ULAT GONGOK (Narceus spp) atau dalah bahasa Inggeris dipanggil sebagai Stempede merupakan sejenis serangga berkaki banyak dari keluarga. Mngkin tidak ramai tahu bahawa ulat gonggok ini adalah serangga yang berfaedah dan bukan dari jenis serangga perosak. Ulat Gonggok atau juga dikenali sebagai ulat geluntur, sepah bulan atau mentibang merupakan sejenis artropod dengan badan berbentuk silinder yang panjang. Badan gonggok mempunyai rangka luar (exoskeleton) dan terbahagi kepada antara 20 hingga 100 segmen yang bersambung-sambung. Setiap segmen mempunyai dua pasang kaki (kecuali segmen pertama selepas kepala yang tiada kaki langsung, dan beberapa segmen selepasnya yang mempunyai hanya sepasang kaki). Terdapat kira-kira 12,000 jenis spesies gonggok dalam kira-kira 140 famil dimana kita mudah menjumpainya dikawasan kebun dan persekitaran rumah dikampong. Penulis blog membuat beberapa rujukkan mengenai kitaran hidup ulat gongok ini. Lazimnya riwayat hidup Ulat Gonggok dalam jangkamasa 5 tahun kala ia mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Ulat ini akan membiak dengan bertelur dimana jumlah telur dikeluarakns ekali bertelur adalah sebanyak 200 - 300 biji. Apa yang unik dimana ulat gonnggok mempunyai banyak kaki iaitu sebanyak 400 kaki. Memang ulat ini tidak merbahaya kepada manusia kecuali mereka yang allergi dan geli melihatnya. Unik juga kerana ulat ini adalah dalam kategori Anthropod iaitu sama dengan anak ketam (bukan serangga). Ia menduduki dan suka tinggal di tempat yang lembap untuk membuat sarang. Sebagai agen pereputan makanannya adalah daun-daun dan dahan-dahan reput diatas tanah. Ia biasanya hanya akan masuk kedalam rumah untuk mencari prlindungan atau cari tempat berteduh semasa hujan. Artikel pagi rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis mengenai ulat gonggok sebagai sejenis serangga yang berguna untuk bahan rujukkan anda.
Kadang-kadang pada masa tertentu anda akan menjumpai ulat gonggok dikawasan kebun, kawasan rumah dan juga dikawasan taman riadah. Penulis blog dahulu yang tinggal di Precint 11, Putrajaya menghadapi masaalah dimana pada tahun 201 terdapat banyak ulat gonggok dikeliling halaman rumah dan merayap masuk kedalam rumah. Masa itu rumah kuaters baru siap didudukki dimana memang proses pereputan bahan organik masih sangat aktif tetapi kini sudah tiada lagi. Uniknya apabila ia berjalan dan disentuh maka ia akan bergulng dan diam mematikan diri (Sila lihat foto disebelah). Ulat gonggok yang didakwa kaya dengan protin ini bagaimana pun belum pernah penulis blog orang mengutipnya dan menggoreng atau memakannya. Kepada mereka yang ke negara jiran seperti Thailand, Cambodia dan Laou mereka ada menghidangkan makanan ulat gonggok goreng dipasar malam sebagai makanan eksotik selain daripada belalang, lipan, jengking dan sebagainya. Warna ulat gonggok tempatan adalah merah atau coklat gelap dan ia berubah mengikut persekitarannya. Pada penulis blg ulat gonggok unik kerana walau pun mempunyai kaki 240 tetapii tidak pernah accident pergerakan pada kakinya.
Agaknya bagaimanakah untuk kita hendak mengurangkan populasinya jika ia ada didalam rumah dengan banyak?. Bagi rumah yang ada ulat ini maka sebaiknya dikenalpasti dimana kawasan yang agak lembap dan juga punca lembab. Kalau disebabkan oleh air menitis dari paip bocor atau atap bocor maka perlu dibetulkannya. Dalam pada itu kena rajn membersihkan dari daun-daun atau kayu atau almari reput yang jadi makanan untuknya iaitu disekeliling halaman rumah atau kawasan rumah sebelah. Sebenarnya kita boleh mencari sarang ulat gonggok di rekahan lantai. Jika sudah jumpa makan ia sebenarnya bleh dikawal dengan menyembur racuk serangga aerosol seperti menyembur dengan BAYGON. Kemudian di tutup lubang dan rekahan tersebut dengan silikon atau kapur agar semburan berkesan. Dalam pada itu jika lantai rumah anda dilapiskan dengan parquet di rumah yang telah rosak dan lembab sebaiknya ia di gantikan kerana ulat gonggok memang suka bahan yang psedang mereput dan lembab dan ia akan memakannya. Sementara itu sebagai tugasan lain mengawal ulat gonggok maka selalulah menjemur alas lantai atau tikar ( plastik, linoleum, buluh, wool ) supaya kering dan tidak menjadi perumah ulat gonggok lagi.
Bagaimana pula jika hendak mengawal ulat gonggok dikawasan luar rumah seperti dihalaman rumah dan dikawasan kebun atau dusun. Sebaiknya kita perlu membersihkan halaman rumah daripada daun-daun reput dan dahan-dahan reput. Kalau tiada makanannya di halaman rumah lazimnyaulat gonggok akan lari dan mencari tempat lain atau mati. Bagaimana pun jika berdekatan rumah anda ada parit mesti dipastikan air yang mengalir dengan baik terus ke dalam parit besar. Sebaiknya diperbaiki rekahan dan buang rumput-rumput yang mengkin akan menyebabkan air terlepas ke tanah. Tanah akan jadi kurang lembab dimana ini menjadikan Ulat Gonggok cari tempat lain unruk membuat sarang. Keadaan lain dimana kalau rumah atas yang bawahnya ada tanah maka cara terbaik yang paling boleh dilakukan adalah dengan mengurangkan kelembapan tanah tersebut dengan dapat mempastikan kawasan tersebut akan mendapat sinaran MATAHARI daripada waktu pagi sehingga tengahari. Kalau boleh kta kena pastikan diaman dapat mengelakkan hujan dari mengalir ke situ. Sementara itu juga cuba elakkan air dari bilik mandi atau bahagian dapur rumah dari mengalir ke situ. Buat parit sekelilingnya supaya air tidak bertakung dan air dapat mengalir ke tempat lain menjadikan tanah akan lembab yang disukai oleh ulat gonggok untuk membuat sarang. Usaha lain boleh dilakukan adalah dengan anda mendapatkan debu arang atau kayu yang telah dibakar banyak-banyak. Kemudian ditutup hidung dengan kain saputangan atau Singlet. Campurkan sikit dengan serbuk Asid Borik dan ditabur dikeliling rumah yang telah juga dibersihkan sebelumnya dari dahan reput, rumput reput atau daun reput. Ulat Gonggok kenal sempadan ini dimana ia akhirnya pergi cari rumah yang lebih kotor atau kebun.
Dalam akhbar Harian Metro dengan artikel yang bertajuk "Berlaku serangan Ulat Gonggok" menyatakan dimana Ulat Gonggok Hitam kuning yang ‘berkeliaran’ di tepi dinding dan longkang sekitar Flat Pantai Bersih, Butterworth, Pulau Pinang. Wartawan nyatakan dimana ribuan ulat gonggok berbelang hitam kuning telah pun ‘menyerang’ Flat Pantai Bersih sejak dua minggu lalu hingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk di kawasan berkenaan. Kemunculan serangga berkenan juga turut membuatkan penduduk hairan kerana tidak pernah melihat begitu banyak ulat gonggok seperti itu sejak mendiami kawasan terbabit. Ulat gonggok itu dipercayai spesies sama yang dikatakan ‘menyerang’ Kampung Kuala Tebengau, Alor Star, Kedah semanjak bulan lalu. Salah seorang penduduk iaitu Rajabi Abdul Rahman berumur 70 tahun mengakui tidak pernah melihat begitu banyak ulat gonggok hitam sejak mendiami flat berkenaan dan tertanya-tanya dari mana serangga itu datang. Dia faham dimana ulat itu biasanya membuat sarang di pokok tertentu tetapi di sekitar flat hanya terdapat beberapa pokok mambu yang dikatakan tidak digemari serangga berkenaan. Pihak perumahan mengadu kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengawalnya dimana semburan dengan bahan kimia telah berjaya membunuhunya. Kejadian ini dilaporkan berpunca daripada kelembapan dikawasan dan kekotoran bahan organik yang dikumpulkan dikawasan perumahan tersebut menyebabkan ulat gonggok membiak. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
ULAT GONGGOK... BANYAK KAKINYA...
JALAN LAJU... ORGANIK MAKANANNYA...
AGEN PEREPUTAN...TIDAK MERBAHAYA...
KALAU ADA BANYAK... DIKAWAL SEGERA...
By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Prcint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(5 RabiulAkhir 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.