Support My Blog

Thursday, May 6, 2021

UNJAM - APA PENTINGNYA? (Part 2)

UNJAM merupakan struktur bahan semulajadi seperti daun kelapa yang diikat dan diapungkan dipermukaan air laut yang bertujuan untuk mengumpulkan ikan bagi tujuan penangkapan ikan oleh nelayan. Pembinaan unjam ini dilakukan oleh para nelayan komersil dan nelayan tradisional adalah berbeza kaedahnya. Bagi nelayan tradisional mereka membina unjam dikawasan sekitar 3 - 5 batu nautika dari pantai dimana ia dibuat sendiri nelayan untuk mereka mengail, memasang bubu dan cara penangkapan tradisional lain. Bagaimana pun bagi nelayan komersil mereka akan memasang unjam didasar laut pada kedudukkan sekitar 5 - 30 km oleh pemilik vesel penangkapan ikan komersil dengan peralatan penangkapan ikan seperti pukat jerut komersil dan sebagainya. Bagaimana pun nama unjam inii di kawasan pantai barat Semenajung Malaysia seperti di Perlis, Kedah, Perak dan Selangor ia dipanggil sebagai 'Tuas'. Tujuan pembinaan unjam, tukun, payao dilaut adalah untuk membantu meningkatkan sumberi perikanan marin, meningkatkan pengangkapan ikan dan pendapatan nelayan, mengumpulkan ikan untuk agrotourism dan rekreasi (para peminat memancing) serta sebagai peranti untuk mengumpul ikan yang efektif. Penulis blog merujuk kepada beberapa laporan mengenai industri perikanan dimana mengikut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menyatakan 75 peratus sumber perikanan telah diekploitasi secara berlebihan. Lebih mengejutkan dimana kajian saintifik oleh pakar perikanan dari Kanada dan Amerika Syarikat ada menunjukkan stok perikanan dunia akan habis menjelang tahun 2048. Purata minimum protein yang diperlukan oleh manusia adalah 0.8 gram sehari. Dalam setahun manusia memerlukan paling minimum 29 kilogram protein. Sumber protein yang murah adalah daripada sumber perikanan. Sumber perikanan ini boleh didapati daripada pendaratan ikan liar dan akuakultur. Malaysia merupakan antara sebuah negara maritim dan dikelilingi laut seluas 614,000 kilometer persegi. Tanpa disedari, sektor perikanan telah menyumbang kira-kira 1.5 peratus kepada kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan telah menyediakan peluang perkerjaan kepada 130,645 nelayan di Malaysia. Sumbangan perikanan kepada ekonomi negara tidak dapat dipertikaikan lagi. Pada tahun 201 dilaporkan Malaysia telah kehilangan RM6 bilion kerana perikanan illegal, unregulated and unreported (IUU). Ini tidak termasuk hampir 43 peratus ikan baja yang terperangkap dalam pukat tunda. Artikel pagi selasa 22 Ramadan 1442 ini saya menulis didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai unjam dan kepentingannya didalam industri perikanan untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

M
emang berlaku dimana 'Bot pukat tunda musnahkan unjam' seperti dilaporkan oleh Akhbar Harian Metro di kawasan nelayan Dungun, Terengganu untuk ditulis semula. Para nelayan tempatan mengadu dan berharap agar nelayan bot pukat tunda faham dan ada belas kasihan kepada nelayan kecil seperti mereka. Seorang nelayan pantai, Zakaria Embong berumur 59 tahun berharap agar bot pukat tunda tidak merosakkan unjam menjadi tempat mereka mencari rezeki di kawasan perairan sekitar Paka. Beliau juga mendakwa kebanyakan unjam diletakkan di kawasan lima batu nautika dari Kuala Paka telah dimusnahkan bot pukat tunda sehingga menyulitkan nelayan kecil mencari rezeki. Dia yang bertindak sebagai wakil kepada 200 nelayan pantai di Paka amat kecewa apabila unjam yang mereka buat sendiri sudah dirosakkan bot pukat tunda. Bot pukat tunda dari luar Paka menceroboh masuk menangkap ikan biarpun mereka tahu syarat lesen mereka perlu keluar melebihi 15 batu nautika. Bila masuk memukat berdekatan pantai, mereka tak lagi peduli unjam nelayan pantai mereka dan terus menerus merosakkan unjam sedangkan mereka tahu perbuatan itu menutup periuk nasi nelayan tradisional. Keadaan itu telah mengecewakan nelayan pantai dan tidak mahu lagi membuat unjam yang setiap satunya memerlukan kos sekitar RM200. Bagaimana pun Zakaria berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Jabatan Perikanan negeri Terengganu yang melabuhkan 40 unjam di perairan itu (Sila lihat foto disebelah). Nelayan disini berterima kasih kepada kerajaan kerana mengeluarkan peruntukan banyak demi membantu kami golongan nelayan kecil. Mengikut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim nyatakan dimana sebanyak RM580,000 diperuntukkan kerajaan negeri termasuk RM330,000 bantuan daripada bajet Kerajaan Persekutuan untuk membina unjam di negeri Terengganu. Setakat ini di perairan Marang dan Dungun telah mendapat manfaat daripada unjam yang telah dilabuhkan manakala daerah lain akan dilakukan selepas ini. Mereka harap dengan adanya unjam maka pendapatan nelayan pantai akan terus bertambah akan tetapi sesuatu mesti dilakukan untuk menghalang bot pukat tunda daripada menceroboh kawasan pantai.

Berlainan pula dengan laporan dari Portal Berita Jabatan Perikanan dari Bessut, Terengganu dimana telah dibuat p
elbagai cara dilakukan nelayan bagi mereka bagi mendapatkan sumber laut untuk tujuan menambah mata pencarian menyara hidup keluarga. Program tanam unjam oleh Persatuan Nelayan Kota Putera, Besut dimana satu kaedah nelayan pancing bagi mendapatkan hasil tangkapan ikan ketika mereka keluar memancing di laut. Seramai 70 nelayan pancing dari Kota Putera telah menyertai aktiviti tanam unjam di perairan Pulau Perhentian di Besut. Usaha menanam unjam di perairan berkenaan diharap dapat mendatangkan hasil tangkapan lebih banyak kepada ahli persatuan berkenaan. Persatuan kini mempunyai 200 ahli aktif yang menjalankan aktiviti memancing bagi menyara hidup keluarga manakala sebahgian ahli menjadikannya sebagai hobi. Unjam yang digunakan daripada pelbagai jenis pokok diharap dapat menarik tumpuan ikan berkumpul dan menjadi sumber kepada nelayan terbabit. Kerajaan dilaporkan telah  memuji usaha yang dilakukan oleh nelayan terbabit kerana ia dapat menjalin persaudaraan antara ahli selain menambah hasil pendapatan. Kerajaan Negeri Terengganu kemudian dilaporkan telah meluluskan RM5,000 bagi membantu persatuan nelayan berkenaan menjalankan aktiviti yang mampu memberi faedah kepada ahli-ahlinya.

Sektor perikanan terus mendapat perhatian kerajaan apabila '
RM200,000 bina unjam bantu nelayan pantai' telah di luluskan di Kuala Terengganu. Kerajaan negeri dilapor menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk membina unjam bagi meningkatkan tangkapan ikan sekali gus berupaya membantu menyelesaikan kemiskinan nelayan pantai di negeri ini. Mengikut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Negeri, Dr Azman Ibrahim menjelaskan dimana unjam itu akan dibuat secara gotong royong menggunakan daun kelapa dilabuhkan dalam jarak lima batu nautika daripada pantai dengan setiap satunya bernilai RM540. Dilaporkan dimana semenjak awal Januari 2021 sebanyak 300 unjam sudah dilabuhkan di tujuh lokasi di perairan negeri ini. Tujuh lokasi projek melabuhkan unjam itu adalah di perairan Kemaman dan Marang, Mengabang Telipot, Kuala Kemaman, Chendering, Kuala Ibai dan di perairan Merchang. Beliau menyatakan kepada sidang media selepas merasmikan Program Melabuhkan Unjam My Komuniti Perikanan Kuala Ibai dan Chendering iaitu di Jeti Perikanan Chendering. Projek melabuhkan unjam antara program pembangunan My Komuniti Perikanan dan setakat ini ia membabitkan golongan nelayan pantai dan satu nelayan darat berdaftar dengan Jabatan Perikanan negeri. Media  Harian Mero dengan artikel bertajuk 'Bot Unjam di langgar selamat berlabuh' dilaporkan dari Pasir Putih Kelantan. Bot unjam yang dilanggar kapal MV Venus kira-kira 60 batu nautika dari timur Pulau Redang, kelmarin selamat berlabuh di Jeti SSME, Tok Bali jam 5.45 pagi tadi. Ketibaan bot itu diiringi kapal induknya yang bernombor pendaftaran KNF 7699. Turut serta adalah dua kru bot itu terdiri dari warga Thailand yang terselamat daripada insiden dan hanya mengalami cedera ringan. Tekong kapal bernama Abdullah Omar, 56, berkata dimana bot unjam terbabit didaftarkan bersama kapal KNF 7699 kendaliannya dan bertanggungjawab untuk menjaga kawasan unjam. Kes dalam kejadian itu berlaku kira-kira 5 petang tersebut ketika bot berkenaan berlabuh untuk menjaga kawasan unjam. Kapal MV Venus melanggar bahagian belakang bot mengakibatkan rumah bot ranap dan beberapa kerosakan lain. Beliau masih bersyukur dua kru sempat menyelamatkan diri dengan terjun ke laut dan berpaut pada unjam. Mereka kemudian dibantu nelayan lain yang berada di kawasan berdekatan. Ini adalah  kejadian pertama dihadapinya sepanjang bergelar tekong lebih 30 tahun. Dia mempunyai 23 awak-awak dan majoriti terdiri dari warga Thailand termasuk kru bot unjam berkenaan.
Artikel ini dibahagi dalam dua segmen ini iaitu Part 1 dan Part 2 dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna mengenai unjam dan laporan media berkaitan kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
NAMA UNJAM... DILAUT SANA....
DIGUNAKAN... DAUN KELAPA...
IKAN KUMPUL... NELAYAN SUKA...
BANYAK DILAPOR... OLEH MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Ramadan 1442H).



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...