Pengamalan pertanian bersepadu di Malaysia merupakan kegiatan pertanian yang terpenting dan diusahakan secara meluas oleh petani atau penduduk kawasan kampung di Malaysia. Akan tetapi memang terdapat segelintir masyarakat yang mengusahakan pertanian bersepadu secara komersial. Kebiasaannya aktiviti bercucuk tanam dijalankan bersama peternakan ayam kampung, lembu atau kambing aerta akuakultur sedikit. Apa pun bagi pekebun getah mereka ada menanam durian seperti yang dilakukan di Kampung Sg Ulu Maran, Maran, Pahang dimana dalam tinjauan penulis blog (Sila lihat foto disebelah). Puan Salbiah menanam getah, durian, nangka, mangggis, pisang, duku, sayuran-sayuran (cili, terung, bayam, kangkung, cekur manis dan sebagainya) serta menternak kambing dikebun seluas 2 ekar. Dakwanya tanaman dan ternakan jenis ini dilakukan bagi tujuan untuk kegunaan diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan sahaja terutama di musim durian. Daripada 15 pokokk durian yang berumur lebih 20 tahun ini memang mampu dijual setiap musim dan menghasilkan pendapatan keluarga. Pertanian bersepadu lazimnya diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil serta menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang disediakan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun dari tinjauan penulis blog, kebanyakan petani kampung masih mengamalkan cara pertanian tradisional. Dalam pada itu melihat kepada sejarah awal transformasi pertanian di negara kita maka dapatlah difahami bahawa sektor pertanian ini bukanlah baru malahan merupakan sumber ekonomi utama masyarakat dahulu dan sekarang. Pertanian akan kekal menjadi nadi penggerak kepada negara dan usaha kerajaan untuk menjadikan sektor ini sebagai perniagaan yang amat menguntungkan perlu mendapat kerjasama dan penglibatan daripada semua pihak.
Kesedaran pengguna masa kini dengan produk pertanian organik memberi jaminan sumber makanan bebas kimia dan selamat menerusi ekosistem yang lestari sehingga ia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat. Kini ada petani yang memfokuskan kepada pengeluaran hasilnya yang berkualiti dan tidak menggunakan sebarang input kimia, produk organik biasanya berharga dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding produk konvensional. Di Kg Parit Keroma, Muar, Johor seorang pemuda menanam cili padi dengan konsep pertanian organik melalui sistem fertigasi (Sila lihat foto disebelah). Beliau mendapati tidak ada banyak masaalah didalam mengamalkan pertanian ini dan berjaya mendapatkan pendapatan yang baik. Sebenarnya tahap pengeluaran di Malaysia menyumbang 30 peratus produk makanan organik dimana negara kita mengimport 70 peratus bekalan makanan organik disebabkan jumlah ladang yang ada mahupun petani yang mengusahakan pertanian organik itu masih kurang. Penulis blog merujuk kepada pegawai Jabatan Pertanian Putrajaya dimana dinyatakan ketika ini hanya 230 ladang yang menerima pensijilan organik dengan keluasan sekitar 2,021 hektar. Jumlah ini adalah terlalu kecil jika ingin dibandingkan dengan negara Thailand dimana peningkatan bilangan ladang mereka meningkat dengan signifikan pada setiap tahun untuk menampung permintaan produk organik dalam negara.
Dilaporkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telahmenyasarkan peningkatan yang signifikan bagi ladang pensijilan myOrganik menampung permintaan terhadap produk itu demi memenuhi keperluan dalam negara. Antara isu utama pertanian organik di Malaysia adalah tahap produktiviti hasil tanaman organik yang masih rendah dan kurang lestari disebabkan sistem pengurusan ladang serta tanaman yang kurang cekap. Selain itu didakwa dimana kos pengeluaran ladang organik juga tinggi disebabkan oleh faktur kebergantungan terhadap tenaga buruh dan input pertanian organik yang mahal seperti baja bioorganik dan biopestisida dari pasaran tempatan selain diimport dari negara luar. Kes serangan perosak dan penyakit pada tanaman berpunca daripada faktor cuaca tidak menentu dan pengurusan perosak serta penyakit kurang cekap antara masalah utama yang mana ia menyumbang kepada pengeluaran hasil yang rendah. Oleh itu antara cabaran petani adalah bagaimana untuk mereka meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil tanaman organik serta jadi pertanian secara organik boleh 'survival' dimasa akan datang. Kini telah ada kajian dan pembangunan dalam bidang pertanian organik yang mendakwa dimana cara atau sistem perladangan organik bersepadu antara terbaik. Bersepadu dalam erti lain dengan menyarankan penggunaan kaedah integrasi dengan pelbagai komponen sektor industri ini iaitu ternakan, tanaman pelbagai jenis dan agroekologi memastikan pengeluaran hasil yang optimum. Sebagai contoh tanaman serai dikebun pisang dilaporkan membantu untuk menghalau serangga perosak selain hasilnya boleh dituai.
Pertanian Bersepadu yang betul dimana ia mampu meminimakan isu dan masalah perosak, penyakit, rumpai dan masaalah kebergantungan 'input' pertanian dari luar. Pengurusan sisa sifar juga membantu dan mengurangkan kos input ladang. Penulis blog yang banyak membuat tinjauan teknologi diseluruh negara mendapati jika ada aktiviti ternakan seperti kambing, ayam, lembu ianya akan dapat membantu kepada penghasilan baja organik untuk tanaman di samping menjadi pendapatan tambahan kepada petani. Ladang Tenusu Eco Yap di Keningau, Sabah merupakan salah satu ladang paling berjaya didalam melaksanakan konsep pertanian bersepadu dengan menggabungkan kesemua aspek bidang usaha daripada tanaman, ternakan, akuakultur dan industri asas tani (Sila lihat foto disebelah). Beliau menternak lembu tenusu, menanam rumput napier, nanas, padi organik, durian Musang King, menternak buaya, membina rumah walit, menjual baja kompos, menternak ikan air tawar dan ada juga memproses pelbagai produk berasaskan pertanian. Pembaca boleh membaca tulisan saya mengenai usaha beliau dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi artikel. Penggunaan baja organik dikawasan tanaman membolehkan ladang ini mendapat persijilan MyGAP dan MyOrganik mengikut lokaliti dan jenis bidanguasha. Kini ternakan lembu susu komersil ini jadikan penghasilan kompos atau baja untuk tanaman menerusi sisa najisnya. Penulsi blog dapati amalan sistem tanaman bersepadu dengan komersil mampu menjadi satu kerjaya yang baik. Jabatan Pertanian mampu membuat penilaian dan seterusnya mengiktiraf hasil produk mencapai spesifikasi ditetapkan MyGAP dan MyOrganik selayaknya mengikut kesesuaian. Adalah menjadi bonus buat petani jika hasil pertanian mereka sudah dipersijilkan dan ia akan mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN ORGANIK... ADA KAITNYA...
MAKANAN DIHASILKAN.. UNTUK KITA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAMLAH JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomoist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Rabiul Awal 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.