Support My Blog

Friday, December 1, 2017

CAP JARI DNA - BENIH KELAPA

TEKNOLOGI CAP JARI DNA BENIH KELAPA (Coconut DNA Fingerprinting Technology) merupakan satu perkara baru yang amat kurang didengar apa lagi difahami oleh ramai rakyat Malaysia terutama penanam kelapa. Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) daripada keluarga Arecaceae adalah sejeni stanaman industri yang menjadi tulang belakang ekonomi beberapa buah negara dunia dikalawan tropika terutama dikawasan pulau. Pokok kelapa umumnya adalah sejenis tumbuhan yang dibiakkan melalui buahnya yang matang setelah gugur daripada pokok yang berbuah dan dewasa. Buah tersebut sama ada jatuh atas tanah, dalam sungai atau dalam laut akan terletak atas tanah atau terapong sehingga ia mengeluarkan tunas dan tumbuh menjadi pokok baru secara semulajadi. Bagaimana pun dalam pertanian moden lazimnya benih kelapa akan dipilih daripada pokok yang berhasil tinggi, kurang serangan perosak dan penyakit serta cepat mengeluarkan buah. Biji kelapa yang gugur daripada pokok induk yang dikenalpasti akan dikutip dan disemai dalam petak semaian dan dipilih sebelum ditanam diladang. Pokok kelapa merupakan jenis pokok yang mempunyai bunga (mayang) terbuka dimana proses pendebungaan berlaku secara kacukkan (cross pollination) atau dalam tandan yang sama. Agen yang membantu proses pendebungaan ini termasuk serangga seperti lebah, semut, rama-rama, kelulut, lalat dan juga tiupan angin serta berbagai agen lain lagi. Ini membuatkan buah kelapa yang dihasilkan selalunya adalah jenis hibrid. Bagaimana pun dalam penyelidikkan untuk membuat baka kelapa baru maka teknologi membungkus mayang kelapa dengan beg plastik bagi mengelakkan debunga lain mengganggu kajian dijalankan. Benih kelapa yang bermutu amat kritikal semasa petani hendak menanam kela yang berhasil tinggi. Ketulinan Benih Kelapa terutama kelapa hibrid seperti MATAG, MAWA, MARREN dan sebagainya perlu dipastikan agar tidak tertanam benih hibrid F2 atau F3 atau benih yang tidak tulin (culled seedlinds). Penulis blog yang membuat tinjauan dimerata Malaysia mendapati ramai pekebun kecil, kelpmpok usahawan dan ada syarikat yang tertipu menanam pokok kelapa hibrid Matag dimana benih yang dibeli adalah tidak tulin dibeli daripada pihak tidak bertanggungjawab. Ketulinan benih kelapa terutama benih hibrid amat penting bagi menjamin pokok kelapa yang ditanam akan memberikan hasil maksima dan buah kelapa berkualiti. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bagaimana teknologi Cap Jari DNA ini boleh digunakan bagi menentukan ketulinan benih kelapa terutama benih kelapa hibrid berdasarkan pengetahuan, penglibatan penulis dengan pihak CMDV (Centre for Marker Discovery and Validation) yang terletak di MARDI, Serdang dan juga membuat banyak rujukkan dan penulisan.


Pada masa lalu penilaian kualiti benih tanaman seperti benih kelapa banyak ditumpukan kepada ciri-ciri luaran fizikal mengikut ciri Marfologi, Produktiviti dan juga segi aspek  Traits Berkualiti. Lazimnya ciri seperti bentuk buah, warna, citarasa, bentuk daun, bentuk pokok, kualiti buah dan ciri fizikal lain akan diukur dan ia dijadikan panduan bagi menunjukkan anak benih dan pokok tersebut menyamai pokok induk. Bagaimana pun apabila pokok membesar dan mengeluarkan hasil tetapi ia berlainan dengan jangkaan pada masa mula menanam disebabkan oleh banyak faktor lain yang mana ia mempengaruhi perubahan ini. Kaedah pembiakan secara klasikal ini memberikan kesan negatif kepada industri kepada tanaman tersebut. Bagaimana pun benih kelapa jenis renek seperti kelapa pandan, kelapa MYD, Kelapa MRD, Kelapa MGD dan Kelapa MBD kurang terdedah kepada kegusaran mengenai ketulinan benih kerana ia lebih terjamin jika diambil daripada ladang benih yang diskreditasi. Kini benih kelapa ini lebih mudah dikeluarkan berbanding dengan jenis hibrid yang melibatkan proses yang rumit dan panjang. Kini kadar ketulinan benih kelapa telah mencapai satu tahap lebih saintifik apabila CMDV bersama-sama Jabatan Pertanian Malaysia membuat ujian ketulinan DNA terhadap benih kelapa yang diambil daripada beberapa Pusat Pertanian Kelapa seperti daripada Stesyen Kelapa Jorak, di Muar, Stesyem Kelapa Parit Botak, Di Batu Pahat, Johor, Stesyen Kelapa Lekir, di Perak dan Stesyen Kelapa Teluk Baru, Bagan Datoh, Perak. Penyelidikan selama 2 tahun ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap ketulian beberapa jenis pokok induk kelapa di stesyen berkenaan yang berfungsi sebagai sumber bekalan benih kelapa dalam negara. Penulis yang ada terlibat dalam kajian ini mendapati outcome kajian amat berguna untuk kegunaan Jabatan Pertanian, MARDI dan petani yang menerima bekalan daripada stesyen ini.


Apa yang penting adalah dimana teknologi pengenotipan adalah teknik analisis molekular yang berasaskan jujukan DNA dengan menggunakan platform pengenotipan yang bersesuaian. Teknologi pengenotipan semakin kerap digunakan dalam bidang pembiakbakaan berbantukan pemilihan (MAS) kerana ia membantu pembiak baka melakukan pemilihan trait bagi ciri yang dihajati dalam masa yang singkat melalui penggunaan penanda molekul. Antara penanda molekul yang kerap digunakan dalam MAS ialah penanda polimorfisme nukleotida tunggal (SNP) dan mikrosatelit (SSR). Justeru kajian ketulianan benih kelapa adaah selaras dengan  penubuhan Pusat Penemuan dan Pengesahan Penanda Molekul (CMDV) merupakan platform terbaik kepada MARDI bagi meningkatkan kualiti tanaman untuk mengenal pasti varieti yang berhasil tinggi, rintang terhadap penyakit dan serangga perosak. CMDV merupakan pusat sehenti yang mula beroperasi pada bulan Ogos 2011 yang menjalankan penyelidikan dan menawarkan perkhidmatan pengenotipan tanaman, ternakan dan akuakultur. Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan makmal moden dan platform pengenotipan yang berskala tinggi menerusi jalinan kerjasama antara MARDI dan Malaysian Biotechnology Corporation yang dimeterai pada tahun 2009. Jabatan kerajaan dan beberapa agensi serta pihak swasta boleh mendapatkan perkhidmatan daripada CMDV dengan kadar bayaran yang ditetapkan. Setakat pengetahuan penulis antara tanaman yang telah dijalankan kajian seperti ketulinan benih padi (Dengan Jabatan Pertanian), Benih Kelapa Sawit (dengan FELDA, FELCRA dan swasta) dan beberapa lagi termasuk tanaman kelapa. 


CMDV yang terletak di MARDI, Serdang berperanan sebagai pemangkin program pembaikbakaan tanaman dan ternakan di negara ini.  Pembangunan dan pengenalan kepada tanaman jenis baru padi kini giat diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) kepada golongan pesawah tempatan. Begitu juga dengan tanaman kelapa bersama Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian. Perkara ini berlaku tatkala negara dihujani dengan cabaran ekoran permintaan terhadap makanan semakin tinggi berikutan jumlah penduduk kian meningkat. Pelbagai langkah telah diambil bagi memenuhi keperluan makanan penduduk. Tidak terkecuali bagi usahawan tani yang mahukan biji benih s tanaman rintang penyakit, berhasil tinggi serta terpelihara dari serangga perosak. Bagi meningkatkan keupayaan program pembaikbakaan tanaman dan ternakan di negara ini, Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) telah memperoleh teknologi berkaitan dari satu syarikat berkaitan penanda molekul luar. Kini melalui pembiayaan Biotechcorp, satu makmal yang dikenali sebagai Centre For Marker Discovery and Validation (CMDV) telah dibangunkan dan ditempatkan di MARDI.  Makmal tersebut menjadi pemangkin dalam program pembaikbakaan tanaman dan ternakan. CMDV dibangunkan bagi manfaat agensi-agensi awam dan swasta yang terlibat dalam bidang berkaitan. Selain daripada penglibatan terus dalam program biak baka, makmal berkenaan juga disasarkan untuk menyediakan perkhidmatan lain termasuk pengenotipan dan cap jari DNA tanaman dan baka ternakan terpilih. Untuk mencapai matlamat penubuhannnya, CMDV dilengkapi dengan teknologi terkini pengenotipan penanda molekul. Teknologi tersebut meliputi Intermite Polymorphism (IMP), Single Sequence Repeat (SSR) dan Single Nucleotide Polymorphism (SNP). Selain itu, dengan bantuan peralatan robotik proses pengenotipan berskala besar mampu dilakukan oleh CMDV. CMDV turut disokong oleh tujuh saintis yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersendiri meliputi biologi molekul tumbuhan, biologi molekul haiwan, pembaikbakaan molekul tanaman dan ternakan dan ahli bioinformatik. Menurut Pegawai Penyelidik Prinsipal MARDI, Dr. Habibuddin Hashim, CMDV mempunyai keupayaan menyediakan khidmat nasihat serta pengenotipan berskala besar yang mampu membantu aktiviti pembaikbakaan haiwan dan tanaman bagi memperkenalkan varieti terbaharu. Kini pusat ini turut dimatlamatkan bagi mendorong kearah penggunaan teknologi penanda molekul dalam aktiviti pembaikbakaan dengan lebih murah dan cepat. Selain itu ia turut berperanan melaksanakan penyelidikan berkaitan pencarian dan aplikasi penanda molekul tanaman dan ternakan utama negara. Saintis yang bertugas di pusat tersebut turut ditugaskan menyediakan khidmat pengenotipan dan projek kerjasama dengan pelanggan dalaman mahupun luar MARDI. Mereka terdiri daripada pembiak baka yang mempunyai program pembaikbakaan tanaman atau ternakan yang aktif sama ada dari sektor awam dan swasta. Sebagai contoh, kini hampir 90 peratus dari jenis padi yang ditanam di negara ini terdiri daripada kumpulan berhasil tinggi yang dibangun dan diperkenalkan oleh institut tersebut. Justeru, sehingga kini lebih daripada 37 jenis padi telah diisytihar kepada petani untuk ditanam di sawah mereka termasuklah MR219, MR220CL1 dan MR220CL2. Jenis-jenis padi tersebut dibangunkan bagi meningkatkan keupayaan penghasilan di samping memaksimumkan pengeluaran dari penanaman dikeluasan tanah yang sama. Jenis baru tanaman dibangunkan melalui program pembaikbakaan. Proses ini melibatkan kacukan antara dua induk berbeza sifat agronomi. Benih tanaman yang diperolehi hasil kacukan akan disaring dan dinilai sehingga beberapa keturunan bagi mengenalpasti titisan baru yang lebih baik dari induknya. Sekiranya bersesuaian, titisan baru ini akan diperkenalkan sebagai varieti baru.


Bagi tanaman kelapa, beberapa benih kelapa pandan (CN6) telah dibuat ujian dimana beberapa stesyen telah berjaya dikenalpasti mempunyai kadar ketulinan aroma pandan tinggi berbanding dengan stesyen yang lain. Ini berlaku apabila proses pemilihan benih berkualiti kelapa pandan dilakukan oleh Jabatan Pertanian sebagai salah satu daripada proses biakbaka tanaman kelapa pandan tersebut. Dilaporkan benih kelapa pandan daripada Stesyen Kelapa Teluk Baru di Bagan Datoh, Perak mempunyai kadar ketulianan varieti terbaik berbanding dengan beberapa stesyen lain. Ini kerana pokok kelapa pandan distesyen ini dipilih dari pokok induk terbaik dari beberapa stesyem dan punca kelapa pandan diseluruh negara. Amalan agronomi dan kaedah penanaman yang sistematik mengikut protokol ladang benih kelapa juga mempengaruhi kadar ketulinan ini. Bagi benih kelapa hibrid MATAG kini pihak MARDI bersama Jabatan Pertanian boleh menentukan ketulinan benih MATAG F1 dengan bukan F1 melalui ujian makmal ini. Bagaimana pun ujian di CMDV ini perlukan kepakaran khusus dan kos yang abak tinggi bagi settiap ujian. Teknologi ini berjaya mengesan tahap ketulinan kelapa hibrid ini dengan agak tepat dan boleh dipercayai. Penulis yang telah faham akan perkara ini merasakan adalah baik kepada pembeli benni kelapa hibrid kelapa seperti kelapa matag untuk menjalankan ujian ketulinan jika mampu dan mahu. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RAMAI BERTANYA...BENIH KELAPA...
MAHU MEMBELI...APA KETULINANNYA..
CAP JARI DNA... BOLEH SAHKANNYA...
BACA ARTIKEL... TERANG CERITANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1807, Imperial Heritage Hotel,
Bandar Hilir, Melaka,
Malaysia.
(29 Nov 2017).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...