Support My Blog

Thursday, May 27, 2021

FAKTA TENTANG TIKUS (PART 2)

RODEN
(termasuk tikus) merupakan haiwan mamalia yang mempunyai sepasang gigi kacip sebagai ciri utamanya yang digunakan untuk mengerit. Dilaporkan sekitar 40% daripada spesies mamalia adalah daripada kategori roden. Haiwan roden ini terdapat di semua benua kecuali dikawasan sejukbeku seperti di Antartika. Antara spesis roden yang utama ialah tikus, tupai dan landak yang dikategorikan kepada tiga sub-order utama iaitu Myomorpha (mouse-shaped), Sciuromorpha (squirrel-shaped) dan termasuk juga Hystrichomorpha (porcupine-shaped). Tikus adalah spesis daripada sub-order Myomorpha iaitu diletakkan di bawah Famili Muridae. Muridae merupakan kumpulan haiwan yang menjadi spesis dominan disebabkan kebolehan menerima dan mengeksploitasi pelbagai persekitaran dengan bantuan oleh manusia untuk tersebar di serata dunia. Haiwan seperti tikus paling biasa dijumpai yang menyebabkan kerosakan pada rumah dan harta benda seperti kerosakan dengan memakan makanan manusia dan mencemarkannya atau ia merosakkan tanaman dan hasil komoditi di samping boleh menyebarkan penyakit. Terdapat 26 spesies dan 200 subspesies tikus di Malaysia dan dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan habitatnya iaitu tikus yang hidup di hutan rimba, kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Terdapat 3 spesis utama tikus bandar di Malaysia iaitu Tikus Mondok (Rattus norvegicus), Tikus Rumah (Rattus rattus) dan Mencit Rumah (Mus musculus). Ke tiga-tiga spesis tikus yang sering dijumpai di Malaysia ini mempunyai ciriciri morfologi, habitat dan tabiat yang dijelaskan didalam jadual 1 dibawah. Memang penting untuk mengenali spesis tikus ini agar mudah untuk tahu begaimana kaedah terbaik untuk pengawalan. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saa menulis mengenai fakta tentang tikus untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua pembaca.

Penulis blog merujuk kepada beberapa artikel daripada KKM dan Universiti tempatan dimana terdapat beberapa jenis penyakit yang berkaitan dengan infestasi oleh tikus. T
ikus menimbulkan risiko besar kepada kesihatan manusia. Kajian saintis menunjukkan bahawa tikus boleh dijangkiti pelbagai jenis parasit dan ejen zoonotik yang seterusnya boleh menularkan penyakit kepada manusia dan secara langsung atau tidak langsung. Di samping itu juga tikus juga menjadi takungan (reservoir) untuk pelbagai penyakit zoonotik. Antara penyakit yang dikaitkan dengan infestasi disebabkan oleh tikus adalah seperti dalam Jadual 1 dibawah ini.

Jadual 1: Jenis Penyakit Berkaitanan Tikus


Kehadiran haiwan tikus boleh diketahui dengan kaedah mengira populasinya. Tikus dikategorikan salah satu makhluk perosak dan kehadirannya dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan masalah kepada manusia dan mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit. Oleh itu, maklumat populasi tikus sangat penting dalam usaha untuk mengawal populasi tikus di sesuatu kawasan supaya populasinya dapat dikawal pada tahap yang tidak mendatangkan masalah. Kaedah yang boleh digunakan untuk memperolehi indeks tikus dengan megira Indeks Tikus (Rat Index). Indeks tikus ialah bilangan tikus yang di tangkap menggunakan perangkap bagi tempoh masa tertentu. Indeks ini boleh digunakan apabila menjalankan rutin tangkapan bagi memantau populasi tikus. Antara beberapa kaedah adalah seperti (a) Dua belas perangkap tikus yang berumpan perlu dipasang di tempat-tempat yang dijangka dan berkemungkinan besar menjadi laluan tikus. Pemilihan lokasi untuk memasang perangkap perlu ditentukan dengan pemerhatian yang dibuat terlebih dahulu. Kaedah kedua (b) adalah dengan memasang perangkap yang perlu diperiksa setiap hari dan bilangan tikus yang ditangkap selama tempoh tujuh hari dicatitkan. Kaedah ke 3 (c) dengan memasang perangkap tanpa tikus hendaklah dipindahkan ke laluan tikus yang lain atau menukar umpan. Kaedah menentukan Indeks Tikus ke 4 adalah dengan berdasarkan kepada bilangan tikus yang ditangkap dari 12 perangkap yang dipasang dalam masa 7 hari dimana kadar infestasi seperti Jadual 2 dibawah.

                             Jadual 2: Kadar Infestasi Tikus

Kawalan Tikus boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu kaedah Kawalan Fizikal, Kawalan Mekanikal dan Kawalan Sanitari. Kawalan tikus yang melibatkan segala usaha yang dijalankan untuk meningkatkan tahap kebersihan persekitaran, mengurangkan bekalan makanan serta tempat perlindungan dan mengurangkan populasi tikus melalui aktiviti kawalan. Apa pun kaedah kawalan menggunakan pendekatan pengurusan pest (roden) secara bersepadu (IPM - Integrated Pest Management) yang meliputi 4 komponen utama iaitu (a) Survey yang termasuk pemeriksaan premis, penyediaan peta dan analisa, penyediaan laporan lengkap seperti kadar prevalen dan punca infestasi serta cadangan penyelesaian;  (b) Mengenalpasti nilai “treshold” untuk menentukan tindakan kawalan bagi menghalang kerosakan dan membuat penilaian risiko; (c) Intervensi untuk pencegahan, mengurangkan populasi dan menghapuskan tikus; dan (d) Penilaian melalui pemantauan berterusan bagi memastikan kaedah kawalan menggunakan pendekatan IMP adalah berkesan dan ditambah baik sekiranya perlu. Pendahuluan Penggunaan bahan kimia adalah salah satu cara yang paling meluas digunakan dalam aktiviti kawalan tikus. Bahan kimia tersebut (rodenticide) kebiasaannya berbentuk umpan makanan, cecair dan juga debu. Terdapat dua jenis cara tindakan rodentisid iaitu secara serta-merta (akut) dan juga secara perlahan-lahan (antikoagulan). Racun akut bertindak secara pantas melalui sekali pengambilan manakala racun antikoagulan bertindak secara perlahan melalui pengambilan secara berulang dan seterusnya menyebabkan kematian akibat pendarahan dalaman. Aplikasi rodentisid mestilah toksik terhadap tikus dan pada masa yang sama selamat kepada organisma bukan sasaran. Aktiviti kawalan mesti dikekalkan sehingga paras eradikasi yang dikehendaki tercapai. Secara amnya, aktiviti kawalan menggunakan rodentisid adalah berjaya jika umpan tidak diganggu selama 2 minggu dan tiada kehadiran tikus baru dikesan. Cara penggunaan rodentisid mengikut jenis kesesuaian di kebun, dalam premis mestilah bersesuaian dengan lokasi, persekitaran dan kepadatan populasi tikus. Walau bagaimanapun kaedah penggunaan bahan kimia (rodenticide) tidak digalakkan digunakan di premis makanan kerana berisiko tinggi menyebabkan pencemaran makanan kecuali sekiranya infestasi tikus terlalu tinggi. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1 dan Part 2. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

HAIWAN TIKUS... ADUH GELINYA....
MEMBAWA PENYAKIT... IA BAHAYA...
PERLU DIKAWAL... BANYAK CARA...
MEMBACA ARTIKEL... TAHU FAKTA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Syawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...