PENYAKIT-PENYAKIT UTAMA POKOK GETAH (Hevea brazilliensis) merupakan satu ancaman kepada industri getah negara. Ini kerana penanaman getah mempunyai dua objektif utama iaitu untuk mencapai kematangan awal dan memperolehi hasil yang maksimum. Semua jenis tumbuhan termasuk getah memerlukan sumber nutrien yang betul dan mencukupi bagi membolehkan mereka membesar ke tahap maksimum. Keperluan nutrien ini dapat ditambah dengan pembajaan yang diberi pada kadar, jenis dan masa yang betul. Sebelum dibaja, kawasan perlulah dibersihkan daripada rumpai supaya baja yang ditabur tidak sia-sia. Satu lagi perkara yang mengganggu pertumbuhan pokok getah adalah penyakit pokok getah. Mengenal pasti jenis penyakit yang betul perlu bagi membolehkan penggunaan jenis racun dan kadar yang sesuai. Sebenarnya pokok getah boleh diserang oleh beberapa jenis penyakit dan sekaligus menjejaskan kesuburannya. Penyakit utama yang mungkin menyerang pokok getah dewasa adalah seperti penyakit yang menyerang bahagian DAUN, BATANG dan AKAR pokok getah. Pertama adalah Penyakit Daun Pokok Getah dimana di Malaysia penulis blog merujuk kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan dinyatakan antaranya terdapat empat penyakit daun yang menyerang bahagian daun pokok getah, Penyakit Tapak Torehan dan juga Penyakit Calar Hitam disebabkan oleh kulat P. palmivora. Penyakit luruhan daun ada 4 penyebab iaitu (1) Penyakit luruhan daun disebabkan kulat Oidium heveae. (2) Penyakit luruhan daun Colletotrichum disebabkan oleh kulat Colletotrichum gloeosporioides. (3) Penyakit luruhan daun Phytophthora disebabkan oleh kulat Phytophthora botryosa atau jenis kulat Phytophtora palmivora. (4) Penyakit luruhan daun jenis Corynespora disebabkan oleh kulat Corynespora cassiicola. Kesan Serangan Penyakit Kesan-kesan serangan penyakit mengikut jenis penyakit adalah seperti keadaan daun yang rosak disebabkan oleh bintik, tompok dan bahagian daun yang mati, daun-daun yang teruk dijangkiti akan gugur, bahagian pucuk dan ranting akan mati, pokok tidak subur dan juga mengurangkan hasil tuaian lateks. Artikel subuh ini saya menulis lagi di dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa penyekit pokok getah yang perlu diketahui semua pembaca blog ini.
Penyakit Tapak Torehan pada pokok getah akan menyebabkan aktiviti menoreh tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Tanda serangan dimana kulit di tapak torehan rosak dan kulit pulihan tidak tumbuh dengan sempurna. Lazimnya kulit pulihan di tapak torehan tidak dapat ditoreh dengan sempurna kerana terdapat bonjolan yang jelas pada lokasi tersebut. Ini menyebabkan hasil getah berkurangan. Dalam kes lain Penyakit Akar Penyakit tanaman getah adalah dimana serangan penyakit akar berupa penyakit yang paling berbahaya dalam penanaman getah kerana ia boleh membunuh pokok. Penyakitnya di sebabkan oleh kulat yang pada mulanya menyerang pada permukaan akar sahaja tetapi lama-kelamaan kulat tersebut menembusi tisu kayu menyebabkan akar menjadi reput dan seterusnya mematikan pokok. Penyakit akar boleh berjangkit dari pokok ke pokok melalui pertemuan akar iaitu apabila akar pokok yang sihat bertemu dengan yang berpenyakit. Selain dari itu lazimnya berlaku jangkitan dimana ia juga boleh berlaku oleh spora yang memasuki akar melalui tisu luka yang terdedah yang terdapat di bahagian batang atau dahan. Apa yang berlaku kemudian adalah dimana pokok getah akhirnya akan mati. Apabila pokok getah jumlahnya akan berkurangan maka jumlah hasil lateks dan kayu per unit kawasan akan terus jadi berkurangan.
Bagi tujuan mengenal Penyakit yang menyerang bahagian daun maka pekebun kecil perlu mengetahui akan beberapa tanda-tanda serangan berdasarkan pemerhatian yang teliti. Bagi Penyakit Luruhan Daun Oidium lazimya penyakit menyerang daun muda yang masih berwarna perang hingga kehijauan. Terdapat kewujudan tompok-tompok putih berdebu pada permukaan daun dimana tompok-tompok Putih Berdebu dilihat pada permukaan daun yang diserang oleh Kulat dikenali sebagai Oidium heveae. Seterusnya bagi Penyakit Luruhan Daun Colletotrichum akan dilihat terdapat bintik-bintik yang timbul di permukaan daun akibat diserang kulat ini. Serangan ini disebabkan oleh sejenis kulat iaitu Colletotrichum goeosporioides. Lazimnya jangkitan kulat Colletotrichum gloeosporioides berlaku pada daun yang sangat muda dimana ia menyebabkan daun berkerut, berkeriput dan bertukar menjadi kehitaman dan akhirnya gugur. Jangkitan pada anak daun yang lebih tua merosakkan sebahagian daun di mana hujung dan tepi daun menjadi hitam. Bintik-bintik yang timbul dan berlubang di tengah merupakan ciri nyata akan serangan penyakit ini. Bagi jenis serangan Penyakit Luruhan Daun Phytophthora ia berlaku apabila jangkitan kulat selalu berlaku pada tangkai daun. Lazimnya terdapat satu atau lebih lecuhan yang berwarna perang tua atau kehitaman pada tangkai daun. Kerap dilihat akan titik-titik susu getah beku di tengah lecuhan tersebut. Daun getah akan gugur di mana anak-anak daun berwarna hijau masih terlekat ditangkai daun. Daun matang yang masih hijau bertaburan di atas tanah. Bagi Penyakit Luruhan Daun Corynespora berlaku dimana daun yang dijangkiti oterdapat seperti gejala “Tulang Ikan “ pada bahagian daun getah. Penyakit menjangkiti daun muda dan daun tua dimana lazimnya pada daun muda akan berlaku iaitu di peringkat awal penyakit terdapat bintik-bintik bulat kecil yang semakin membesar. Jangkitan selalu berlaku pada urat utama dan urat-urat kecil daun. Ini menghasilkan gejala seperti “landasan keretapi” atau “tulang ikan”. Gejala ini merupakan tanda utama penyakit ini. Tisu daun berdekatan dengan lecuhan bertukar warna menjadi kuning dan seterusnya perang.
Penyakit Calar Hitam selalu menyerang pada tapak torehan. Penyakit ini berlaku dan merebak pada musim hujan dimana ia juga boleh merebak ke pokok yang lain melalui pisau torehan. Jangkitan kulat ini akan merosakkan kulit pulihan di tapak torehan. Tanda-tanda penyakit ini ialah terdapatnya kulit pulihan yang lebam dan apabila dikikis kelihatan jalur-jalur hitam pada bahagian berkayu. Kulit akan pecah sekiranya terdapat lateks beku di dalamnya. Bagi Jenis Penyakit Akar ianya lebih serius. Lazimnya daun-daun pokok yang dijangkiti oleh penyakit akar akan bertukar warna menjadi kekuningan. Daun akan menjadi keras dan melengkung ke bawah. Pada permulaannya, tanda-tanda ini hanya melibatkan satu atau dua dahan sahaja, akhirnya akan melibatkan seluruh pokok. Pokok-pokok yang dijangkiti penyakit akar mungkin juga berbunga dan berbuah di luar musim. Daun-daun akhirnya gugur dan pokok akan mati. Penyakit Akar Putih adalah yang paling digeruni oleh penanam getah. Ini kerana apabila bahagian akar akan diseliputi oleh miselium kulat berupa benang putih yang melekap pada permukaan akar maka ia perlu dikawal segera. Jasad buah yang berwarna jingga di bahagian atas dan kemerah-merahan di bawah terdapat pada pangkal tunggul pokok getah. Penyakit Akar Merah dimana akan kelihat dimana akar pokok getah akan diselaputi lapisan tanah berpasir yang melekat dengan kuat. Jasad buahnya berwarna merah tua pada bahagian atas dan kelabu di bahagian bawahnya. Penyakit Akar Perang pula dimana ada tanda dipermukaan akar akan bergerutu disebabkan tanah berpasir yang melekat padanya. Terdapat tompok-tompok miselium berwarna keperangan terdapat pada permukaan akar. Corak-corak seperti sarang lebah terjadi pada permukaan akar setelah dikupas kulitnya. Jasad buahnya berwarna perang tua di bahagian atas dan kelabu di bahagian bawahnya.
Dalam teknologi amalan agronomi tanaman getah selalunya bagi mngawal serangan penyakit dengan mempraktikkan amalan agronomi yang boleh mengurangkan serangan penyakit. Antaranya adalah dengan menanam klon getah yang rintang atau tahan kepada jangkitan penyakit di kawasan berpenyakit berdasarkan syor penanaman enviromaks. Pekebun juga perlu mengelakkan serangan penyakit luruhan daun sekunder yang disebabkan oleh Oidium dan Colletotrichum dengan cara meluruhkan daun tua sebelum musim luruh dengan bahan kimia. Penyakit-penyakit ini menjangkiti hanya daun-daun getah muda. Daun-daun getah tua digugurkan pada masa tertentu supaya daun-daun muda muncul pada musim kering dan ketika musim kering jangkitan penyakit-penyakit ini sangat rendah. Pekebun juga perlu menjauhi penyakit luruhan daun Oidium dengan meningkatkan pembajaan nitrogen pada masa perdaunan semula selepas musim luruhan daun. Lazimnya dengan peningkatan baja nitrogen akan mempercepatkan perdaunan dan seterusnya meningkatkan kepadatan kanopi pokok. Bagi merawat penyakit dengan menggunakan jenis Racun Kimia untuk merawat Penyakit Luruhan Daun Oidium digalakkan gunakan kaedah pendebuan belerang pada kadar 9 kg/ha setiap lima atau tujuh hari dilakukan sehingga empat ke enam pusingan. Pendebuan belerang bermula apabila daun-daun muda mula muncul pada musim luruh. Kaedah merawat Penyakit Luruhan Daun Colletotrichum adalah dengan cara penyemburan dengan Daconil atau Antracol (0.2%) setiap lima atau tujuh hari sehingga daun-daun menjadi hijau dapat mengawal penyakit luruhan daun. Cara merawat Penyakit Luruhan Daun Phytophthora pula dengan menyembur racun kulat seperti kuprum oksiklorida yang dilarut dalam minyak (1.2 kg bahan aktif/ha) sebelum musim tengkujuh (monsun).
Bagi merawat Penyakit Calar Hitam sebaiknya disembur atau di sapu bahagian pokok yang diserang dengan racun kulat yang mengandungi bahan aktif metalaksil seperti Ridomil 25WP pada kadar kepekatan 0.8% dua kali seminggu sehingga pulih. Jenis racun kulat lain yang mengandungi campuran oksadiksil dan mankozeb seperti Sandofan M atau campuran oksadiksil dan propineb seperti Fruvit pada kepekatan 0.6% boleh juga digunakan untuk merawat penyakit ini. Rendam pisau torehan ke dalam racun kulat untuk mengelakkan jangkitan dari pokok ke pokok melalui pisau torehan. Pengurusan Penyakit Akar pokok getah dilakukan sengan kaedah memulau pokok yang diserang dengan membuat parit pemisah. Pekebun perlu mengenali pokok yang sakit dengan menjalankan asas pemeriksaan daun setiap tiga bulan sekali. Mereka juga perlu mengenali jenis penyakit akar dengan mengorek sedikit tanah di perdu pokok dan melihat kewujudan miselium kulat. Kemudian diperiksa semua akar di sekeliling pokok yang berpenyakit hingga pokok yang sihat dijumpai. Lakukan kerja pemisahan akar pokok yang berpenyakit dengan akar pokok yang sihat dengan menggali parit yang dalamnya 0.6 meter (2 kaki) dan luasnya 0.3 meter (1 kaki). Buat cantasan pada mana-mana akar yang menyeberangi parit dnn pastikan ia dikambus balik parit tersebut ke dua pertiga bahagian sahaja. Parit tersebut digali balik setiap tahun dan mana-mana akar menyeberangi parit tersebut dicantas. Semuga catitan rencana dalam anim agro technology subuuh ini memberi ifo berguna untuk rujukkan, Wasallam!..
TANAM GETAH... ADA PENYAKITNYA...
BAHAGIAN DAUN...ADA 4 SEMUANYA..
PENYAKIT AKAR.. PALING MERBAHAYA...
MEMBAC RENCANA... BAGUS JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Getah Keluarga,
Gunong Sari, Gerisek,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(12 Jamadilakhir 1438H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.