Support My Blog

Thursday, October 22, 2020

EKSPORT DURIAN KE CHINA - SATU LAPORAN

BUAH DURIAN
(Durio zibethinus) merupakan sejenis buah tropika bermusim yang juga mendapat gelaran sebagai 'King of the Fruits'. Penanaman durian di Malaysia merupakan satu bidangusaha yang telah lama dilakukan dimana kini ia juga merupakan sejenis buah-buahan yang dikomersilkan. Kalau dahulu hanya penanaman durian 'Baka Kampong' yang mana ia diusahakan oleh pekebun kecil dan sebagai tanaman keliling rumah atau dudun campuran akan tetapi kini ia telah ditanam scara perladangan komersil. Beberapa pihak telah menanam durian secara estet seperti yang dilakukan di Johor, Pahang, Perak, Kelantan dan Kedah serta negeri-negeri lain. Daerah Raub di Pahang ada luas penanaman durian Musang King sedia ada dan juga pembukaan estet durian baru yang memang agak luas.  Mereka menanam dengan keluasan beratus-ratus ekar malahan ada yang mencecah ribuan ekar terutama bagi beberapa varieti tertentu yang premium. Pastinya durian varieti Musang King (D197) yang dahulu dikenali sebagai Durian Raja Kunyit ini menjadi pilihan pelabur kerana dipromosikan sebagai Durian Premium Malaysia dari segi kualiti, harga dan potensi pasaran eksport. Saya ada menulis lebih 200 artikel mengenai durian dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua. Pasaran durian dunia di monopoli oleh Thailand dengan tiga varieti iaitu Vareti Munthong, Chanee dan Kanyou dimana ia merupakan varieti yang paling popular di pasaran antarabangsa. Thailand mengeksport buah segar dan sejukbeku terhebat didunia dengan menggunakan pegangkutan udara, darat dan lautnya yang berkembang sejak lama dahulu. Bagi pasaran Negara China dilaporkan lebih 95% durian yang dipasarkan di sana adalah didatangkan darpada Thailand. Penulis blog ada membuat tinjauan teknologi bagaimana teknologi penanaman dan pengeksportan durian dari Thailand dalam beberapa penulisn sebeluk ini (Sila klik disini). Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan eksport durian ke China sebagai satu laporan untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.

Thailand merupakan pengeksport buah durian segar ke negara China yang terbesar didunia dengan sebanyak USD544 juta (THB16.7 billion) meningkat 82.3% dari tahun sebelumnya iaitu 2018. Selain itu negara tersebut juga mengeksport duiran sejukbeku dan durian proses ke China berjumlah USD46.9 juta (THB1.4 billion) dengan kadar pertumbuhan 41.6% setahun pada tahun 2019. Data daripada China menyatakan dimana sebanyak 98.9% durian yang diimport datangnya daripada Thailand (Sumber: Bangkok Post). Orang China memang bangsa yang sangat suka makan durian kerana ia memberikan tenaga dan kepanasan kepada tubuh badan selain daripada cogankata 'makan durian ada ong'. Eksport durian dari Thailand ini diikuti ke negara Vietnam berjumlah sebanyak USD267 (THB 8.16 billion) menunjukkan kehebatan promosi dan pemasaran durian dari negara gajah putih ini. Ketiga Thailand mengeksport durian sejukbeku ke USA dengan jumlah sebanyak USD 6.6 juta (THB201 juta) pada tahun sama. Akhbar Bangkok Post menyatakan eksport buah durian merupakan 44% daripada jumlah ekport buah-buahan dari negara tersebut. Malaysia juga diantara destinasi pasaran buah durian daripada Thailand setiap musim dengan penjualan dibanyak lokasi termasuk pasaraya besar diseluruh negara. Pada penulis blog kejayaan Thailand didalam mereka menghasilkan buah durian berkualiti bermula daripada sistem penanaman durian, penjagaan kualiti diladang sehingga kepada caraa rawatan dan penjagaan kualiti dijalankan serta kehebatan jaringan pemasaran mereka. Dakea Bangkok Post lagi kehebatan buah durian Thailand kerana mereka ketat didalam melaksanakan Good griculture Practices (GAP) didalam semua peringkat pengeluaran sehingga mewajibkan semua penanam durian mesti memounyai GAP yang diiktiraf seuruh dunia. Durian Thailand untuk pasaran eksport datangnya 20% daripada Selatan Thailand dan 50% lagi datangnya daripada kawasan Timur Utara Thailand. Para pengeksport durian Thailand tidak berani membeli durian untuk eksport jika harga runcit jualan di China kurang dari USD3.34 sekilogram (THB100/kg) atau duit Malaysia RM13.65/kg. Akhbar BAngkokk Post juga melaporkan kini Malaysia juga telah memasukki pasaran durian ke China dengan durian sejukbeku dengan varieti Musang King melalui Alibaba online dan ini perlu dijayakan.

Dalam akhbar Berita Harian paga 13 Oktober 2020 bertajuk "Malaysia-Thailand, Perang Duian di China" sebenarnya melaporkan status semasa untuk dilaporkan. Berita dari Bangkok ini  menyatakan ada viral tentang p
erang durian meletus di China dengan persaingan sengit antara Musang King Malaysia dan Monthong Thailand bagi menguasai pasaran durian yang semakin lumayan di republik itu. Menurut Konsulat Jeneral Thailand di Nanning berkata Malaysia melancarkan 'serangan' sejak awal bulan ini, membanjiri wilayah Guangxi dengan bekalan lebih 1,000 tan durian Musang King sempena program 'Durian Malaysia 2020'. Malaysia memanfaatkan saluran pemasaran norma baharu menggabungkan jualan secara langsung dan dalam talian selain menawarkan sampel percuma serta jualan promosi durian pada harga serendah 1 yuan (62 sen) sekilogram. Justeru, durian Malaysia kini semakin popular di China dengan promosi bulan ini saja menyaksikan jualan 340,000 biji durian bernilai lebih 70 juta yuan (RM43 juta).  'Durian Malaysia 2020' turut membuka peluang kepada pengusaha Malaysia untuk meninjau cita rasa pasaran China bagi produk berperisa durian seperti kentang goreng, kopi, minuman keras, tauhu, kuih bulan dan ais krim. Thailand sudah lama menjadi pengeksport durian terbesar ke China, dengan pasaran terbesarnya di wilayah Guangxi dan Guangdong.

Bagaimanapun kini status Durian 
Monthong sebagai raja durian di China kini diancam oleh Musang King atau lebih dikenali sebagai 'Maoshan Wang' oleh penggemar China, yang mana ia turut menggelarnya sebagai 'Hermes dalam kalangan durian'. Dalam tempoh lima tahun lalu, harga runcit Musang King meningkat 300 peratus selepas China mula mengimport buah durian sejuk beku dari Malaysia. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia menggesa pengusaha durian memperluaskan kawasan tanaman, dengan mengunjurkan eksport Musang King mampu meningkat sehingga 50 peratus lagi dan produk hiliran bertambah lebih dua kali ganda. Malaysia juga merancang meningkatkan penguasaan pasaran eksport durian sejuk beku ke China antara 50 hingga 75 peratus dalam masa terdekat. Raja buah itu kini boleh dibeli di pasaran dalam talian China seperti laman sesawang T-Mall. Pengurus Bahagian Makanan, Sayuran dan Barangan Sejuk T-Mall, Si Hao, berkata kebanyakan peniaga di laman sesawangnya menjual durian Monthong, yang menguasai 80 peratus pasaran China, dan durian Chanee. "Bagaimanapun, durian Malaysia kini memberi saingan hebat selepas memasuki pasaran dalam talian dengan menggunakan teknologi pembekuan nitrogen yang mampu melanjutkan tarikh luput daripada lima hari kepada 18 bulan. China kini membenarkan import durian dari Thailand dan Malaysia tetapi Vietnam serta Filipina juga sedang giat berunding bagi memasuki pasaran durian China. Laporan daripada Akhbar Sinar Harian yang bertajuk "Eksport durian Thailand ke China bernilai RM2.56 bilion" juga berkaitan dengan isu ini. Di Bangkok dilaporkan dimana minat China yang tinggi terhadap durian Thailand kekal kukuh dan tidak terjejas oleh pandemik Covid-19 apabila negara itu mengimport durian bernilai RM2.56 bilion dari Thailand dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. Menurut Kementerian Perdagangan Thailand, eksport durian negara Asia Tenggara ke China dari Januari hingga April tahun ini meningkat 78.05 peratus dari segi tahun ke tahun. Menurut Kementerian Perdagangan Thailand, eksport durian negara Asia Tenggara ke China dari Januari hingga April tahun ini meningkat 78.05 peratus dari segi tahun ke tahun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH DURIAN... ENAK RASANYA...
PASARAN EKSPORT... KE CHINA...
THAILAND TERHEBAT... DIDUNIA...
BACA ARTIKEL... FAHAM JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Rabiul Awal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...