Support My Blog

Friday, December 29, 2017

MEMANCING IKAN DI SAWAH

MEMANCING IKAN DISAWAH merupakan satu aktiviti yang menghasilkan ikan serta menyeronokan dikalangan kaki pancing dan masyarakat kampong. Penulis blog memang pernah menjadi kakipancing di Sawah Ring, Muar, Johor sekitar tahun 1970'an dahulu bilamana orang tua dahulu ada menanam padi dikawasan sawah tersebut. Antara jenis ikan paling mudah didapati seperti ikan haruan, ikan betuk (ikan puyu), ikan keli, ikan Seluang, ikan Terbol, ikan Sepat (cara sauk) dan beberapa jenis lagi. Ikan air tawar ini mudah dipancing dengan menggunakan umpan cacing tanah yang mudah dicari dibelakang rumah kami. Joran pancing pun lazimnya buatan sendiri sama ada dengan buloh, kayu atau pun joran lain. Tali dan matakail sahaja yang dibeli daripada kedai walau pun saya sebenarnya pandai juga buat mata kail daripada dawai yang ada dirumah. Kalau cuaca baik ada kala mendapat ikan yang lumayan dan cukup untuk dijadikan lauk untuk beberapa hari. Pada masa dulu memang banyak ikan dalam sawah kerana kualiti air yang baik dan racun amat jarang digunakan dalam sawah padi tidak seperti sekarang ini. Dalam tali air disawah mahupun dalam bendang sendiri memang mudah melihat ikan berenang-renang dan amat rugi jika kita tidak menangkapnya. Pada masa ini semakin kurang kita dapat melihat orang kampong memancing ikan dikawasan sawah padi. Bagaimana pun kalau anda pergi ke Melaka, sekitar Alai, Batu Berendam, Kg Gelam dan beberapa lokasi lagi yang ada parit atau lopak atau anak sungai sesekali anda akan dapat melihat orang yang memancing. Mereka kebanyakannya adalah orang tua (sama ada lelaki atau perempuan) dengan tujuan untuk memancing ikan puyu. Apa pun di Sekinchan, Selangor baru-baru ini dilaporkan dalam akhbar KOSMO! dimana ada aktiviti memancing dikawasn sawah sebagai satu aktiviti riadah yang perlu dikembangkan. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technonoly" akan mengupas laporan akhbat ini untuk dikongsii bersama pembaca semua.

Dalam laporan Kosmo terbit pada 14  Disember 2107 penulis teruja dengan tajuk "Ikan sawah jadi buruan si kaki pancing" tulisan oleh Amirul Akmal Redzwan. Dalam laporan wartawan tersebut menyatakan dimana pada akhirnya setiap peserta perlu menimbang ikan yang berjaya ditangkap dan disahkan oleh pengajur pertandingan dalam pesta tersebut (Sila lihat foto disebelah). Kepada anda yang ingin merasai nikmat memancing di kawasan sawah bolehlah berkunjung ke Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor. Anda yang mungkin ada pengalaman seperti penulis blog ingin menimbau kembali keseronokan memancing disawah padi jangan terkejut jika anda melihat di mana-mana terdapat ramai orang memancing di parit atau tali air di tepi-tepi sawah di negeri itu. Pada penulis blog apa yang lebih menarik dimana golongan pemancing wanita boleh dikatakan sama ramainya dengan lelaki. Penulis blog juga dapati dimana ada yang sambil memakai topi besar atau kain penutup muka bagi menghalang panas terik matahari dimana mereka yang kebanyakannya suri rumah asyik memancing tanpa mengira waktu pagi, tengah hari atau petang. Ianya seakan-akan satu pemandangan biasa setiap hari di sana, malahan pada hari cuti hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad biasanya jumlah pemancing wanita akan bertambah ramai. Ini berikutan seluruh ahli keluarga akan turut serta memancing disitu sehinggakan menjadi seperti aktiviti perkelahan.

Dalam tinjauan wartawan Kosmo baru-baru ini pula kebetulan Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan (SKSS) juga berjaya mengadakan Pertandingan Jom Memancing di sawah padi dalam masyarakat di situ sekali gus ianya merancakkan lagi suasana aktiviti memancing daripada hari kebiasaan. Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki iaitu En Abdul Halim Ahmad Poad berumur 56 tahun yang meluangkan masa lapang khususnya pada cuti hujung minggu dengan memancing bersama isterinya. Katanya aktiviti memancing sama dengan pengalaman penulis blog iaitu Anim Agro Technology adalah mengimbau sewaktu muda dahulu beliau memang biasanya memancing di sekitar sungai Tanjong Karang sehinggalah ke Ulu Sungai Labu pada waktu pagi atau petang untuk memancing udang galah. Namun, kini dia hanya memancing di kawasan sekitar sahaja ekoran faktor usia. Menurutnya hobi memancing adalah minatnya dan dia bersyukur kerana minat itu mendapat sokongan isterinya iaitu Pn Noraini Abd. Rashid yang juga merupakan suri rumah. Kini oleh kerana sama-sama minat beliau dan isteri akan ke bendang atau berdekatan tali air di tepi-tepi sawah untuk memancing ikan bersama,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor. Menurut Abdul Halim jika dibanding memancing di laut maka dia lebih berminat memancing di tali air kerana tidak mengambil masa terlalu lama dan tidak berbahaya selain dapat membawa sama ahli keluarganya jika berkelapangan. Tambahnya dia menggunakan umpan cacing dan cengkerik yang dibeli di kedai-kedai menjual ikan perhiasan dan akan membantu memasang umpan pada joran isteri atau anak-anaknya. Kini isteri dia orang yang paling gembira di dunia jika umpannya dimakan ikan kerana dia akan bawa balik ikan-ikan ini untuk dimasak. Biasanya, kami goreng sahaja untuk dijadikan hidangan bersama keluarga. Ada juga yang dijadikan pekasam seperti ikan puyu atau lampam.

Lazimnya pada musim menuai padi atau banjir, hasil tangkapan ikan akan lebih banyak dan pernah suatu ketika saya memperoleh hampir tiga kilogram ikan lampam dengan hanya menggunakan pukat,” katanya yang juga telah menetap selama tiga dekad di Sekinchan. Sementara itu ada salah seorang peserta kecil dikenali dengan nama Adek Harfidzi berumur 10 tahun mendakwa dia menyertai pertandingan memancing kerana sememangnya meminati aktiviti berkenaan sejak kecil (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada perasaan gembira pada seawal usia lima tahun lagi dulu bapanya sudah membawa dia pergi ke tepi sawah untuk memancing bersama adik-beradiknya yang lain. Perkara yang dia paling suka tentang memancing ini ialah suatu perasaan gembira dan puas apabila berjaya memancing seekor ikan serta menariknya ke daratan. Ini adalah kerana setelah lama menunggu dan saat umpan dimakan ikan, ia mempunyai cabarannya tersendiri sama ada anda berjaya mendapatkan ikan itu atau pun terlepas semula ke dalam air. Menurut budak bertubuh kecil itu lagi dia dapati antara jenis ikan yang terdapat di kawasan itu ialah seperti lampam, keli, haruan, puyu, tilapia dan belida.  Selalunya ikan yang popular berjaya dipancing oleh penduduk di sini ialah ikan puyu dan lampam. Ikan-ikan lain jarang didapati kerana ia mempunyai kaedah dan teknik tertentu untuk menangkap ikan tersebut,” ujar anak jati Selangor itu.

Dalam pada itu dilaporkan menurut penyelaras bagi Pertandingan Jom Memancing SKSS iaitu en Azlizam Mohamad menyatakan program memancing di Sawah Sekinchan itu merupakan yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKSS untuk mengeratkan silaturahim antara pihak sekolah bersama penduduk setempat serta komuniti di sekitarnya. Terdapat juga cadangan dikalangan penduduk tempatan disini yang ingin menjadikan aktiviti memancing ini sebagai satu aktiviti yang berfaedah dan menarik minat masyarakat tentang aktiviti memancing. Mereka mahu menggalakkan seseorang individu itu mempunyai satu hobi sihat dan mendidik diri menjadi seorang yang lebih sabar serta sayang kepada alam sekitar. Jelas Azlizam penyertaan peserta dalam pertandingan itu amat menggalakkan meskipun ia pertama kali dianjurkan oleh pihaknya. Lebih 100 peserta mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan tersebut. Seterusnya dinyatakan pemenang pertandingan ditentukan berdasarkan berat ikan yang diperoleh tanpa mengira spesies daripada ikan air tawar. Sekiranya terdapat berat ikan yang sama pemenang ditentukan berdasarkan masa mendapat ikan mengikut catatan pihak urusetia. Mengenai syarat-syarat pertandingan pula, tangkapan ikan daripada peserta mestilah boll iaitu mata kail dalam mulut ikan dan ia disahkan oleh pihak marshal pertandingan memancing. Peserta akan mencuba nasib dimana setiap joran yang didaftarkan untuk pertandingan perlu menggunakan satu mata kail sahaja yang dibenarkan dan teknik casting pula tidak dibenarkan sama sekali. Seorang lagi peserta veteran lain iaitu En Mezan Idris memberitahu dimana dia datang ke pertandingan itu hanya ingin mencuba nasib selepas diberitahu oleh rakannya. Ini merupakan pengalaman pertama kali saya memancing di Sekinchan dan sebelum ini saya hanya sampai di Tanjong Karang sahaja, malah pada waktu lapang saya lebih suka memancing bersama-sama di Sungai Gombak dan kolam ikan berbayar. Beliau kini tinggal dan datang dari Setapak, Kuala Lumpur. Ikan lampam, keli, haruan, puyu, tilapia dan belida antara spesies ikan sawah yang menjadi dambaan si kaki pancing pada Pertandingan Jom Memancing Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog memang aktiviti memancing dikawasan sawah seperti in perllu dikomersilkan oleh pihak tertentu sebagai satu produk pelancongan yang baik. Semuga tulisan dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda semua. wASALLAM!!!...
PERGI KESAWAH ... MEMANCING IKAN...
CACING TANAH... DIJADIKAN UMPAN...
IKAN PUYU... ADA JUGA IKAN HARUAN...
AMAT SERONOK.... ACARA DIHIDUPKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2305, Pullmann Hotel and Resorts,
Pullman Lake Side,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(4 RabiulAkhir 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...