Support My Blog

Monday, December 11, 2017

KEHABATAN KHASIAT SIREH (PART 1)

DAUN SIREH (Piper betle) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga PIPERCEAE yang tumbuh dan natif dari negara kita. Daun Sireh merupakan sejenis daun tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat Melayu di negara kita dalam adat istiadat perkahwinan, perubatan tradisional dan juga sebagai daun pelbagai guna membantu kesihatan manusia. Daun Sireh juga merupakan satu komponen penting dalam aktiviti makan daun sireh bersama buah pinang, gambir serta kapor oleh nenek moyang kita dulu. Masyarakat India pula menggunakan daun sireh dalam banyak acara-acara berkait keagamaannya di Malaysia. Nama beberapa jenis daun sireh adalah seperti Sirih Tempatan, Sireh Jawa, Sireh Belanda, Sireh Hitam dan Sireh Cengkih. Pokok sireh dipercayai berasal dari Malaysia walau pun terdapat juga di Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan saya lihat banyak di Myanmar. Sireh juga dipanggil Ikmo (Filipina), Trau (Vietnam), Pu (Laos), Paan (Hindu) dan Plu' (Thailand). Orang lelaki Myanmar memakan sireh dengan kapor sebagai satu kemestian apabila daun ini bersama kapor dijual di merata penjuru semua pekan di negara tersebut semasa saya melawat Myanmar pada 2009. Menanam pokok sireh adalah mudah dan anda boleh mendapatkan info menam dan mengenainya dengan merujuk kepada tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat pada daun sireh untuk tujuan bacaan umum bagi semua.


Hasil penemuan kajian saintifik oleh pakar-pakar kajian herba produk mengatakan dimana pada Daun Sireh memang mengandungi komponen-komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan tradisional dan moden dan ia telah pun diketahui dalam pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi bahan antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat seperti hemostasis yang dapat melancarkan perjalanan darah dan menghentikan perdarahan. Daripada beberapa rujukkan dan temubual dengan beberapa orang tua, saya dapati terdapat banyak khasiat mengenai daun siren yang boleh kita kongsi bersama maklumat berguna ini. Diantara khasiat-khasiat daun sireh yang telah penulis blog anim agro technology buat rujukkan dan mungkin membantu anda untuk dapat info ada 13 kesemuanya. Khasiat yang pertama dimana daun sireh yang dikunyah dalam mulut dengan kadar sesuai didapati membantu menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak. Sekarang ini dalam keadaan cuaca panas hujan tidak menentu memang ramai orang yang bantuk berkahak dengan teruk. Disyorkan untuk amalkan makan sedikit daun sireh yang bersih dan pastikan basuh dahulu. Bagaimana pun pastikan tidak makan terus sireh tersebut kerana ada kesan lain. Ke 2 adalah untuk gulongan wanita pula didakwa dimana mereka mengatakan daun sireh adalah bagik digunakan sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria. Kepada mereka yang belum mencubanya dipersilakan.

Kehebatan daun sireh ke 3 dimana ia juga dapat membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang. Amalan ini telah lama dilakukan oleh dukun-dukun di kampong semenjak lama dulu. Caranya dengan mengambil daun sireh yang dibasuh dan lumatkan sebelum ditampal pada bagagian-bahagian yang sesuai. Kegunaan yang ke 4 dimana daun siren memang satu kaedah yang terbaik dimana ia mampu menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah. Kalau dulu masa kecil memang orang tua-tua akan ambil daun sireh dan dilumatkan lalu dimasukkan kedalam lubang hidung berdarah (Orang jawa kata 'mis-misen') dan insyAllah ianya akan dapat berhentikan darah dari bahagian hidung pesakit. Ada juga kajian dimana ke 5 telah membuktikan yang daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan rasa gatal-gatal kulit seperti kurap dan kayap. Ambil daun sireh dan bersihkan dan lumatkan kemudian ditampal kepada bahagian yang gatal-gatal beberapa kali sehingga hilang rasa gatal pada kurap dan kayap. Ada yang mencampurkan sedikit kapur atau cuka untuk memberikan kesan lebih cepat. Kehebatan daun sirej yang ke 6 adalah dimana memang daun sireh yang dilumat dan ditampal pada lokasi sengatan serangga berbisa seperti lebah dan sebagainya ia akan mengurangkan atau dapat menghilangkan bisa dan bengkak dari gigitan serangga dan tebuan.  

Pada penulis blog kehebatan yang ke 7 bagi daun sireh dimana ia  juga merupakan satu dakwaan yang hebat kepada mereka yang ada masaalah bau badan sehingga orang tidak suka dekat dengangannya. Kaedah untuk amalkan menggunakan daun sireh kerana ia dapat menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan juga mudah dilakukan. Anda boleh ambil daun sireh segar dan rebus dengan air panas dimana kemudian airnya yang masih suam dijadikan air mandian (Sila lihat foto disebelah). Amalkan sehingga betul-betul bau badan anda hilang. Kehebatan yang ke 8 dimana daun siren telah dijadikan amalan lama di kampong. Ia juga memang biasa kita lihat penggunaan daun siren didalam merawat demam dikampong. Ini kerana daun sireh dapat mengurangkan demam panas serta masaalah kembung perut bagi bayi dan kanak-kanak. Selain dairpada kesan daun sireh tersebut dari segi logik sebenarnya berlaku kesan psikologi pada kanak-kanak yang demam kerana apabila ada benda untuk rawatan maka otaknya akan berfikir ia akan sembuh lebih cepat. Ini sama juga dengan rawatan demam oleh bomoh kampong dengan minum air hujan sahaja pada waktu dahulu.

Sebenarnya daun sireh merupakan tumbuhan yang berkhasiat kerana ia juga mengandungi pelbagai bahan semulajadi didalamnya. Antaranya adalah bahan Flavournoid dan Polyphenol dimana ia bertindak dalam menegangkan kulit, mengelakkan kedutan kulit dan ia juga membantu melancarkan peredaran darah, membantu memperlahan proses penuaan dan sangat sesuai sebagai bahan losyen awet muda. Kedua ialah kandungan bahan dinamakan Hydroxyl-chavicol yang membantu dalam menormalkan perjalanan darah di pembuluh dan serta ia mempercepatkan pembekuan darah yang keluar. Bahan ketiga adalah dinamakan Astrigen yang akan membantu mengecutkan dan memulihkan tisu-tisu organik badan akibat luka dan sebagainya. Bahan keempat dalam daun sireh adalah bahan dinamakan Sialagoga dimana ia membantu memperbanyakan rembesan air liur apabila dikunyah didalam mulut. Bahan ke lima pula adalah Ekspektoran dimana bahan ini akan membantu dalam menghilangkan lendir dan kahak apabila dimakan, sesuai sebagai ubat batuk dan sakit tekak. Akhirnya daun sireh mengandungi bahan Euginol iaitu bahan yang membantu dalam membunuh kuman dan menghalang pembiakan koloni fungus atau kulat. Bertapa hebat rupanya daun sireh yang kita mudah tanam dikeliling rumah dan serta cepat berhasil. Tanamlah daun sireh untuk digunakan dalam pelbagai tujuan berdasarkan tulisan saya diatas. Artikel ini bersambung pada Part 2 berikutnya. InsyaAllah ianya akan membantu kesihatan kita. Wallahualam!...
DAUN SIREH ...BANYAK KHASIATNYA....
MUDAH DITANAM...DIKELILING KITA...
SUDAH BACA... BANYAK ILMUNYA...
SUDAH AMALKAN...SIHAT SEJAHTERA...

By,
M Anem
Kg Parit Bengkok,
Gersik, Ledang,
Johor, 
Malaysia.
(20 JamadilAkhir 1434H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...