DURIAN MUSANG KING atau D197 atau Durian Raja Kunyit merupakan satu kegilaaan baru dikalangan ramai orang pada masa kini. Durian (Durio zibethinus Murr.) merupakan sejenis pokok tumbuhan dari keluarga Malvaceae iaitu jenis buah tropika yang dipercayai berasal atau natif dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia. Buah durian memang sejenis buah yang telah lama sinonim dengan masyarakat Malaysia dan negara jiran terutama di Thailand. Pada masa ini negara Thailand dilaporkan pengeksport terbesar buah durian segar didunia dengan beberapa varieti seperti Chanee, KanYou dan Munthong. Buah durian yang dieksport daripada Thailand merupakan buah yang dipetik diatas pokok tidak sama dengan di Malaysia dimana buah durian yang gugur sahaja yang dipasarkan (buah durian masak ranum). Keluasan tanaman pokok durian di Malaysia sekitar 110,000 hektar dengan beberapa negeri mendomisasi tanaman durian iaitu di Perak, Johor dan Pahang. Saya juga telah menulis lebih daripada 200 artikel mengenai durian dalam blog ini dengan beberapa topik yang telah dirujuk lebih daripada hampir 2.7 juta pembaca. Kini demam tanam durian telah kembali apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato Seri Shabery Cheek membuat kempen makan dan tanam durian secara konsistent. Dalam pada itu fenomena harga durian Musang King (D197) pada tahun ini mencecah harga jualan tertinggi pada tahun 2017 sehingga menjadi RM140.00 sekilogram, lebih ramai orang yang telah mencari benih tanaman durian ini untuk mula ditanam. Menteri melalui kenyataannya memberi tahu jika tanam durian Musang King sekarang sekitar 4-6 tahun akan datang akan menuai hasilnya. Malahan dalam Perhimpunan Agong UMNO 2017 PAU pada DIsember ini memecahkan rekod dimana anak benih durian Musang King dijadikan 'buah tangan' kepada semua perwakilan UMNO. Promosi makan durian Musang King yang diadakan di Nanning, China juga membuka ruang pasaran durian Malaysia ke China dimasa akan datang. Protokol pengeksportan buah durian segar Malaysia ke China sedang diusahakan diantara AQSIQ China dengan Jabatan Pertanian Malaysia. Bagaimanakah kita hendak pastikan bahawa pengeluaran durian premium seperti Musang King ini akan berjaya dimasa hadapan?. Artikel dalam "Anim Agro Technology" bilangan ke 4,676 ini akan berkongsi info mengenai tanaman durian Musang king.
Faktur pertama didalam usaha hendak menanam durian adalah ketersediaan Tanah atau kebun atau ladang sesuai. Pengalaman penulis blog mendapati tanah berbukit dengan saliran baik sesuai dengan tanaman durian termasuk durian Musang King ini. Kawasan lereng bukit dengan ketinggian 50 meter dari paras laut sesuai dari jenis tanah gembur berpasir dimana akar tunjang pokok mampu pergi jauh kedalam tanah (Sila lihat foto disebelah). Pokok durian lazimnya kurang sesuai ditanam dikawasan jenis tanah rendah yang ada masaalah sistem saliran apa lagi kalau paras air dalam tanah (water level) tinggi. Pokok durian yang ditanam dikawasan tanah rendah mudah diserang penyakit terutama pada musim hujan dimana produktiviti pokok durian adalah amat rendah. Ramai dikalangan pembaca blog dan rakan-rakan yang bertanya kepada penulis bagaimana memilih tanah yang sesuai untuk tanaman durian ini. Seperti dinyatakan diatas, jika hanya ada tanah yang kurang sesuai untuk tanaman durian boleh dilakukan beberapa pengubahsuaian kepada tanah tersebut seperti menyediakan sistem saliran baik, sentiasa menjaga amalan agronomi, menggunakan benih yang lasak dan juga aplikasi penggunaan bahan input yang lebih signifikan. Ramai kini dikalangan penanam kelapa sawit di sekitar Raub, Pahang semasa penulis bertugas sebagai Pengarah Pertanian Pahang telah menebang pokok kelapa sawit dan menggantikannya dengan pokok durian Musang King pada tahun 2016. Mereka percaya apabila pasaran durian Musang King menembusi pasaran ke China tidak lama lagi, maka harga durian premium ini akan memberikan pulangan baik kepada kebun mereka.
Faktur kedua didalam usaha untuk menanam durian Musang King secara komersil adakah mengenai punca bekalan Benih Tanaman. Benih durian Musang King kini ada dijual dibanyak premis Nurseri Tapak Semaian diseluruh negara, Pasar Malam dan juga Pasar Tani. Bagaimana pun apa yang paling penting adalah untuk pekebun membeli benih durian D197 yang telah disahkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia mempunyai sijil akreditasi Skim Pemgesahan Bahan Tanaman (SPBT) yang didaftarkan. Hanya mereka yang telah memohon SPBT dan menjalani pemeriksaan pokok induk yang disahkan dan lulus sahaja akan diberikan sijil tersebut. Ini bermakna pembeli boleh bertanya kepada penjual berkaitan ketulinan baka banih D197 yang dibeli daripada penjual atau pemilik premis. Jabatan Pertanian akan mengesahkan benih-benih tersebut mengikut jumlah tertentu yang telah lulus pemeriksaan sahaja dimana ada kemungkinan penjual akan menipu dengan cuba mencampurkan dengan benih yang tidak disahkan. Salah seorang pembekal benih durian Musang King daripada Raub yang penulis kenal adalah Encik Zamri daripada Zamri Farm, Kampong Pamah Rawas, Ulu Dong, Raub, Pahang. Penulis blog beberapa kali melawat ke tapak nurseri beliau untuk membuat pemeriksaan. Beliau dulu daripada seorang pegawai ‘procurement’ atau pemerolehan di sebuah syarikat di Shah Alam, Selangor, kini ialah pengusaha dan pengeluar anak benih durian Musang King antara terbesar di negara ini (Sila lihat foto disebelah). Dari lawatan penulis terkini sejumlah pengeluaran sebanyak 30,000 anak benih yang mahu ditingkatkan menjadi 120,000 anak benih atau lebih empat (4) kali ganda daripada asal, pada tahun depan (2018). Semua anak benih-anak benih ini telah diiktiraf oleh Jabatan Pertanian sebagai yang asli iaitu dari varieti D197 atau Musang King atau dulunya lebih dikenali sebagai Raja Kunyit hasil cantuman antara pokok induk klon sama dengan durian kampung. Anak tempatan berusia 42 tahun itu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan daripada Universiti e Asia (AeU telah berjaya membekalkan anakbenih durian Musang King keseluruh Malaysia. Bergantung kepada saiz pokok dan sebagainya, harga sepokok bermula daripada RM15.00 sehingga lebih lagi terutama benih Advanced Planting Materian Durian (APM) yang lebih mahal. Kepada mereka yang ingin membeli beni dari beliau boleh menghubunginya. Jabatan Pertanian melalui beberapa Pusat Pertanian mereka juga ada bekalkan benih durian D197 dan mata tunas.
Kepada petani yang telah mempunyai pokok durian kampong dewasa boleh melakukan program Cantuman Dewasa Durian. Kini kaedah cantuman dewasa durian lebih cepat memberikan hasil berbanding dengan kaedah penanaman baru. Terdapat berberapa cara melakukan cantuman dewasa durian. Kaedah paling biasa dan berjaya adalah dengan cara memotong pokok durian tua dan membiarkannya bertunas dan tunasnya akan dicantum dengan varieti durian D197. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai kaedah cantuman dewasa durian sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Aktiviti cantuman dewasa durian ini telah lama dilakukan oleh ramai petani yang mengetahuinya dan menukar pokok durian yang kurang produktif atau bukan dari varieti durian premium kepada durian jenis baru. Dalam lawatan penulis di sekitar kebun durian di Pagoh, Tangkak dan Raub, petani dikawasan ini telah menukar durian kampong dengan varieti Durian Hajah Hasmah (D168), Durian D24 dan terkini dengan Durian Musang King (D197). Mereka akan mengupah pekerja mahir untuk melalukan cantuman dewasa hingga berjaya dengan membuat pollarding atau membuatnya diatas pokok (Sila lihat foto disebelah). Penulis dimaklumkan upah mencantum durian dewasa bermula dengan RM150.00 . Penanaman pokok durian sebaiknya adalah dicampurkan dengan beberapa varieti durian lain dalam satu kebun. Sebanyak 2-3 varieti durian perlu ditanam dalam satu kawasan seperti durian D2, D16, D24, D197, D168 bagi mempastikan 'fruit set' berlaku kerana ujud faktur pendebungaan silang (cross pollination) yang berlaku. Pernah penulis blog dihubungi oleh seorang pemilik kebun durian di Mantin Negeri Sembilan yang menanam 12 ekar durian D197 tetapi kurang berbuah dan hasilnya tidak berapa menjadi setelah pokok dewasa. Ini kerana kebun durian taukeh balak ini dipagar setinggi 10 kaki tinggi dengan zink dan mereka tidak tahu akan rahsia tanaman durian mesti dicampur dengan beberapa varieti lain. Akhirnya beliau membuat aktiviti cantuman dewasa dengan beberapa varieti lain atas nasihat penulis blog dan kini dilaporkan penghasilan durian musang king menghasilkan buah berkualiti dan ada kuantiti pengeluaran.
Masaalah Amalan Agronomi tanaman durian perlu pekebun mahir mengatasinya. Pokok durian diantara tanaman yang mudah diserang penyakit dan perosak sejak awal mula ditanam. Kemahiran pekebun yang selalu membuat pemantauan dikenun dan memeriksa pokok durian akan membolehkan mereka menuai buah durian apabila pokok matang. Bagaimana pun jika petani pemgamalkan 'Tanam dan Tinggal' maka pastinya mereka tidak akan mendapat pokok yang baik dan buah berkualiti malahan mmungkin anak pokok akan mati tidak disulam. Kebun pokok durian perlu dibuat sanitasi (kerja membuang rumpai), memasang sistem pengairan titis (kritikal dimusim kemarau) dan juga membaja mengikut syor dan mengawal musuh dan penyakit. Antara jenis penyakit seperti Stem Canker, Patch Canker, Root Canker dan sebagainya yang boleh membunuh pokok jika tidak dikawal (Sila lihat foto disebelah). Anda boleh membuat rujukkan penyakit durian dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Pembajaan adalah asas didalam tanaman durian dimana kaedah pembajaan betul, jenis baja yang digunakan adalah jenis baik dan juga jadual (timing) pembajaan yang tepat. Terdapat petani dikampong yang tidak pernah membaja atau pun membuat semburan racun kimia dimana hasil buah mereka boleh dikategorikan sebagai 'Durian Organik'. Bagaimana pun durian jenis ini lazimnya kurang berkualiti dan rasa yang tidak seragam.
Kepada mereka yang masih juga berminat untuk menanam durian terutama varieti Musang King sebaiknya membuat pelan perancangan perniagaan yang betul. Pada saya penghasilan buah durian banyak bergantung kepada faktur Cuaca dan juga cara Pengurusan Tanaman di Ladang. Lazimnya jika cuaca mmengizinkan dimana ada kemarau dan suhu tinggi akan membolehkan pokok durian ada 'stress' sehingga ia akan berbunga. Bagaimana pun jika berlaku cuaca hujan berterusan maka ini memberi faktur kejayaan kepada pembentukkan putik buah (fruit set) dan menjadikan pengeluaranbuah berkurangan dan rendah kualiti. Putik durian akan gugur jika hujan berterusan atau kekurangan air akibat kemarau. Bunga dan Putik durian juga boleh gugur jika petani menabur baja ketika itu. Bagaimana pun lazimnya durian berbuah dua kali iaitu musim utama (pada Julai - September) dan luar musim pada hujung tahun (pada Disember Januari). Apa pun kini cuaca sudah banyak berubah berbanding dengan masa dulu. Pokok durian juga salah satu jenis tanaman buah tropika yang kadang kala ada masaalah 'Biennial'. Ia bermaksud jika sesebuah pokok atau satu kebun durian tersebut mampu mengeluarkan buah banyak pada tahun ini maka pada 2-3 berikutnya penghasilan buah akan menurun. Oleh itu penulis blog minta supaya bakal usahawan durian tidak terburu-buru untuk menanam durian Musang King jika belum bersedia dengan ilmu teknikal atau belum membaca artikel ini. Memang seronok mendengar harga durian Musang King melonjak tinggi tetapi untuk mendapatkan sebiji durian musang king dari tangan dikebun sendiri tidak mudah seperti dijangka. Apa pun anda kena mulakan dari sekarang. Kalau tidak mampu menghasikan durian musang king dikebun sendiri jadilah pembeli durian di gerai sahaja. Semuga tulisan ini memberi ifo berguna kepada anda semua. Wasallam!!!..
TANAM DURIAN... MUSANG KING JENISNYA...
TANAH BERBUKIT... SESUAI KAWASANNYA...
BENIH YANG TULIN... PASTIKA ADA SIJILNYA...
POKOK DIJAGA... DIBAJA ADA HASILNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1202, Hotel Mariot Nanning,
Nanning, China PR.
(2 RabiulAkhir 1439H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.