Support My Blog

Tuesday, October 27, 2020

MINYAK SAWIT MALAYSIA - BESAR SUMBANGAN

KELAPA SAWIT
(Elaeis guneensis) merupakan tanaman paling penting di Malaysia dimana ia menyumbang kepada ekonomi negara dengan signifikan. Penanaman kelapa sawit ini dilakukan oleh sektor perladangan serta pekebun kecil yang mana ia mencecah jutaan hektar di seluruh negara. Antara produk utama kelapa sawit tentunya minyak kelapa sawit dimana ia adalah penyumbang terbesar perdagangan antarabanngsa. Bagaimana pun disebalik kempen memburuk-burukkan minyak sawit oleh sesetengah negara Barat akan tetapi komoditi itu terus membekalkan kira-kira satu pertiga keperluan lemak penduduk dunia. Malaysia sendiri telah mengeksport minyak sawit ke hampir 160 negara dengan mana negara China, India dan Kesatuan Eropah (EU) sebagai pasaran terbesarnya. Bagaimana pun penulis blog ingin merujuk kepada satu artikel didalam wawancara bersama Sinar Ahad pada 25 Oktober 2020 bersama Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) iaitu Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir. Beliau menyatakan dimana dakwanya permintaan terhadap minyak sawit Malaysia dijangka terus meningkat seiring dengan pertambahan penduduk dunia yang akan meningkat kepada sembilan bilion orang menjelang tahun 2043. Saintis dalam tanaman kelapa sawit itu turut berkongsi kejayaan MPOB dalam mengkomersialkan hasil penyelidikan agensi berkenaan dalam usaha meningkatkan kualiti dan pengeluaran sekali gus menambah pendapatan petani terutamanya dalam situasi tidak menentu turun naik harga minyak sawit sekarang. Artikel ini mengupas semula laporan dari temu bual Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan wartawan Norshahzura Mat Zuki bersama Ahmad Parveez di pejabat MPOB di Bandar Baru Bangi, Selangor dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Terkini dilaporkan dimana h
arga Minyak Sawit Mentah (MSM) Malaysia melonjak naik pada 21 September 2020 iaitu antara yang paling tinggi sejak wabak Covid-19 melanda dunia bermula tahun 2019. Apa yang penting adalaj apakah faktor-faktor utama yang mempengaruhi turun naik harga minyak sawit dan dapatkah kita mengawalnya?. Dinyatakan KP MPOB dimana semenjak  sebulan lepas (Ogos 2020) dimana harga sawit adalah stabil. Harga sawit mencecah RM3,111 satu tan pada Januari 2020 iaitu yang paling tinggi pada tahun 2020 setakat ini. Apa pun pada bulan Mei 2020 dimana harganya turun disebabkan Covid-19 dan kini naik semula kepada RM3,000. Harga MSM pada 13 Oktober 2020 adalah RM3050.50 satu tan. Harga minyak sawit di pasaran tempatan mahupun antarabangsa sentiasa dipengaruhi faktor asas dan sentimen pasaran. Dilaporkan dimana peningkatan permintaan terhadap minyak sawit akan membantu meningkatkan harga MSM di pasaran dan begitulah sebaliknya. Walaupun banyak negara masih mengamalkan kawalan pergerakan kerana Covid-19 akan tetapi keperluan makanan sentiasa ada. Faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan harga ini adalah berlaku peningkatan eksport minyak sawit sehingga dua peratus pada bulan September berbanding Ogos 2020. Peningkatan eksport itu disebabkan pembelian oleh negara India, Bangladesh, Afrika Selatan, Filipina dan Turki

Faktor kedua ialah pengeluaran MSM yang rendah pada Oktober 2020 ini adalah disebabkan kesan La Nina yang membawa hujan lebat sekali dimana ini gus mengganggu aktiviti penuaian dan pengumpulan buah tandan segar (BTS). Dianalisa dimana antara f
aktor lain ialah peningkatan harga minyak kacang soya. Pada 6 Disember 2019 dilihat iaitu berlaku pertama kali harga sawit berada AS$3 lebih tinggi berbanding harga soya. Dalam masa terdekat ini dilaporkan negara China akan meningkatkan pembelian soya dan ini akan meningkatkan harganya. Peningkatan harga soya akan menyebabkan produk minyak sawit menjadi lebih berdaya saing dan kompetitif. Beberapa usaha kerajaan mengekalkan hubungan baik dengan negara pengimport termasuk China dan India berjaya meningkatkan eksport minyak sawit Malaysia. Kerajaan juga berjaya mengurangkan lebihan stok minyak sawit negara melalui pelaksanaan polisi seperti pengecualian duti eksport MSM sehingga Disember 2020. Jika pada Januari 2020 Malaysia berjaya harganya mencecah RM3,111 satu tan maka dengan sentimen pasaran eksport dan stok rendah, kita jangkakan harga MSM boleh mencecah RM3,150 satu tan hujung tahun 2020. Harga minyak kacang soya lebih tinggi daripada harga sawit adalah satu perkara yang menyebabkan kemungkinan banyak negara luar yang antiminyak sawit menyerang negara pengeluar minyak sawit telah dilakukan. MPOB mendapati ia adalah antara puncanya juga. Itu yang berlaku sekarang di Eropah dan mungkin juga di Amerika Syarikat. Pada peringkat awal didapati sawit adalah pengeluar kedua dan soya adalah pengeluar minyak makanan utama di dunia sebelum tahun 2006.

Dilaporkan dimana pada tahun 1980-an dan 1990-an kita diserang oleh persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan soya dengan mengatakan minyak sawit kita tidak selamat dimakan kerana kandungan asid lemak tepu dan sebagainya. Bagaimanapun, pada 2006 sawit telah menjadi pengeluar minyak utama. Kita menjadi pembekal utama minyak makanan dunia dimana ini menyebabkan peranan minyak kacang soya semakin rendah. Ini kerana didapati soya bukanlah sebagai cabaran utama kita di Eropah kerana negara itu juga ada minyak bunga matahari dan minyak jagung. Apa yang berlaku ialah minyak sawit kita lebih murah kerana beberapa faktor. Ia dihasilkan oleh dunia ketiga dan inimenjadikan kos pengeluaran lebih rendah manakala hasilnya adalah lapan kali ganda lebih tinggi berbanding soya. Ini memberikan kelebihan kepada kita. Pesaing tidak boleh menggunakan alasan ekonomi menyebabkan mereka menggunakan alasan alam sekitar, kesihatan dan sebagainya untuk mempertahankan ekonomi dan perniagaan mereka. Apa pun penulis blog setuju dengan kenyataan dimana dari segi angka matematik, jika harga MSM ialah RM3,000 satu tan, berapakah sepatutnya harga satu tan buah kelapa sawit segar di ladang?. Untuk harga buah tandan segar (BTS), kalau kita melihat pasaran semasa MSM RM3,000 satu tan dan harga isirung sawit pada RM1,600 satu tan, anggaran BTS di kilang adalah RM30.94 sen untuk kadar perahan minyak (OER) atau bersamaan dengan RM619 satu tan jika OER yang digred di kilang mencapai 20 peratus. Kedua-dua harga MSM dan harga isirung dilihat saling mempengaruhi harga BTS. Justeru, semakin tinggi harga MSM dan isirung sawit maka semakin tinggi harga BTS di pasaran. Namun begitu, harga BTS di ladang adalah lebih rendah berbanding harga di pintu kilang. Ini berikutan harga yang dikenakan oleh peniaga BTS perlu diambil kira. Kadar potongan yang dikenakan oleh peniaga BTS ini adalah berbeza-beza mengikut peniaga dan wilayah. Sebagai contoh dilaporkan bagi Semenanjung Malaysia kadar potongannya dianggarkan antara RM30 hingga RM70 satu tan manakala di Sabah dan Sarawak pula kadar potongan biasanya akan lebih tinggi berbanding di Semenangjung Malaysia berikutan faktor geografinya yang menyebabkan kos yang lebih tinggi ditanggung oleh peniaga BTS.

Pendapatan pekebun sawit khususnya peneroka Felda terjejas teruk setiap kali harga sawit jatuh. Bagaimanakah pendapatan mereka dapat ditingkatkan?. Antara langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan pendapatan contohnya bagi peneroka Felda ialah melalui kepelbagaian pendapatan seperti aktiviti tanaman makanan atau singkat masa, ternakan dan bekerja secara sepenuh masa dengan berniaga atau bekerja dengan majikan. Pihak Felda juga boleh menetapkan harga minimum bagi buah tandan segar dan pengurangan kos pengeluaran kepada RM150 hingga RM180 per tan. Melalui cara ini, margin keuntungan dapat ditambah. Kini selepas 20 tahun ditubuhkan, apakah pencapaian siginifikan MPOB dari segi penyelidikan dan inovasi teknologi dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran sawit?. Setelah 20 tahun MPOB ditubuhkan, banyak pencapaian dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi (R&D) yang diperoleh untuk proses huluan dan hiliran sawit. Dengan komitmen dan kesungguhan untuk menjadikan sawit Malaysia sebagai yang terbaik di dunia, MPOB boleh berbangga dengan kejayaan inovasi teknologi mencipta dan melancarkan 675 teknologi merangkumi semua sektor dalam industri sawit sejak 20 tahun lalu. Sebanyak 30 peratus daripada teknologi yang dihasilkan telah dikomersialkan oleh industri. MPOB juga menggunakan teknologi dron untuk mengawal serangga perosak seperti ulat bungkus di ladang sawit. MPOB juga membangunkan 47 teknologi untuk mekanisasi ladang dan formulasi baja seimbang iaitu MPOB F1, F2, F3, F4, F5, dan F5 bagi meningkatkan hasil dan produktiviti.

Dalam pada itu dinyatakan iaitu di sektor hiliran pula makanan pihak MPOB sentiasa proaktif dalam menerajui usaha-usaha memperkukuhkan dan meningkatkan daya saing industri hiliran sawit negara dengan mempergiat aktiviti R&D serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran sawit. Teknologi terbaharu yang dibangunkan ialah penghasilan marjerin yang bersesuaian dengan suhu bilik dan teknologi makanan minyak sawit merah (Sila lihat foto disebelah). Melalui R&D yang berterusan kini MPOB berjaya menghasilkan teknologi dan formulasi produk-produk yang mesra alam dan mesra pengguna. Ini termasuk bahan surfaktan untuk produk pencuci, produk kosmetik, sabun dan sebagainya. Apakah perasaan KP MPOB setiap kali negara Barat memboikot minyak sawit dan apakah hujah untuk menangkisnya?. Beliau kata walau pun Malaysia ditohmah dan diburuk-burukkan dan diboikot kerana kejayaan kita serta kelebihan yang ada. Kos penghasilan kita yang rendah dan hasil sawit tinggi, malah pelbagai kegunaannya terutamanya bahagian cair dan tepu. Antara beberapa kebaikan minyak sawit ini menjadi satu cabaran dan persaingan kepada mereka. Mereka akan terus mengeluarkan apa sahaja hujah untuk memburukkan minyak sawit kita bagi mempertahankan ekonomi dan minyak mereka sendiri. Selain itu, teknologi dan pelaksanaan pensijilan bagi Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjadikan minyak sawit kita satu-satunya di dunia yang wajib dihasilkan secara mampan. Kita mewajibkan MSPO dan MPOB terlibat secara langsung membantu lebih 500,000 pekebun kecil. 

Menyorot pertanyaan bagaimanakah masa depan industri sawit di Malaysia?. Dinyatakan dimana sekarang ini industri sawit Malaysia telah mampu dalam menghasilkan hampir 20 juta tan minyak sawit mentah setahun dengan jumlah nilai eksport mencecah RM65 bilion pada tahun 2019. Sektor ini menyumbang kira-kira RM50 bilion atau 3.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pada tahun ini, kita menyasarkan nilai eskport RM70 bilion. Dari tempoh Januari hingga Ogos 2020, jumlah eksport industri sawit Malaysia mencatatkan RM27.42 bilion dimana ini telah meletakkan industri ini sebagai salah satu penyumbang keempat terbesar kepada pendapatan eksport negara selepas elektrik dan elektronik, keluaran petroleum dan produk kimia. Malaysia perlu memastikan bahawa sawit yang dihasilkan akan sentiasa lestari, mampan pada masa akan datang. Kita perlu tingkatkan kemampanan, produktiviti dan kualiti sebab antara cabaran yang kita hadapi selain penolakan Eropah ialah isu keselamatan makanan yang merupakan isu yang serius di sana. Kini apa yang penting sebenarnya ialah kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada penghasilan komoditi tetapi perlu mempelbagaikan produk hiliran bernilai tinggi. Melihat kepada populasi dunia yang akan terus meningkat, keperluan minyak sawit akan meningkat. Kita sebagai negara terbesar pengeluar sawit, perlu meningkatkan hasil walaupun mempunyai tanah yang terhad. Sebanyak satu pertiga keperluan lemak dan minyak dunia dipenuhi oleh minyak sawit, jadi peranan kita agak besar. Berapakah anggaran bilangan pengguna minyak sawit di seluruh dunia? Selain India, negara manakah lagi yang berpotensi menjadi pengguna minyak sawit?.  Secara umumnya, 160 negara yang mengimport minyak sawit dari Malaysia. Kegunaan minyak memang sangat tinggi, hampir di seluruh dunia menggunakan minyak sawit Malaysia. Buat masa ini, kita melihat China, India dan Kesatuan Eropah sebagai pasaran terbesar kita. Banyak cabaran yang kita hadapi dari negara-negara tersebut. Apa yang penting ialah pengguna akan sentiasa bertambah, bilangan penduduk dunia akan bertambah dan dijangka pada tahun 2043 jumlah penduduk akan mencapai sembilan bilion. Keperluan lemak meningkat, jadi kebergantungan kepada minyak dan lemak akan meningkat. Namun, kita tidak boleh bergantung kepada India, China dan Kesatuan Eropah sahaja untuk pasaran minyak sawit. Pencapaian kita dalam tempoh enam hingga lapan bulan pertama tahun ini bukan semuanya dari negara-negara tadi, sebaliknya turut meliputi Turki dan Filipina. Apa pun sebenarnya cara memperkukuhkan pasaran sedia ada dan menambah pasaran baharu seperti Afrika boleh menjadi keutamaan. Selain 10 pengimport terbesar minyak sawit dari Malaysia seperti India, China, Kesatuan Eropah, Pakistan, Turki, Filipina, Vietnam, Amerika Syarikat, Iran dan Jepun, pasaran di rantau Timur Tengah, Afrika dan Asia Tengah berpotensi menjadi pengguna minyak sawit. Malangnya kesan PKP dan Covid-19 memperlahankan aktiviti berkenaan. Juga didapati ada sesetengah negara menerima maklumat negatif dan tidak tepat mengenai minyak sawit. Semuga artikel kali ini dalam blog anim agro echnology memberi info berguna kepada semua pembaca. Wasallam!...
MINYAK SAWIT ... KOMODITI UTAMA...
20 JUTA TAN MINYAK...SETAHUNNYA...
RM65 BILLION... NILAI YANG DIKIRA...
HARGA STABIL... SEMUA GEMBIRA,,,

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Rabiul Awal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...