Support My Blog

Tuesday, March 21, 2017

KEREPEK KULIT UBI - UNIKNYA!

KEREPEK KULIT UBIKAYU merupakan satu produk baru berasaskan kepada Ubi Kayu (Manihot esculenta) yang jarang dijumpai dinegara kita. Kita biasa dengan kerepek ubi yang diperbuat daripada isi ubikayu yang dihiris halus dan kemudian ia akan digoreng sehingga rangup. Bagi tujuan menyedapkan kerepek ubi ini biasanya akan ditambah perisa seperti garam, sambal, serbuk lada hitam, serbuk kari dan sebagainya. Kini kerepek ubi atau didalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Tapioca Chips' telah menembusi pasaran antarabangsa. Bagaimana pun di Malaysia belum ada peulis blog menjumpai usahawan kerepek kulit ubi yang mana mereka menjadikan 'kulit ubi' sebagai bahan asasnya. Dalam lawatan penulis ke Indonesia baru-baru ini telah berpeluang untuk melawat usahawan yang membuat kerepek ubikayu daripada kulitnya. Mulanya mungkin agak pelik bagi penulis yang tidak pernah pun melihatnya. Bagaimana pun setelah melihat sendiri proses membuat kerepek ubi daripada kulit ubikayu amat mudah rupanya proses tersebut pada para pengusaha yang berpengalaman ini. Produk ini dianggap lebih unik berbanding kerepek ubi kayu biasa yang juga diusahakan oleh mereka ini. Penulis sempat membeli dan merasa akan keenakkan kerepek kulit ubi kayu ini dan ia memang boleh dibanggakan. Begitu kreatif mereke ini yang menjadikan kulit ubikayu dijadikan kerepek yang enak. Artikel subuh ini saya menulis terus dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi pembuatan kerepek kulit ubi kayu sekadar untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda.


Ubi Kayu merupakan sejenis tanaman kontan yang mudah diusahakan di negara tropika malahan ia juga merupakan sumber makanan ruji dibeberapa negara. Lazimnya jangkamasa menuai ubikayu sekitar 10 - 14 bulan bergantung kepada pengurusan, varieti dan kesuburan tanah dimana ubi tersebut sitanam. Pokok ubikayu yang sedia dituai mempunyai bahagian umbisi yang berada didalam tanah dan perlu dicabut menggunakan alatan khas mencabut ubi atau secara manual. Sila baca beberapa rencana yang telah ditulis sebelum ini mengenai alat mencabut ubikayu (Sila klik disini) dan (Sila klil disini). Ubi kayu yang dipetik akan dikumpulkan dan dinersihkan daripada kekotoran tanah sebelum dibawa pulang untuk dimasak atau dijadikan kerepek. Ubi kayu mempunyai lapisan kulit yang tebal mengikut jenis, umur ubikayu dan kesuburan tanah. Ubikayu yang berkualiti akan mudah dikupas kulitnya dan dipisahkan daripada isinya dengan ada dua lapisan iaitu Kulit Luar berwarna coklat gela dan kulit dibahagian dalam yang berwarna putih apabila dikupas (Sila lihat foto disebelah). Bagi tujuan membuat kerepek kulit ubikayu digunakan bahagian kuit dalam yang berwarna putih. Kulit ini masih lembab berair semasa dikupas dari ubikayu dan perlu segera diproses untuk menjamin kualitinya.


Bergantung kepada skala perusahaan, kerja menyediakan bahan mentah kulit ubi kayu ini perlu dilakukan secara manual dengan gunakan pisau tajam dan ada kepakaran khusus. Kulit ubi dibahagian ini mudah pecah atau terpotong semasa mengupas ubikayu tersebut dan ini akan mencacatkan kerepek kulit ubikayu yang hendak dibuat. Sebaiknya setiap kepingan kuit ubikayu ini bersaiz sederhana atau pun besar untuk dapatkan keseragaman saiz kerepek yang sesuai. Kulit ubikayu yang telah diap dibuang kukit luarnya akan dikumpulkan dalam bekas dan dibasuh bersih (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun ada juga pembuat kerepek kulit ubikayu yang tidak membuang kulti bahagian luarnya tetapi kualiti kerepek yang dihasilkan kurang menarik. Bagi mendapatkan kuantiti yang banyak bagi dijadikan kerepek kulit ubi makan banyak kulit ubukayu yang diperlukan kerana ia merupakan bahan sisa yang selalu tidak digunakan. Oleh itu mereka yang mempunyai bekalan kulit ubikayu yang banyak mampu menyediakannya. 


Cara untuk membuat keepek Kulit Ubikayu yang rangup adalah mudah sama seperti membuat kerepek biasa. Kuit ubikayu adalah merupakan salah satu bahagian dari ubikayu (Dipanggil sebagai Singkong di Indonesia) yang memiliki tekstur sangat rangup meskipun belum diproses. Kulit ubikayu biasanya mungkin hanya dibuang begitu saja sebab banyak yang beranggapan bahawa kulit ubikayu itu sudah menjadi sampah setelah terpisah dengan isi ubinya. Namun kini ternyata kulit singkong yang sudah dianggap sampah ini dapat dijadikan sebagai makanan ringan yang sangat enak untuk dinikmati. Ini kerana kulit ubikayu dapat dijadikan kereoek kulit ubi yang sangat renyah dan enak. Mungkin ada yang masih bingung bagaimana cara memproses kulit ubikayu menjadi kerrepek yang banyak disukai oleh semua orang. Berbanding dengan kerepek ubi yang biasanya dibuat dari bahagian dalam isinya saja maka ianya adalah unik. Caranya sangat mudah untuk membuat keripik kulit ubikayu namun anda harus membersihkannya terlebih dahulu dan mencucinya dengan air sampai bersih. Kulit bahagian paling luar atau kulit nipis yang berwarna kecoklatan itu tidak termasuk atau tidak dapat dijadikan sebagai kerepek sehingga harus dikupas terlebih dahulu. Bahan untuk promosi terdiri daripada kulit ubikayu 500 gram, garam 3/4 sudu teh, gula merah yang ditapis halus 25 gram, 800 ml air bersih, minyak gorengan 500 gram, ketumbar yang sudah dihancurkan 1/2 sudu teh dan bawang putih yang dihaluskan 5 biji. Kesemua bahan ini akan menjadikan kerepek ubikayu ini menjadi lebih enak dimakan.


Mula-mula perlu dibersihkan kulit ubikayu dengan cara mengupas kulit nipis yang berwarna kecoklatan itu secara berhati-hati. Setelah itu kulit ubikayu itu mesti dicuci dengan air dan basuh sampai bersih. Seterusnya adalah aktiviti dimana kulit ubikayu tersebut direbus selama 5 minit atau dimasak didalam air mendidih bertujuan untuk mengukuhkan strukturnya agar tidak patah atau pecah lagi. Seterusnya ia kemudian di angkat dan ditoskan dan sisihkan sejenak untuk mengeringkannya daripada air rebusan. Kemudian dicampurkan kulit ubikayu tersebut dengan ramuan seperti ketumbar, bawang putih, gula merah dan garam halus sambil diadunkan sehingga rata. Kemudian ia perlu dijemur kulit ubikayu tersebut untuk seketika yang sudah dicampur dengan ramuan sehingga sampai kering lalu diangkat. Langkah berikutnya adalah menggoreng kulit ubikayu tersbut yang sudah kering dalam minyak panas dalam kuali sehingga masak dan rangup. Kemuidan diangkat dan ditoskan minyaknya. Lazimnya kerepek kulit ubikayu ini enak dimakan terus atau dimasukkan dalam bungkusan plastik yang kedap udara untuk tahan lama. Kerepek kulit ubikayu ini yang sudah siap sesuai untuk disajikan dan dinikmati ketika sedang bersantai sebagai makanan ringan. Pembaca blog boleh mencubanya sendiri selepas membaca rencana ini. Wasallam!!!.
KEREPEK UNIK... KULIT UBIKAYU ASALNYA...
DIBUANG KULIT LUAR... ISI KULIT ASASNYA...
DIGORENG RANGUP... PERISA DITAMBAHNYA...
MARI MENCUBA... USAHA MURNI JADINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 209, Hotel Marvella,
Jalan Sirnagalih,
Bandung, Indonesia.
(12 March 2017).
Melancong bersama famili di Bandung.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...