Support My Blog

Friday, December 8, 2017

PES MEE BANDUNG 'MAK PON'

PES MEE BANDUNG 'MAK PON' daripada Daerah Muar, Johor kini merupakan sejenis pes yang tersangat popular di Malaysia. Pes ini pada penulis log merupakan diantara pes yang terbaik dihasilkan oleh syarikat bumiputra daripada Muar ini dengan resepi paling sesuai untuk menikmati citarasa Mee bandung Muar yang sebenar. Penulis sentiasa ada stock Pes Mee Bandung Mak Pon (Sila lihat foto diatas) didalam peti asi sejuk beku dimana ia amat sesuai dari simpanan untuk dikeluarkan apabila hendak makan mee bandung Muar. Ia juga sesuai dijadikan hidangan apabila ramai anak dan cucu untuk berkunjung krumah atau menjamu rakan dan saudara mara yang datang rumah. Pes Mee Bandung Muar ada banyak jenis dan jenama seperti yang terawal dikenali adalah Adami, Demuara, Senan, Agromas dan berbagai lagi. Setiap pes mempunyai resepi dan keunikan tersendiri. Mee Bandung Muar adalah diantara Ikon Makanan bagi Daerah Muar selain daripada Sate Pagi, Nasi Beringin, Lodeh dan juga Apam Balik Kacang. Penulis yang memang berasal dari Daerah Muar (Kini sudah jadi Daerah Ledang) dan bertugas di daerah ini selama 5 tahun mengetahui dimana lokasi makanan yang enak di daerah ini. Penulis juga dapati makanan ikan bakar di Sabak Awor semakin menarik ramai pelancong tempatan dan luar negara kerana menghidangkan makanan ikan bakar yang hebat. Selain itu jangan lupa makanan popular Asam Pedas Muar yang dipopularkan di Jeti Nelayan Parit Jawa dan Tanjung Emas. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pes mee bandung Mak Pon yang telah menjadi popular kerana kualiti dan kelazatannya selain daripada mudah untuk disediakan dan didapati.

Penyediaan Mee Bandung Tradisional Muar bermula semenjak lebih daripada 50 tahun dahulu. Mee Bandung Muar ama berbeza daripada masakkan mee biasa dimana ia mengutamakan bahan udang kering, kacang tanah dan kepedasan cili dengan lemak manis. Ia mempunyai rasa yang digemari oleh pelnggan tempatan dan kini boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Kini Pes Mee Bandung Pak Pon menjelma dimana-mana shaja kerana telah ramai usahawan yang menjadi ejen menjul pes mee bandung Mak Pon diseluruh negara. Penghantaran oleh ejen ini selalunya melalui hantaran tangan atau kini telah ujud penghantaran secara pos laju. Terdapat dua jenis Pes Mee Bandung Mak Pon iaitu Jenis Biasa dan Jenis Special dimana perbezaannya adalah jenis dan kuantiti udang yang digunakan. Dipremis induk di Muar sebungkus pes jenis biasa dijual dengan harga RM8.00 satu paket sementara sebungkus pes mee bandung special pada harga RM12.00 satu paket. Penulis yang beberapa kali pergi ke premis jualan di Muar mendapati terdapat banyak produk pes lain yang dijual seperti Pes Mee Jawa, Pes Asam Pedas dan Pes Soto dan sebagainya. Lazimnya pes ini jika disimpan dengan baik akan tahan agak lama tanpa rosak didalam tempat sejuk beku.

Membuat Mee Bandung menggunakan pes ini amat mudah kerana ada arahan yang amat jelas dinyatakan pada label ditulis pada pembungkusnya. Satu bungkus pes ini boleh dimasak bagi hidangan antara 5 - 8 orang bergantung kepada tahap kelaparan dan citarasa masing-masing. Jika sangat lapar tentunya sedikit orang pun tidak cukup tetapi jika makan berhemah ia boleh dimakan sampai 10 orang. Bagi memasak diperlukan 1 kg mee kuning, 300 gram daging (kuantiti ikut suka lagi kerana jika lebih akan enak), 10 - 15 ekor udang besar, Fishball, Fishcake (kalau suka), 3 pokok sawi hijau, 1 biji tomato dibelah empat, garam dan sedikit gula serta air secukupnya. Pastikan anda menyediakan sebungkus perencah mee bandung Mak Pon. Bahan lain adalah sebanyak 5 - 6 biji telur ayam, 5 biji bawang merah yang dihiris, 2 ulas bawang putih juga dihiris, 3 keping tauhu, digoreng dan kemudian ia di hiris nipis, hirisan daun sup, hirisan cili merah dan sediakan limau kasturi dibelah (Jika ska). Cara memasak mee bandung Mak Pon dengan cara menghiris daging nipis kemudian di rebus dengan 1 inci halia (dititik) hingga empuk dan di ketepikan. Udang segar dibuang kulit agar senang dimakan. Kemudian bahan sawi dicuci bersih dan diasingkan daun dan batang sawi. Kemudian ia dipotong batang sawi dan kerat daunnya dan diketepikan sementara. Mulakan memasak dengan memanaskan sedikit minyak dalam periuk atau guna kuali. Tumis hirisan bawang putih dan merah hingga harum dan dimasukkan perencah mee bandung Mak Pon kemudian dikacau hingga sebati. Kemudian dituang air rebusan daging bersama dagingnya, udang dan air secukupnya (anggaran penulis dalah sekitar 800 ml atau ikut keperluan) dan biar ianya mendidih. Lepas itu sebaiknya kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan masak perlahan hingga telur timbul. Kemudian perlu dimasukkan batang sawi dan udang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato dan dipanaskan sekejap dan rasa mee bandung sebelum dimatikan api. Pada penulis blog memang enak makan mee bandung ini yang masih suam panas. Semuga anda mampu untuk mendapakan pes mee bandung Mak Pon yang memang enak dimakan dan senang disediakan. Diharap rencana ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.
MEE BANDUNG MAK PON... ENAKNYA...
SATU PAKET... RAMAI DAPAT MAKANNYA...
HARGAnya BERPATUTAN... BELI DIMANA...
MAKAN SENDIRI... SATU KELUARGA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandr Baru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(19 Zulhijah 1438H)
Posted from Room 304,
IOI Palm Garden Resort, Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...