Support My Blog

Sunday, December 31, 2017

MENTARANG BAKAR - ADA HARGA

SIPUT MENTARANG (Pholas orientalis) merupakan sejenis  haiwan bercengkerang (dari kumpulan Kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, di Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut. Penulis blog beberapa kali ke lokasi tersebut melihat bagaimana ada orang yang mencari siput mentarang mengikut musim. Ia juga dianggap sebagai memiliki sifat perangsang seks kepada yang memakannya dimana terkini terdapat hidangan istimewa iaitu Mentarang Bakar yang kini dijual pada harga RM18 sekilogram. Dalam akhbar tempatan pernah juga dilaporkan ada pengusaha tempatan yang semakin berani berniaga mentarang di kawasan Sabak Bernam untuk dijadikan hidangan istimewa kawasan tersebut. Pada ramai pengunjung dari Kuala Lumpur yang kali pertama melihat mentarang mungkin mula-mula makan rasa geli sebab siput ini bentuknya macam melekat. Namun apabila sudah masuk ke mulut dan dapat merasai akan keenakannya pula semua perasaan tadi akan hilang. Penulis pada kali pertama ketika menikmati sejenis siput laut semasa bertugas dan tinggal di Putrajaya yang sering lalu jalan tersebut untuk ke Bagan Datoh. Saya pernah menulis beberapa artikel berkaitan siput, kerang-kerangan, ketam, ikan tetapi cuma ada 3 artikel berkaitan dengan mentarang. Mentarang yang berbentuk tirus seperti siput sangat enak apabila dibakar. Pada orang awam mendengar nama siput ini agak pelik namun penulis blog memang menyukainya selain kerang. Artikel petang Khamis ini sempena cuti rehat hujung tahun saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" berkaitan siput mentarang sekadar berkonggsi info dengan anda semua.

Hidupan eksotik yang mana ia dinamakan Mentarang atau nama saintifiknya Pholas orientalis mempunyai kulit yang nipis. Habitatnya pula di kawasan pantai yang berselut sahaja. Ia digelar makanan laut eksotik berikutan ia hanya boleh didapati di Perlis dan Pantai Sabak, Sabak Bernam, Selangor. Selain itu siput mentarang ini biasanya hidup pada kedalaman antara 30 hingga 50 sentimeter di dalam lumpur dan boleh didapati pada jarak 300 meter dari pesisir pantai. Siput Mentarang agak asing kepada ramai orang dari tempat lain kerana umum hanya lebih mengenali makanan laut seperti udang, ketam, sotong, lokan serta ikan sebagai sajian utama. Penulis blog pernah berkunjung ke Restoran Faridah Mentarang Bakar ini kerana memang dulu sering melalui kawasan ini dalam perjalanan ke Perak. Pernah penulis makan sebelum ini memang siput mentarang bagi saya makanan laut yang sedap dan lazat. Dalam mencari info, menurut pemilik Restoran Faridah Mentarang Bakar iaitu Encik Sazali Zainal menyatakan pembabitannya dalam perniagaan itu bermula sejak tahun 2010 dengan menjual mentarang mentah. Mentarang itu dijual di sebuah gerai kecil di tepi jalan Sungai Leman, Sekinchan, Selangor. Lazimnya dahulu beliau akan hanya menggunakan tempurung kelapa untuk membakar siput mentarang bagi mengekalkan tekstur isinya. Bagaimanapun kini oleh kerana berlaku evolusi maka penjualan mentarang bermula apabila salah seorang pelanggannya memberi idea supaya menjual mentarang bakar. Maka kini perniagaan beliau telah maju dan ramai pelanggan yang berkunjung.


Mengimbau sejarah dahulu, beliau cuma ingat bila ada seorang pelanggan iaitu merupakan seorang pegawai polis dari Melaka yang singgah ke gerainya sebaik selesai satu operasi di Sekinchan tujuh tahun lalu. Pelanggan ini mencabar dia untuk menjual mentarang bakar dimana pada keesokan harinya dan sambutan amat memberangsangkan. Dari segi pengalaman beliau adalah peniaga pertama menjual mentarang bakar di sekitar Sungai Leman hingga ke Sungai Besar, Selangor. Kini perniagaan yang diusahakan semakin berkembang daripada gerai kecil sehingga mempunyai restoran sendiri yang dibina secara berperingkat-peringkat dengan kos sekitar RM30,000. Maka sejak dari itu perniagaan mentarang bakar ini menjadi fenomena di sekitar Sekinchan. Sazali menegaskan siput mentarang yang didapati daripada para pencari siput itu berkenaan dibeli pada harga antara RM12.00 - RM15.00 sekilogram. Dakwanya kadang kala harga mentarang boleh mencecah sehingga RM25 sekilogram (kg) kerana ia hanya boleh ditangkap ketika air surut. Siput mentarang ini akan direndam di dalam kolam pembersihan yang diisi dengan air laut selama enam jam dengan bantuan tangki oksigen sebelum dihidangkan. Kini produk mentarang bakar telah menjadi fenomena di Sekinchan, Selangor dikalangan orang tempatan dan orang luar. Langkah ini bagi memastikan selut tanah yang terdapat di dalam cengkerang mentarang itu dapat dikeluarkan selain memastikan kesegarannya. Setelah cukup enam jam direndam, berus sabut digunakan bagi menggosok cengkerang mentarang untuk menghilangkan kekotoran selut.  Beliau akan menggantikan air laut yang digunakan setiap dua hari sekali. Dia memperuntukkan lebih 50kg mentarang terutama pada hujung minggu.


Menurut Sazali selalunya hidangan mentarang kini bukan saja dibakar dan di rebus sahaja tetapi sebaliknya ada jenis masakannya boleh dipelbagaikan. Antaranya dimasak sup, asam pedas, masak merah, lemak dan goreng tepung bergantung kepada permintaan pelanggan. Di restoran ini siput mentarang bakar atau rebus dijual pada harga RM18.00 sekilogram dan tambahan RM2.00 bagi masakan jenis lain. Beliau juga bercita-cita membuka lebih banyak cawangan restoran. Dalam pada itu seorang pengusaha restoran mentarang berhampiran  iaitu En Sapihudin Azman atau dia dikenali dengan nama 'Aji Mentarang' juga ada memberitahu dimana sebaik-baiknya mentarang yang telah dibersihkan dihidangkan dalam masa dua hari meskipun ia boleh hidup sehingga 10 hari selepas dibawa keluar dari habitatnya.  Dia menggunakan tempurung kelapa setiap kali membakar mentarang bagi mengekalkan tekstur makanan laut itu. Dikedai beliau terdapat lebih 300 biji tempurung kelapa digunakan untuk tujuan tersebut setiap minggu. Dari tinjauan penulis blog terdapat bilangan peniaga mentarang di Sekinchan dengan jumlah agak ramai dimana dengan membakar dalam tempurung kelapa ia dapat menggalakkan persaingan sihat. Menurut Aji Mentarang lazimnya pecahan pelanggannya masing-masing 50 peratus terdiri daripada kaum Melayu dan Cina. Dia juga ada banyak menerima tempahan daripada pengusaha restoran makanan laut di sekitar Kuala Selangor. Seorang pelanggan diteny ada nyatakan dimana mentarang secara langsung melonjakkan ekonomi masyarakat setempat di Sekinchan. Dalam usaha mempopularkan lagi siput mentarang ini perlu ada satu inovasi perlu dilakukan oleh pihak berkaitan memajukan industri makanan laut ini agar dapat dieksport ke luar negara. Kalau diproses dengan baik dan dibungkus dengan kemas pasti ada permintaan baik untuk pasaran domestik dan juga eksport dimasa akan datang. Lebih banyak penyelidikan dan kajian mengenai lokasi penghasilan mentarang di kawasan pantai Selangor ini dan bagaimana untuk menghasilkan produk mentarang yang baik dmasa akan datang. 

Dalam pada itu dilaporkan di Perlis dimana dikawasan Pantai Sungai Baru bagai pesta bila tiba musim Mentarang. Salah seorang pnjual Mentarang Masaidi Mansor menjual mentarang tempatan ini pada harga antara RM10 hingga RM16 sekilogram mengikut saiz di Kuala Perlis. Sebenarnta di Pantai Sungai Baru di Simpang Empat bagaikan 'pesta' pada pertengahan dan akhir bulan dengan kemunculan mentarang iaitu sejenis siput laut yang menjadi rezeki tambahan penduduk tempatan. Hidupan bermusim Mentarang atau nama saintifiknya Pholas Orientalis merupakan spesies hidupan laut bercengkerang, mempunyai kulit nipis dan biasanya lebih menggemari air bersuhu rendah. Mentarang biasanya muncul di pantai berselut kira-kira dua kilometer dari tebing pantai dalam tempoh enam atau tujuh hari dalam sebulan, boleh dijual RM10 hingga RM16 sekilogram. Tinjauan mendapati kira-kira 50 pencari mentarang termasuk dari luar kawasan Sungai Baru sanggup meredah pantai berselut hampir tiga kilometer apabila air surut, biasanya pada sebelah pagi, untuk mencari hidupan laut itu yang menjadi rezeki buat mereka. Menurut dkwaan seorang penduduk tempatan iaitu En Hussain Yahya berumur  49 tahun berkata beliau boleh mendapat hampir 30kg mentarang dalam tempoh kira-kira dua jam. Lazimnya bila dia sekali turun (keluar mencari) boleh dapat RM250 hingga RM300. Sebahagian untuk makan sendiri. Dakwanya kalau rajin boleh dapat RM1,200 hingga RM1,600 dalam tempoh mentarang muncul (enam hingga tujuh hari). Kerja mencari mentarang ini mudah tapi terpaksa bermain dengan selut. Dia hanya perlu bawa alat pengorek yang diperbuat daripada kayu dipanggil 'kedan' dan bekas untuk mengisi mentarang. Beliau adalah pekerja sebagai tukang kebun sebuah syarikat swasta di pekan Simpang Empat. Kepada penduduk lain iaitu En Bakar Yaakob yang juga merupakan nelayan sepenuh masa dari Sungai Berembang berdekatan Sungai Baru, berkata beliau memperoleh hampir 40 kilogram setiap kali mencari hidupan laut itu. Beliau  juga pembeli tetap mentarang yang sedia menunggu di tebing pantai. Dalam tempoh enam hingga tujuh hari dia biasa mendapat RM2,500. Lazimnya dia akan keluar mencari mentarang seawal 8 pagi apabila air laut surut. Mentarang sedap dan enak dimasak lemak atau dibakar secara tradisional menggunakan arang, untuk dimakan bersama nasi dan ulam (Sila lihat foto disebelah). Suasana di pantai Sungai Baru bertambah meriah pada musim cuti persekolahan, dengan kehadiran kumpulan remaja atau pelajar membantu ibu bapa mereka mencari mentarang. Peraih siput unik ini juga turut kelihatan memborong mentarang daripada pencari di sepanjang kawasan pantai dari pantai Sungai Berembang, Kurong Tengar dan Kuala Perlis. Semuga tulisan artikel ini dalam anim aro technology memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.
SIPUT MENTARANG ... RAMAI TAK JUMPA...
SEKINCHAN SELANGOR... ADA DISANA...
KALAU DIBAKAR....AMAT ENAK RASANYA...
BACA ARTIKEL... RASA HENDAK KESANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(6 RabiulAkhir 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...