SEKTOR PERTANIAN adalah satu sektor yang amat penting diberikan perhatian oleh kerajaan untuk mempastikan ianya terus berkembang didalam negara. Walau pun kadar atau sumbangannya tidak setanding dengan Sektor Pembuatan dan Sektor Perkhidmatan tetapi nilai sebenar sumbangannya terus meningkat saban tahun. Sebenarnya pelbagai usaha dan strategi baru telah dilaksanakan yang menjurus kepada Dasar Agromakanan Negara (DAN) dimana Kajian Separuh Penggal RM Ke 11 sedang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Jabatan serta Agensi dibawahnya. Dasar Agro Makanan ini dirangka untuk memberi tumpuan kepada bekalan makanan negara yang mencukupi dan selamat dimakan. Dasar itu memang ia bertujuan meningkatkan pendapatan golongan petani dan usahawan tani selaras dengan rancangan kerajaan untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) 2016-2020, MOA bersama semua agensi dan jabatan sentiasa berusaha memperkasakan sektor pertanian selaras dengan langkah kerajaan untuk meningkatkan pendapatan masyarakat dan ekonomi negara. Menurut kenyataan rasmi daripada Ketua Setiausaha MOA, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata dipetik daripada akhbar tempatan ada menyatakan dimana kerajaan amat menitikberatkan isu jaminan sekuriti bekalan makanan negara supaya kecukupan makanan terjamin untuk rakyat pada masa hadapan. Perkara ini juga dikaitkan dengan sistem kualiti pengeluaran makanan negara agar petani, penternak, nelayan dan usahawan pertanian sentiasa berusaha untuk mendapatkan sistem persijilan MYGAP. Sistem ini membolehkan pengeluar bahan makanan ini diperiksa bagi mempastikan amalan pertanian mereka adalah mematuhi syarat-syarat MyGAP ini. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai perkara pertanian yang perlu di transformasikan untuk rujukan anda semua.
Pada penulis blog, sektor pertanian perlu mengalami transformasi untuk ianya dijadikan sektor ini lebih moden, dinamik dan berdaya saing melalui empat faktor penggerak utama bagi menentukan kejayaannya. Antara empat faktor itu ialah penggunaan teknologi dan inovasi, perluasan aplikasi teknologi maklumat (ICT), pembangunan modal insan berkualiti tinggi dan peningkatan keberkesanan institusi sokongan. Penggunaan teknlogi dan inovasi merupakan satu aspek penting yang perlu dilakukan untuk menjadikan sektor pertanian ini lebih menarik, memberikan pulangan baik dan menarik minat golongan muda untk menjadi pengeluar hasil pertanian. Kalau dahulu sebagai contoh teknologi menanam sayur adalah kaedah biasa secara konvensional diatas tanah biasa tetapi kini berbagai teknologi baru seperti Sistem Fertigasi, Rumah Pelindung Hujan, Hidroponik dan sebagainya menjadi amalan yang semakin popular. Sebagai contoh penulis blog amat gembira melihat teknologi FERTIGASI GANTUNG yang popular idgunakan disekitar Kuantan mampu menghasilkan sayur semasa musim tengkujuh yang menyebabkan banjir baru-baru ini (Sila lihat foto disebelah).Kini petani masih mampu tersenyum apabila teknologi ini masih menghasilkan sayur timun mini dengan harga agak tinggi kerana bekalannya berkurangan kerana kebanyakan kawasan tanaman sayuran telah banjir.
Jabatan Pertanian juga adalah diantara beberapa agensi kerajaan yang ujud dan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk bersama-sama kerajaan menjayakan pembangunan bangsa, penciptaan kekayaan negara serta kesejahteraan hidup masyarakat terutama dalam sektor tanaman. MOA sentiasa memperkukuhkan sokongan institusi sedia ada dengan menyelaras khidmat pengembangan dan menggalakkan khidmat nasihat daripada industri dan agensi antarabangsa yang diiktiraf. Aktiviti pengembangan merupakan ssatu aktiviti untuk memberikan teknologi pertanian berkesan kepada petani, penternak dan usahawan melalui beberapa Jabatan dan Agensinya. Agen-agen pengembangan ini terdapat diseluruh pelusuk negara dan sentiasa berdamping dengan mereka dan mempastikan pengeluaran makanan negara terus stabil dengan prosuk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan. Sebenarnya dalam transformasi pertanian ini kerajaan turut memberi tumpuan dalam memfokuskan pembangunan sektor tertentu seperti industri ternakan, perikanan dan beberapa sektor seperti pembangunan untuk bekalan daging serta tenusu ke arah keseimbangan perdagangan import eksport negara. Kini sektor pertanian seperti industri tenusu tempatan dan pembangunan industri jagung bijirin diperkenalkan untuk kegunaan makanan ternakan perlu diberikan perhatian memandangkan Malaysia masih bergantung penuh kepada negara luar untuk mendapatkan bekalan berkenaan. Malaysia mengimport bahan mentah untuk ternakan dengan nilai lebih RM3.2 billion setiap tahun yang mana ianya merupakan ancaman kepada industri ternakan untuk jangka masa panjang.
Melalui kepakaran dan kekuatan pertanian, kini beberapa Jabatan dan institusi seperti universiiti berpeluang menyokong sektor pertanian dan makanan negara melalui penghasilan modal insan dan pemindahan ilmu serta kepakaran hasil penyelidikan dan juga inovasi. Peranan saintis tempatan didalam menghasilkan baka-baka tanaman baru, ternakan serta perikanan amat penting dilaksanakan untuk jangkamasa panjang. Peranan Pembiak Baka Tanaman (Plant Breeders) sebagai contoh perlu diperkukuhkan dengan membuat penyelidikkan untuk menghasilkan varieti tanaman yang mampu memberikan hasil tinggi, tahan penyakit, singkat masa dan berkualiti. Kini penghasilan varieti-varieti baru tanaman amat perlahan dalam negara kerana jumlah saintis pembiak baka ini amat kecil bilangannya berbanding dengan negara yang telah maju dalam sektor pertanian. Kebanyakkan benih-benih tanaman hibrid sayuran dan buah-buahan terpilih hibrid (seperti melon dan jagung manis) yang digunakan dalam negara adalah diimport dimana dilaporkan ianya mencecah melebihi 95% daripada keperluan benih hibrid dalam negara. Peranana universiti dan pusat penyelidikkan untuk tingkatkan aktiviti biak baka tempatan kerana ianya akan menentukan transformasi pertanian ini lebih terserlah.
Kekurangan tenagakerja sektor pertanian merupakan satu cabaran utama dalam sektor pertanian negara. Kini ramai yang bekerja dalam sektor pertanian di negara Malaysia adalah terdiri daripada warga asing. Mereka bekerja dalam sektor perladangan (terutama ladang kelapa sawit), Ternakan, Ternakair, Kebun Sayur dan sebagainya. Mereka bukannya mempunyai tahap ilmu pengetahuan yang tinggi tetapi diberikan kepercayaan oleh ramai usahawantani untuk menjalankan aktiviti pertanian dipremis mereka. Buruh asing yang telah lama mungkin berpengalaman dan mempunyai lemahiran tetapi pekerja yang baru tidak mencapai seperti dikehendakki. Dalam transformasi sektor pertanian kebergantungan kepada buruh asing perlu ditangani melalui beberapa pendekatan untuk jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang. Golongan muda tempatan semakin menjauhi sektor pertanian kerana mereka lebih berminat dengan sektor lain yang lebih lumayan dan persekitaran tempat kerja yang selesa. Beberapa pusat latihan pertanian seperti NATC, Institut Pertanian dan sebagainya melatih anakmuda tempatan untuk menjadi petani muda yang produktif. Program seperti latiah belia ke Jepun dan beberapa program lain perlu diperkukuhkan untuk mempastikan petani muda ini akan bertambah. Pada penulis semua pihak perlu berfikir bagaimana untuk mentransformasikan sektor pertanian agar ianya lebih dinamik, produk dan menarik minat lebih ramai golongan petani muda. Wasallam!!!.
PERTANIAN ... TRANSFORMASI DIPERLUKAN...
PERLU DIRANCANG...DAN LAKSANAKAN....
UJUD PROGRAM...DASAR AGROMAKANAN...
ARTIKEL DITULIS... SEBAGAI RENUNGAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 220, Hotel Federal,
Kangar, Perlis,
Malaysia.
(4 JamadilAwal 1438H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.