Support My Blog

Thursday, December 26, 2019

KOLAGEN - TAHUKAH ANDA?

KOLAGEN (Collagen) adalah sejenis protin yang terbina daripada rantaian asid amino. Antara Asid Amino utama yang membina kalogen adalah ialah jenis glisina, prolina, hidrokspirolina dan arginina. Kolagen juga merupakan protein struktur utama di ruang luar sel dalam pelbagai tisu penghubung dalam badan haiwan. Protein ini paling banyak terdapat dalam mamalia sekitar 25% - 35% dari seluruh kandungan protein badan dimana ia merupakan kolagen yang berfungsi sebagai komponen utama tisu penghubung. Kolagen tisu boleh bersifat tegar (tulang) dimana ia juga mudah melentur (tendon) mahupun di tengah-tengah (tulang rawan) bergantung kepada kandungan mineralnya. Kolagen kebanyakannya ditemui di tisu perantara seperti tendon, ligamen dan kulit dalam bentuk gentian halus yang fungsinya memanjang. Kandungan kolagen juga banyak pada organ seperti kornea mata, tulang rawan, tulang, darah, usus, cakera intervertebral dan dentin di gigi. Ia juga berfungsi sebagai komponen utama endomisium tisu-tisu otot. Ia terdiri daripada satu hingga dua peratus komponen tisu otot dan 6% berat otot yang kuat. Sel-sel fibroblast merupakan salah satu sumber kolagen yang kerap dikenalpasti. Dalam pada itu gelatin yang digunakan dalam makanan dan industri merupakan kolagen yang telah disingkirkan komponen airnya melalui hidrolisis. Kolagen juga digunakan secara kerap dalam bidang perubatan dalam merawat masalah tulang dan kulit. Pada masa ini ramai dikalangan ramai orang yang ingin tahu mengenai kolagen dan kehebatannya terutama sekali dikalangan wanita. Mana-mana makanan kesihatan sering dikaitkan dengan kecantikan dikalangan wanita. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kolagen agar anda semua dapat membuat rujukkan. Penulis blog telah membuat rujukkan daripada beberapa buah buku kesihatan dan perubatan serta laman web untuk menulis artikel ini bagi tatapan anda semua.

Apa yang paling sering diperkatakan adalah apabila ada penggguna kolagen ini akan sentiasa awet muda dengan mencegah proses penuaan pada kulit manusia (Sila lihat foto disebelah). Perkara ini diambil kesempatan oleh pengeluar produk kecantikan untuk menghasilkan produk yang berasaskan campuran kolagen dengan persaingan yang kuat dan berlumba-lumba dalam pemasarannya. Biasanya sumber kolagen adalah daripada haiwan yang menjadi makanan manusia secara semulajadi. Terdapat banyak jenis kolagen yang telah dikenalpasti. Saintis telah menjumpai sebanyak 27 jenis kolagen yang terbina lebih daripada 40 gen yang berbeza. Kolagen juga merupakan protin yang paling banyak membina tubuh badan haiwan terutamanya haiwan mamalia yang mana dilaporkan ia mempunyai sekitar 25 - 35% kandungan kolagen. Baru-baru ini penulis blog melawat kilang minuman di Merlimu, Melaka yang membuat minuman sihat berasaskan koko sebuah syarikat bumiputra iaitu Pengeluar Produk Koko Minda dimana salah satu produk yang mendapat pasaran baik adalah Koko Minda Collagen. Produk ini memang enak diminum disamping didakwa mampu memberikan nikmat kesihatan.

Antara fungsi kolagen yang diambil oleh manusia sebagai mamalia adalah seperti ia menjadi struktur protin utama bagi pembentukkan tisu penghubung haiwan. Ia juga paling banyak dijumpai didalam kornea mata, tulang rawan, tulang salur darah, saluran pencernaan dan juga cakera intervetebrata. Kolagen juga merupakan komponen utama bagi endomysium bagi pembentukkan tisu-tisu otot dimana ia terdiri daripada 2% tisu otot. Kolagen juga memang dilaporkan mewakili 6% daripada jumlah berat keseluruhan otot yang kuat dan berotot. Kolagen merupakan bahan yang sebenarnya didalam bentuk fibrous fibris yang membentuk tisu serabut (fibrous tissue) seperti tendon, ligamen dan kulit. Dalam pada itu dilaporkan juga dimana kolagen adalah mewakili matrik organik tulang dan dentin bagi memberi kerentanan kepada kedua-duanya daripada retak dan rapuh.  Kolagen yang selalunya diambil daripada bahagian daging haiwan mamalia antaranya seperti Lembu, Kambing dan Babi. Apa pun dilaporkan kolagen ada diambil daripada haiwan seperti ayam dan hidupan air seperti ikan. Apa pun terkini ada kaijan canggih ada mendapati kolagen juga boleh diekatrak daripada tumbuhan seperti RumpaiLaut (Seaweed). Kolagen daripada rumpai laut bagaimana pun bukan kolagen sebenar akan tetapi ia mempunyai struktur yang menyamai dengan struktur kolagen. Sehingga kini belum ada kajian menemukan dimana kolagen mampu untuk dihasilkan selain daripada haiwan mamalia.  Bagaimana pun dilaporkan ada sesetengah tumbuhan mempunyai asid amino yang menggalakkan penghasilan kolagen secara semulajadi oleh tubuh manusia.

Kolagen yang diperolehi daripada haiwan sebenarnya mudah larut ddalam air suam. Bagaimana pun fungsinya akan berkurang seiring dengan peningkatan umur (semakin tua maka semakin kurang berkesan). Ini adalah disebabkan oleh strukturnya tidak tetap dimana ia mudah bertukar kepada struktur yang lebih stabil dan saling berhubung secara berterusan. Apa pun kolagen sesuai untuk warga emas ketika kebolehan untuk memegang air yang berkurangan menyebabkan kedutan pada kulit dibahagian tertentu dan sensitif. Akibat kekurangan air atau kelembapan pada kulit ini yang menyebabkan orang ramai suka mengaitkan kolagen dengan isu awet muda dan tidak berkedut terutama dibahagian muka. Kolagen yang diambil daripada haiwan mempunyai kandungan asid amino yang berbeza-beza. Ia dilaporkan ada terutama dibahagian kulit haiwan dan ikan. Kandungan asid amino treonina, serina, asid glutamik, glisina, alanina, metionina, fenilalanina, hidroksilisina, histidina dan arginina didalam kulit ikan dan kulit mamalia. Agak sukar level pengguna dengan nama-nama asid amino yang dituliskan itu.

Dilaporkan didalam beberapa rujukkan dimana diantara sumber kolagen yang popular adalah babi dan lembu. Dari kedua haiwan ini kolagen ini diambil daripada bahagian kulit (Sila lihat foto disebelah). Ia merupakan satu sumber kolagen yanh murah dan juga mudah diperolehi serta paling popular dikalangan produk kolagen yang dipasarkan diseluruh dunia. Kolagen daripada Ayam dan Arnab pula pada kebiasaannya diambil daripada bahagian organ dan kulitnya. Sumber kolagen ini agak murah dan kurang popular dikalangan pembuat dan penggunanya dipasaran. Ikan pula mampu menghasilkan kolagen dengan cara mengekstrak sisik atau kulitnya. Ikan dapat hasilkan kolagen yang mahal kerana ia adalah kolagen premium. Ini disebabkan ia perlu diekstrak dengan menggunakan teknologi tinggi dan mahal. Paling terkejut apabila penulis blog dapati sumber kolagen terbaik didakwa daripada Plasenta. Kolagen daripada plasenta ini juga sering digunakan untuk produk kesihatan dan juga produk kecantikan. Didakwa plasenta manusia mampu memberikan kesan yang paling baik untuk semua lapisan masyarakat bagi mengekalkan awet muda. Fungsi kolagen adalah seperti membentuk struktur tulang yang kuat, membentuk tulang rawan dan tisu penghubung dan juga menjadi komponen utama logamen pada kulit. Ia juga membina salur darah yang tahan apabila dipam pada tekanan tinggi bagi mengelakkan dinding ateri pada dinding.  Kolagen adalah komponen pada tendon yang menghubungkan otot dan tulang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA COLAGEN... APA BENDANYA...
ASAL PROTIN... PELBAGAI GUNANYA...
ASID AMINO... ADA LIMA SEMUANYA...
SELALU DIMAKAN... SIHAT SEJAHTERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(30 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...