Support My Blog

Sunday, October 25, 2020

COVID-19: STRATEGI JAMINAN BEKALAN MAKANAN

PENTING SEKTOR PERTANIAN
untuk diberi perhatian dalam masa krisis COVID-19 ini bagi memastikan  akan kelangsungan jaminan bekalan makanan dan melindungi golongan aktivit tani yang terdedah dengan kesempitan ekonomi. Memang diketahui umum dimana sejak dahulu purata pendapatan petani atau pekerja sektor pertanian adalah antara yang paling rendah pendapatannya jika ia dibandingkan dengan sektor-sektor lain. Penulis blog mendapati dimana kira-kira 56 peratus pekerja sektor pertanian juga berstatus tidak standard (non-standard) yang bermaksud mereka tidak bekerja sepenuh masa dan/atau tidak mempunyai kontrak pekerjaan formal malahan ada banyak yang bekerja sendiri. Disini memang apabila berlaku krisis seperti ini maka mereka lebih berdepan risiko dibuang kerja atau diminta mengambil cuti tidak berbayar dan ada keputusan pendapatan. Dilaporkan di Malaysia dimana sekitar 30 peratus pekerja sektor pertanian pula terdiri juga daripada warganegara asing. Hampir 90 peratus pertubuhan pertanian tergolong dalam kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Paling unik apabila kes covid mula merebak di Malaysia agak ramai yang balik ke negara jiran Indonesia untuk menyambut Aidilfitri dan kemudian berlaku kekurangan tenagakerja asing yang tidak dapat masuk ke Malaysia akibat PKP. Sebenarnya di Malaysia sekitar kurang 40 peratus dari syarikat pertanian adalah syarikat mikro. Syarikat seperti ini adalah jenis syarikat yang meraih perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 dan mempunyai kurang daripada lima pekerja. Sektor PKS lebih mudah terjejas dengan impak krisis ekonomi dan ini mendedahkan pekerja-pekerja PKS kepada risiko dibuang kerja atau diminta mengambil cuti tanpa gaji.  PKS sendiri berdepan risiko gulung tikar dimana ada PKS mendapat gangguan bekalan bahan input, penedaran dan pemasaran produk yang terjejas serta keekurangan pekerja. Artikel tengahari Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bagaimana covid19 ini memberi kesan teruk kepada jaminan bekalan makan dan sekor pertanian khususnya untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua. 

Bagaimanakah sektor pertanian dilindungi setakat ini oleh kerajaan dengan peng
umuman pelbagai jenis inisiatif khusus bagi sektor pertanian dan juga untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan rakyat amnya. Kemudian kerajaan memperkenalkan PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA atau secara ringkasnya PENJANA dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi”Di bawah PENJANA ini dimana kerajaan telah mengenalpasti 3 teras utama iaitu yang pertama: Memperkasakan Rakyat (Empower People); ke 2 untuk melonjakkan Perniagaan (Propel businesses); dan yang ke 3 Merangsang Ekonomi (Stimulate the economy). Secara keseluruhan ada terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah PENJANA telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Daripada jumlah ini sebanyak RM10 bilion merupakan suntikan fiskal langsung daripada Kerajaan. Dalam pada itu terdapat juga kmudahan pinjaman yang disediakan menerusi Pinjaman Agromakanan dan Skim Kredit Mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) boleh meredakan masalah aliran tunai bagi PKS pertanian. Apa pun pinjaman yang dilakukan PKS semata-mata untuk menanggung kos operasi sementara waktu krisis agar tidak gulung tikar adalah langkah yang tidak mampan, lebih-lebih lagi apabila krisis sekarang ini dijangka berlarutan untuk tempoh yang lama.  Pinjaman tersebut tidak akan menambahkan pendapatan PKS dalam jangka masa panjang. Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penangguhan bayaran balik dan Tenaga Nasional Berhad memperkenalkan diskaun bil elektrik. 

Kerajaan juga memperuntukkan Dana Jaminan Makanan berjumlah RM1 bilion. Dana ini bertujuan untuk menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada petani dan nelayan termasuklah bantuan input pertanian bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran domestik. Tambahan bajet sejumlah RM100 juta diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur penyimpanan dan pengagihan hasil tani dan juga program integrasi tanaman. Peruntukan-peruntukan ini amat diperlukan bagi mengukuhkan sektor pertanian makanan dimana aspek implementasi perlu dititikberatkan bagi tujuan memastikan kecekapan dan keberkesanan. Dana khas antara RM100,000 ke RM200,000 akan diberikan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Nelayan Kawasan (PNK) yang berdaya maju untuk menjalankan projek seperti agromakanan jangka pendek bagi memastikan kecukupan bekalan makanan. Inisiatif ini bagus dan tujuannya jelas.  Namun, memperuntukkan dana untuk PPK dan PNK sahaja tidak mengambil peluang kebolehan petani dan nelayan yang tidak bernaung di bawah PPK atau PNK, yang mungkin lebih cekap dan produktif. Bagi mengukuhkan sektor pertanian dan melindungi pekerja sektor ini sepanjang tempoh krisis, ada tiga pendekatan umum perlu diambil. Pertama mempastikan seluruh aktiviti pertanian bermula daripada penanaman sehinggalah penjualan kepada pengguna dapat berjalan secara normal dengan gangguan yang minimum, bukan sahaja pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi juga selepas berakhirnya PKP. Kedua, langkah memastikan PKS pertanian dapat terus hidup dan pekerja-pekerja tidak diberhentikan atau disuruh mengambil cuti tanpa gaji mestilah diutamakan. Ketiga, sekiranya pekerja terpaksa diberhentikan atau disuruh mengambil cuti tanpa gaji, perlindungan bagi mereka haruslah mencukupi.

Antara c
adangan khusus adalah dengan mempastikan seluruh aktiviti rantaian makanan berjalan lancar. PKP tidak seharusnya membantutkan aktiviti rantaian makanan. Meskipun aktiviti ini disenaraikan sebagai aktiviti keperluan yang dibenarkan beroperasi, terdapat kekangan yang menyebabkan aktiviti tersebut tidak berjalan secara normal. Sebagai contoh seperti masalah logistik dan juga penutupan pasar pagi dan pasar tani. Langkah proaktif MAFI dan agensi-agensi berkaitan seperti FAMA diperlukan bagi menyalurkan sokongan pemasaran kepada para petani dan nelayan, termasuklah mereka yang tidak berdaftar di bawah agensi-agensi berkaitan. Perlu disenarai atau dikenalpasti petani dan nelayan yang tidak dapat menjual hasil disebabkan PKP sebagai contoh menerusi semakan daripada maklumat petani daripada Pejabat Pertanian Daerah dan akan bantu mereka menjual hasil-hasil tersebut. Perlu dilakukan kerjasama dengan syarikat swasta seperti petani di Cameron Highlands yang tasalnya terpaksa membuang hasil mereka kerana tiada pembelian tetapi kemudian platform membeli-belah atas talian Lazada terus menguruskan perihal logistik dan teknologi bagi membolehkan hasil-hasil petani dijual. Juga amat wajar kkerajaan mempertimbangkan pinjaman tanpa faedah kepada petani, penternak, nelayan dan PKS sektor pertanian yang menghadapi kesempitan aliran tunai untuk terus beroperasi. Cara begini bagi mengelakkan bebanan faedah yang perlu ditanggung selepas krisis ini pulih. Apa pun jika ada tambahan pinjaman seterusnya pula boleh dikenakan faedah yang rendah. Antara cara lain yang boleh atau sesuai dipertimbangkan ialah dengan melaksanakan skim berkadar mengikut skala gaji dimana jumlah mutlak subsidi meningkat mengikut tahap gaji, tetapi menurun dari segi peratusan. Kini boleh menggunakan dana khas sektor pertanian makanan dengan baik yang ada juga disalurkan kepada petani yang tidak bernaung di bawah PPK tetapi hanya yang berdaya saing. Ini akan mengoptimumkan kebolehan para petani yang cekap untuk menambahkan bekalan makanan dalam negara. Di samping itu, maklumat tentang penggunaan dana-dana ini haruslah telus disiarkan bagi makluman masyarakat umum.  Apa pun memang ada beberapa ruang yang wajar kerajaan lihat bagi memastikan perlindungan yang diberikan kepada sektor pertanian dan pekerjanya lebih kukuh. Dengan sumber fiskal yang terhad maka langkah-langkah mendepani krisis covid19 ini haruslah lebih tersasar dan menyelesaikan masalah. Beberapa langkah memastikan seluruh aktiviti rantaian bekalan makanan berjalan lancar tidak melibatkan pemberian wang terus dan sebaliknya memerlukan koordinasi dan gerak kerja yang efektif. Langkah seperti yang diambil Malaysia ini yang sebenarnya yang paling penting. Selagi pengeluar makanan dan aktiviti pertanian selainnya berjalan maka petani dan penternak akan terus meraih pendapatan dan bekalan makanan negara mencukupi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pambaca anim agro technology. Wasallam!!!!...
KRISIS COVID19...GEMPARKAN DUNIA....
PEMBAWA MAUT.... RAWATAN SEGERA...
BEKALAN MAKANAN... KENA DISEDIA...
SEKTOR PERTANIAN... INSENTIF  ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(21 Safar 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...