Support My Blog

Tuesday, October 13, 2020

PORANG - TANAMAN MENGUNTUNGKAN?

TANAMAN PORANG
(Amorphophallus oncophyllus) yang memang kurang dikenali di Malaysia tetapi ia mula popular di negara Indonesia merupakan tanaman dari famili Araceae yang secara umum ia dikenali dengan nama bunga bangkai kerana bau bunganya yang tidak sedap. Di beberapa kawasan lain di Indonesia tanaman ini dikenal dengan nama Iles-iles, Iles kuning, Acung atau Acoan. Tanaman porang merupakan tanaman berasal dari Indonesia dan dilaporkan ia memang sudah sejak lama dikenali dan dimanfaatkan oleh masyarakat tempatan. Bahkan semasa zaman penjajahan Jepun dahulu sekitar 1945 dilaporkan dimana masyarakat di sekitar hutan dipaksa untuk mendapatkan porang bagi digunakan sebagai bahan makanan dan industri mereka. Meskipun sudah lama dikenal dan dimanfaatkan dikalangan masyarakat tempatan akan tetapi aspek agronomi tanaman ini masih tidak boleh berkembang dimana kurang penyelidikan dan kajian dilakukan keatas tanaman ini. Ini daripada aspek penanaman, aspek penjagaan sehingga kepada aspek pada pemprosesannya. Mereka hanya menuai dari tanaman porang yang tumbuh liar di bawah pokok-pokok dihutan atau di sekitar belukat dimana ia akan dijual dalam bentuk umbisi basah. Penyelidikan tentang aspek aamalan agronomi dan pemprosesan porang hanya dimulakan sekitar tahun 2000a iaitu terutama di Pusat Perguruan Tinggi. Nilai ekonomi yang tinggi dan peluang perniagaan yang besar mendorong masyarakat dan beberapa pengusaha untuk mengusahakan porang di Indonesia. Sifat tanaman porang yang toleran kepada pokok dan naungan juga mendorong Pejabat Perhutanan Indonesia untuk mereka memberi sokongan dalam mengusahakan tanaman porang di bawah pokok-pokok hutan komersil dibawah jagaan mereka.  Pada tahun 1980'an Pejebat Perhutani KPH Saradan telah mulai mengembangkan tanaman porang di kawasan hutan. Penanaman pokok porang di kawasan hutan industri tersebut didokong dari Menteri BUMN Dahlan Iskan sendiri iaitu berlaku pada tahun 2012 yang menugaskan Pejabat Perhutani untuk meneruskan penanaman tanaman porang dengan mana peserta dipilih dari penduduk tempatan dibawah Program Pengembangan Hutan Bersama Masyarakat (PHBM). Maklumat mengenai teknologi penanaman porang ini telah diberikan dengan lebih terperrinci tentang bagaimana cara penamanan porang, kandungan nutrisi dan kegunaannya. Info mengenai syarat untuk pokok tumbuh, cara pengurusan tanaman (termasuk informasi perosak dan penyakitnya), nilai ekonomi dan keuntungannya diperkenalkan kepada peserta. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu artikel mengenai tanaman porang dan juga potensinya seperti dilaporkan oleh media Portal Jember dan beberapa rujukan lain untuk rujukkan anda semua.

Sebetulnya sejak dari Perang Dunia ke II, porang telah dieksport ke Jepun, Taiwan, Singapura dan Korea Selatan. Namun begitu penanaman porang kemudian dilaporkan kurang berkembang begitu juga aktiviti pemprosesan porang di Indonesia untuk dijadikan hanan tepung glukomannan. Kemudian pada tahun 1975an usaha untuk tanaman porang berputik dengan adanya kenyataan bahawa tanaman tersebut bernilai ekonomik yang tinggi dan sangat menguntungkan atas faktur kandungan glukomannannya dapat yang berkhasiat sebagai pangan fungsional yang untuk  kesihatan. Sifat tanaman porang yang toleran terhadap teduhan atau naungan telah memungkinkan tanaman ini diusahakan dikawasan tanah di bawah pokok hutan seperti dibawah pokok hutan komersil jati, sonokeling, mahogany  sengon. Pada tahun 2012 di Jawa Timur telah melaksanakan penanaman porang seluas 1.600 hektar di wilayah KPH Jember (121 ha), Nganjuk (759 ha), Padangan (3,9 ha), Saradan (615 ha), Bojonegoro (35,3 ha) dan Madiun (70 ha). Demikian juga Perum Perhutani Unit II Jawa Tengah sedang mengembangkan tanaman porang seluas 1.200 ha yang melibatan pelaburan sekitar Rp.50 milyar. Keadaan ini adalah bertujuan untuk tujuan pasaran eksport di samping pasar domestik seiring dengan meningkatnya kesadaran dan keperluan masyarakat lokal terhadap makanan fungsional untuk kesihatan ini.

Melalui portal tempatan terkini seperti Portal Jember ada melaporkan bagaimana didakwa tanaman porang mampu berikan keuntungan baik kepada pengusahanya. Dilaporkan dimana t
anaman porang belum terkini menjadi tanaman yang cukup popular di tengah masyarakat.  Bagi petani dan pengusaha mendapati tumbuhan umbi-umbian khas tropika inimemang cukup berpotensi untuk diusahakan dan dijadikan bisnis menguntungkanTanaman porang sesuai ditanam di tengah-tengah pokok hutan seperti jati, sengon hingga mahohany (Sila lihat foto disebelah). Porang atau yang dikenal juga iles-iles merupakan tanaman umbi-umbian dari spesies Amorphophallus muelleri. Memang tidak sedikit manfaat yang diperolehi dari tanaman porang seperti ia telah banyak digunakan untuk bahan asas tepung, kosmetik dan penjernih air. Tumbuhan umbi khas tropika ini yang dulu dianggap sebagai tanaman tidak berguna pula menjadi 'kegilaan' para pengusaha di sektor pertanian. Ini disebabkan tanaman ini menjanjikan untung hingga ratusan juta bahkan milyaran rupiah. Di pasaran eksport didakwa hasilan porang banyak dicari sebagai bahan makanan dan industri ubatan juga komestik atau industri kecantikan. Porang adalah sejenis tumbuhan yang pernah dianggap memiliki nilai jualan yang cukup tinggi di pasaran eksport seperti Jepun, China, Taiwan dan Korea. Kemudian sejak masa pandemik Covid-19 dunia telah banyak berubah dimana perniagaan porang mulai banyak diminati oleh sebahagian petani di pulau Jawa hingga ke Kawasan di Sumatra. Kini untuk mendapatkan hasil tahap pertumbuhan dan pegeluaran yang maksima maka harus ada pengurusan tanaman secara intensif.  

Teknik pengurusan tanaman porang kini telah di tambahbaik dari sebelumnya daripada aspek biakbaka yang dijalankan
 secara vegetatif maupun generatif. Secara umum telah dinyatakan dimana antara teknik pembiakan porang boleh dilakukan dengan beberapa cara. Cara pertama adalah membiakkan dengan menggunakan Bintil atau Katak. Katak adalah bintil berwarna coklat kehitaman yang muncul pada pangkal atau tangkai daun tanaman porang. Apa pun untuk mendapatkannya, katak dikumpulkan pada masa menuai dimana ia kemudian disimpan hingga memasuki musim hujan untuk ditanam pada kebun yang telah disiapkan. Cara pembiakan kedua adalah dengan lazimnya menggunakan umbisi itu sendiri yang dijadikan benih tanaman. Kawasan sesuai tanaman porang dikawasan tanah dengan tanahnya mempunyai pH tanah sesuai. Tanaman ini perlukan pokok naungan seperti pokok hutan jenis jati, mahoni dan sonokeling. Iklim adalah salah satu syarat untuk tujuan menanam pokok porang. Perlu diketahui bahawa porang menyukai tempat teduh. Kawalan perosak dan penyakit lazimnya sesuai menggunakan fungisida Ridomil dan Benlate. Petani tempatan juga dilaporkan ada menggunakan jenis Basudin dan Thiodan. Pembajaan disyorkan menggunakan baja kompos diikuti dengan baha NPK apabila pokok mulai meninggi. Aktiviti penjarangan dilakukan sebaik sahaja ia mulaii tumbuh agar umbi dapat tumbuh besar. Apabila pokok tanaman sudah mencapai umur matang dan sedia untuk dituai dalam masa 2 tahun dimana tuaian masa umur ini mampu mendapatkan saiz umbisi purata seberat lebih daripada 1 kilogram satu umbisi. Diantara ciri-ciri porang yang sedia untuk dituai dimana ia memiliki daun yang mulai kering dan jatuh ke tanah. Satu pokok porang yang subur dengan umur tanaman melabihi 2 tahun mampu menghasilkan umbi sekitar 2 kg. Dari sekitar kepadatan tanaman 40,000 pokok/ha maka dilaporkan petanii mampu menghasilkan sebanyak 80 metrik tan umbi porang. Setelah umbisi ini dituai maka ia perlu dibersihkan dari tanah dan akarnya dan ia kemudian dipotong dan dijemur. Proses pemotongan umbi harus dilakukan dengan betul disebabkan cara memotong akan menentukan kualiti porang yang dihasilkan. Dengan hasil 80 t/ha maka anda boleh kira sendiri akan jangkaan pendapatan petani dimana harga porang segar Rp 3,000 - Rp3,500/kg ((RM0.85 - RM1.00), Porang Chip/kering sekitar Rp17,500 - Rp22,000/kg (RM5.00 - RM6.30/kg) dan harga Porang Tepung Glucomanan sekitar Rp125,000 - Rp150,000 sekilogram (RM35.40 - RM42,20/kg). Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM PORANG.. SATU USAHA...
JADI BURUAN.. DI INDONESIA SANA...
DILAPORKAN MUDAH... DIJAGA...
ADAKAH YANG MINAT... DI MALAYSIA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Safar 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...