Support My Blog

Sunday, December 8, 2019

KAMBING BAKA BK - TERBAIK

KAMBING BAKA BARU 'BK' telah berjaya di lancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 28 September 2019 iaitu hasil penyelidikan biakbaka kambing kacukan dari Kambing Boer (B) dengan Kambing Katjang (K). Penulis blog baru-baru ini yang turut hadir didalam Majlis Rasmi Pelancaran kambing tersebut di MARDI Kluang, Johor. Dalam pada itu dijelaskan dimana 'BK' merupakan kacukan antara baka kambing Boer betina dan baka kambing Katjang jantan di mana hasilnya menjadi baka BK yang bersaiz sederhana besar.  Baka kambing baharu, dikenali sebagai ‘BK’ dilancarkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) hari ini, sekali gus bakal memenuhi kehendak pasaran selain memastikan bekalan makanan negara ini terus terjamin. Menurut YB  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, Kambing BK merupakan kacukan antara baka kambing Boer betina dan baka kambing Katjang jantan. Pegawai Penyelidik mendakwa penyelidikan ini ini berjaya sehingga di mana hasilnya menjadi baka BK yang bersaiz sederhana besar dan sesuai untuk pasaran domestik pada umur dua tahun dengan berat antara 45 dan 55 kilogram. Diantara antara kelebihan Kambing BK adalah sebab kadar pertumbuhan dan kebuntingan yang tinggi sehingga 93 peratus dengan daging yang akan dihasilkan kurang berbau hamis serta umur sesuai dibiakkan lebih awal. Kambing BK ini menjadi buruan para penternak kambing di Malaysia selepas ia dilancarkan walau pun bukan mudah untuk mendapatkan baka daripada MARDI ketika dinyatakan semasa majlis pelancaran keraja ketika ini hanya ada 80 ekor sahaja. Memang baka ini adalah dimana antara isunya adalah hasil penyelidikan ini dijangka akan dapat dikomersilkan pada akan datang. Bila dikomersilkan, barulah kita dapat tambah pendapatan isi rumah terutamanya golongan B40. Artikel malam ini didalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya berkongsi info mengenai pelancaran Kambing BK yang baru dilancarkan untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda.

Dinyatakan dalam taklimat dikandang kambing BK oleh Ketua Pengarah MARDI sempena dengan Majlis Pelancaran baka kambing baharu dikenali 'BK'. Baka kambing baharu ini yang dikenali sebagai ‘BK’ dilancarkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), hari ini, sekali gus bakal memenuhi kehendak pasaran selain memastikan bekalan makanan negara ini terus terjamin. Kambing BK merupakan kacukan antara baka kambing Boer betina dan baka kambing Katjang jantan, di mana hasilnya menjadi baka BK yang bersaiz sederhana besar dan sesuai untuk pasaran domestik pada umur dua tahun dengan berat antara 45 dan 55 kilogram. YB Menteri mengucapkan syabas dan tahniah kepada MARDI atas inovasi ini. Hari ini kita dapat menyaksikan baka baharu ini yang dengan rasminya saya namakan ‘BK’ bersempena nama gabungan Boer dan Katjang,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran baka baharu BK dan perasmian Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (COE) Ternakan Mardi di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor. B Menteri berkata di antara kelebihan BK adalah kadar pertumbuhan dan kebuntingan yang tinggi sehingga 93 peratus, daging yang akan dihasilkan kurang berbau hamis, serta umur sesuai dibiakkan lebih awal. Kambing BK juga lebih berdaya tahan terhadap penyakit dan jangkitan parasit, manakala binaan badan juga lebih berotot serta kurang lemak. Menteri tidak ragu lagi dengan kemampuan yang dimiliki MARDI terutamanya dalam kejuruteraan genetik. Saya rasa ramai saintis kita setanding saintis dunia.

Hasil penyelidikan ini walau pun isunya adalah hasil penyelidikan ini hanya akan dapat dikomersilkan pada masa tahun akan datang. Bila dikomersilkan boleh dibuktikan dimana kita dapat tambah pendapatan isi rumah terutamanya golongan B40. Mengikut kenyataan KP MARDI iaitu Dato' Mohamad Roff berkata, COE Ternakan MARDI merupakan transformasi naik taraf Mardi Kluang dan merupakan COE ketiga dilancarkan selepas COE Buah-Buah Tropika di MARDI Sintok, Kedah, serta COE Padi di Mardi Seberang Prai, Pulau Pinang. Transformasi ini penting untuk memastikan penyelidikan dan pemindahan teknologi yang dijalankan lebih strategik, lebih holistik dan menepati kehendak industri masa kini, yang berbeza dari kehendak industri hampir 50 tahun lepas. Pada penulis blog ternakan Kambing (Capra hicus) merupakan sejenis haiwan ruminan kecil yang terletak dalam keluarga Bovidae atau Sub-Famili Caprinae. Penulis blog juga mengenali akan haiwan kambing sebagaimana anda pernah lihat atau kenal akan haiwan ini yang di ternak oleh penternak kambing secara kecil-kecilan atau berskala besar secara komersil. Pemasaran daging kambing di Malaysia banyak bergantung kepada musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Kurban dan juga semasa perayaan Deepavali. Permintaan pada waktu puncak ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengimpot daging kambing dari luar negara untuk menampong kekurangan. Penternakan kambing yang terancang dan sistematik mampu menjana pendapatan lumayan dimana kebanyakan bahagian kambing boleh di jadikan duit selain daripada daging kambing seperti tahi kambing, kulit kambing, tanduk kambing, susu kambing dan sebagainya.


Kambing baka BK yang bersaiz sederhana besar dan sesuai untuk pasaran domestik pada umur dua tahun dengan berat antara 45 dan 55 kilogram. Beliau ucapkan syabas dan tahniah kepada MARDI atas inovasi ini. Hari ini kita dapat menyaksikan baka baharu ini yang dengan rasminya saya namakan ‘BK’ bersempena nama gabungan Boer dan Katjang,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran baka baharu BK dan perasmian Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (COE) Ternakan Mardi, di sini hari ini. Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor, YB Exco Pertaian Negeri Johor YB Hj Koshrin, Ketua Pengarah Jabatan Verterinar Malaysia Dato' Quaza, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Dato' Mohd Anim dan beberapa lagi kenamaan lain. Dinyatakan kepada sidang akhbar dimana di antara kelebihan BK adalah kadar pertumbuhan dan kebuntingan yang tinggi sehingga 93 peratus, daging yang akan dihasilkan kurang berbau hamis, serta umur sesuai dibiakkan lebih awal. Baka Kambing BK juga lebih berdaya tahan terhadap penyakit dan jangkitan parasit, manakala binaan badan juga lebih berotot serta kurang lemak. Pada masa ini terdapa 3 jenis baka kambing yang popular untuk diternak iaitu BAKA KAMBING PEDAGING, BAKA KAMBING SUSU dan BAKA KAMBING DWI-FUNGSI. Baka kambing pedaging adalah baka yang digunakan untuk mendapatkan daging seperti Baka Boer, Kacang, Black Bengal, Savana, Kalahari Red dan Jermasia. Baka Susu pula untuk diambil susu kambing yang berkhasiat seperti Baka Saanen, Alpine dan Toggenbung. Baka kambing dwi-fungsi diternak untuk mendapatkan daging dan susu seperti baka Japnapari dan Anglo-Nubian. Bagaimana pun kos untuk mendapatkan baka-baka ini agak mahal kerana permintaan yang amat tinggi terutama untuk baka Boer dan Japnapari. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
DILANCAR SUDAH... BK KAMBING BAKA...
DI MARDI KLUANG... KAJIAN TERSEDIA...
DAGING BERKUALITI.. SEMASA UJIRASA...
BAGI PENTERNAK... DAPATKAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(8 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...