Support My Blog

Monday, May 3, 2021

PELBAGAI KISAH BELUT

HAIWAN BELUT
(Monopterus albus) merupakan sejenis haiwan dari keluarga Synbranchidae yang mempunyai 4 genera dan 20 jenis atau spesis. Belut mempunyai ciri khusus iaitu haiwan tidak bersisik dan tidak mempunyai sirip kecuali di bahagian ekor dimana ramai orang akan 'geli' atau 'takut' atau 'fobia' untuk memegangnya. Kebanyakan belut dari kawasan tropika adalah mempunyai insang yang sempit dan tinggal dikawasan lembab berair dan mampu mengambil udara atau bernafas melalui kulit. Penulis telah mengenali haiwan belut semenjak kecil lagi ketika memancing di anak sungai dekat rumah di Muar, Johor. Kadang-kadang mata kail di makan oleh belut yang memang menjengkelkan tetapi rupa-rupanya belut sangat sedap untuk dijadikan lauk. Kini menternak belut merupakan satu bidang usaha yang agak kurang di usahakan di Malaysia oleh rakyat tempatan tetapi ada syarikat besar dari Taiwan di Nenasi pernah menternaknya. Terdapat hanya beberapa syarikat yang pernah menjalankan ternakan belut secara komersil seperti oleh Syarikat Soon Seng, di Nenasi, Pekan, Pahang dimana syarikat tersebut telah beroperasi lebih 15 tahun bersama dengan ternakan udang. Bagaimana pun kini kebanyakkan kolam di lokasi tersebut telah menukar operasi kepada penternakan udang harumau yang beberapa jenis ikan lain. Terdapat banyak jenis belut yang didapati daripada belut didalam air masin, belut air payau dan juga belut air tawar. Didalam laut banyak terdapat jenis ikan belut yang kebanyakannya adalah pemangsa. Di negara kita dan beberapa negara Asean yang lain paling popular adalah Belut Sawah atau dipanggil Moa atau Lindung itu adalah sejenis hidupan yang mana ia mempunyai nilai ekonomi dan ekologi. Belut boleh dimakan dengan cara menggoreng, dimasak dengan sos pedas masam atau dijadikan 'Sup Belut' yang berkhasiat. Apa pun secara ekologi dimana para saintis telah menjadikan belut sebagai satu indikator tahap pencemaran persekitaran habitat sebab haiwan ini agak mudah untuk beradaptasi. Ketiadaan belut disuatu lokasi menunjukkan telah berlaku kemusnahan persekitaran yang sangat parah telah terjadi. Dalam habitat semulajadi belut adalah predator ganas di kawasan paya dan sawah. Makanannya terdiri daripada hidupan seperti ikan kecil, cacing, krustasea dimana belut juga lazimnya aktif di malam hari. Haiwan ini dapat mengambil oksigen terus dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air asalkan kelilingnya tetap basah. Penulis blog juga mendapati belut mampu menyerap oksigen melalui bahagian kulitnya. Belut lazimnya akan bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang melalui didepanya dan memakannya. Walaupun didapati dimana berasal dari daerah tropika tetapi belut sawah diketahui dapat bertahan hidupdimasa musim sejuk dengan suhu sangat rendah. Kombinasi sifat-sifat yang dimiliki belut membuatkannya menjadi haiwan yang dianggap berbahaya bagi persekitaran yang bukan habitatnya. Bagaimana pun kini belut sawah telah dijadikan ternakan yang komersil melalui berbgai kaedah penternakan dan teknologi. Haiwan ini juga dapat mengambil oksigen terus dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air asalkan kawasan tempat tinggalnya tetap basah. Belut juga mampu menyerap oksigen melalui kulitnya yang licin dan berwarna coklat sehingga kehitaman. Warna belut bergantung kepada keadaan dipersekitarannya dan boleh membesar sehingga 1 meter. Pada kebiasaaannya belut bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang lalui dihadapannya. Belut mempunyai deria pergerakan yang sensitif untuk mengesan mangsa walau mempunyai mata tetapi kurang berfungsi. Belut Sawah betina lazim bersarang di dalam lubang dimana ia akan bertelur dan meletakkan telur-telurnya pada gelembong atau buih-buih di air yang cetek atau dangkal. Jika telur belut menetas maka keluarlah anak belut muda yang semuanya betina. Dalam proses pembesarannya akan ada beberapa ekor akan yang menjadi belut jantan. Artikel petang Isnin ini semasa PKP2.0 akibat kes pandemik covid19 yang bersambung lagi saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pelbagai kisah mengenai belut yang perlu kita kongsi info bersama untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan anda.

Akhbar Harian Metro dengan tajuk '
Rezeki tangkap belut' di Kota Bharu menyatakan hobi mencari belut telah dimanfaatkan tiga sahabat dari Kampung Senang, Kedai Lalat untuk mencari rezeki sebagai pendapatan sampingan di musim tengkujuh. Mohd Zulkarnain, Mohd Faizul dan dan Ahmad Faris berumur 30'an selalunya akan memasang perangkap belut di sawah sekitar kampung itu dengan menggunakan tukir iaitu sejenis alat diperbuat daripada batang paip (PVC) pada sebelah petang. Bermula hari petang sebelumnya mereka mula memasang sebanyak 20 batang tukir dan mampu menangkap sehingga 30 kilogram (kg) belut selepas ianya dipasang hampir 12 jam. Perangkap belut ini diletakkan pada sebelah petang dan pada 8 pagi keesokkannya semua tukil perlu diangkat kerana jika terlewat mungkin belut akan mati kerana tiada ruang udara. Tukir sepanjang hampir satu meter ini mampu memuatkan antara dua hingga tiga ekor iaitu bergantung kepada saiz belut yang tinggal Kampung Senang, Kota Bahru. Aktiviti mencari belut adalah aktiviti yang mereka dilakukan mereka sejak berusia belasan tahun terutama pada musim tengkujuh (Sila lihat foto disebelah)Bagi menarik perhatian belut mereka akan menggunakan umpan ikan sepat dan belut ini akan dijual pada harga RM25 satu kilogram.  Tangkapan belut sentiasa dinanti-nantikan penggemar belut selain menjadi buruan pengusaha kedai makan di sekitar Kota Bharu dan Pengkalan Chepa yang sudah lebih 20 tahun dalam mencari belut.

Di Pasir Mas, Kelantan pula walau pun sering d
iejek kerana kkerja kail belut tidak menghalang seorang ibu di Pasir Mas hanya mampu menangis dan menguatkan hati.  Insiden itu kerap dialami Ismarina Ismail  32 tshun dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas yang hampir setiap hari mengail belut sebagai pendapatan sampingan. Ia bagi menyara empat anaknya yang berusia antara empat hingga 10 tahun (Sila lihat foto disebelah). Beliau yang baru sebulan bekerja di kedai makan tidak jauh dari rumahnya dakwa belut itu dijual dengan harga RM18 atau RM20 sekilogram dan jumlah tangkapannya adalah tidak menentu. Adakalanya dia hanya pulang dengan tangan kosong tapi yang kerap diterima adalah ejekan daripada orang ramai. Ia mungkin mereka menganggap dia hanya membuang masa atau pekerjaan itu tidak sepatutnya dilakukan seorang wanita. Dia dakwa memang tidak mampu membalas sebaliknya hanya mengalirkan air mata sambil membayangkan empat anak di rumah yang menunggu dalam kelaparan. Pernag mereka mendapat bantuan sumbangan barangan makanan dsripada beberapa pihak. Dia yang kini dalam proses perceraian memberitahu menjalankan pelbagai kerja sejak tidak tinggal sebumbung dengan suami lebih setahun lalu memberitahu Harian Metro. Kini empat anak termasuk anak sulung yang menghidap autisme masih berada di bawah jagaannya. Kini selain bekerja di kedai makan dengan upah RM15 sehari, dia juga mengambil upah melakukan pelbagai kerja rumah antaranya mengemas serta melipat dan membasuh kain baju dengan upah antara RM25 hingga RM30. Boleh dikatakan rutin harian saya sentiasa terisi dengan kerja dan setiap kali keluar mencari rezeki, anak sulung yang menghidap autisme akan ditinggalkan berseorangan di rumah. Dinyatakan ibu mana yang tidak risau membiarkan anak istimewanya tinggal berseorangan tapi saya hanya serahkan kepada Allah untuk menjaganya. Kini dengan bermacam kerja, pendapatan diperolehi hanya cukup makan bagi menampung perbelanjaan harian, membayar sewa rumah sebanyak RM60 sebulan dan persekolahan seorang anak di sekolah rendah serta dua di tadika.

Bagi penduduk 
Kampung Baru Tetambah, Manir, Kuala Terengganu pula aktiviti berpesta ikan darat dan belut selepas banjir surut di beberapa kawasan di kampung itu sejak kelmarin seperti laporan Bernama. Bagi penduduk dikenali Sukri Sulong dakwa dia tidak melepaskan peluang menahan perangkap belut di kawasan berpaya dan dinaiki air. Memberitahu dimana apabila air semakin surut di beberapa kawasan sudah menunjukkan ia memang sesuai menahan pukat dan perangkap belut. Biasanya pelbagai jenis ikan seperti ikan puyu, sepat, haruan dan keli serta belut diperoleh penduduk selepas menahan pukat dan perangkap di paya dan kawasan dinaiki. Kegiatan menangkap ikan dan belut di paya sudah biasa menjadi aktiviti rutin penduduk di kampung itu sejak dahulu. Permintaan terhadap ikan air tawar dan belut sentiasa tinggi dan penduduk kampung akan cuba menangkapnya pada setiap hari selepas tengujuh bagi memenuhi permintaan pelanggan. Cuma pada musim banjir ini maka jumlah tangkapan meningkat dua kali ganda jika ia berbanding hari biasa. Walaupun jumlah tangkapan memang bertambah pada musim ini akan tetapi harga bagi semua tangkapan tetap sama. Dia biasanya menahan perangkap belut pada lewat petang dan memeriksanya keesokan hari. Biasanya di musim cuti sekolah memang ramai kanak-kanak berkhatan dan memerlukan ikan haruan dan belut sebagai rawatan tradisional selepas berkhatan menyebabkan kadar permintaan dua spesis ini tinggi. Dia dan rakan memang menangkap ikan air tawar setiap kali musim tengkujuh. Aktiviti ini sudah seperti pesta tahunan dan rugi jika mereka tidak memanfaatkannya sebaik mungkin. Memang seronok apabila pukat yang ditahan di kawasan banjir berjaya mengena ikan dalam jumlah banyak. Ikan yang ditangkap dimakan sendiri selain ada dijual sekali gus menambah pendapatan keluarga.

Menu masakan 'b
elut masak singgang' telah dibuktikan mempunyai tahap kelazatan  mengatasi kegelian. Itulah ayat pertama terpacul daripada mulut wartawan BH apabila kali pertama menikmati pelbagai sajian berasaskan belut di Gerai Amer Kelantan, terletak di Kampung Bharu, Kuala Lumpur, di belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur baru-baru ini. Wartawan dilaporkan buat julung kali ‘beramah mesra’ dengan belut yang masih hidup dimana badannya licin berlendir dan berbau hanyir dan ini telah menimbulkan rasa geli maksimum apabila melentok cuba melepaskan dirinya. Bentuk fizikal badan belut yang seperti ular itu menambahkan rasa geli sebaik sahaja badannya digenggam lembut. Walau ramai mungkin kali pertama pegang belut dan memang geli akan tetapi apabila dimasak tomyam, goreng kunyit, paprik, singgang, goreng berlada dan tiga rasa, sudah gerenti seronok menikmatinya. Pengusaha restoren bernama Amer Belut iaitu pemilik Gerai Amer Kelantan jamin mesu masakannya tidak hanyr (Sila lihat foto disebelah)Amer akan merebus belut mentah selama tiga minit untuk tujuan menghilangkan lendir pada badannya. Amer Belut atau nama sebenarnya Zaid Lizalidi mengusahakan perniagaannya setiap hari mulai 5 petang hingga 4 pagi dimana dia akan menambah belut hidup akan dimasukkan dalam baldi berisi ais kemudian aakan menutup rapat selama lima minit supaya ia ‘pengsan’. Biasanya belut mentah sebelum disiang akan direbus tiga minit untuk menghilangkan lendir pada badannya, selain bau hanyir.

Dilaporkan dimana ramai pelanggan 
sangat menggemari belut singgang kerana rasanya padu dan seolah-olah sedang menikmati isi ikan keli yang lembut dan kenyal. Begitu juga dengan lidah lembu dimana pada mulanya ada yang akan rasa geli hendak makan sebab terbayangkan lidah lembu terjelir keluar, namun sebaik menjamah lidah goreng, teksturnya rangup dan rasanya seperti hati ayam sahaja. Seorang pengunjung kali pertama bertandang ke gerai berkenaan adalah juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Kapten Mohd Arif  telah mengakui ketika beliau bertugas di luar negara telah beberapa kali menikmati hidangan belut terutama sajian yang disediakan di sebuah restoran Jepun di Narita (Sila lihat foto disebelah). Terkini beliau berpuashati setelah dapat menikmati belut singgang yamg dilaporkan memang terbaik. Beliau telah memberi lima bintang apabila mendapati isi belut kenyal dan langsung tiada bau hanyir dihidangkan dan enak dimakan. Mungkin ini antara nilai tambah yang terdapat di Gerai Amer Kelantan untuk pelanggan lain datang. Menurut Amer lagi sebanyak 10 kilogram belut segar diperlukan sehari, Biasanya belut matang yang sudah berumur 3 bulan adalah usia belut matang yang sudah sedia untuk dimasak. Menyatakan harga makanan bekut dikedainya Amer memberitahu semangkuk tomyam belut hanya RM8 sahaja dan berbeza dengan beberapa menu masakan lain mengukut kesesuaian. Lazimnya bekalan belut hidup dari beberapa kawasan sawah padi di Kuala Kangsar, Perak dibekalkan secara berjadual. Kini di musim PKP akibat covid19 beliau menghadapi masalah bekalan dan juga penutupan kedai beberapa kali menyebabkan pendapatannya tergugat. Antara khasiat makan belut seperti dijelaskan ialah membantu menyembuhkan penyakit kulit. Menyatakan lanjut dimana antara menu popular lain ialah lidah lembu goreng, pulut ikan kering, pulut ikan rebus, pulut mangga dan sup burung puyuh. Pelbagai sajian masakan belut seperti tomyam belut, belut goreng kunyit, belut singgang, dan belut tiga rasa, selain lidah lembu goreng. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KISAH BELUT... BERBAGAI RUPA...
ADA SUKA... DAN JUGA DERITA...
MEMANG BEKUT...BAIK HARGA..
SUDAH TERINGIN..BUAT UJIRASA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...