Support My Blog

Saturday, May 8, 2021

JUAL HARUMANIS ONLINE - BERJAYAKAH DIA?

BUAH MANGGA HARUMANIS
(MA128) 
merupakan sejanis buah tropika bermusim yang popular dihasilkan di Negeri Perlis. Penulis blog yang beberapa kali membuat tinjauan teknologi didalam industri penanaman mangga harumanis ini perlnah terlibat menyediakan Pakej Amalan Teknologi dan akreditasi MyGAP merasa bangga apabila semakin maju penghasilan mangga di Perlis. Bagaimana pun pada tahun 2021 pengeluaran harumanis ini mendapat isu pemasaran disebabkan Perintah Kawalan Perjalanan (PKP, PKPP, PKPB, PK??... akibat pandemik Covid 19), Isu Bulan Puasa dan Perayaan Hari Raya Puasa yang kritikal. Kaedah lain perlu dilakukan untuk membolehkan pasaran harumanis ini dapat dilaksanakan dengan cekap diamana salah satunya adalah secara Online. Kerajaan meletak sasaran lebih 50 peratus jualan mangga Harum Manis dari Perlis dapat dijual melalui platform e-dagang atau dalam talian tahun 2021 ini. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang ke Perlis dakwa bagi mengelak wujud lambakan seperti yang berlaku tahun lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan wabak COVID-19. Beliau maklumkan kerajaan akan terus menjalankan promosi jualan mangga Harum Manis dari Perlis secara agresif kerana tidak mahu isu lambakan buah berulang hingga menyebabkan kerugian kepada pengusaha. Cara menggunakan platform e-dagang atau jualan dalam talian telah menyasarkan lebih 50 peratus mangga Harum Manis dapat dijual menerusi platform ini. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran Harum Manis Perlis Kembali Lagi dan Jualan Dalam Talian di Jabatan Pertanian Perlis, Bukit Temiang, Beseri (Sila lihat foto diatas). Kini pelaksanaan PKP bukan hanya menjejaskan penawaran mangga Harum Manis tetapi beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran turut berdepan lambakan berikutan larangan merentas daerah dan negeri. Kerajaan berjaya melaksanakan langkah proaktif dengan berkolaborasi bersama syarikat kurier bagi memastikan mangga Harum Manis ini dapat sampai kepada pembelinya mengikut masa. Penjualan Harum Manis di Perlis adalah perniagaan yang besar kepada pengusahanya dan tahun ini kita menjangkakan pengeluaran mampu mencecah 3,336 tan dengan nilai pengeluaran dianggar RM66.7 juta. Kini Jabatan Pertanian Negeri Perlis tampil bersedia apabila bekerjasama dengan syarikat pos dan kurier seperti Pos Malaysia, CityLink dan Line Clear dalam memastikan penghantaran tahun ini berjalan lancar. Dalam masa sama sejumlah 111 ladang Harum Manis di Perlis mendapat pensijilan Amalan Pertanian Baik (myGAP) dan pihak Jabatan Pertanian Negeri Perlis meletak sasaran 84 lagi ladang memperoleh pengiktirafan pensijilan MyGAP. Artikel malam Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" ingin berkongsi maklumat mengenai cara menjual mangga harumanis secara online yang dilaporkan berjaya sebagai bahan rujukkan semua pembaca.

Beberpapa mnggu kemudian di laporkan p
enjualan harumanis secara dalam talian mendapat sambutan menggalakkan apabila mencatatkan nilai jualan RM22 juta sejak April sehingga Awal Mei 2021 dakwa Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Mohd Nasir Warris (Sila lihat foto disebelah). Dalam tempoh itu pengeluaran harumanis oleh 2,415 pengusaha di bawah Jabatan Pertanian adalah sebanyak 1,174 metrik tan dengan nilai penjualan semasa RM29.3 juta dan 669.58 tan metrik daripada keseluruhan jumlah pengeluaran tersebut dijual melalui dalam talian. Ini menunjukkan sambutan rakyat Malaysia terhadap harumanis amat menggalakkan terutama melalui platform dalam talian.
Diharapkan rakyat dapat terus memberikan sokongan dengan membeli buah mangga istimewa ini tidak kira secara dalam talian. Rebut peluang untuk nikmati harumanis kerana ia hanya ada setahun sekali iaitu dalam tempoh bermula April sehingga Jun 2021 ini. Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebelum ini dilaporkan berkata sebanyak 3,336 tan metrik mangga harumanis dijangka dihasilkan pada tahun ini, dengan nilai RM66.7 juta. Bagi mengalakkan orang ramai membeli secara dalam talian, Mohd Nasir berkata Jabatan Pertanian telah menjalinkan kerjasama strategik bersama syarikat penghantaran seperti Pos Malaysia, Citylink, Line Clear dan Skynet bagi memastikan mangga tersebut dapat dihantar kepada pembeli di seluruh Malaysia. Beliau berkata hasil kerjasama strategik itu, beberapa penambahbaikan dilakukan antaranya jaminan pihak syarikat bahawa penghantaran mangga istimewa itu tidak melebihi tiga hari. Buah ini juga diletakkan dalam rak khas supaya ia tidak bertindan antara satu sama lain serta sampai kepada pembeli dalam keadaan yang baik," katanya. Mohd Nasir menyarankan orang ramai membuat pembelian mangga istimewa itu melalui pengedar yang sah seperti Agrobazaar Online bagi mengelak ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai perlu  dapat tahu ada peniaga yang menggunakan nama harumanis walhal ia buah mangga jenis lain contohnya mereka gunakan nama Harumanis Kemboja, ia sebenarnya ialah mangga susu dan harganya murah sekitar RM6 satu kilogram sahaja.  Beliau menjelaskan harumanis itu biasanya dijual pada RM100 untuk tiga kilogram dan mahal kerana kualitinya amat baik. Harga buah ini sedikit mahal, kerana ia adalah buah mangga terbaik dan cara penjagaannya sedikit rumit. Jika ada yang jual murah, pembeli perlu berhati-hati. 

Dalam 
portal berita tempatan lain ada dinyatakan daripada HQ Putrajaya dimana Jabatan Pertanian menyasarkan 3,336 tan mangga Harumanis dipasarkan sehingga Jun ini dengan nilai jualan sebanyak RM66.7 juta. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Nasir Waris, berkata pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai kerana buah berkenaan kini sudah mula dijual secara dalam talian, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai menikmati keenakan mangga Harumanis walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Harumanis ditanam di ladang seluas 1,575 hektar dan daripada jumlah itu sebanyak 1,334 hektar sudah mula mengeluarkan hasil. Sehingga semalam, kita sudah berjaya menjual lebih 1,174 tan mangga dengan nilai RM29.36 juta dan jumlah itu akan ditingkatkan seiring dengan pengeluaran buah berkenaan. Bagaimanapun jumlah hasil yang dinyatakan ini tidak termasuk dengan petani atau individu yang menanam pokok berkenaan di sekeliling rumah. Diharapkan pada tahun ini rakyat dapat terus memberikan sokongan kepada 2,415 petani dengan membeli hasil mereka. Walaupun dalam tempoh PKP namun dengan adanya platform yang disediakan ini, di mana pun kita berada, tetap berpeluang menikmati buah berkenaan. Bagi menggalakkan jualan mangga itu pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat kurier di negara ini bagi penghantaran buah berkenaan kepada pembeli dalam keadaan segar. Kalau lihat tahun lalu, kita pertama kali jual secara dalam talian dan buah yang tiba kepada pembeli sangat lewat serta ada yang menerima buah berkenaan dalam keadaan yang rosak. Daripada pengalaman terdahulu, kita jalinkan kerjasama dengan syarikat kurier bagi menyediakan satu pengangkutan khas untuk menghantar Harumanis tanpa bercampur dengan barang penghantaran yang lain. Buah ini juga diletakkan dalam rak khas supaya ia tidak bertindan antara satu sama lain serta sampai kepada pembeli dalam keadaan yang baik. Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk membeli buah berkenaan dengan pengedar yang sah serta tidak tertipu dengan jualan 'harga runtuh'. Harga buah ini sedikit mahal, kerana ia adalah buah mangga terbaik yang dihasilkan. Selain itu cara penjagaannya sedikit rumit, disebabkan itu ia agak mahal. Sekurang-kurangnya RM100 untuk tiga kilogram, jika bawah daripada harga itu, pembeli perlu berhati-hati. Beliau dapat tahu ada peniaga yang menggunakan nama Harumanis walhal ia buah mangga jenis lain, contohnya mangga Harumanis Kemboja, ia sebenarnya ialah jenis mangga lama iaitu mangga susu dan harganya murah sekitar RM6 sekilo sahaja. Tapi apabila Harumanis ini wujud orang mula gunakan namanya pada mangga jenis lain walaupun ia tidak mempunyai kaitan langsung sama ada dari ciri, rasa dan kualitinya sangat berbeza.

Mangga Harumanis begitu terkenal dan sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia terutamanya di negeri Perlis. Negeri Perlis bakal memperkenalkan sistem pajakan ladang harumanis di bawah selian Jabatan Pertanian khusus kepada warga negeri itu bagi tujuan meningkatkan ekonomi dan kualiti pengeluran buah ikon itu. Kini sebagai permulaan, ladang berkeluasan 6.07 hektar dipajak kepada tiga pekebun.  Jabatan Pertanian negeri akan memantau projek berkenaan selama semusim dan akan dikembangkan sekiranya berjaya. Setiap pekebun menerima 2.02 hektar ladang dengan 260 pokok harumanis dewasa. Dlam pada itu p
enggemar mangga Harumanis di Sabah kini boleh mendapatkan buah yang menjadi ikon negeri Perlis itu menerusi kerjasama Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Airasia Farm. Penghantaran pertama yang membawa buah mangga Harumanis berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) melalui penerbangan AirAsia AK5104 pada jam 10.25 pagi 5 Mei 2021 ini. Mangga berkenaan kemudian akan dihantar ke Tune Hotels Kota Kinabalu sebagai lokasi pengambilan rakan perkhidmatan penghantarnya di Sabah dan airasia farm kemudian akan mengedarkannya kepada peruncit utama di Kota Kinabalu. Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Group, Tan Sri Tony Fernandes, berkata Airasia farm berhasrat menjadi jenama kukuh dan watak penting dalam rantaian bekalan petani Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang. Airasia farm sudah mengumpul lebih 2,000 petani yang menawarkan pelbagai hasil tanaman kepada 300 perniagaan di seluruh negara. Mereka melihat banyak potensi agro-makanan yang boleh diketengahkan Malaysia. Kita bukan hanya memiliki mangga Harumanis, durian musang king serta buah-buahan lain untuk di pasarkan dalam dan ke luar negara, malah pelbagai lagi makanan basah seperti ikan dan sayur. Sejak ditubuhkan pada Jun 2020, airasia farm sudah mengumpul jualan mencecah RM3 juta. Angka ini akan terus meningkat selaras dengan permintaan. Kerjasama dengan airasia farm bukan sahaja akan memperluas pengedaran Harumanis ke seluruh Malaysia, tetapi membawa buah mangga yang cukup eksklusif itu ke Sabah secara rasmi buat pertama kali dalam skala yang besar. Kerjasama yang turut dialu-alukan kepada korporat lain itu juga sejajar dengan penekanan kementerian terhadap sektor pertanian bernilai tinggi yang dapat mewujudkan peluang ekonomi untuk rakyat.
Jabatan Pertanian menyasarkan hasil pengeluaran sebanyak 3,336 tan mangga Harumanis bernilai RM66.7 juta di Perlis. Daripada jumlah itu, dianggarkan sekitar 50 peratus akan dijual secara dalam talian melalui platform e-dagang seperti airasia food, airasia fresh dan agrobazaar online. Justeru, kerjasama MAFI dengan airasia farm bukan sahaja akan memperluas pengedaran Harumanis ke seluruh Malaysia, tetapi juga membawa buah mangga yang cukup eksklusif ini ke Sabah buat pertama kalinya dalam skala yang besar. Industri Harumanis bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan kepada 2,415 pengusaha di Perlis, malah mempunyai impak besar terhadap ekonomi serta industri agro-pelancongan dan rantaian bekalan di seluruh negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HARUMANIS... SEJENIS MANGGA.....
BULAN MEI... MUSIM BUAH MULA...
JUALAN ONLINE... SUDAH ADA...
APA LAGI... MINAT BELI SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Ramadan 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...