Support My Blog

Friday, May 7, 2021

PANDAN SERBUK - PRODUK POTENSI

PANDAN SERBUK
(Pandan Powder) merupakan sejenis produk baru yang diperbuat daripada daun pandan dan sesuai dikomersilkan untuk pelbagai kegunaan. Daun Pandan adalah bahagian dari 
Pandan (Pandanus amaryllilfolius Roxb) iaitu sejenis tanaman dari keluarga Pandanaceae yang terdapat di Malaysia dimana ia selalunya ditanam dikawasan keliling rumah untuk kegunaan sendiri. Penulis berpeluang membuat tinjauan teknikal penanaman pandan di Daerah Kulaijaya, Johor secara komersil dan luas dimana ianya merupakan satu projek yang agak unik dimana ia rupanya amat sesuai dengan intergrasi dengan kelapa sawit. pandan adalah jenis tumbuhan jenis berperdu yang tumbuh tegak ke atas dimana diseluruh dunia terdapat lebih dari 600 spesis pandan tetapi hanya 60 spesis telah dibuat kajian agak lengkap oleh para saintis. Pemerhatian saya mendapati keluarga tumbuhan pandan ini dari yang jenis renek setinggi 0.3 meter hibgga jenis yang tinggi sehingga 20 meter (66 kaki). Tumbuhan pandan yang popular di Malaysia adalah jenis Pandanus amaryllifolius sinonim dengan Pandanus odorasitimus atau mudahnya pandan untuk makan. Di Asia Tengara pula ada dua jenis pandan yang lazim dikenali adalah Pandan Biasa (untuk masakan) dan Pandan Wangi (Untuk dijadikan produk kosmetik dan perubatan). Pandan wangi mempunyai saiz daun dan tumbuhan lebih kecil dari pandan biasa. Pandan Wangi digunakan untuk buat sirap yang memberikan aroma dan rasa lazat minuman sirap tersebut. Daun pandan juga sangat penting dalam majlis perkahwinan orang-orang Melayu dan Majlis lain (Potong Jambul, Berkhatan dsb) untuk dibuat 'Bunga Rampai' dicampur dengan bunga-bunga lain. Daun Pandan juga sesuai diguna untuk dijadikan ramuan dalam banyak jenis kuih mueh tradisional seperti Lempeng Gulong, Kek Pandan, Bingka Pandan, Roti Pandan, Kueh Tako, Apam Pandan dan bepuloh jenis kueh lagi. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai potensi membuat pandan serbuk untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua. Artikel ini mengambl masa agak lama untuk ditulis selepas saya membuat beberapa kali penelitian dan tinjauan di Melaka dan Johor.

Serbuk daun pandan yang teah kering dan disimpan dengan baik boleh dijadikan stok perasa daun pandan yang terbaik. Produk ini mudah dibuat sendiri dan sangat praktikal serta tahan lama jika disimpan dengan pembungkusan yang baik. Bahan ini boleh disimpan idalam bekas kedap udara, balang, beg plastik kalis udara atau disimpan ditempat sejuk kering dengan bertutup kuat. Beberapa pek yang disimpan baik mampu tahan sehingga berbulan-bulan malahan ada yang mencapai tahun. Kini memang sudah ada produk  komersil serbuk daun pandan dipasaran dan mudah membelinya dipremis tertentu. Bagaimana pun jika tidak mahu membeli mungkin semua orang boleh membuatnya sendiri dirumah atau kalau ada minat berniaga boleh sesiapa juga yang berminat untuk mengkomersilkannya.. Bahan yang diperlukan adalah pastinya d
aun pandan segar secukupnya (jumlahnya bebas tergantung seberapa banyak serbuk yang akan dibuat). Mula sekali dapatkan daun pandan segar dan dibersikhan atau dibasuh dari kekotoran. Buang mana-mana bahagian daun yang warnanya coklat dan juga buang yang telah berwarna keputihan kerana ia menyebabkan rasa pahit. Seterusnya di hiris nipis dan dikeringkan sama ada secara manual dengan menjemur atau menganginkan (kipas). Daun pandan ini kemudian perlu dipanggang menggunakan oven sampai kering. Jika tidak ada oven boleh juga di sangrai daun pandan ddengan kuali atas api sehingga benar-benar kering. Sering mengacau daun [andan dalam kuali agar tidak hangus. Kemudian daun kering ini dikisar dengan blender sehinga cukup halus dan diulangi mengisar supaya lebih lembut. Serbuk daun pandan ini boleh ditapis dengan pelbagai saiz tapis daripada paling kasar kepada paling halus. Serbuk daun pandan boleh disimpan dengan memasukannya didalam bekas kedap udara ditutup ketat dan diletakkan ditempat sesuai dimana ia boleh digunakan untuk memberi warna dan menyedapkan makanan maupun minuman. Penulis blog dapati dimana daripada 100 kilogram daun pandan segar boleh dijadikan sebanyak 10 kilogram serbuk daun pandan. Jika berminat untuk mengkomersilkan cuba kira berapa luas kawasan pandan yang perlu ditanam jika ingin keluarkan 1 metrik tan sebulan.

Pandan wangi
(Pandanus amaryllifolius Roxb.) sering digunakan sebagai bahan pewarna hijau pada beberapa jenis makanan. Namun biasanya cara untuk penggunaanya masih dengan cara tradisonal iaitu dengan menghancurkan daun pandan wangi kemudian perlu ditambahkan air. Cara tradisional dalam pembuatan pewarna dari daun pandan mempunyai tahap kelemahan iaitu ekstrak pewarna dan flavor yang dihasilkan harus segera digunakan akan tetapi jika untuk diguna pada masa lain ia perlu diproses menjadi serbuk daun pandan. Beberapa kajian dilakukan bagi mengetahui pengaruh perbezaan jenis cara pengeringan dalam membuat serbuk daun pandan dan kadar penggunaan serbuk pandan wangi terbaik pada pembuatan bahulu pandan. Dalam proses memproses daun pandan wangi segar menjadi serbuk daun pandan wangi dilakukan dengan tujuh kaedah pengeringan dengan kabiner dryer iaitu 40 C selama 6 jam, 50C dalam masa 5 jam serta kaedah  pengeringan vacuum dryer (40C selama 6 jam), pengeringan vacuum dryer (50C selama 5 jam), pengeringan vacuum dryer (Suhu 40C selama 6 jam) dengan penambahan matodekstrin 3%, pengeringan vacuum dryer (Suhu 50C selama 5 jam) dengan penambahan matodekstrin 3% dan pengeringan menggunakan freeze dryer. Perlakuan terbaik ditentukan dengan metode Multiple Attribute Test (Zeleny) dari segi ciri-ciri fizikal dan organoleptik darpada bahulu pandan dengan penambahan serbuk daun pandan 2.5 gram dengan jenis pengeringan cabinet dryer dengan suhu 40C dikeringkan selama selama 6 jam. Hasil ujian kimia mendapati dimana kadar karbohidrat (70.30%), kadar protein (12.73%), kadar lemak (5.28%), kadar air (10.24%), kadar abu /Ash (1.45%), kadar natrium (0.032%) dan kadar bahan serat kasar (6.38%). Bahulu pandan yang dihasilkan ini juga telah mengembang setalah masak sebanyak kadar pengembangan 0.65%, ukuran pori (0.022), nilai hardness (603.2 gram), cohesivness (0.47) dan springiness (6.37 mm), Penyelidikan ini diharapkan dapat diteliti lebih lanjut kestabilan warna serbuk pandan wangi iaitu semasa proses penyimpanan.

Apakah dia kehebatan dan manafaat serbuk daun pandan didalam makanan atau untuk kegunaan lain?. Penulis blog dapati dimana khasiat daun pandan untuk kesihatan masih belum banyak diketahui oleh orang. Padahal penggunaan daun pandan dalam kehidupan sehari-hari boleh dikatakan cukup sering digunakan. Daun pandan mempnyai aroma khas dan banyak digunakan sebagai bahan campuran makanan dan minuman guna memberikan aroma dan cita rasa. Kajian mendapati ada manfaat daun pandan untuk kesihatan juga cukup banyak dan beragam. Daun pandan memiliki kandungan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kerana wujud pelbagai zat seperti Polifenol, Flavonoid, Glikosida, Saponin dan Alkaloid. Pertama ia dilaporkan menurunkan Tekanan Darah Tinggi dam Mengatasi Diabetes. Jika mengambil teh daun pandan dua kali sehari didakwa dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi dimana cara membuat teh pandan cukup mudah. Rebus 3 gram daun pandan segar dengan menggunakan 2-3 gelas air dan bila tinggal setengah diminum setiap pagi dan setengah sebelah petang secara rutin. Minum teh pandan secara teratur didakwa mencegah penyakit jantung. Gnakan daun pandan sebagai pengganti pemanis atau gula yang biasanya dicampur dalam minuman untuk elakkan diabetis. Daun pandan mampu untuk mencegah dan menghilangkan kelumumur pada kulit kepala. Daun pandan boleh dijadikan sebagai bahan pengganti shampoo dengan cara menghaluskannya. Kajian juga mendapati dimana ekstrak daun pandan memberikan kesan Sitotoksik, Antimiotik, Antiproliferatif dan Apoptosis yang mana ia berpotensi untuk digunakan dalam terapi kanser. Daun pandan mampu meningkatkan Nafsu Makan dengan meminum teh daun pandan secara rutin. Daun pandan mengandung bahan alkaloid yang dapat memberikan efek menenangkan untuk tubuh. Ia sesuai untuk mengatasi masalah tidur atau insomnia yang dideritai pesakit. Ia juga mamu untuk meredakan demam yang mengalami peningkatan suhu badan yang menjadikan seseorang itu menjadi tidak selesa. Rebus daun pandan dan meminum air rebusannya.  Khasiatnya juga termasuk daun pandan menjaga tubuh agar selalu fit dan betenaga sepanjang hari dengan sering minum  rebusan air daun pandan. Masaalah lelah setelah seharian melakukan aktiviti sukan aktif membuat tubuh akan terasa sakit atau sengal. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada smeua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
DAUN PANDAN... SERBUK DIGUNA...
DAUN DICUCI... DI KISAR HALUSNYA...
CARA SIMPAN ... YANG KEDAP UDARA.... 
BANYAK MANAFAAR... PELBAGAI GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.(26 Ramadan 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...