Support My Blog

Wednesday, May 26, 2021

FAKTA TENTANG TIKUS (PART 1)

RODEN 
(termasuk tikus) merupakan haiwan mamalia yang mempunyai sepasang gigi kacip sebagai ciri utamanya yang digunakan untuk mengerit. Dilaporkan sekitar 40% daripada spesies mamalia adalah daripada kategori roden. Haiwan roden ini terdapat di semua benua kecuali dikawasan sejukbeku seperti di Antartika. Antara spesis roden yang utama ialah tikus, tupai dan landak yang dikategorikan kepada tiga sub-order utama iaitu Myomorpha (mouse-shaped), Sciuromorpha (squirrel-shaped) dan termasuk juga Hystrichomorpha (porcupine-shaped). Tikus adalah spesis daripada sub-order Myomorpha iaitu diletakkan di bawah Famili Muridae. Muridae merupakan kumpulan haiwan yang menjadi spesis dominan disebabkan kebolehan menerima dan mengeksploitasi pelbagai persekitaran dengan bantuan oleh manusia untuk tersebar di serata dunia. Haiwan seperti tikus paling biasa dijumpai yang menyebabkan kerosakan pada rumah dan harta benda seperti kerosakan dengan memakan makanan manusia dan mencemarkannya atau ia merosakkan tanaman dan hasil komoditi di samping boleh menyebarkan penyakit. Terdapat 26 spesies dan 200 subspesies tikus di Malaysia dan dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan habitatnya iaitu tikus yang hidup di hutan rimba, kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Terdapat 3 spesis utama tikus bandar di Malaysia iaitu Tikus Mondok (Rattus norvegicus), Tikus Rumah (Rattus rattus) dan Mencit Rumah (Mus musculus). Ke tiga-tiga spesis tikus yang sering dijumpai di Malaysia ini mempunyai ciriciri morfologi, habitat dan tabiat yang dijelaskan didalam jadual 1 dibawah. Memang penting untuk mengenali spesis tikus ini agar mudah untuk tahu begaimana kaedah terbaik untuk pengawalan. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saa menulis mengenai fakta tentang tikus untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua pembaca.


Penulis blog fikir sebaiknya pembaca dapat m
engenali dan memahami Fakta Biologi dan tabiat tikus kerana sangat penting untuk menentukan kaedah kawalan yang sesuai. Secara umumnya dimana semua tikus mempunyai kitaran hidup, kelahiran, kadar tumbesaran dan aktiviti kehidupan yang sama. Purata jangka hayat bagi seekor tikus adalah 1 - 3 tahun dimana haiwan tikus hidup berkoloni dan setiap koloni mempunyai hierarki yang mana seekor jantan dominan akan mengetuai satu koloni yang terdiri daripada beberapa ekor betina dewasa, dan anak jantan dan betina yang belum dewasa. Anak tikus jantan yang telah dewasa akan meninggalkan koloni untuk membentuk koloni baru di tempat lain. Kadar pembiakan tikus sangat tinggi kerana disebabkan oleh faktor-faktor seperti faktur kematangan seks awal (seawal umur 42 hari hingga 75 hari) dan juga ia berbeza mengikut spesies. Selain itu tempoh bunting yang pendek (iaitu 19 hingga 24 hari sahaja), faktor tikus mampu membiak sepanjang tahun dan setiap kali melahirkan 5 hingga 7 ekor anak. Sebagai contoh dimana tikus jenis Mus musculus mampu melahirkan anak sebanyak 10 kali setahun dan mampu melahirkan sehingga 50 ekor anak. Faktur ke 4 adalah mengenai apa yang dinamakan sebagai 'Post-partum oestrus' atau kadar keupayaan untuk mengawan lagi sejurus selepas melahirkan anak.

Beberapa fakta mengenai tikus adalah Faktur Bionomik dimana tikus 
sangat bergantung kepada deria sentuhan, bau, pendengaran, penglihatan dan rasa untuk berhubung dengan persekitaran bagi menjamin kemandiriannya atau keboleh daya hisup. Tikus mempunyai Deria Sentuhan yang hebat seperti organ misai pada hidung dan bulu mata merupakan deria sentuhan tikus yang sensitif bagi membantu pergerakannya. Dilaporkan dimana ketika bergerak tikus gemar melalui tepi-tepi dinding atau antara objek yang membolehkan misai atau bulu menyentuh permukaannya. Kerlakuan ini menyebabkan tikus akan meninggalkan tanda palitan (smear) pada permukaan laluannya. Seterusnya adalah fakta dimana Deria Bau tikus amat tajam dan ia akan meninggalkan bau pada jalanan sebagai panduan didalam pergerakan, melalui air kencing dan cecair genital untuk diikuti oleh tikus lain. Ianya juga sebagai penanda bagi wilayahnya. Fakta ke tiga berkait dengan Deria Pendengaran dimana haiwan tikus boleh mengesan bunyi sehingga frekuensi 100 kHz dimanapenulis blog dapat tahu sebagai contoh iaitu tikus rumah boleh mengesan bunyi sehingga 90 kHz dan ianya menggunakan frekuensi pada kadar 22 kHz hingga 90 kHz untuk berkomunikasi. Bagaimana pun selalunya jika ada bunyi yang kuat akan menakutkan tikus. Fakta ke 4 adalah perkara mengenai Deria Penglihatan tikus adalah agak kurang baik walaupun sensitif terhadap cahaya. Mata tikus berfungsi lebih baik pada waktu malam hari berbanding waktu siang. Tikus biasanya tidak dapat membezakan warna (buta warna) tetapi suka warna yang terang. Disebabkan itulah saintis mencipta umpan tikus kebiasaannya berwarna terang untuk menarik perhatian tikus. Fakta ke berkaitan dengan Deria Rasa tikus yang sangat baik. Ia boleh membezakan di antara umpan kosong dengan umpan yang mempunyai racun. Deria rasa yang baik ini menyebabkan berlakunya 'bait-shyness' iaitu situasi di mana tikus akan menjauhi umpan apabila telah diketahui mengandungi racun. Sebaiknya gunakan beberapa jenis umpan tikus berlainan atau dicampur dengan makanan sesuai untuk mengelakkan perkara ini. 

Fakta tentang kehadiran dan infestasi tikus di sesuatu kawasan boleh dikenalpasti melalui beberapa tanda. Adalah penting untuk mengetahui tanda-tanda kehadiran tikus seterusnya menganggarkan populasi tikus supaya tindakan kawalan awal dapat dijalankan sebelum infestasi menjadi serius dan mendatangkan masalah kepada orang awam. Tanda-tanda kehadiran tikus dapat diringkaskan pada rajah diatas. Kehadiran tikus dapat diketahui secara langsung iaitu dengan kewujudan tikus itu sendiri yang kita melihatnya. Tikus akan kelihatan berlari di celahcelah timbunan barang-barang, sampah sarap, timbunan kayu dan lain-lain terutama pada waktu malam. Selain itu selalunya tikus dapat dikesan kehadirannya secara langsung dengan bunyi berdecit yang dihasilkan atau bunyi pergerakannya pada siling, bumbung dan sebagainya. Kesan-kesan am yang lain adalah seperti ada bau dan kesan air kencing (urin) kerana air kencing tikus yang kering boleh dikesan dengan menggunakan lampu ultra violet. Tikus adalah haiwan yang Berbau Busuk kerana ia akan sentiasa kencing disebabkan ia mempunyai pundi kencing yang kecil. Biasanya tikus hidup boleh dilihat berkeliaran di waktu siang atau malam hari. Tanda ada tiku jika kelihatan ada Bangkai tikus yang ditemui di premis dan persekitaran. Ia juga dikenalpasti hadir jika ada Kesan-kesan Gigitan pada makanan, perabut, wayar dan lainlain. Mudah untuk melihat Najis Tikus (Droppings) seperti ia boleh dilihat memang bertaburan di sekitar kawasan yang ada punca makanan. Najis berwarna hitam, tekstur lembut dan berkilat ketika masih baru dilepaskan dan akan menjadi keras, warna bertukar pudar, mudah relai jika dipicit selepas sehari atau dua hari kemudian. Tikus akan membuang najis sekali atau dua kali setiap jam dan saiz serta bentuk najisnya berbeza mengikut spesis.

Selain itu fakta kehadiran tikus boleh dilihat dengan 
Kesan Tapak Kaki. Ia boleh dikesan di atas permukaan yang berdebu atau pun sesekali dilihat kesan kaki belakang dengan mempunyai 5 jari dan kesan kaki hadapan 4 jari (Sila lihat foto disebelah). Tikus akan meninggalkan kesan garisan yang beralun kerana ia mengheret ekornya terutamanya tikus tua. Bagi tikus muda akan mengangkat ekornya ke atas dimana ia boleh ditentukan dengan kesan baru atau lama dengan menekan hujung jari ke atas debu tapak kaki dan bezakan kedua-duanya. Perhatikan kedalaman, kejelasan dan kebersihan.  Haiwan Tikus mempunyai Laluan Khusus  (Runway) dimana tikus akan mengikut laluan yang sama bagi perjalanan dari sarang ke sumber makanan. Biasanya penulis blog pun tahu dimana laluan perjalanan dari sarang ke sumber makanan akan membuatkan rumput mati (di kawasan lapang). Bagaimana jika jenis tikus di dalam bangunan kesan kelihatan di tepi dinding, tangga atau di celah perabut. Biasanya laluan yang selalu digunakan akan dipenuhi dengan najis dan laluan yang tidak digunakan akan berdebu dan bersawang. Tiks juga meninggalkan Kesan Palitan (Smears).  Bulu tikus yang berminyak akan meninggalkan kesan palitan pada laluannya. Laluan ini meliputi lubang masuk atau keluar, tepi dinding dan di sekeliling bangunan atau kebun. Biasanya palitan baru ditentukan dengan menggariskan dengan kuku atau benda tajam dan ia akan menunjukkan kesan garis kerana ia lembut dan melekat pada jari bila disentuh. Tikus juga meninggalkan  Kesan Gigitan (Bitemarks). Tikus akan menggerit (gnawing) setiap hari untuk memastikan giginya pendek dan boleh digunakan dan aktiviti menggerit pada permukaan bertujuan untuk memasuki bangunan. Jika tikus menggerit bungkusan, kotak, guni atau bekas untuk memperoleh makanan. Biasanya didalam rumah kesan gigitan tikus terdapat pada bahan sabun mandi, paip, kabel elektrik, dinding dan almari. Apa un jika terdapat kesan gigitan yang baru, warna pada permukaan bekas gigitan akan lebih cerah dan segar. Tikus juga akan membina Lubang (Burrows). Lubang boleh diperhatikan semasa pemeriksaan biasa melalui mata kasar dimana penulis blog mendapati ia selalunya berada di sepanjang luar bangunan, di lantai tempat letak kereta (basement), di luar premis perniagaan, rumah kediaman dan ladang. Lubang juga terdapat di benteng, kawasan tanah tambak, bawah belukar dan tumbuhan tebal. Basanya untuk mengesan tikus samada lubang baru, perhatikan longgokan tanah di tepi lubang dimana lama-kelamaan longgokan akan menjadi rata dan laluan masuk akan menjadi bersih. Apa pun lubang lama biasanya akan ditumbuhi dengan rumput atau sarang labah-labah atau dan ranting kayu. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1 dan Part 2. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
HAIWAN TIKUS... ADUH GELINYA..
MEMBAWA PENYAKIT... IA BAHAYA...
PERLU DIKAWAL... BANYAK CARA...
MEMBACA ARTIKEL... TAHU FAKTA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Syawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...