Support My Blog

Friday, October 9, 2020

CARA KAWAL GANODERMA - BAGAIMANA?

PENYAKIT REPUT PANGKAL BATANG
(RPB) pada 
tanaman kelapa sawit yang disebabkan oleh patogen iaitu Kulat Ganoderma (Ganoderma boninense) didapati meningkat di kawasan tanaman semula sawit. Keadaan ini juga adalah berpunca daripada sumber jangkitan penyakit RPB yang terdapat pada tunggul dan akar sawit generasi sebelumnya. Untuk mengawal penyakit ini, penyediaan kawasan penanaman perlu dilakukan dengan teknik yang betul. Dalam wikipedia dinyatakan dimana Ganoderma merupakan genus bagi sejenis cendawan polypore yang tumbuh pada pokok dan selalunya ia akan merangkumi sekitar 80 spesies dimana kebanyakan darinya dari kawasan tropika. Bagaimana pun oleh kerana tahap penggunaannya yang meluas dalam perubatan tradisional di Asia serta dan potensinya dalam bioremediasi maka cendawan ganoderma dikomersilkan dari genus sangat penting dari segi ekonomi. Ganoderma boleh dibezakan daripada polypores lain kerana ia mempunyai dinding basidiospora berkembar. Mereka popular disebut sebagai cendawan rak atau kulat ambal ("bracket fungus"). Dalam pada itu Ganoderma adalah organisma eukariotik yang digolongkan ke dalam kelompok cendawan sejati. Dinding sel Ganoderma terdiri atas kitin (chitin) tetapi selnya tidak tidak memiliki klorofil. Ganoderma mendapatkan makanan secara heterotrof iaitu dengan mengambil makanan dari bahan organik di sekitar tempat pertumbuhanya. Bahan organik tersebut yang akan diubah menjadi molikul-molikul sederhana dan diserap langsung oleh hifa. Kulat Ganoderma juga termasuk dalam 'soil borne fungi' atau pun dikatakan sebagai sejenis cendawan bawaan tanah dan juga jenis hidupan yang memiliki sifat saprofit dan parasit tumbuhan. Sifat yang dimiliki Kulat Ganoderma ini menjadi menarik disebabkan dua peranan yang saling bertentangan iaitu merugikan namun sekaligus didakwa memang ia boleh menguntungkan. Sebagai patogen tumbuhan sebenarnya Kulat Ganoderma dapat menyebabkan busuk akar dan batang pada tumbuhan tahunan tropika di estet Kelapa Sawit atau pun pokok hutan sehingga boleh menyebabkan kerugian. Sebagai saprofit emmang cendawan ganoderma telah lama digunakan sebagai bahan ubat bagi kesihatan manusia. Bagaimana pun di Malaysia dan negara pegeluar kelapa sawit serangan kulat ganoderma adalah mengerikan kerana ia mampu mengurangkan hasil kelapa sawit dan membunuh tanaman tersebut. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai penyakit ganoderma atau teknikalnya sebagai penyakit reput batang kelapa sawit dan beberapa teknik kawalan untuk bahan rujukkan anda semua.

Tanaman kelapa 
sawit yang terkena kulat ganoderma biasanya memang agak sukar untuk dirawat. Jika terkena satu pokok seterusnya  kulat ini akan merebak ke pokok yang lain dalam waktu tidak lama. Daripada tinjauan penulis blog mendapati dimana dalam sesetengah kes, kulat ini akan gugur kering selepas dirawat. Namun apa yang berlaku ialah kulat ganoderma ini akan naik kembali selepas itu. Penyakit ini boleh berjangkit melalui akar-akar tumbuhan kelapa sawit yang bertemu di dalam tanah. Sebenarnya Kulat Ganoderma adalah sejenis parasit dimana jika kulat ini akan sering hadir apabila kawasan tanah dimana kelapa sawit ditanam terdiri daripada jenis tanah yang  bertoksid dan masam. Perkara ini berlaku kerana lazimnya dikawasan tanah yang bertoksid dan masam tidak atau asidik memang mengandungi mikrob baik yang telah mati atau dalam bahasa mudahnya 'tanah mati tiada organisma baik'. Kejadian boleh berlaku menjadi jenis tanah bertoksid dan masam selalunya juga berpunca dari penggunaan racun rumpai dan baja kimia yang selalu digunakan untuk meningkat hasil tandan sawit. Penggunaan bahan kimia yang lama bertahun-tahun menyebabkan tanah menjadi lebih asidik apa lagi akan menjadi lebih parah lagi apabila memang tidak pernah dirawat tanah tanaman kelapa sawit ini sejak lama. Kesan tanam masam dan tiada organisma baik ini maka apabila terjadi begini kemudian terjadi hasil kelapa sawit akan berkurangan dan juga jangkahayat pokok juga menjadi pendek atau akhirnya boleh mati. Terdapat banyak amalan agronomi dan cara perawatan dan juga untuk mencegah kulat ganoderma dilakukan dimana asasnya adalah pekebun boleh amalkan kaedah pembersihan kebun secara menebas atau dengan menggunakan mesin. Apa pun jika terdesak sangat barulah menggunakan racun tetapi selepas itu perlu rawat kembali tanah yang telah di racun dengan bahan boleh menaikan kesuburan tanah (menaikan pH). Memang telah ramai pekebun sawit yang mengamalkan kaedah pembajaan organik seperti baja tahi ayam untuk kurangkan kesan toksid baja kimia. Ada juga yang mengamalkan kaedah baja hybrid kimia-organik untuk penghasilan tandan sawit yang optimum secara berterusan. Kaedah hybrid kimia-organik menjadikan pokok mendapat baja lengkap seimbang tanpa kesan sampingan. Bagaimana pun sebaiknya bagi pokok yang telah terkena kulat ganoderma rawatan terbaik  tanah tersebut adalah dengan menggunakan DOLOMITE atau ZEOLITE.

DOLOMITE adalah sebatian daripada batu sedimen yang mengandungi mineral berfaedah. Kandungan tertinggi adalah Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg) dalam bentuk Okside (O2) dan Karbonat (CO3). Dilapangan dimana kompaun ini dapat menyediakan mineral tambahan kepada tanah untuk proses pertumbuhan pokok dengan lebih baik kerana bahan didalamnya dan tahap kemampuannya untuk meneutralkan tanah yang berasid. Terdapat banyak sebab tanah berasid termasuk diladang kelapa sawit yang mana antaranya adalah disebabkan oleh penggunaan baja kimia yang berlebihan dimana dalam keadaan tanam masam maka nutrien tidak dapat diambil oleh akar pokok. Adalah penting untuk pembaca mengetahui akan sifat-sifat dolomite ini kerana asasnya adalah mineral dolomite yang menjadi batuan kristal didalam sistem 'trigonal-rombohedral' yang berwarna keputihan, coklat, kelabu atau ada seakan merah muda. Salah satu jenama produk serbuk Dolomite meningkatkan lagi hasil aktiviti pertanian yang dijalankan dan kawal penyakit tertentu. Dolomite  adalah bahan 
mengandungi unsur yang menggemburkan serta mampu untuk membaiki pengudaraan dalam tanah dan membaikpulih struktur tanah. Kesannya akan membolehkan akar cepat berkembang dalam tanah yang subur untuk menyerap nutrisi. Bahan dolomite ini juga mampu untuk menstabil dan mampu meningkatkan pH tanah (keasidan tanah) serta dapat membantu dalam proses Fotosintesis dimana kesannya ia akan menghijaukan daun. Dolomite mengandungi bahan mineral semulajadi dimana ia adalah tidak merbahaya kepada semua jenis kehidupan, ternakan dan juga tanaman. Dalam jangkamasa singkat ianya akan membantu dan membolehkan cacing dan bakteria baik (good pathogen) untuk berkembang biak. Kesan penggunaan dolomite didakwa mampu untuk mencegah pertumbuhan semua jenis kulat (fungi) dan lumut (moss) dipermukaan tanah dan dipokok. Ia juga didakwa memang mampu untuk mencegah anai-anai, penyakit akar putih, cacing nematod, bakteria dan patogen yang hendak menyerang tanaman. 

Dalam kes lain pihak 
MPOB juga ada memperkenalkan teknik sanitasi tunggul dan akar sawit bagi mengawal jangkitan penyakit RPB di kawasan penanaman semula sawit. Ini dilakukan apabila kawalan melihat kesan sanitasi tunggul sawit dari srangan jangkitan ganoderma di kawasan sanam semula dibuat penyelidikan. Amalan sanitasi dengan menorek tanah dan tunggul pokok tua seluas 1.5 m panjang X 1.5 m lebar X 1.5 m dalam, sebelum menanam semula sawit telah mengurangkan kejadian penyakit RPB ke atas pokok sawit baru. Kejadian penyakit RPB adalah kurang daripada 1% di kawasan yang mengamalkan sanitasi seperti ini berbanding lebih 13% di kawasan yang tidak mengamalkan sanitasi iaitu selepas 10 tahun pokok sawit ditanam. Kini kajian mendapati berdasarkan penemuan ini maka langkah-langkah yang disyorkan sebelum penanaman semula sawit sebaiknya dijalankan terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi untuk diserang Ganoderma. Langkah pertama adalah dengan menumbangkan pokok tua. Kemudian dimusnahkan pokok tua dengan meracik batang, tunggul dan gumpalan askar kepada cebisan kecil kemudian menyerakkan secara rata sekata sepanjang barisan tanaman pokok tua dan dibiarkan mereput. Langkah ke 3 dengan mengorek tanah dan tunggul dengan menggali lubang seluas (1.5 m lebar X 1.5 m panjang X 1.5 m dalam) dan ditimbus semula dengan tanah di sekililingya. Seterusnya langkah ke 4 adalah dengan cara membajak kawasan di antara barisan pokok tua atau di sepanjang barisan penanaman baru dan diikuti dengan pembajakan putar. Langkah ke 5 adalah dengan menaman anakbenih kelapa sawit baru di sepanjang kawasan dibajak dan jauh daripada barisan pokok sawit tua (barisan pokok lama). Ini kerana tunggul dan akar berpenyakit merupakan sumber jangkitan pokok sawit yang akan ditanam. Teknik sanitasi yang dijalankan ialah dengan mengorek keluar tanah dan tunggul serta akar pokok sawit tua seluas 1.5 m lebar X 1.5 m panjang X 1.5 m dalam. Ini diikuti dengan membajak kawasan di antara pokok tua atau di sepanjang barisan penanaman baru, kemudian dengan pembajakan putar dan menanam pokok baru jauh daripada barisan pokok tua, untuk mengurangkan kejadian penyakit RPB selepas menanam semula sawit. Melalui kaedah ini maka kejadian penyakit RPB pada sawit tanam semula dapat dikurangkan dengan ketara. Kulat Ganoderma adalah cendawan tular tanah yang pada awalnya banyak menyerang tanaman kehutanan, namun belakangan ini juga banyak menyerang tanaman perkebunan khususnya kelapa sawit. Spora cendawan ini dapat bertahan dalam keadaan dorman selama bertahun-tahun di tanah dimana jika terjadi ketidakseimbangan mikroflora dan juga lingkungan yang mendukung maka spora cendawan ini akan menjadi dominan dan aktif. Pencegahan dengan membaiki keasidan tanah dengan Dolomite adalah antara yang berkesan didalam mengawal penyakit disebabkan Ganoderma. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN SAWIT ...SAKIT GANODERMA...
POKOKNYA ROSAK... HASILNYA MINIMA...
CARA KAWAL... DOLOMITE BOLEH GUNA...
SANITASI LADANG... SIGNIFIKAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, 
Malaysia.
(24 Safar 1442H).


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...