Support My Blog

Friday, December 27, 2019

USAHAWAN KELULUT FFS - SIAPA?

USAHAWAN KELULUT DI FFS (Farmers Field School) di Rhu Tapai, Terengganu merupakan salah satu pusat bagi ternakan kelulut dikawasan kampung yang banyak tumbuhan akasia untuk berfungsi sebagai pusat latihan dan aktiviti  menternak kelulut. Penulis blog berpeluang membuat tinjauan teknologi dan berkongsi imlu mengenai penternakan kelulut bersama En Khairi dan beberapa rakan lain dilokasi tersebut baru-baru ini. Kawasan penternakan ini adalah bersebelahan dengan Stesyen Pertanian Jabatan Pertanian, Rhu Tapai di Terengganu. Setibanya kami dilokasi kebun penulis blog terus membuat tinjauan di lokasi penanaman beberapa jenis bunga seperti Honolulu Creepers (Bunga Pengantin), Tunrea, Bunga Matahari (Sunflower), Bunga Balung, Bunga 10 pagi dan banyak lagi jenis makanan yang sesuai untuk makanan lebah dan kelulut. Kebanyakan log yang berada didalam FFS ini adalah daripada Trigona itama dan hanya sedikit daripada Trigona thoracica. Bagaimana pun peneitian penulis bog mendapati sumbe utama makanan kelulut dipremis ini adalah pokok akasia (Acacia mangium) berbunga kuning dan hanya ad beberapa pokok sahaja yang berbunga putih. Penulis blog terangkan sedikit perbezaan diantara kedua jenis pokok akasia ini dan disahkan oleh Khairi memang kelulut lebih suka bekunjung kepada pokok akasia berbunga putih. Pokok akasia dewasa ini mampu menghasilkan nektar pada bahagian 'petiol' daun muda yang akan diambil oleh serangga (termasuk semut, kerengga, rama-rama, kupu-kupu, kelulut dan lebah) dan dijadikan makanan mereka. Pokok akasia juga yang berbunga akan menghasilkan debunga (pollen) untuk dibawa pulang oleh kelulut sebagai sumber makanan mereka. Artikel petang Sabtu ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai info penternakan kelulut di FFS Rhu Tapai untuk dikongsi dan dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua.


Negeri Terengganu yang letaknya di Pantai Timur mempunyai kawasan pantai dan tanah bris yang panjang dimana terdapat banyak tumbuhan akasia. Kini negeri tersebut antara negeri paling aktif didalam aktiviti menternak kelulut dan mempunyai persatuan penternak dan pengeluar madu kelulut yang agressif. Bagaimana pun Khairi teah mengutarakan soalan sulung kepada penulis blog mengenai masaalah emasaran produk kelulut yang nmpknya kini seakin bermasaalah. Beliau dakwa harga kelulut menjadi tidak menentu apabila pengguna sudah mula kurang percaya dengan kualiti madu kelulut asli dimana ada pengusaha yang tidak menjaga kualitinya. Beliau yang banyak hasilkan madi kelulut dri kawasannya ada juga mendakwa jika pihak sekolah menyediakan madu keluli=ut dalam 'stick' membolehkan pasaran kelulut tempatan ini boleh meningkat permintaannya. Buat masa ini pengguna hanya membeli madu kelulut dengan kuantiti sedikit sahaja berbanding dengan keupayaan pengeluaran yang boleh diggandakan. Beliau berharap akan ada kaedah atau pun saluran pasaran yang tetap dimasa akan datang di Malaysia. Beliau juga nyatakan daripada 350log dikebunnya kini ada sekitar 210 log yang produktif (Sila lihat foto disebelah). Semasa lawatan ini beliau pohon agar Jabatan Pertanian membantu beliau didalam aspek kawalan kualiti madu kelulut seperti peralatan sesuai memeriksa mad tersebut.


Antara beberapa isu dan masaalah dalam pengurusan mentenak kelulut yang beliau hadapi adalah koloni lari, musuh seperti serangga perosak, perkara pecah koloni, kekurangan makanan pada musim tertentu, menentukan kualiti madu kelulut dan juga masaalah pasaran. Penulis blog memeriksa sekitar 6 buah log kosong yang mana koloni telah lari keluar dan membuat komen dimana diantara fakur yang paling jelas menyebabkan koloni lari adalah kedudukan log yang tidak betul. Beliau salah meletakkan log kelulut ini di kawasan lapang yang panas dan terang dimana ianya akan menyebabkan koloni idak selesa dan lari (Sila anda lihat foto disebelah). Beliau juga percaya bahawa log-log kelulut akan selesa kerana dakwanya jika diletakkan berjauhan diantara satu sama lain ia tidak akan 'keliru' berbanding jika log-log ini diletakkan berdekatan sekumpulan. Disarankan agar Khairi menyusun semula kedudukan log-log kelulut sebaiknya disusun bersistematik dibawah struktur berjaring hitam yang mana ia adalah lebih sejuk dan terlindung daripada terik matahari. Walau berdekatan sebaris atau dua baris tetapi biasanya koloni kelulut tidak mudah keliru dalam mencari sarangnya kerana mereka mempunyai sistem perhubungan yang baik dan jarang tersilap masuk rumah orang lain. Beliau dinasihatkan membaiki semua bumbung black neting yang telah rosak dan mengyusun lognya pada malam hari. 


Bagaimana pun penulis blog harus puji beliau yang meletakkan beberapa buah bekas berisi air yang mana didalamnya ada pokok kiambang dan ikan guppy bagi membolehkan kelulut dapat bekalan air yang cukup terutama dimusim panas (Sila lihat foto disebelah). Selain itu setiap pagi beiau akan membuka sprinkler dikawasan black nettung beberapa minit untuk membasahkannya dimana ia menjadikan kawasan ternakan sedikit sejuk dan kelulut akan mengambil air untuk kegunaan mereka. Keperluan bekalan air dikawasan ternakan kelulut ini sering diabaikan oleh ramai pengusha kelulut kerana mereka dakwa kelulut aan pandai cri air sendiri. Pengusaha perlu aham pada musim panas dimana makanan dan nektar dan banyak bunga keluar lazimnya air didalam parit dan sumber semulajadi akan kurang atau tiada. Memang penting bekalan air disediakan sepanjang masa. Begitu juga dengan pengurusan kelulut di musim hujan berpanjangan perlu disediakan makanan tambahan seperti buah-buahan dan air gula atau madu jika bunga tidak keluar dan mendung atau hujan beberapa hari berterusan. 

Tanaman bunga matahari (Helaintus annuus) yang penulis blog sering warwarkan kepada pengusaha kelulut telah berjaya ditanam di FFS ini. Khairi telah menanam pokok ini dibeberapa lokasi strategik dimana memang ia dapat menghasilkan pokok bunga mataghari yang cantik dan kelulut juga suka untk datang ke bunga tersebut. Bagaimana pun jangkamas ia berbunga agak singkat sahaja iaitu dua bulan dan perlu disulam selalu. Penuis blog sarankan agar dapat memilih jenis bunga matahari yang lebih sesuai kerana jenis yang ditanam adalah sunflower sesuai untuk kawasan temperate. Semasa membuat pemeriksaan super beberapa koloni dilaporkan banyak yang bersedia untuk dituai. Ada koloni yang mempunyai potensi uuntuk pecah koloni akan tetapi pengusha tidak menyediakan 'trap log' bagi koloni membuat sarang baru. Bulan September dan Oktober kali ini memang dianggap sesuai untuk koloni kelulut berpecah dsebabkan banyak makanan dan cuaca baik bagi mereka. Disarankan agar pengusaha menyediakan tempat dimana koloni baru akan masuk dalam 'trap log' yang boleh dibuat dari buluh atau log kosong yang telah dirawat. Log lama tidak mudah koloni baru masuk berbanding dengan 'log trap' dari buluh atau bahan lain yang ssuai. Koloni ini kemudian boleh dipindahkan mengikut teknologi sedia ada. 


Potensi indusri ternakan kelulut perlu terus digalakkan oleh banyak pihak iaitu saintis untuk membuat penyelidikan, Jabatan Pertanian membuat aktiviti latihan dan pemgembangan serta penyampaian teknologi serta bantuan sewajarnya dan pengusaha yang gigih mencari modal serta menghasilkan madu untuk pasaran. Keckupan makanan dan aspek pengurusan amat penting didalam industri ini selain daripada kawalan kualiti dan harga. Dalam usaha kerajaan untuk membangunkan kawasan ini satu usahasama diantara Jabatan Pertanian dan Usahawan Khairi dibina bagi menjadikan kawasan penternakan kelulut ini menjadi Farmers Field School yang berfungsi untuk pusat latihan, menjana teknologi dan menghasilkan pelbagai produl hasilan ternakan kelulut. Lokasi di FFS ini amat mudah untuk diakses kerana berada dengan jalan utama Merang ke Kuala Terengganu. Jalan masuk dan bangunan untuk ceramah serta latihan amali sudah hampir siap dan akan boleh digunakan tidak berapa lama lagi. Seramai maksima 40 rang peserta kursus atau pelawat boleh datang melihat sendiri aktiviti pnternakan kelulut di premis ini. Jabatan Pertanian membantu menyediakan sebuah bangunan untuk latihan dan tenaga pengajar terlatih dalam bidang industri kelulut di negari ini. Selain daripada itu Terengganu mempunyai sebuah Pusat Repositori Kelulut Indo-Malaya di Taman Pertanian Sekalu yang mempunyai sebanyak 7 genera dan 22 spesis kelulut yang terdapat di Malaysia dan Indoesia. Pusat di Sekayu ini adalah lokasi paling ideal untuk kajian dan latihan mengenai industri kelulut di Trengganu jua. Semuga anda semua mendapat info terbaik daripada artikel anim gro tecnology kali ini. Wasallam!!...
INDUSTRI KELULUT.... TERUSKAN USAHA...
KONSEP LATIHAN FFS...SUDAH DISEDIA...
PENGUSAHA TERLIBAT.. MANAFAAT SEMUA...
TINJAUAN PENULIS... DIRUJUK SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Suite Room No 417,
Grand Outeri Hotel,
Jalan Masjid Abidin,
Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.
(7 Muharram 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...