Support My Blog

Tuesday, December 24, 2019

TANAM KELADI CINA - KOMERSIL

TANAMAN KELADI CINA (Colocasia esculenta) iaitu tanaman umbisi daripada keluarga Araceae adalah menguntungkan jika dilakukan dengan skala komersil. Ia juga merupakan sejenis tanaman umbisi yang di percayai berasal dari Malaysia atau India yang hidup subur di kawasan rendah (khususnya tanah gambut) dan mempunyai saliran yag baik seperti di kawasan tanah gambut sederhana dalam. Keladi adalah tumbuhan umbisi dari keluarga Araceae. Tanaman Keladi juga di panggil Taro (Indonesia), Callalo, Coco dan Cocoyam digunakan sebagai sumber makanan ramai penduduk semanjak dulu kala. Keladi mengandungi banyak zat mineral dan vitamin seperti Thiamin, Riboflavin, Zink, Posforus, Kalium, Manganese dan juga Zat Besi. Kandungan vitamin pula seperti Vitamin C, Niacin, B6 dan juga asid Oksalik. Keladi mempunyai sumber Kanji yang sangat tingggi. Dibeberapa negara seperti Irian Jaya, Papua New Guinea, Timor Leste dan beberapa masyarakay di Afrika menjadikan keladi sebagai makanan ruji mereka. Ini telah menjadikan tanaman keladi amat penting dinegara mereka dengan ditanam untuk sumber makanan negara. Keluasan tanaman keladi di Malaysia sekitar 812 hektar dengan pengeluaran sebanyak 4,641 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian 2018). Aantara negeri yang banyak menanam keladi adalah seperti Johor, Selangor, Sarawak dan Sabah. Kebanyakan tanaman keladi adalah dikawasan tanah gambut walau pun ada segelintir petani menanam ditanah mineral. Penanaman keladi juga dijalankan secara monokrop dan juga secara tanaman campuran dengan tanaman makanan lain. Pasaran keladi adalah untuk bekalan domestik dan juga dieksport keluar negara terutama ke Singapura. Artikel pada kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penanaman keladi cina secara komersil untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Keladi cina adalah salah satu jenis keladi yang sangat dipercayai ia popular di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Ini kerana semasa perayaan Tahun Baru Cina adalah waktu rezeki kepada pengusaha keladi cina kerana masa ini harga keladi naik mendadak sehingga RM9 hingga RM 12.30 sekilogram. Keladi ini penulis blog mendapati memang digemari rakyat Malaysia kerana keenakannya dengan ianya disediakan melalui pelbagai resepi dihasilkan seperti kerepek keladi, bubur keladi, kuih keladi dan sebagainya. Saya ada banyakmenulis artikel mengenai keladi yang anda boleh baca (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Kawasan penanaman keladi perlu dikenalpasti dahulu kerana ia perlukan kawasan lapang dengan sinaran matahari melebihi 6 jam. Diperlukan kawasan minima 0.5 ha (1 ekar) atau lebih untuk menanam pokok keladi secara komersil. Tanah yang sesuai untuk menanam keladi ialah tanah gambut hitam, lom dan tanah mineral yang tertentu atau pun dikawasan tanah bekas lombong yang dipulihkan. Tanah beralun dan rata juga sesuai untuk penanaman keladi cina ini. Boleh juga untuk menyewa tanah dari orang lain untuk tujuan di atas tetapi pastikan diusahakan bersungguh-sungguh untuk pulangan yang menguntungkan dengan jangkamasa agak lama. Apa yang penting asasnya adalah kenapasti BENIH KELDI CINA. Pastikan benih anak keladi (sulur) dalam jumlah yang mencukupi dan mudah diperolehi seta tulen (Sila lihat foto disebeah). Carilah orang yang biasa menanam pokok keladi Cina dimana penulis blog dapati secara umumnya harga anak keladi cina di pasaran ialah kira-kira RM 0.30 -  RM0.60 satu sulur. Sebaiknya di pilih anak keladi yang sihat, tidak berpenyakit dan bersaiz besar. Sebelum membeli anak keladi cina perlu buat peneitian dibeberapa sumber tentang harga terlebih dahulu. Setiap penjual meletakkan harga berbeza-beza, ini supaya anda boleh mendapatkan harga anak keladi yang paling terbaik untuk dibeli. berpatutan. Keperluan benih keladi dalam 1 ekar sebanyak 8,000 benih keladi. Jika dibeli seunit benih ini dengan harga RM 0.30 sen (8,000 X RM 0.30 maka keperluan kos benih adalah sebanyak RM 2,400). Apa pun jika menanam keladi cina tidak menggunakan batas atau ikut keluasan tanah keperluan anak benih sebanyak 18,000 pokok.

Kawasan sesuai perlu dibersihkan dan aktiviti menanam dibuat dengan menebang tebang pokok dan bersihkan semak samun pada tanah tersebut. Biarkan kering dan bakar (elakkan dikawasan tanah gambut). Bagi anda yang memilih untuk membuat lubang diperlukan kerja meracun rumput jika rumput sudah tumbuh. Namun  meracun tidak perlu jika tanah anda dibajak. Pastkan kebun dikawasan lapang dengan ia akan terima sinaran matahari melebihi 6 jam. Pertama buat lubang penanaman sedalam 1 kaki dengan jarak antara lubang ialah 4 kaki. Setiap lubang tersebut sebaiknya dibubuh kapur GML dengan kadar setengah gengam atau kurang dari itu jika tanah anda kurang berasid. Bagi tanah mineral perlu di bubuh baja kompos atau tinja binatang seperti tinja ayam reput dengan kadar 2 genggam sahaja. Untuk penjimatan anda boleh memilih baja organik tinja ayam kerana murah. Anda perlukan 50 -70 karung tinja ayam untuk 1 ekar keluasan tanah. Rehatkan tanah anda sekurang-kurangnya 2 minggu barulah menanam bagi membolehkan baja kompos ini sebati pada tanah.  Amalan terbaik juga menyembur racun pra-cambah dikawasan penanaman untuk mengawal rumpai. Tanam anak keladi sedalam 3 - 4 inci di dalam tanah. Jangan terlalu dalam nanti isi keladi terbentuk memanjang dan tidak bulat. Ini juga akan menjejaskan rupa dan bentuk keladi anda. Jika memilih pada tanah yang dibajak tanam anak keladi sedalam 3 - 4 inci dengan jarak 3 - 5 kaki pada setiap lubang atau batas. Jika anda menggunakan penyiram berkala maka boleh disiram dengan air setelah selesai menanam. Apabila pokok keladi anda sudah berusia 2 hingga 3 minggu dengan jumlah daun 2 hingga 3 helai, bubuh baja NPK 2 genggam pada setiap pokok keladi. Jika anda tidak kesah anda bolehlah untuk menggunakan baja subur urea (warna merah) untuk pembajaan. Lakukan pembajaan pada minggu ketiga selepas ditanam, minggu keenam (baja subur dan baja isi berwarna putih), minggu kesembilan (baja organik, baja urea untuk subur dan baja urea untuk isi) dan minggu keduabelas dengan baja kompos dan baja isi.Merumput adalah aktiviti yang harus dilakukan, buang rumput rumpai pada kawasan penanaman keladi anda. Jangan biarkan keladi tersebut dipenuhi rumput. Ini supaya pokok keladi anda membesar dengan baik.


Apabila keladi cina anda sudah berusia 3 bulan ke atas maka aktiviti mencabut atau membuka anak keladi yang tumbuh di sekeliling pokok keladi induk. Berhati-hati untuk membuka anak keladi agar akar keladi induk tidak cedera teruk. Tujuan membuka anak keladi ialah supaya induk keladi cina anda cepat membesar dan cepat berisi tanpa berlaku pembahagian zat makanan ke tempat lain. Ini dapat memendekkan waktu tuaian keladi cina anda. Pokok keladi juga mudah diserang makhluk perosak seperti serangan belalang dengan memakan daun keladi. Selain itu serangan dari apid hitam pada batangnya, juga serangan dari ulat hijau gergasi, terdapat juga serangan dari ulat seribu yang menyerang pada daun muda, ulat jenis ini bersaiz kecil tetapi berjumlah banyak. Penyakit keladi seperti reput akar, penyakit mata-mata dari serangan fungi, pucuk layu dan penyakit tompokan hitam pada batangnya. Pertama sekali kawalan masalah di atas boleh dikurangkan dengan menjaga kualiti tanah, kelembapan dan pembajaan serta zat makanan. Elemen tersebut membolehkan pokok keladi cina hidup subur. Keduanya, guna racun serangga organik yang boleh dibeli di pasaran untuk menghalang serangan lagi teruk atau anda boleh menggunakan racun serangga yang boleh dibeli di kedai pertanian. Keladi cina sudah boleh dituai setelah genap 6 bulan dimana dilihat isi keladi sudah da yang tertonjol keluar dari tanah. Daun dan pokok keladi menampakkan kering sedikit. Cabut pokok-pokok keladi yang sudah matang dengan mencucuk pisau di sekelilingnya. Berhati-hati jangan mencederakan isi keladi tersebut. Bersihkan tanah, anak keladi perlu dibuka dan batang yang reput melekat pada isi keladi. Jangan sesekali cuci dengan air. Isi keladi akan mengeluarkan getah yang menyebabkan kegatalan pada tangan. Bagi tujuan pemasaran sebaiknya buat perhunbungan awal dengan pembeli atau orang tertentu atau pemborong untuk menjual keladi dengan harga keladi yang betul. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pemaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAM KELADI ...KELADI CINA...
LEBIH SEEKAR... ITU MINIMANYA...
TANAH GAMBUT... SESUAI AREA....
BENIH BAIK... PULANGAN ADA..

By,
MAnem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Mlaysia.
(20 RabiulAkhir 1441H). 
Posted ffrom:
Room 411, Villion Tong Hotel,
Muadzam Shah, Pahang.
24 dec 2019

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...