Salah satu ancaman dan gangguan semut adalah dimana ia sering akan menghurungi makanan yang ditinggalkan sekejap dimana ada koloni semut. Kadang kala pada bekas berisi gula pasir yang tidak ditutup rapat terdapat semut didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Penulis dapati kerana itu terdapat peribahasa yang berbunyi "Ada Gula Adalah Semut'. Sila baca keterangan peribahasa tersebut dalam artikel tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Dari mana datangnya semut ini memang kurrang diketahui dimana sarangnya. Penulis blog dapati peribahasa ini memberi maksud iaitu "Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul". Ia juga memberikan satu contoh ayat iaitu "Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut". Kini dalam negara Malaysia kini menjadi tumpuan warga luar seperti daripada Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Myanmar, Nepal, Pakistan, India dan banyak lagi negara untuk mereka datang bekerja. Jumlah mereka kini mungkin mencecah 2 juta orang dengan sebahagian besar bekerja dalam bidang pembinaan, pertanian, perkhidmatan, orang gaji dan perkilangan. Ini juga bermakna Malaysia adalah sebuah negara yang 'BERGULA' kerana banyak semut dari dalam dan luar negara berkumpul untuk mendapat kerja, kesenangan dan seterusnya aspek kemewahan. Kemana sahaja anda pergi akan nampak atau dilayan oleh warga asing seperti di Pam Minyak, Restoran Makanan Segera, Supermarket seperti Mydin dan Jusco, Jaga Keselamatan di Kompleks Membeli Belah, Lapangan Terbang KLIA dan banyak lagi. Mereka datang untuk mengambil dan menyedut gula-gula yang bertaburan di bumi Malaysia dari setiap sudut. Sumbangan mereka pada pembangunan negara memang tidak dapat dinafikan. Apa pun rakyat Malaysia tidak seharusnya membiarkan gula yang bertabran ini diambil secera berterusan dan rakus oleh semut dari luar ini.
Pada pengalalaman penulis blog dan ramai juga anda meman amat 'stress' kalau segala makanan asyik dihurung semut. Kita akan terus terbantut selera untuk makan makanan tersebut. Bukan setakat makanan manis saja yang semut suka tetapi kadang kla didalam bekas air kosong pun ianya selalu dijumpai. Pada saya kemungkinan atau kebanyakan semut-semut ini berada di bahagian dapur yang terdapat banyak makanan. Apa pun memang tiak sesuai untuk menyembur emuat dalam ruang makan kerna kesan racun aerosolmemang tidak bagun untuk kesihatan. Apa lagi kalau hendar sembur racun aerosol serangga kalau dalam rumah ada anak kecil dan bayi. Biasa juga makan yang ada semut seperti makan roti yang berlubang-lubang akan dibuang sahaja kedalam tong sampah. Ini kerana semut yang berada didalam rongg roti, pau, gula dan sebagainya memang sukar untuk dibuang (Sila lihat foto disebelah). Kaedah penyimpanan makanan yang selamat dan terhindar dari gangguan semut dan perosak makanan lain perlu diawasi. Bagaimana pun sebenarnya banyak juga petua atau tips bagaimana untuk menghalau semut daripada mendekati makanan.
1. PASTIKAN KEADAAN RUMAH BERSIH
Kebersihan didalam rumah merupakan faktor utama didalam menghindarikan kehadiran semut didalam rumah. Jika ada makanan yang tidak dibersihkan dibawah meja makan. sinki, lantai karpet dan sebagainya ia akan menarik semut dan serangga lain untuk datang. Makanan yang berterusan dan dikutip dan dibawa balik kesarang ini membolehkan semut tersebut membina sarang dengan lebih dekat dengan sumber makanan. Rumah yang sentiasa di sapu atau divacuum akan bersih dan ini mengelakkan daripada semut bertandang. Pastikan juga tiada sisa makanan yang terbiar demi memastikan semut-semut ini tidak kembali menyerang kediaman anda.
2. GUNAKAN CUKA
Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut selalunya tidak suka akan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid. Jenama cuka makan seperti Cuka keluaran Jalen juga merah dan berkean untuk digunakan. Sebaiknya larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ kosong. Kemudian anda semburkan larutan cuka ini ke bahagian pintu masuk atau laluan biasa semut. Sebaiknya anda selalu ulangkan beberapa kali semburan cuka ini sebaik sahaja larutan ini kering. Dalam beberapa hari hasilnya anda akan nampak kesannya dimana tiada semut dikawasan tersebut.
3. KAYU MANIS dan CENGKIH
Bagi sesetengah yang tidak sukakan bau cuka penulis blog dapati anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih. Caranya dengan menaburkan serbuk tersebut di laluan semut dan dibiarkan selama beberapa hari. Bagi yang ada ‘cinnamon essential oil’maka anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan bahan ini ke kawasan semut tersebut. Bukan sahaja kaedah ini berjaya mewangikan rumah tetapi kesannya semut-semut pun hilang.
4. SERBUK KOPI
Serbuk kopi asli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda. Caranya dengan mengambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan ia kemudian dibiarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tidak akan datang lagi.
5. SODA PENAIK
Soda Penaik (Baking Soda) merupakan sejenis gula aising sesuai digunakan untuk memerangkap semut. Sementara itu didakwa soda penaik pula adalah bahan yang boleh membunuh semut-semut tersebut (Sila lihat foto disebelah). Kaedah kawalan dengan mencampurkan soda penaik dengan gula aising (powdered sugar) dengan nisbah 1:1. dan kemudian ditaburkan serbuk ini di kawasan kering yang ada semut dan lihat kesannya dalam beberapa hari dimana semut tidak ada lagi dikawasan rawatan.
6. DAUN SIRIH
Daun Sireh (Piper betle) merupakan sejenis daun herba yang mudah didapati disekeliling kita. Ambil daun sireh dan cincangkan beberapa helai daun dimana ia kemudian ditaburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau daripada daun herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut dan ia didakwa berkesan dan amat mesa alam. Daun Siren ini selelunya akan kering dan perlu diganti yang baru setiap kali ia ingin di gunakan.
7. SEMBURAN AIR LADA
CILI (Capsicum annum) merupakan bahan yang menghhasilkan rasa pedas disebebkan oleh bahan Capsaicin. Lazimnya air rendaman lada kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Simpankan airnya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut yang selalu berkumpul atau melaluinya. Cara lain adalah dengan meletakkan beberapa tangkai cili kering pada di sekitar laluan semut dimana didakwa ia dapat seterusnya menghindarkan semut menghampiri gula.
8. KULIT TELUR
Kulit Telur Ayam selalu dibuang begitu sahaja selepas digunakan. Kulit telur ini boleh digunakan dengan membakar kulit telur hingga menjadi abu. Kemudian ditaburkn abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun didalam rumah. Daripada pemerhatian penulis blog juga ada mendapati selain semut kaedah ini juga berkesan untuk menghalau Cicak atau serangga lain yang tak diingini.
9. KULIT LEMON ATAU KULIT OREN
Kulit buah Limau atau Citrus lazimnya mengeluarkan bauan wangi untuk kita tetapi ia sebenarnya tidak untuk semut dan serangga lain. Kulit Limau yang dikupas ini dan juga jenis citrus lain sesuai untuk menyegarkan kediaman di samping menyahkan atau menghalau semut-semut daripada rumah anda. Kita juga boleh menggunakan buah limau dengan mencincang daun limau purut untuk kesan yang lebih baik keran daun limau purut memang berminyk dengan aroma kuat.
10. DAUN PANDAN
Daun Pandan (Pandanus odorus) merupakan sejenis pokok herba yang mudah didapati. Daun pandan sering digunakan dlm masakkan diman ia juga dikenalpsti menghalau semut yang praktikal. Biasanya bahagian yang praktikal adalah daun pandan. Caranya dengan mencincang daun pandan taburkan ke kawasan laluan semut. Kita juga boleh dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras atau dijadikan larutan. Makanan pun bertambah harum dengan aroma dun pandan. Selamat mencuba!. Semuga anda mendapat info terbaik daripada blog anim agro technology kali ini.Wasallam!!!.
ADA SEMUT... DISITU ADA GULA...
MENGHALAU SEMUT...ADA PETUA...
SAYA PAPARKAN... ADA10 PETUA...
SELAMAT MEMBACA...TERUS GUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 826, Avillion Hotel,
Jalan Hang Tuah,
Bandr Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Oktober 1439H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.