HYDROGEL adalah satu bahan polimer yang boleh menyerap kelembapan (air dan sebagainya) dan kemudian tumbuh-tumbuhan mampu mengambilnya. Terdapat pelbagai kegunaan bahan yang mampu menyerap ini didalam industri termasuk untuk sektor pertanian. Produk ini dihasilkan dalam bentuk serbuk atau butiran (kadang-kadang dalam bentuk cecair) yang mana apabila serbuk ini bersentuhan dengan air ia akan menyerapmya dan membengkak, meningkat dengan ketara dalam jumlah. Hydrogel apabila dipenuhi air akan menjadi lembut seakan-akan jeli telus tanpa warna kecuali diwarnakan airnya. Hidrogel (hydrogel), di negara-negara Barat disebut crystal soil, di Jepun disebut ichigo soil dimana ia merupakan salah satu inovasi media tanam bagi mereka yang suka bercucuktanam di kebun, diladang atau pun dalam rumah. Penggunaan bahan ini dilakukan bagi meningkatkan kesuburan tanah, kualiti hasil, produktiviti dan paling penting dilaporkan mampu mengurangkan kos pengairan. Hidrogel merupakan media yang terbuat dari kristal polimer yang dapat menyerap dan menyimpan air. Bentuk asalnya adalah jenis kristal atau bulat iaitu terdiri dari warna jernih.Bagaimana pun ada produk hydrogel yang akan berubah berbagai macam warna yang menarik (jernih, merah, merah jambu, biru, ungu, kuning, hijau, orenhitam dan pelangi dan sebegainya untuk tujuan ornamental (hiasan). Amalan biasa dimana bahan hidrogel perlu dimasukkan dalam air untuk ia dikembangkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Penulis blog yang telah beberapa kali membuat promosi teknologi penggunaan grl pertanian mndapati memang amat mudah cara menyediakan hidrogel untuk pertanian. Selalu ditunjukkan kepada audien dengan mengambil satu bekas air (1 litaer) dan dimasukkan serbuk gel sebanyak 5 gram dimana ia akan berkembang memenuhi bekas dalam beberapa minit sahaja. Hidrogel yang telah kembang ini sudah sesuai untuk digunakan sebagai media tanaman ornamental. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya paparkan mengenai apakah dia hydrogel dan bagaimana ia penting dalam peranian untuk dijadikan bahan rujukan semua.
Secara saintifiknya produk Hydrogel ini berfungsi sebagai pengganti tanah pada tanaman (jenis-jenis tanaman tertentu dimana tidak semua tanaman sesuai ditanam dengan bahan hidrogel. Hidrogel Pertanian (common hydrogel agriculture's) dibuat daripada bahan iaitu Potassium polyacrylate atau Sodium polyarylate. Keuda bahan ini merupakan bahan penyerap air yang hebat dimana ia menjadikannya sebagai setor gel menyimpan air. Gel ini membolehkan hidrgel pertanian membentuk Polimer Gel Air yang mengikat air dalam keadaan jenis tanah yang berbeza-beza dan terbaik adalah tanah peroi dan berpasir. Air yang disimpan ini membolehkan tanah kurang memerlukan air berbanding dengan jika ia tidak dirawat dengan gel pertanian ini. Dalam tanah pasir hudrogrl mampu menyimpan air sehingga 85% banyaknya. Selain itu ia membantu suburkan tanah, mengurangkan kepadatan tanah, elakkan hakisan tanah dan terbaik adalah menambaik pertumbuhan tanaman. Bagi tanah gurun atau separa-gurun penggunaan hidrogel merupakan satu teknologi yang sesuai dilakukan. Terdapat beberapa jenis hidrogel pertanian bergantung kepada cara penggunaannya. Pertama adalah Hidrogel Kanji (starch-based hydrogel) yang mudah larut (biodegradeble) dan murah serta boleh disesuaikan kapasiti pegangan air tetapi mudah reput. Jenis kedua adalah Hidrogel Polimer Asid Acrylic yang banyak dikomersilkan dan ia tidak larut dalam air tetapi ia agak perlahan didalam menyerap dan melepaskan air. Ia juga tidak mudah rosak didalam tanag atau tahan lebih lama. Potensi penggunaan hidrigel pertanian didakwa membantu tumbuhan dari stress akibat kemarau, mengurangkan kuantiti pengairan dan meningkatkan pengambilan baja. Bahan ini memang akan mengurangkan proses evaporasi, memadatkan tanah, membaiki tekstur dan struktur tanah dan kurangkan larutresap. Ia membolehkan racun serangga diambil degan perlahan-lahan dalam jangkamasa lebih lama kerana kurang berlaku larian air permukaan tanah.
Bila guna produk ini dalam pertanian ia sesuai dicampur dengan tanah dan bagi ornamental dirumah ia tidak perlu lagi menggunakan pasir, kerikil atau media hidroponik lainnya, Dirumah anda sudah dapat bertanam hidroponik dengan menggunakan media tanam hydrogel. Secara otomatik biasanya hudrogel ini akan menyerap (absorb) dan melepaskan (release) kadar air dan nutrien sesuai yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Bergantung kepada kualiti, kapasiti kemampuan hidrogel dalam menyerap air adalah 100 - 500 kali ganda dari berat hidrogel itu sendiri. Bagi kegunaan 'indoor plants' sebenarnya tidak semua tumbuhan ornamenal yang sesuai dengan cara guna hidrogel ini. Tanaman yang sesuai ditanam di hidrogel adalah tanaman yang batangnya tidak berkayu dan juga tidak memerlukan intensiti cahaya matahari terus diatasnya. Tumbuhan yang tahan dengan daya kelembapan tinggi dipilih kerana akarnya akan berada dialam air terganang. Antara jenis-jenis tanaman yang cocok untuk hidrogel seperti dari genus Senseviera (Pokok lidah mertua, masonia, lorentii), Genus Aglaonema ( tanaman sri rezeki, lady valentine, dona carmen, red sumatra, pride of sumatera), Genus Cripthantus atau Keluarga Bromaliaceae (Nanas), Genus Anthurium (telinga gajah, hookery), Genus Phylodendron (honeylemon, phylo katak, mercy, sirih merah, sirih hitam, sirih belanda, dan jenis tanaman sirih hiasan yang lainnya. Tanaman lain adalah seperti dari genus Dracaena (buluh mini, buluh Jepun, jenis buluh hiasan lain), tanaman paku dan pakis, tanaman Pilea cadieri serta jenis tanaman lainnya yang suka kelembapan tinggi. Hidrogel juga sesuai dgunakan sebagai pengganti air bagi kegunaan bunga bunga potong sehingga bunga tidak cepat layu.
Dipasaran hidrogel ini ada dijual dalam bentuk serbuk (powder) dan kemudian ia dicampur dalam air. Penggunaan hidrogel bagi benih tanaman adalah dengan cara dimana biji benih perlu dibasahkann dengan air dahulu dan kemudian digaul rata dengan serbuk hidrogel sebelum menyemai. Ia kemudian dimasukkan dalam ubang penanaman atau didalam barisan tanaman. Bagi pokok dalam pasu yang dewasa ia boleh dibuat lubang dengan kayi sedalam 3 - 4 cm dalam dan kemudian bubuh hidroge yang telah kembang dengan air atau serbuk hidrogel kering kedalam lubang tersebut dan ditutup. Elakkan daripada membiarkan serbuk hidrogel ini terdedah kepada panas matahari kerana ia akan mudah rosak. Di beberapa negara maju petani mencampurkan racun kimia dan baja bersama hidrogel sebelum campuran ini diaplikasikan keatas tanah. Penulis blog akan membincangkan beberapa kebaikan (Pro) dan kelemahan (contra) penggunaan bahan hidrogel ini untuk dikongs bersama. Dilaporkan penggunaan hidrogel ini membolehkan proses percambahan dipercepatkan dimana penelitian menunjukkan iaitu anak benih tumbuh 1-2 minggu lebih cepat. Ini kerana benih mendapat kelembapan dan air yang mencukupi untuk bercambah dan terus hidup subur. Komposisi baja granule juga membolehkan tumbuhan akan mendapat nutrien dalam jangkamasa waktu lebih lama dalam tanah. Tanah yang ditambah dengan campuran hidrogel mampu mengekalkan strukturnya yang longgar dimana ini membolehkan akar tumbuhan cepat menyerap di dalamnya. Akar mudah menembusi hidrogel ini dengan cekap, mudah dan bebeas. Kajian menunjukkan taburan benih dengan hydrogel membolehkan kadar pertumbuuhan naik kepada 95 - 98% berbanding dengan tanpa rawatan. Syor kadar dalam penggunaan bahan hidrogel ini adalah sekitar hanya 0.8-1.6 grgram bahan hidrogel serbuk bagi setiap liter tanah. Secara umumnya penggunaan hidrogel ini adalah untuk tempoh selama dua (2) tahun dan kemudian perlu diganti semula.
Dalam beberapa kenyataan dilaporkan cara dan kadar penggunaan hidrogel ini berbeza mengikut jenis tanaman dan tujuan. Bagi tanaman bunga-bungaan, tanaman bersazi kecil, sayuran (parsley dan seumpamanya) dos disyorkan adalah sekitar 20 - 30 gram granul atau serbuk kering bagi keluasan 1 meter persegi. Cara aplikasi adalah dengan mencampurkan semasa proses menyemai dan dituang sehingga melimpah. Bagi tanaman Radish sebanyak 5 - 10 gram setiap 1 meter persegi atau sebanyak 0.2 - 0.5 gram sepokok. Begitu juga dengan tanaman umbisi lain seperti kacang tanag serta lobak sebanyak 3 - 5 gram setiap 1 meter persegi atau sebanyak 0.2 - 0.5 gram sepokok. Tanaman timun, labu dan tembikai disyorkan memberi sebanyak 0.5 - 1.0 gram granul gel kering bagi kawasan 1 meter persegi. Bagi tanaman tomato digunakan sebanyak 0.5 -1.0 gram serbuk hidrogel iaitu sebaiknya semasa menanam anakbenih dalam lubang. Bagi tumbuhan rumput (termasuk bagi rumput padang golf) disyorkan sebanyak 50 gram serbuk hidrgel kering ditabr bagi keluasan 1 meter persegi. Perlu diingakan amalan sebelum menanam anakbenih sebaiknya dicampur hidrogel bersama tanah campuran dan dimasukkan atau ditabur diatas tanah. Lazimnya bagi berat 1 gram serbuk hidrogel kering mampu untuk menyerap sehingga 200 ml air menyebakan walaupun dengan hujan jarang tetapi penyiraman dengan air boleh dikurangkan atau tidak diperlukan.bMengenali bentuk hidrogel ini penting kerana ada Hidrogel Lembut dan Hidrogel Tebal. Hidrogrl Lembut dimana hidrogel ini biasanya tidak berwarna dan digunakan untuk menanam benih,dan dimasukkan kedalam tanah bag pokok dewasa untuk meningkatkan kandungan air dalam tanah dan seterusnya kurangkan aktiviti penyiraman. Strukturnya membolehkan akar untuk ianya mampu menembusi di dalam dan mendapatkan air. Kedua iaitu Hidrogel Tebal (aqua) selalu akan digunakan bagi tanaman hiasan indoor (ornamental). ia mempunyai bentuk dan warna yang berbeza mengikut kesukaan. Ia boleh dilihat dalam beberapa bentuk yang bukan sahaja bola tetapi juga berbentuk seperti kiub dan piramid. Sesuai juga digunakan terutamanya untuk batang pokok keratan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENYERAP AIR...BERGANDA-GANDA...
DALAM PERTANIAN.. ADA DIGUNANYA...
POKOK SUBUR... KURANG SIRAMNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 RabiulAwal 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.