NANAS (Ananas comosus) merupakan salah satu komoditi yang dinyatakan dalam Bajet 2018 sebagai satu 'Sumber Kekayaan Baru' negara. Selain nanas komoditi lain seperti tenusu, ruminan, kelapa, jagung bijian dan sektor kulinari. Dalam memperkasa dan memajukan sektor pertanian negara, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.5 bilion dalam Bajet 2018, memberi manfaat kepada mereka yang terlibat dalam sektor pertanian meliputi pesawah, petani, pekebun kecil, nelayan dan penternak. Dinyatakan ketika membentangkan bajet itu di Dewan Rakyat sebanyak RM2.3 bilion diberi dalam bentuk bantuan dan insentif seperti baja serta input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan selain hampir RM500 juta bagi tujuan menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang. Selain itu PM Najib yang juga Menteri Kewangan berkata hampir RM200 juta pula akan diperuntukkan bagi program penanaman semula getah dan menyediakan kemudahan infrastruktur dengan meningkatkan pengeluaran susu getah berbanding getah beku mangkuk, sekaligus meningkatkan pendapatan para pekebun kecil. Apa yang menarik dimana turut diumumkan adalah bajet 2018 peruntukan hampir RM140 juta bagi program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit termasuk promosidimana ia bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50)’. Dalam usaha memperkasakan sektor pertanian dicadangkan sebanyak RM200 juta disediakan bagi inisiatif Sumber Kekayaan Baharu iaitu khususnya untuk penanaman jagung bijian, kelapa, durian, nanas dan sektor kulinari serta industri tenusu dengan menubuhkan Lembaga Tenusu dan Ruminan. Dalam ucapannya dinyatakan dimana di Hong Kong, harga durian Musang King dikhabarkan telah mencecah RM800 sebiji,” kata Najib. Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan memperkenalkan skim khas dalam usaha untuk program peningkatan pengeluaran kelapa melalui kaedah atau pendekatan penanaman semula kelapa variasi baharu dari jenis CARECA dan MATAG dengan bajet peruntukan sebanyak RM50 juta untuk dimanfaatkan 10,000 pekebun kecil. Dalam pada itu pengurusan industri kelapa pula akan digabungkan di bawah satu lembaga bersama-sama industri nanas dan buah-buahan. Najib turut mengumumkan bantuan sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara pesawah menunggu hasil tuaian padi dengan peruntukan hampir RM150 juta kepada pesawah padi. Artikel malam ini say amenulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai nanas sebagai satu daripada sumber kekayaan baru yang dipetik daripada akhbar tempatan sempena Fiesta Nanas 60 tahun baru-baru ini di Pontiaan. Johor.
Dalam dada akhbar harian Metro dipaparkan yang bertajuk "Nanas, sumber kekayaan baru" dimana foto Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyempurnakan Fiesta Nanas 60 sempena Sambutan Ulang Tahun 60 Tahun LPNM. oleh wartawan Mary Victoria Dass dan jurugambar Encik Hairul Anuar. LEMBAGA Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mensasarkan untuk meningkatkan pengeluaran nanas sebanyak 20 peratus pada 2018 berjumlah 437,930 metrik tan dengan nilai sebanyak RM636 juta. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga berkata, pihaknya telah pun mensasar kadar pertumbuhan pasaran nanas semasa iaitu diantara 45 peratus pada tahun depan dengan nilai eksport RM200 juta. Beliau berkata, pihaknya juga memfokuskan usaha mengimbangi penawaran dan permintaan khususnya bagi pasaran China. “Kami mensasarkan penanaman akan mampu menampung permintaan 20 kontena seminggu untuk di eksport ke China. “Buat masa ini, hanya lapan kontena saja dapat dibekalkan ke China,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Fiesta Nanas 60 sempena Sambutan Ulang Tahun 60 Tahun LPNM di Pusat Perdagangan Bandar Baru Pontian di sini, hari ini. Hadir sama Pengerusi LPNM Datuk Samsolbari Jamali dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani Johor, En Ismail Mohamad, juga Dato' Hj Mohd Anim Hosnan, Ketua Pengarah LPNM dan En Shafie, Pegawai Daerah Pontian. Menurut menteri kini bagi memperkasakan sasaran berkenaan maka LPNM menyediakan lima inisiatif baru dan tiga inisiatif sedia ada. “Inisiatif ini termasuk menyediakan modal awal dan geran, memperluas kawasan penanaman nanas, melakukan kajian dan penyelidikan bagi tujuan untuk menghasilkan benih lebih baik dan pengeluaran produk hiliran dan pelaksanaan pelbagai program kesedaran pengguna,” katanya. Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, sektor nanas diperuntukkan RM30 juta menerusi Bajet 2018. Beliau berkata, ia merupakan inisiatif sumber kekayaan baru agro makanan negara. “Ia sebagai usaha meningkatkan pengeluaran menerusi cara menambah produktiviti memandangkan kawasan baru untuk penanaman berkenaan adalah terhad. “Kerajaan memberi fokus kepada nanas jenis MD2 dan menggalakkan pekebun dan pengusaha dalam industri ini menanam nanas MD2 secara komersial,” katanya.
Dalam akhbar Utusan bertajuk "LPNM garis 5 inisiatif bantu pengusaha nanas" dengan foto dimana Menteri Pertanian iaitu Dato Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) menunjukkan buku 60 tahun LPNM dalam Majlis Perasmian Fiesta Nanas 60 di Pusat Perdagangan Baru Pontian, Pontian, Johor, sebentar tadi. Turut kelihatan Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Samsolbari Jamali (berada dua kiri), Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Ismail Mohamed (dua kanan), Ketua Pengarah LPNM, Dato' Hj Mohd Anim Hosnan dan Pegawai daerah Pontian, En Shafie. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menggariskan lima inisiatif baharu bagi membantu 1,125 pengusaha nanas meningkatkan produktiviti dan usaha untuk pengeluaran tanaman kontan berkenaan hingga 20 peratus pada tahun depan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, antara inisiatif berkenaan termasuklah memperluaskan kawasan tanaman nanas, menyediakan modal awal dan geran kepada petani serta menjalankan kajian dan penyelidikan bagi penghasilan biji benih yang lebih baik. “Dengan inisiatif tersebut, adalah dijangkakan pengeluaran nanas akan meningkat sebanyak 20 peratus pada tahun depan dengan pengeluaran nanas sebanyak 437,930 metrik tan setahun dengan nilai RM636 juta. “Impak pelaksanaan inisiatif tersebut, pasaran nanas semasa akan tumbuh sebanyak 45 peratus dengan nilai anggaran eksport RM200 juta pada tahun depan,” katanya selepas merasmikan Fiesta Nanas 60 sempena Sambutan 60 Tahun LPNM di sini hari ini. Dalam pada itu, beliau berkata, sektor nanas telah diperuntukkan sebanyak RM30 juta daripada RM200 juta bagi inisiatif Sumber Kekayaan Baharu Agromakanan Negara dalam Bajet 2018.

Laporan ini membuktikan bahawa industri tanaman nanas adalah 'sunrise industry' bukannya 'sunset industry' seperti yang selalu kita dengar. Potensi pasaran besar ke luar negara akan membolehkan petani dan usahawan hendak tanam benda lain. Semuga artikel dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!...
NANAS DIIKTIRAF...TANAMAN UTAMA...
KEKAYAAN BARU... ITU ISTILAHNYA...
NANAS SEGAR... DIPROSES JUGA...
ADA POTENSI ...PENGELUAR UTAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 835, Hotel Dorsett,
Aras 8, Putrajaya, WP,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1439H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.