Pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik Tan Sri Muhyiddin pada Mac 2020 mengenai Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) mengejutkan masyarakat Malaysia. Apa tidaknya dimana larangan keluar rumah selama beberapa bulan amat menganggu ekonomi dan pergerakan. Sehingga artikel ini ditulis ada kemungkinan besar masih wujud ruang untuk virus baru dari haiwan atau makmal muncul kembali dimasa akan datang disebabkan kerana kelawar adalah hos dalam penyimpan untuk virus seperti SARS-CoV. Dari segi perspektif yang lebih besar iaitu bermula dengan aspek biodiversiti dimana selama manusia terus mengubah kegunaan tanah untuk penempatan, pertanian, pembalakan dan tujuan untuk pengekstrakan maka kesannya secara tidak langsung akan memusnahkan zon persekitaran semula jadi yang biasanya akan memisahkan antara manusia dari haiwan. Kegiatan liar seperti ini memungkinkan kejadian spesis kuman yang boleh beradaptasi dengan lebih baik di persekitaran yang diubahsuai manusia (seperti kelawar dan tikus). Kejadian seperti ini boleh mewujudkan peluang untuk patogen berpindah dari haiwan kepada manusia dan menyebabkan penyakit unik bawaan makanan. Apabila populasi global meningkat dan proses pembandaran secara besar-besaran berterusan yang berlaku dalam dekad yang akan datang dimana trend ini dijangka meningkat berganda-ganda akan menambahkan risiko. Maka peyelidik dan saintis seluruh dunia perlu menumpukan kajian terhadap perkara ini dengan lebih terancang.
Apabila penduduk dunia bertambah dengan lebih daripada 7 billion dimana mereka semua memerlukan jaminan dan ketersediaan bahan makanan. Ketidakjaminan makanan wujud apabila manusia kehilangan akses kepada makanan yang selamat dan berkhasiat dan tidak memiliki gaya hidup yang aktif dan sihat bagi pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Akses kepada makanan bergantung pada tahap kemiskinan, kuasa membeli isi rumah, biaya makanan asas dan adanya infrastruktur pengangkutan dan pasar serta sistem pengedaran makanan. Bagi isi rumah termiskin lazimnya mereka jadikan makanan dalam menyumbang pada sebahagian besar perbelanjaan mereka. Apabila berlaku sebarang kenaikan kos makanan makanan maka dengan secara langsung mempengaruhi jaminan makanan mereka. Daripada laporan UNICEF menunjukkan bahawaterkini ada lebih daripada 820 juta orang penduduk dunia kekurangan gizi dimana ini akan menyukarkan lagi cabaran untuk mencapai sasaran Zero Hunger pada tahun 2030. Laporan tersebut nyatakan apa lebih membimbangkan lagi adalah kesan penyakit pandemik yang disebabkan wabak menyebabkan kematian dii dunia akan mengalami ketidakjaminan makanan yang lebih teruk. Laporan UNICEF juga menjelaskan bahawa pada tahun 2019 sekitar 20.7 % kanak-kanak di bawah usia lima tahun di Malaysia menderita pertumbuhan terbantut, 11.5 % susut berat badan dan 12.7 % kanak-kanak (berumur 5-19 tahun) mengalami kegemukan. Persekitaran makanan yang cepat berubah dimana ia disebabkan punca makanan serta tabiat permakanan di Malaysia telah mengubah budaya permakanan dengan jelas. Disebabkan terlalu banyak promosi dan iklan makanan segera di Malaysia menyebabkan pola permakanan rakyat Malaysia telah berubah. Tabiat makan selepas malam hari membolehkan restoren makan malam dibuka 24 jam.
Apa yang semua orang kena fikirkan adalah bagaimana menjadikan sistem makanan lebih lestari iaitu dari segi keselamatan dan jaminannya di tengah-tengah wabak COVID-19. Semua orang perlu berfikir dan melihat punca masalah ini. Sama ada sebelum wabak atau ketika wabak ini dimana masalah di Malaysia bukanlah kekurangan makanan akan tetapi aspek kemiskinan yang tidak berkesudahan apabila ramai tidak bekerja akibat premis tempat mereka dahulu bekerja sudah tidak beroperasi. Kerajaan dan orang awam perlu untuk mengambil kira peranan pertumbuhan ekonomi, ketidaksamaan dan isu peminggiran dalam membentuk kesan jaminan makanan dan pemakanan. Terkini satu laporan terbaru oleh Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertajuk (The State of Food Security and Nutrition in The World (2019) menunjukkan bahawa berlaku perkembangan ekonomi pada dasarnya akan mempengaruhi jaminan makanan dan pemakanan. Ia banyak juga bergantung pada tahap kemiskinan yang melampau dan sejauh mana rakyat miskin akan tersisih kerana tahap ketidaksamaan yang berbeza. Keperluan mengubah corak konsumsi menyebabkan pengurangan perbelanjaan diperuntukkan untuk pendidikan dan kesihatan, atau peralihan makanan daripada makanan yang kaya nutrien, seperti sayur-sayuran atau daging, kepada makanan yang lebih berkanji. Walaupun ini membantu untuk memberi tenaga yang mencukupi dalam jangka pendek, tingkah laku ini akan memberi kesan jangka panjang yang negatif terhadap kesihatan, kesejahteraan dan produktiviti generasi akan datang dan masyarakat secara keseluruhan. Sebaiknya semua sektor daripada kerajaan, swasta, para saintis dan sebagainya perlu bekerjasama untuk mengkaji sumber makanan yang lebih lestari dan lebih selamat untuk memenuhi keperluan penduduk. Program seperti program pertanian bandar, industri asas tani berasaskan makanan dan sebagainya perlu digalakkan didalam menambah bekalan makanan. Sektor pertanian negra pasc covid-19 perlu dipulihakan segera semua pengeluaran bahan makanan akan terjamin dengan harga mampu beli oleh semua golongan masyarakat. Sektor pertanian dilihat sangat penting dalam era pandemik ini kerana walau pun duduk rumah semuanya perlukan makanan yang selamat dan mencukupi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!,,,!
BOLEH BAWA MAUT ... BERJAGA-JAGA...
JAMINAN MAKANAN... MESTI DISEDIA...
SEKTOR PERTANIAN...PALING BERGUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(23 Safar 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.