Support My Blog

Thursday, December 7, 2017

MEMBAJA TANAMAN NANAS

MEMBAJA NANAS (Ananas comosus) merupakan satu aktiviti amalan agronomi ladang yang penting dijalankan. Baja yang diberikan mengikut pakej amalan teknologi dan garispanduan penanaman nenas untuk mempastikan setiap pokok nanas mampu menghasilkan buah yang berkualiti dan selamat dimakan. Tanaman nanas adalah jenis tanaman yang aktif pada malam hari dan rehat pada siang hari tidak sama seperti tumbuh-tumbuhan lain. Nanas aalah jenis tumbuhan yang resposif terhadap sebarang rawatan dengan bahan kimia seperti baja, racun dan juga hormon. Pada masa ini terdapat seluas 17,500 hektar kawasan fizikal yang ditanam nenas tetapi hanya sekitar 15,741 hektar sajaha nanas ditanam dengan menghasilkn sebanyak 491,700 metrik tan pda tahun 2016 yang bernilai sebanyak RM515 juta (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, LPNM 2016). Nanas paling luas ditanam di Negero Johor seitar 9,870 hektar dengan beberapa varieti seperti Nanas Moris, Nanas N36, Nanas Josapine, Nanas Maspine dan juga Nanas MD2. Kawasan tanah gambut didaerah Pontian, Batu Pahat, Kluang, Muar merupakan kawasan tradisional penanaman nanas semenjak tahun 1900 lagi. Kini penanaman nanas untuk makan segar dengan babarapa varieti terpilih telah mua dijalankan dikawasan tanah mineral dengan kaedah pengurusan amalan agronomi sedikit berbeza dengan cara pengurusan di tanah gambut. Antara asspek penting dalam penanaman nanas adalah mendapatkan bekalan benih yang berkualiti daripada pembekal yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pertanian melalui persijilan Pengesahan Benih Tanaman (SPBT) dan penguruan pembajaan serta kawalan enyakit.  Pengusaha sedia ada yang mengamalkan penanaman nanas dan diiktiraf dengan persijilan MyGAP kini semakin diterima ramai hasilnya yang berkualiti, elok dan selamat dimakan malahan ianya memudahkan untuk laluan pasaran eksport. PEMBAJAAN NANAS merupakan perkara penting didalam penanaman nanas untuk dilakukan bagi mempastikan pokok nanas berbuah dengan baik mengikut jadual. Pembajaan juga perlu jika kebun tersebut ada juga bertujuan untuk pengeluaran benih. Artikel petang Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknoogi pembajaan nanas untuk dijadikan bahan bacaan dan juga bahan rujukkan anda.


Membaja tanaman nanas merupakan satu perkara yang mesti dilakukan selain daripada aktiviti mengawal rumpai, mengawal penyakit dan juga menghormon pokok nanas. Cara membaja tanaman nanas ini ada berbagai kaedah bergantung kepada jenis tanah, varieti nanas ditanam, saiz ladang dan juga modal serta keupayaan tenagakerja. Cara membaja tanaman nanas di kawasan tanah gambut amat berbeza dengan cara membaja tanaman nanas di kawasan tanah mineral. Ini kerana tanah gambut tidak mempunyai banyak mineral dan unsur yang boleh diambil oleh tanaman nanas seperti nutrien yang ada pada tanah mineral. Buku rujukkan menganai asas pembajaan tanaman nanas ada dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian dan LPNM sebagai satu panduan membaja tanaman nanas.  Pembajaan nanas melibatkan beberapa formulasi jadual dan kadar pembajaan untuk tanaman nanas di atas tanah gambut dan tanah mineral mengikut keperluan. Pakej pembajaan bagi formulasi baja semburan pada tanah gambut adalah seperti jadual dibawah. Terdaapat dua kali pemberian Baja Semburan (BS) iaitu BS-1 dan BS-2 didalam jadual 1 dibawah. Sebaiknya proses pembajaan ini diikuti penanam untuk mendapatkan kualiti buah gred A yang melebihi 80% setiap kali musim penanaman.

Jadual 1: Formulasi Pembajaan Semburan Nanas

Selain daripada kaedah pembajaan nanas dnegan formulasi baja semburan, terdapat juga  Formulasi Pembajaan Tabur yang perlu dilakukan untuk nanas. Baja campuran nanas (BCN) mengandungi unsur Nitrojen, Posforan (Posfat) dan Kalium (Potash) atau ringkasnya NPK dalam nisbah 30 : 1 : 32 dimana ia amat sesuai digunakan dikawasan tanah gambut untuk semua jenis tanaman nanas dari berbagai kultivar. Lazimnya kadar dan keperluan BCN oleh pokok setiap kali pembajaan ialah 14gram sepokok. Selalunya sepusingan hayat bagi tanaman nanas BCN diperlukan sebanyak 42g/pokok. Sila rujuk Jadual 2 untuk melihat jadual pembajaan tersebut. Penanam nanas boleh membeli baja tersebut daripada kedai pertanian atau mendapatkan bantuan daripada LPNM atau sumber lain seperti Jabatan Pertanian. Unsur Baja Nitrogen (N) pada tanaman nanas adalah diperlukan untuk pembinaan tisu dan kesuburan daun. Daun adalah tempat memproses makanan kepada tumbuhan dan ianya menghijaukan daun bagi varieti tertentu. Baja Fosfat (P) pula berfungsi sebagai unsur untuk mempercepatkan proses pertumbuhan, pembentukan dan kesuburan pada bahagian akar (Root System). Akar adalah bahagian pokok yang menyerap unsur baja dalam tanah untuk dihantar kebahagian daun bagi dijadikan tenaga dan hasil buah. Baja Potash (K) dapat merangsang pengeluaran bunga, pembesaran buah dan ketahanan melawan penyakit.


Jadual 2: Formulasi Pembajaan Tabur


Baja Semburan (Foliar Fertilizer) penting dilakukan pada tanaman nanas terutama dikawasan tanah mineral dan tanah gambut untuk menghasilkan buah berkualiti. Walau pun dahulu belum ramai  petani yang menggunakan baja foliar tetapi kini terdapat ramai petani terutaman penanam nanas MD2, Maspine, N36, Josapine, Gandul dan sebagainya yang telah menggunakan baja foliar. Pelbagai formulasi yang penulis jumpa penanam nanas telah gunakan seperti formulasi 5:5:5+TE, 8:8:8+TE dan paling tinggi dengan formulasi 21:21:21+TE. Antara jenis baja foliar yang sering penulis blog jumpa digunakan dikebun nanas MD2 adalah jenama GROFAS (Sila lihat foto disebelah). Baja ini bukan sahaja sesuai untuk tanaman nanas tetapi untuk banyak jenis tanaman buah-buahan lain termasuk sayur-sayuran dan tanaman kontan. Baja pekatan cecair ini akan dibancuh atau dicampur dengan air mengikut arahan pada label dan disembur tersu kepada tanaman nanas sebaiknya pada waktu petang. Hasil darpada tinjauan penulis diladang nanas yang ada menggunakan baja foliar ini menunjukkan pokok nanas menjadi sihat, kurang serangan penyakit dan lebih baik lagi mampu menghasilkan buah nanas lebih berkualiti. Kesedaran ramai penanam nanas akan masaalah serangan reput perdu nanas (BHR) didakwa dapat dikurangkan jika mereka menggunakan baja foliar ini. Bagaimana pun belum ada kajian khusus mengenai perkara ini terutama unuk jenis nanas MD2. Pembajaan adalah penting untuk tanaman nanas kerana pokok nanas amat bertindakbalas (responsif) terhadap sebarang rawatan dengan kimia termasuk aktiviti pembajaan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam !!!.
MEMBAJA NANAS...PERLU DILAKUKAN...
TANAH GAMBUT...MINERAL BERLAINAN...
BAJA FOLIAR... RAMAI TELAH GUNAKAN...
BUAH BERKUALITI... HASINYA LUMAYAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Nanas Komersil,
Masjid Tanah, Melaka,
Malaysia.
(15 Zulhijjah 1438H)
Posted from Room 304,
IOI Palm Resort, Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...