BUAH NANAS (Ananas comosus) merupakan sejenis buah tropika yang ditanam untuk kegunaan makan segar dan juga untuk pproduk proses. Bagaimana pun kini tumpuan yang diberikan oleh kerajaan menghasilkan nanas segar premium seperti MD2 untuk pasaan domestik dan eksport. Dari segi sejarah dilaporkan dimana aktiviti pemprosesan secara komersial buah nanas telah bermula di Hawaii pada akhir kurun ke-19. Penciptaan beberapa jenis mesin automatik untuk proses coring dan peeling oleh pekerja daripada kilang Hawaiian Pineapple Company (Dole), Henry Ginaca telah dilakukan antara tahun 1911 dan 1919 telah memberi impak terhadap pembangunan industri perkalengan nanas berskala besar. Sejak itu dilaporkan dimana Hawaii telah menjadi pengeluar yang terbesar nanas kaleng dunia sehinggalah kemunculan pesaing daripada negara lain seperti Ivory Coast, Filipina dan Thailand antara tahun 1950 dan awal 1960-an. Malaysia juga pernah menjadi pengeksport nans kaleng bertaraf dunnia dalm tempoh sama. Namun demikian oleh kerana model teknologi yang digunakan oleh Hawaii pada tahun 1925 bagi pemprosesan nanas masih lagi ada digunakan sehinggalah sekarang dan tiada pembaharuan dan perubahan yang signifikan dilakukan ke atas mesin tersebut. Perkara ini juga berlaku di Malaysia apabila kilang Lee Pineapple masih menggunakan mesin yang sama untuk pemprosesan sejak penubuhan kilang tersebut pada tahun 1945. Pada era 60-an hingga awal era 70-an, Malaysia juga merupakan antara kelompok tiga teratas negara pengeluar nanas kaleng serta penanam utama komoditi nanas dunia. Namun begitu ia tinggal sejagah apabila kedudukan itu tidak bertahan lama. Pada masa artikel ini ditulis antara pengeluar terbesar nanas dunia ialah Brazil (2,205,590 tan metrik), Filipina (2,169,230 tan metrik), Costa Rica (1,976,760 tan metrik) dan Thailand (1,924,660 tan metrik). Artikek dalam blog "Anm Agro Technology" kali ini saya menulis beberapa skala pemprosesan buah nanas pada skala kecil (IKS) dan berskala besar untuk dijadikan bahan rujukan semua.
Malaysia menduduki tempat ke-11 untuk kategori pengeluaran nanas dunia iaitu sebanyak 416,070 tan metrik. Walaupun telah lebih 20 tahun selepas Dasar Pertanian Negara (DPN) digubal akan tetapi industri buah-buahan Malaysia masih belum mencapai tahap kemajuan seperti yang dirancang. Menunru analisis yang dibuat secara secara makro jangkapanjang umumnya menunjukkan teknologi yang dibangunkan selama ini didapati masih tidak berjaya meningkatkan produktiviti nanas secara mapan. Ini dibuktikan melalui maklumat dan data survei pembuatan yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (1985-2007) iaitu mengenai kajian pengeluaran industri pemprosesan beberapa industri buah-buahan termasuklah berlalu bekalan nanas yang semakin berkurangan dalam tempoh 22 tahun iaitu dari tahun 1985 hingga 2007. Berdasarkan statistik terkini juga ada fakta menunjukkan bahawa industri ini mengalami peningkatan semula dengan beberapa insentif kerajaan didalam industri nanas negara seperti program Tanaman Nanas MD2 dan . Sehubungan itu, peningkatan pengeluaran output industri nanas di Malaysia perlu dikaji terutama berkaitan dengan penggunaan teknologi pemprosesan nanas sedia ada dan luang pasaran nanas baru ke Cina. Walau pun permintaan terhadap teknologi pemprosesan nanas baharu di peringkat PKS dan pengilang besar bagi meningkatkan lagi jumlah produktiviti bilangan ouput eksport serta menurunkan lagi bilangan output yang diimport. Ini adalah kerana teknologi yang diamalkan sedia ada masih lagi bersifat manual dan konvensional.
Pada masa artikel ditulis terdapat juga beberapa teknologi pemprosesan nanas yang telah diperkenalkan. Penggunaan teknologi pemprosesan nanas yang ada diamalkan sekarang oleh PKS serta permintaan terhadap teknologi dalam pemprosesan nanas bagi proses membuatkan ada produk berasaskan nanas seperti jus atau kordial, jem dan sos telah dihasilkan (Sila lihat foto disebelah). Apa pun majoriti dari pengusaha PKS didapati masih lagi menggunakan kaedah manual seperti menggunakan pisau, menggunakan periuk masak biasa, mesin pengisar biasa dan menggunakan tangan sahaja bagi membuang kulit, mata dan empulur, ambil isi, perah jus, membasuh, mendidihkan, mengacau, memasukkan ke dalam botol, menutup botol dan kemudian akan melabelkannya. Sehubungan itu juga ada beberapa permintaan terhadap teknologi bagi memproses nanas yang diperlukan seperti mesin pemotong, mesin pemutar (spinner), mesin pemerah, mesin penyejuk (cooler) dan mesin pembotolan. Apa pun bagi sektor pengilang besar pula, teknologi yang digunakan kebanyakannya berbentuk automatik dan separa automatik. Namun begitu hasil tinjauan penulis blog mendapati dimana masih terdapat lagi proses yang menggunakan kaedah manual seperti proses dalam pemeriksaan dan penggredan serta mengisi nanas yang telah siap dipotong ke dalam tin. Antara permintaan bagi teknologi pemprosesan nanas selain yang diamalkan ialah teknologi pengupasan dan pembuangan empulur manakala pelabelan dan perkartonan pula, mesin automatik diperlukan bagi menggantikan mesin separa automatik. Selain itu juga dilaporkan dimana semasa pencucian dilakukan, pengilang memerlukan mesin yang boleh memancutkan air terlebih dahulu sebelum penggredan dilakukan serta meningkatkan lagi kelajuan konveyer selepas buah nanas dimuatkan. Bagi memastikan proses pengkeliman berjalan lancar, mesin pengkeliman (seamer) 16 plat perlu diubah suai dengan menjadikannya satu barisan sahaja bagi menjamin kualiti kebersihan buah nanas.
Daripada penelitian oleh pihak LPNM dimaklumkan dimana tahap kepuasan teknologi pemprosesan nanas sedia ada masih perlu dipertingkatkan. Kepuasan pengurus dan pengusaha terhadap teknologi pemprosesan nanas yang diamalkan sekarang menunjukkan bahawa kebanyakan mereka berpuas hati (42.8%) dengan teknologi yang sedia ada, sederhana puas hati (28.6%) dan sangat tidak berpuas hati (28.6%). Kebanyakan pengusaha syarikat berhasrat (57.1%) dan sangat berhasrat (42.9%) terhadap inovasi bagi teknologi baharu pemprosesan nanas selain teknologi pemprosesan nanas yang diamalkan sekarang. Diantara beberapa cabaran dan halangan terhadap penggunaan teknologi pemprosesan nanas seperti kos mesin yang tinggi, skar untuk memperoleh mesin yang benar-benar sesuai, modal yang terhad dan juga tidak ada kepakaran untuk mengubah suai mesin yang diguna. Cabaran lain seperti pihak pengeluar atau pembuat teknologi tidak layan karenah usahawan bagi memantapkan teknologi sedia ada kerana urus niaga kecil serta masalah harga terutamanya bagi teknologi pembungkusan. Apa pun bagi pengilang besar tidak mempunyai masalah untuk mereka membeli teknologi pemprosesan nanas baharu yang canggih dan mahal kerana mempunyai modal besar di samping ia juga boleh diperoleh dari luar negara. Cabaran dan halangan utama pengilang besar adalah berkaitan pengeluaran output nanas kerana terlalu bergantung kepada hasil petani bagi mendapatkan sumber, buah yang diperoleh tidak mencukupi kerana hasil pengeluaran nanas kaleng menurun dan tidak konsisten dan juga harga kos barangan yang tinggi dan sukar dikawal seperti tin, gula, minyak dan pembungkusan.
Bagaimana pun berdasarkan artikel ini didapati bahawa kesemua PKS amat memerlukan teknologi pemprosesan nanas separa automatik dan teknologi yang dihasilkan itu mestilah tidak terlalu mahal, mudah dikendalikan dan kurang penyelenggaraan. Sehubungan itu, penyelidik MARDI adalah disarankan supaya memberi fokus terhadap permasalahan ini dengan membantu syarikat PKS menggantikan kaedah manual yang diamalkan sejak sekian lama dengan teknologi separa automatik. Manakala, bagi pengilang besar pula, mereka tidak memerlukan teknologi pemprosesan nanas baharu kecuali teknologi pemeriksaan dan penggredan. Oleh yang demikian, pihak MARDI perlu meningkatkan promosi teknologi penggredan automatik buah-buahan tropika yang telah dibangunkan kepada pengilang besar bagi menggantikan kaedah manual yang digunakan. Walau bagaimanapun apabila usaha untuk meningkatkan penyelidikan terhadap teknologi pemprosesan nanas baharu kepada pengilang besar adalah tidak wajar kerana masalah utama yang dihadapi mereka adalah kekurangan bekalan nanas yang sesuai untuk diprosea atau dikalengkan. Hasil kajian LPNM terhadap Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mendapati kebanyakan teknologi memproses nanas bagi jus atau kordial, jem dan sos masih menggunakan kaedah manual. Antara permintaan PKS terhadap teknologi pemprosesan nanas ialah mesin pemotong yang tidak terlalu mahal, meningkatkan kelajuan mesin pembotolan (1 saat/botol), kombinasi antara mesin pembotolan dengan pelabelan serta mesin digital pelbagai fungsi untuk memasak, pempasteuran dan penyejuk. Permintaan terhadap teknologi pemprosesan nanas dalam kalangan pengilang besar adalah dengan menjadikan mesin automatik 16 plates simmer menjadi hanya satu lorong sahaja untuk memastikan tahap kebersihan buah nanas terjamin, meningkatkan kelajuan konveyer selepas buah nanas dimuatkan serta menggantikan teknologi separa automatik dan manual kepada teknologi automatik. Halangan dan cabaran yang dikenal pasti mengenai teknologi pemprosesan nanas dalam kalangan PKS ialah kos mesin yang tinggi, sukar untuk memperoleh mesin yang benar-benar sesuai, tiada kepakaran untuk mengubah suai mesin yang diguna dan harga teknologi pembungkusan yang semakin meningkat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
MENANAM NANAS...ADA BUAHNYA...
DIMAKAN SEGAR... SEMUA SUKA...
NANAS DIPROSES ...PELBAGAI CARA...
LAPORAN DIBUAT... BOLEH DIBACA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Muharram 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.