KEREPEK KULIT PISANG merupakan satu produk yang dihasilkan daripada kulit buah pisang (Musa spp). Penulis amat jarang mendengar bahawa kulit pisang sebenarnya boleh dijadikan kerepek dan juga keropok sehingga ada peluang melawat negara jiran baru-baru ini. Sebelum ini saya ada juga mendengar bagaimana bahan kulit pisang yang selalunya dibuang sahaja selepas isinya dimakan sesuai untuk dijadikan makanan ringan (Dinegara jiran makanan ini dipanggil sebagai 'cemilan'). Rupanya resepi atau pun cara membuat kerepek kulit pisang mudah sahaja untuk pembaca menyediakannya. Apakah sebenarnya yang anda tahu tentang buah pisang?. Penulis blog ini yakin anda semua tidak hanya tahu akan buah pisang tetapi saya yakin anda semua pernah memakannya. Namun terlepas makan pisang apakah kita semua tahu kalau kulit pisang boleh dijadikan kerepek (Banana Skin Chips). Sebenarnya teknologi subuh ini saya paparkan bagaimana kulit pisang sesuai untuk dijadikan kerepek yang sangat enak dan rangup. Bukan sahaja ia berkhasiat tetapi kandungan vitamin kulit pisang pun tidak kalah dari isi pada buahnya. Sebenarnya kulit pisang mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi serta ia juga terdapat vitamin C, B, kalsium, protein dan bahan karbohidrat didalamnya. Kajian makmal menunjukkan bahwa kulit pisang mempunyai khasiat atau potensi untuk tujuan kesihatan seperti kurangkan tekanan dan menjaga kesihatan retina mata. Pisang adalah kaya akan vitamin B6 dimana bahagian kulit pisang juga mengandungi banyak bahan dikenali sebagai Serotonin yang didakwa sangat vital untuk menyeimbangkan 'mood' manusia. Setelah kita mengetahui berbagai manfaat kulit pisang maka penulis blog "Anim Agro Technology" akan mencuba menulis mengenai teknologi memanfaatkan kulit pisang tersebut menjadi kerepek. Bagi anda yang masih bingung bagaimana cara memproses kulit pisang menjadi kerepek kulit pisang berikut dipaparkan beberapa tips atau cara membuat keripik kulit pisang yang enak, rangup dan sesuai dihidangkan untuk keluarga.
Membuat Kerepek Kulit Pisang memerlukan bahan asas yang mudah diperolehi dan senang dicari. Dalam menyediakan bahan-bahan untuk membuat kerepek kulit pisang perkara asas diperlukan adalah Kulit Pisang Makan Segar (Sila lihat foto disebelah). Antara jenis pisang yang sesuai digunakan adalah seperti Pisang Cavendish, Pisang Embun, Pisang Nangka, Pisang Tanduk dan semua jenis pisang yang kulitya tebal dan besar. Jenis pisang seperti pisang emas, pisang rastali lazimnya kurang sesuai kerana ia mempunyai kulit yang agak nipis dan lembut. Bahan lain yang diperlukan adalan seperti Air kapur, Sirih, Garam, Gula dan juga Tepong Gandum. Kaedah membuat kerepek kulit pisang ini mudah sahaja dilakukan dimana mulanya pilih kulit pisang yang sesuai dan cuci bersih kulit pisang yang sudah disiapkan tadi. Kemudian ia di rendam ke dalam larutan air kapur sirih selama 20 minit bertujuan untuk menghilangkan tanda kehitaman dan getahnya. Sediakan larutan air garam dengan melarutkan satu sudu teh garam pada 1 liter air. Seterusnya adalah merendam kulit pisang ke dalam larutan air garam tersebut kira-kira selama 20 minit. Seterusnya langkah yang perlu dibuat adalah membuat larutan air gula dengan melarutkan 3 sudu makan gula pasir pada 1 liter air. Seterusnya adlah merendah sekali lagi kulit pisang ke dalam larutan air gula tersebut kira-kira selama 20 minit. Kemudian ia diangkat dan ditoskan dan sebaiknya terus dijemur untuk mengeringkannya secara semulajadi dibawah sinaran matahari atau mengeringkan dengan oven pemanas letrik.
Apabila kepingan kulit pisang tersebut telah kering maka dikumpulkan dan sedia untuk digoreng dalam kuali yang ada minyak panas. Pastikan kulit pisang tersebut yang telah di jemur dibawah sinar matahari sehingga benar-benar kering. Masukkan kepingan tersebut dalam kuali panas dan apabila sudah cukup masak selalunya ia akan menjadi warna matang atau berwarna kuning kecoklatan. Ada juga dimana dikalangan pengusaha yang inginkan untuk penggorengan dengan tepung sebagai lapisan luar bagi tujuan untuk lain kepelbagaian. Caranya dengan ulangi langkah diatas tetapi kulit pisang tersebut dimasukkan dalam adunan tepung. Ia kemudian boleh digoreng sehingga masak dan ditoskan minyaknya. Kerepek kulit pisang yang siap digoreng boleh terus dihidangkan kepada keluarga atau dimasukkan kedalam bungkusan sesuai untuk dipasarkan. Lazimnya kaedah pembungkusan kerepek pisang perlu didalam plastik khas yang tebal dan kedap udara untuk mengekalkan keranguannya. Bubuh label yang sesuai dan menarik sama seperti produk kerepek yang lain. Kerepek kulit pisang adalah produk yang berkhasiat, murah dan enak dimakan yang akan digemari oleh semua golongan masyarakat daripada kanak-nakan sehingga orang dewasa. Saya percaya rencana dalam 'anim agro technology' kali ini akan memberi inspirasi kepada pembaca untuk membuatnya sendiri atau membeli kerepek kulit pisang. Wasallam!!. KULIT PISANG.... IA DIBUANG SAHAJA...
BOLEH DIPROSES..KEREPEK JADINYA...
BELAJAR MUDAH... ENAK RASANYA...
ADA PENGETAHUAN...TULIS RENCANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 209, Hotel Marvella,
Jalan Singnasih, Bandung,
Indonesia.
(16 Jamadilakhir 1438H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.