanam penutup bumi jenis kekacang seperti Arachis pintoi yang menyuburkan tanaman, mengawal kelembapan dan mengawal rumpai. Kerja-kerja amalan agronomi seperti kawalan perosak, kawalan penyakit dan memetik hasil perlu dilakukan mengikut manual tanaman lada hitam seterusnya. Semuga artikl ini memberi info berguna kepasa semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
TANAM LADA ... BAGAIMANA CARA...
SEDIA TANAH... TIANG SOKONGAN ADA...
BENIH DITANAM... DI SIRAM AWALNYA...
DIBUAT BUSUT... SERING DIBAJA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 320, Hotel Hilton,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(23 RabiulAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...