Support My Blog

Monday, December 16, 2019

PERIA GORENG - ENAKNYA!

PERIA GORENG (Fried Bitter Gourd) merupakan sejenis makanan snek yang diperbuat daripada Peria (Momoidica charantia) yang kini ia semakin popular di Malaysia. Kini peria goreng sudah ada dikomersilkan dan dijadikan makanan snek yang ada dijual di premis kedai runcit, kompleks membeli belah, pasartani, pasaraya dan beberapa jualan secara on-line. Penulis blog memang suka akan makanan snek peria goreng yang rangup dan garing ini. Jika anda ke Kuching, Sarawak dan melawat Jabatan Pertanian, mereka lazimnya akan memberikan buahtangan dimana salah satu produk yang diberikan adalah ikan bilis goreng, peria goreng, sos cili gronong dan juga pelbagai produk lain. Peria adalah sejenis sayuran buah yang mudah ditanam dan dijaga dengan jangkamasa kehidupan selama 3 bulan. Terdapat beberapa jenis peris yang boleh dijadikan peria goreng ini iaitu Peria Biasa dan juga Peria Katak (Pahit). Pada penulis blog mendapati peria merupakan sejenis sayuran buah yang mempunyai rasa pahit kerana ada bahan Charantin yang juga baik untuk kesihatan. Lazimnya buah peria segar dimakan sebagai ulam segar dengan nasi atau dimasak sebagai sayuran atau dijadikan snek. Sayur peria digoreng dengan telur, ramuan bawang atau dimasak lemak merupakan antara sajian yang sering kita jumpa. Peria yang panjang tempatan agak berbeza dengan peria katak dari segi rasa, warna kulit, saiz dan tahap kepahitan. Peria katak juga lazimnya ditanam untuk harga pasaran lebih tinggi sehingga mencapai lebih dari RM 2.00 sekilogram harga ladang. Permintaan untuk tanaman peria katak semakin meningkat terutama kepercayaan untuk mengatasi masaalah diabetik dan sebagainya. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali  ini saya menulis produk peria goreng sebagai snek yang telah dikomersilkan dan berkhasiat untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Peria merupakan sejenis tanaman menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang ditanam oleh petani untuk pasaran domestik dan ada sedikit dieksport ke Singapura. Keluasan tanaman peria di Malaysia sekitar 1,447 hektar pada tahun 2015 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 18,864 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Negeri Johor kini merupakan pengeluar utama peria di Malaysia diikuti dengan Perak dan Selangor. Peria adalah sejenis tanaman yang menjalar dan selalu memerlukan para atau kayu sokongan untuk tanaman peria menghasilkan bunga dan buah. Peria memerlukan cuaca panas dengan suhu antara 20-35 celsius dan kawasan dengan sinaran matahari cukup. Tanah dengan pH5.5-6.5 sesuai untuk dan mempunyai sistem saliran baik. Terdapat banyak varieti peria yang ada dipasaran tetapi yang banyak ditanam adalah jenis peria tempatan dan peria katak (Sila baca artikel mengenai peria katak - (Sila klik disini). Benih peria dijual dalam bungkusan kertas atau dalam tin dengan pelbagai jenama dan nombor untuk ditanam. Kebanyakkan petani yang menanam peria akan membeli benihnya daripada kedai pertanian dimana ianya agak mahal juga. Tanaman peria dipilih oleh penanam sayur komersil kerana ia mempunyai nilai harga pasaran yang stabil sepanjang tahun berbanding dengan sayuran lain. Bagaimana pun harga peria akan jatuh jika bekalan terlalu banyak dipasaran. Peria sesuai dimakan segar sebagai ulam dan juga dimasak sebagai sayuran. Kandungan bahan charantin dalam peria membolehkan ia dianggap sebagai sayuran dimana ia mempunyai rasa pahit sebagai ubat. Produk peria goreng merupakan salah satu produk snek makanan yang boleh diketengahkan lagi dimasa akan datang dengan resepi khusus yang lebih enak.


Membuat produk berasaskan sayur peria memerlukan sedikit modal dan ilmu serta peralatan minima. Ini kerana semua orang boleh membuatnya sendiri dirumah. Pada penulis blog peria goreng rangup memang sedap wlau pun ia nampak macam biasa sahaja. Penulis blog dapati tapi sayur buah ini mempunyai nilai khasiat yang luar biasa. Ia dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah tinggi jika dijadikan ulam segar atau pun dijadikan sayur tumid. Walaupun begitu mungkin masih ramai yang kurang menggemari sayur ini disebebkan rasanya yang pahit walau pun dijadikan snek peria goreng yang dicampur dengan pelbagai ramuan lain. Selain dijadikan ulam peria ini juga boleh dimasukkan ke dalam masakan dan terkini salah satu masakan sedap yang anda boleh dihasilkan ialah Peria Goreng Rangup. Lebih istimewa dimana resipi ini memang mudah disediakan dan enak dimakan. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti Peria katak, Tepung goreng serbaguna dan juga air garam. Bagi menyediakan makanan snek ini dibersihkan peria dan potong nipis-nipis dan juga pastikan ketebalannya sama (Sila lihat foto disebelah). Kemudian hirian peria ini perlu direndam dalam air garam seketika anggaran 30 minit. Kemudian toskan dan lap sedikit peria menggunakan tisu supaya tidak terlalu basah. Kemudian digaul hirisan peria tadi bersama tepung goreng serbaguna hingga bersalut sepenuhnya. Dalam masa sama perlu dipanaskan minyak yang banyak dan goreng peria hingga garing. Kkemudian diangkat dan toskan minyaknya. Bila dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup dan tahan lama. Penimpanan yang lama akan menyebabkan kerangupan berkurangan.


Peria rasanya pahit tetapi berkhasiat dan ia merupakan sejenis sayuran yang agak pahit rasanya. Kebanyakan orang tidak suka atau kerang menggemarinya. Namun ia terbukti mempunyai khasiat yang tinggi. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium. Peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Caranya minum perahan daripada empat atau lima biji peria setiap pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dalam makanan. Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk. Daunnya pula boleh merawat buasir. Caranya, campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat buasir. Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. Yang perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Ia juga boleh mengatasi masalah hati disebabkan proses pengambilan alkohol berlebihan. Walaupun kurang digemari, peria mempunyai nilai perubatannya sendiri. Ia mengandungi tonik bertindak sebagai julap dan mampu meningkatkan selera makan. Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dalam air garam sebelum dimasak. 


Khasiat makanan peria pada bahagian buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya. Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan. Dalam pada itu buahnya boleh dijadikan sebagai jeruk atau ia boleh dikeringkan dan ditinkan. Peria memang didakwa mengandungi khasiat makanan kerana mengandungi banyak mineral dan vitamin. Dalam pada itu peria mempunyai isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan. Khasiat ubat-ubatan dari peria termasuk pada semua bahagiannya dimana ia boleh dijadikan sebagai jus sebagai ubat luaran untuk penyakit kulit. Khasitnya juga dimana ia berfungsi sebagai makanan bagi mengubati penyakit artritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan urus serta masalah kaum wanita. Pada sebahagian bahagian tumbuhan didakwa ia boleh membantu melawaskan buang air besar. Didapati juga bahgian buahnya dimakan atau direbus sebagai ubat harba antimikrob, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, merawat kulit terbakat, luka-luka, sampu dan sakit perut. Peria yang telah dimasak dan dimakan sebagai lauk juga dilaporkan boleh mengubati batuk, bengkak sistem penafasan dan banyak kahak. Kepada anda pembaca blog anim agro technology diharap boleh membbuat sendiri peria goreng atau membelinya dimana premis2 yang ada menjualnya dan menikmatinya. Wasallam!!... 
PERIA PAHIT.. DIGORENG ENAKNYA...
SENANG DIBUAT.. PAHIT RASANYA...
DIHIRIS, CELUP TEPONG.. SENANGNYA...
MAKAN SELALU... KESIHATAN DIJAGA...

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutian,
Malaysia.
(18 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...