Support My Blog

Friday, March 10, 2017

KEREPIK PISANG - CARA MEMBUATNYA

KEREPIK PISANG (Banana Chips) merupakan sejenis makanan ringan yang mudah disediakan dan mudah membelinya dimana-mana di Malaysia. Buah Pisang (Musa spp) merupakan sejenis buah tropika yang sering dimakan segar atau diproses untuk menjadi pelbagai jenis kuih muih termasuk di buat menjadi kerepek pisang. Terdapat banyak jenis pisang yang sesuai dijadikan kerepek seperti Pisang Nipah, Pisang Tanduk, Pisang Lang, Pisang Awak, Pisang nangka dan sebagainya. Pada penulis kerepek kegemaran saya adalah kerepek pisang tanduk kerana ia mempunyai aroma dan rasa yang akat menyelerakan. Kerepek Pisang dahulu hanya sering dibuat pada hari-hari perayaan seperti Hari Raya Puasa untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung semasa hari raya dan semasa majlis rewang kenduri kahwin untuk dijamu kepada penanggah. Kini kerepek pisang telah dikomersilkan dan boleh juga dibeli sepanjang tahun dengan pelbagai jenis pilihan. Ia ada dijual dipremis jualan produk IAT, pasaraya, pasar malam, pasar tani dan juga beberapa outlet IAT lain. Kerepek pisang juga sering dijadikan bahan utama dijadikan 'hamper' yang diberikan kepada VVIP dan orang ramai dalam majlis keramaian. Selain itu kini kerepek pisang buatan Malaysia telah banyak dieksport keluar negara seperti ke Asia Barat dan beberapa negara lain. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menyusun ayat dengan idea untuk menulis bagaimana teknologi membuat kerepek pisang yang dianggap mudah tetapi sebenarnya ia memerlukan pengetahuan dan kemadiran.


Kerepek Pisang diperbuat daripada buah pisang terpilih dan dipastikan ia dari yang berkualiti dan baik. Antara jenis pisang yang sesuai dibuat kerepek seperti pisang abu, pisang tanduk, pisang lang, pisang nipah, pisang nangka dan beberapa lagi.  Sila anda baca jenis-jenis pisang didalam artikel tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa pautan lagi. Pilih buah pisang yang sesuai matang (elakkan daripada yang masak ranum atau terlalu muda) daripada jenis pisang yang sesuai. Ketepatan memilih tahap kematangan pisang yang yang hendak dijadikan kerepek tandan pisang amat penting didalam menentukan kualiti kerepek yang dihasilkan. Kalau terlalu muda akibatnya rasa keenakan kerepek berkurangan sementara jika terlalu matang akan menyebabkan kualiti kerepek juga kurang baik. Tandan pisang perlu dituai dengan baik kemudian pisang ini dibersihkan dari kekotoran dengan membasuhnya jika ada tanah dan sebagainya. Buah pisang ini kemudian akan dibawa kepusat pemprosesan membuat kerepek untuk proses membuang kulit. Bergantung kepada skala usahawan sama ada kecil-kecilan atau pun berskala besar maka ia memerlukan peralatan dan bilangan pekerja berbeza. Teknik membuang kulit pisang ini masil konvensional dan belum diautomasikan kerana bentuk dan zaiz buah pisang yang berbagai jenisnya.


Sebaiknya kulit pisang selalunya masih hijau ketika aktiviti membuang kulit dilakukan. Bagi proses membuang kulit sebaiknya menggunakan pisau tajam. Kulit hijau dibuang sehingga nampak isinya yang berwarna keputihan. Biji pisang ini perlu disagat atau dihiris nipis untuk dijadikan kerepek. Terdapat alat khas untuk menghiris biji pisang yang dibuang kulitnya secara komersil buatan tempatan atau mesin import. Ia mampu memotong biji pisang dengan cepat dan saiz hirian yang sekata. Hirisan ini perlu dikumpulkan untuk digoreng dengan kadar segera kerana jika terlambat maka hirisan ini akan berubah warna seterusnya menurunkan kualiti kerepek pisang. Pastikan ketebalan hirisan kerepek ini tidak terlalu tebak atau terlalu nipis. Bentuk hirisan yang seragam akan menentukan kualiti.


Penggorengan kerepek pisang perlu dilakukan menggunakan kuali yang biasa atau yang semi-automatik. Cara tradisional menggoreng kerepek pisang dengan kuali yang diisi dengan minyak masak dan dipanaskan menggunakan minyak masak yang baru. Elakkan menggunakan minyak masak terpakai kerana ia menurunkan kualiti dimana kerepek yand dihasilkan warnanya tidak menarik dan lazimnya akan cepat menjadi tengik. Masukkan hirisan pisang kedalam minyak panas dan kacau sekata sehingga warna putih menjadi kekuningan dan rangur.  Angkat dari dalam kuali dan toskan kemudian dibubuh sedikit garam diatasnya. Bagaimana pun lazimnya kaedah tradisional akan dituang air garam diperingkat akhir proses penggorengan dalam kuali sebelum diangkat. 


Apabila penggorengan selesai dan kerepek pisang diangkat untuk ditoskan maka perlu disejukkan dahulu. Kerepek yang berkualiti lazimnya mempunyai warna sekata, rangup dan garam yang sederhana. Apabila sejuk ia sesuai untuk dihidangkan atau disimpan atau dimasukkan kedalam bekas seperti pembungkusan plastik yang kedap udara untuk lebih tahan lama. Pembungkusan yang baik boleh menyimpan kerepek pisang sehingga 3-5 bulan sebelum ianya mungkin turun kualitinya. Bagi kerepek pisang komersil lazimnya ia adalah daripada pisang tanduk kerana ia bersaiz besar, potongan menarik dan warna sesuai. Kerepek kecil daripada pisang awak atau pisang nangka mempunyai bentuk agak berlainan dan diminati oleh pengguna tertentu. Kajian penulis dibeberapa lokasi komersil menjual kerepek dijual diantara RM10.00 - RM16.00 sekilogram. Semuga artikel dalam blog anim agro kali ini memberikan info berguna untuk rujukkan anda. Wasallam!!!...
KEREPEK PISANG... MUDAH DIJUMPA...
PISANG TANDU... POPULAR JENISNYA...
PROSES MEMBUAT... ADA ILMUNYA...
ADA ARTIKEL... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Tengah, Senggarang,
Baru Pahat, Johor,
Malaysia.
(16 JamadilAwal 1438H)
Posted from Room 209, Hotel Marcella,
Jalan Sirnagalih, Bandung, Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...