Support My Blog

Wednesday, December 4, 2019

BELANGKAS - APA HEBATNYA


HAIWAN BELANGKAS (Limulus polyphemus) daripada keluarga Limulidae adalah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas (Horseshoe Crabs) juga penulis blog dapati dimana ia  mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas mudah dijumpai di negara kita Malaysia dimana lazimnya belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah dari jenis Tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah Carcinoscorpius rotundicauda. Apa yang unik dimana haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'kelonsong topi besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci) dan paling unik kerana pada mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem imunisasi yang menakjubkan. Orang Melayu amat suka melihat dan membuat peribahasa iaitu 'macam belangkas' yang mana ia  bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina. Terdapat juga kepercayaan masyarakat Melayu yang menyatakan bahawa hantu takut pada haiwan belangkas kerana terdapat ekor yang tajam padanya. Ia juga unik kerana mempunyai warna darah iaitu BIRU dimana ada nilai darah belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di USA Bagaimana pun untuk mendapatkan satu liter darah biru maka nelayan perlu menangkap sebanyak 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Peliknya bagi belangkas di Sabah nelayan hanya gunakan sebanyak  45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiznya yang lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut. Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin dalam darah manusia. Dalam pada itu ada sejenis Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai belangkas dan ujirasa asam pedas belangkas yang dihidangkan oleh KPF Berhad di Kota Tinggi sebegai info untuk rujukkan anda semua.


Belangkas adalah sejenis hidupan yang dahulunya hanya dikutip didalam alam perairan semulajadi (liar) tetapi kini terdapat teknologi untuk menternak belangkas secara komersil. Ini adalah kerana daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas yang kini menjadi kesukaan ramai peminatnya apabila ia telah lama diviralkan. Hanya mereka yang belum makan asam pedas dan telur belangkas akan tertanya-tanya bagaimana keenakkan resepi kulinari ini.  Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang belangkas atau pun dengan membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai rasa MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini. Kalau tidak tahu bagaimana hendak membersihkan sebelum mereka memasaknya maka ia akan memberi ancaman kepada pemakannya. Pakar Sains Akuakultur dari Universiti Malaysia Terengganu telah lama menyelidik nilai perubatan belangkas ini untuk ianya dikomersilkan dan memberi menafaat kepada penternaknya. Difahamkan juga dimana Universiti Malaysia Terengganu menerima geran sebanyak RM3 juta untuk tujuan penyelidikan dan merancang untuk membina sebuah makmal bernilai RM10 juta untuk menghasilkan kit anti-toksin untuk dipasarkan. Dari segi penternakan pula dilaporkan seramai 500 nelayan di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan dibantu bagi menternak belangkas. Nelayan terbabit didakwa mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM 1,200 sebulan daripada projek ternakan setelah berjaya mengeluarkan hasil berperingkat.


Daripada kepakaran dapur masak tempatan dibeberapa negeri belangkas ini dimakan dengan pelbagai resepi. Ada 4 jenis masakan atau resepi yang biasa bagi belangkas iaitu dikenali dengan Gulai Belangkas Terengganu, Asam Pedas Belangkas, Sambal Pedas Belangkas dan Masak Lemak Cili Api Belangkas. Pada penulis blog kesemua resepi tersebut pernah buat ujirasa tetapi paling suka adalah Asam Pedas Belangkas resepi Kota Tinggi Johor (Sila lihat foto disebelah). Menyediakan asasm pedas belangkas memerlukan bahan-bahan seperti Seekor belangkas ada telur perlu di bersihkan dan belah ikut suka, 1 cawan air asam jawa dan air secukupnya dimana ia juga bergantung kepekatan dikehendakki, 1/2 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk kasar, 1 batang serai perlu diketuk, 1 inci halia yang di ketuk, daun kesum secukupnya, garam, gula atau perisa secukup rasa dan juga minyak masak untuk menumis. Bagi ramuannya pula diperlukan bahan iaitu bahan seperti 15 tangkai lada kering yang rebus dan toskan, 3 biji bawang merah, 2 bawang putih dan juga 1 inci kunyit hidup. Bagi cara menyediakan maka dipanaskan minyak masak dan dimasukkan bahan kisar, halia, lada hitam dan juga serai titik. Tumis hingga pecah minyak dimana kemudian dimasukkan air asam jawa dan kacau sebentar kemudian masukkan air lagi secukupnya dan panaskan sehingga mendidih. Kemudian dimasukan bahan belangkas, daun kesum dan teruskan masak. Sesekali perlu dikacau dan terbalikan keratan belangkas tersebut agar masak rata. Akhir sekali pelulah dimasukkan garam dan gula atau perisa secukupnya dan juga ramuan asam pedas serta jika suka boleh anda memasukkan tomato atau bendi. Angkat dan masukan kedalam mangkuk untuk dihidangkan dan dinikmati dengan nasi putuh dan sayuran lain.


Masyarakat Melayu zaman dulu banyak menyediakan masakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia bukan saja sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada pemakanya dengan merasa mabuk dan hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang atau membakar sahaja. Bagaimana pun bab ini paparkan bagaimana memasak Belangkas Goreng Bercili yang enak dimakan dengan nasi putih dan juga lauk pauk lain. Bahan memasak adalah seperti 1 ekor belangkas yang dipotong di bersihkan dan di rebus, 2 biji telur ayam, 1 sudu teh kicap cair, 1 sudu teh gula, 2 tangkai daun bawang untuk hiasan, 1/2 biji bawang besar yang di cincang, 2 ulas bawang putih, 1 biji cili merah, 10 sudu cili kering kisar, 1/2 sudu teh serbuk kari, sedikit minyak masak serta sedikit garam. Cara-cara memasak dengan memanaskan minyak dan tumiskan bahan cincang hingga naik bau. Kemudian dimasukkan cili kisar, serbuk kari, kicap cair dan bahan perasa. Seterusnya adalah menumis hingga terbit minyak dan dimasukkan belangkas serta telur yang telah dipukul. Biarkan beberapa minit iaitu sehingga masak dan matikan api serta diangkat dan sedia hidangkan untuk dinikmati. Kepada mereka yang ingin makan asam pedas belangkas sila berkunjung ke Kota Tinggi untuk menikati yang original. Semuga artikel ini memberi info berguna kepasa semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
NAMA BELANGKAS... BERKEPIT SAHAJA...
ORANG ISLAM.. BOLEH MEMAKANNYA...
LAUK ASAM PEDAS.... RESEPI ISTIMEWA..
KE KOTA TINGGI... MEMBUAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 302, Hotel Seri Malaysia,'
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(2 Rabiulakhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...