Support My Blog

Wednesday, December 25, 2019

BAYAM BRAZIL - MUDAH TANAM DAN BERKHASIAT

BAYAM BRAZIL (Althernanthera sissoo) adalah spesies tanaman sayuran berdaun yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae yang kini sudah ditanam dinegara kita. Sayur ini juga dipanggil sebagai Brazillian Spincah, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu lettuce. Spesies tumbuhan ini mudah hidup dimana kaedah datau cara pembiakkannya melalui keratan batang. Bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Kepada mereka yang kali pertama mendengar perlu ketahui morfologi Bayam Brazil. Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar dan mudah dijaga. Ia mempunyai daun yang boleh dimakan samada mentah atau dimasak. Tumbuhan lembut ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daunnya pula sekitar 2.0 - 3.5 cm lebar (Sila lihat foto diatas). Ramai juga dikalangan kita yang ada menanam sendiri bayam ini yang diambil mengikut keperluan untuk dimakan. Hidangan Bayam Brazil mudah disediakan dengan daun Bayam Brazil yang agak berlendir dan juga rangup. Ini membolehkan sayuran ini juga sesuai dijadikan ulaman. Selain itu, Bayam Brazil juga sesuai utnuk dijadikan bahan masakan seperti salad, masakan tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat. Sejarah menunjukkan dimana masyarakat di Brazil mengamalkan makan bayam ini secara mentah bersama tomato, bawang putih dan cuka. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam blog milik "Anim Agro Technology" mengenai bayam brazil yang mudah ditanam dan dijaga serta enak dan berkhasiat dimakan segar atau sebagai ulaman untuk bahan rujukkan anda semua.


Menanam sendiri Bayam Brazil ini amat mudah dilakukan dirumah untuk tujuan kegunaan sendiri atau kalau lebih lebih sedekahkan kepada sanak saudara atau jiran. Ada boleh menanamnya diatas tanah, dalam pasu atau didatas batas kecil yang dipasang papan ditepinya. Gunakan tanah campuran atau media cocoapeat (murah dalam kampit) dan dipadatkan sedikit. Campurkan baja organik dengan kadar sesuai dalam media tanaman (Sila lihat foto disebelah). Benih bayan brazil boleh didapati daripada membelinya di pasar (keratan bayam brazil yang ada dijual) atau ambil dari rumah rakan (kalau belum ada benih) atau gunakan benih sendiri (jika telah ada tanaman sebelumnya). Potong sekitar 2 - 3 cm panjang pucuk bayam brazil (sederhana matang) dan terus dicucuk diatas tanah yang disediakan didalam bekas. Pastikan ia ditekan sedikit dan siram 2 kali sehari (pagi dan petang). Ia akan keluar akar selapas 2-3 minggu bertanam dan membiak dengan cepat dengan tunas-tunas baru. Anda boleh memetik bahagian pucuknya dengan tangan kerana ia lembut dan rapuh. Pastikan selalu dipeting agar lebih banyak tunas baru keluar dan sentiasa segar. Basuh bersih dengan air mengalir sebekum dimakan sebagai ulaman atau dimasak tumis dan sebagainya.


Mungkin masih belum ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang tahu akan khasiat Bayam Brazil terhadap kesihatan. Ia didakwa selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, Bayam Brazil sangat berkhasiat untuk kesihatan semua. Bayam Brazil didakwa dapat melawan masaalah kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang. Bagi mereka yang ingin berdiet disyorkan mengambil Bayam Brazil kerana ia dilaporkan dapat menurunkan berat badan. Selain itu juga spesis tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium. Bagi wanita yang mementingkan kecantikan wajah pula, amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung. Bayam Brazil juga dirujuk secara saintifik sebagai Althernanthera sissoo adalah tanaman sayuran yang mudah hidup dengan hanya ditanam secara keratan batang yang berasal daripada Brazil.


Mungkin ramai kita tidak suka akan bayam ini kerana ia mempunyai ciri daunnya yang agak berlendir dan boleh dikatakan sedikit ranggup sesuai dijadikan sebagai bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran di dalam masakan barat. Lain pula bagi masyarakat Brazil dimana ianya boleh dimakan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak atau cuka (Sila lihat foto disebelah). Antara khasiat yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang pengambilan bayam brazil adalah didakwa ia mampu untuk melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata,  salah satu sumber vitamin K yang signifikan, menguatkan tulang,  membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imuniti badan dan juga boleh membantu didalam sistem penghadaman. Selain itu bayam brazil mampu mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah,  mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina,  mengekalkan kesihatan mulut, mengikat kalsium, mencegah penuaan pramatang dan juga mampu mengekalkan tahap kesihatan ibu mengandung. Dilaporkan juga bayam brazil adalah tanaman yang amat baik dan sangat bagus untuk tubuh badan kita. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pebaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
NAMA BAYAM BRAZIL... APA RASA...
MUDAH DITANAM... SALAD SAHAJA...
BERWARNA HIJAU...BERLENDIR DIA..
AMALKAN TANAM... UNTUNG ANDA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(19 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...