Support My Blog

Monday, May 23, 2016

SAWI JERUK

SAWI JERUK (Pickled Kai Choy atau Gai Choy) merupakan sejenis sayuran daun atau makanan yang diproses daripada Sawi (Brassica spp) dari keluarga Brassicaceae. Sawi atau Kai choy merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran daun ditanam sebagai makanan yang kaya dengan serat. Sawi banyak dijual di pasar-pasar sama ada dalam bentuk segar atau telah dijeruk termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia banyak ditanam di kebun-kebun sayur dan di perkarangan rumah dan popular digunakan dalam masakan harian. Rasa sawi adalah lemak manis dan sedikit pahit. Ia bersifat panas dan kering serta rangup apabila dimakan. Sawi dari sudut kesihatan boleh dimakan bagi merawat penyakit sembelit, buasir, pencernaan bermasalah, kegemukan, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh dimakan bagi meningkatkan selera makan, mendapat kesan awet muda dan sebagai antioksidan. Sawi jeruk yang dijual dipasar terbuka memang agak payah jika hendak mencari produk yang ada jaminan halal. Selain itu mungkin ada juga dikalangan pengguna yang meragui akan tahap kebersihan produk sama ada produk tersebut dibuat dalam negara apa lagi kalau diimport dari luar negara. Kepada mereka yang ingin membuat sendiri sawi jeruk ini memang mudah dilakukan jika mempunyai kemahuan. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technolohy" mengenai sawi jeruk dan bagaimana membuatnya sendiri untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Sawi Jeruk sering digunakan didalam beberapa jenis masakan dikalangan masyarakat kita seperti Masakan Asam Pedas Ikan dan Daging serta lauk lain (Sila lihat foto disebelah). Jeruk Sawi ini memang popular dikalangan masyarakt Tionghua sebagai satu bahan perasa makanan masakan mereka yang menambah citarasa. Mereka menggunakan jeruk sawi atau Gai Choy semenjak lama dahulu sebagai makanan. Kita rakyat Malaysia memang ada menggunakan bahan ini yang dibeli daripada pasaraya atau kedai runcit. Harganya juga murah dan boleh disimpan lama sama seperti kita menggunakan kacang taucu dalam makanan mee hoon goreng dan sebagainya. Makanan yang diawet ini sebenarnya mudah disediakan oleh surirumah jika mereka mempunyai kemahiran dan ilmu mengenai bagaimana cara membuatnya sendiri. Selain daripada ianya suci, bersih dan halal, ada kemungkinan ia boleh dikomersilkan jika ada permintaan dikalangan saudara mara atau rakan taulan. 


Dalam beberapa tinjauan, penulis telah mendapati membuat sawi jeruk daripada Pak Ahmad  di Alor Setar, Kedah adalah mudah dan meyakinkan. Beliau emnyediakan sawi jeruk dengan bahan iaitu terdiri daripada 4-5 pokok sawi pahit atau 1 pokok sawi besar yang segar dan kemudian ia dibasuh bersihdengan cara menceraii-ceraikannya. Ada kalanya beliau gunakan sawi jenis Gai Choy atau Kai Choy. Bahan lain digunakan adalah sebanyak satu (1) gengam garam halus atau kasar, satu (1) buku besar gula melaka dimana jika saiz gula melaka kecil ada kalanya beliau gunakan 2 buku. Cara menbuat jeruk sawi Pak Ahmad akan menjemurkan sawi tersebut dahulu seharian dibawah sinaran matahari atau pun sehingga layu. Kemudian beliau akan mengambil bekas yang bersih dan memasukkan air masak berserta garam pada paras sesuai. Langkah berikutnya adalah dengan merendamkan sawi tadi didalam bekas selama 1 malam (12-16 jam). Seteusnya pada keesokkan harinya bekas tersebut akan dicampurkan dengan gula melaka dalam bekas. Bekas ini akan disimpan selama 3-4 hari atau paling lama seminggu untuk dijerukkan. Ia akan siap untuk dimakan setelah warna jeruk sawi sesuai dan adalah lebih enak jika dimasak bersama asam pedas.


Penulis juga dapat buat tinjauan cara dan bagaimana jeruk sawi ini yang disediakan oleh rakan berbangsa Cina di Melaka. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti 3 liter air, 5 ulas bawang putih yang dibelah dua dan juga  1″ halia yang dihiris. Bahan asas digunakan adalah seperti 3 biji kobis bunga organik atau 2 pokok kai choy (Sila lihat foto kai choy disebelah).
Bahan lain adalah satu (1) cawan gula, Satu (1) cawan cuka epal, 5.5 cawan air sejuk dan juga  4 sudu garam. Kadar garam digunakan mengikut kesesuaian dimana jeruk ini akan sedap dan tidak masin. Kata mereka boleh juga kalau tidak masukkan halia dan bawang putih. Cara membuatnya dengan memasak 3 liter air hingga mendidih dan masukkan bawang putih dan halia. Celur kobis bunga atau sawi Kai Choy tadi selama 30~45 saat dan kemudian ditutup api dan tapis. Kemudian rendam kobis bunga atau sawi kai choy dengan air sejuk selama 15 minit dan toskan. Kemudian dimasukkan 5.5 cawan air, cuka, gula dan garam ke dalam bekas kaca yang besar. Kacau sehingga gula dan garam larut dan kemudian tuangkan semuanya ke dalam balang. Selepas itu masukkan kobis bunga, bawang putih dan halia. Tutup balang dan simpan balang dalam peti sejuk. Jeruk kobis ini boleh dimakan selepas 24 jam dan ianya boleh tahan selama 6 bulan. Selalunya bagi menyediakan jeruk kai choy ianya mudah sedikit kerana daunnya lembut. Adalah dinasihatkan agar jika membuat jeruk menggunakan sayur kobis cina/kobis panjang, sayur ini tidak boleh dicelur. Jika dicelur juga akan menyebabkan sayur ini akan menjadi lembik dan tak sedap..



Pada penulis Asam Pedas Johor yang terdapat dibeberapa gerai di Tanjung Agas atau di Gerai Parit Jawa, Muar adalah terbaik (Sila lihat foto disebelah). Penulis yang pernah bertugad di Muar selama 5 tahun sering berkunjung kelokasi ini untuk bersama rakan taulan dan keluarga menikmati asam pedas yang terkenal ini. Apa pun penulis telah mendapat ilmu untuk membuat sendiri resepi Resepi Asam Pedas Johor bersama sawi jeruk yang popular ini. Bahan-bahan yang sesuai seperti 1 kg ikan kembung atau ikan parang atau ikan pari atau ikan lain yang segar. Sediakan sedikit daun kesum, sawi jeruk, kacang bendi, terung bulat serta pastinya mesti ada asam jawa. Kadar asam jawa digunakan bergantung kepada kesukaan kerana saiz sebesar telur ayam bersaiz kecil sesuai untuk dibancuh dengan air. Semua bahan-bahan tersebut perlu dikisar halus bersama dengan 30 tangkai cili kering. Kadar cili digunakan dimana jika suka pedas maka anda boleh menambah cili. Rahsia penting adalah anda mesti membuang biji serta dibasuh dan dicelur seketika. Bahan ramuan lain adalah 0.5 inci halia, 0.5 inci kunyit, 2-3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah serta sedikit belacan. Cara memasak dengan menumis bahan ramuan yang dikisar tadi yang telah dikisar halus hingga naik minyak. Kemudian dimasukkan ikan dan gaul sebati dengan bahan tumis. Akhir sekali dimasukkan air secukupnya dan sebaiknya jangan terlalu cair serta bahan penyedap rasa iaitu daun kesum, sawi jeruk dan juga air asam jawa. Dalam pada itu ada juga baik jika dimasukkan bahan bendi dimasukkan ketika kuah telah mendidih. Lazimnya air asam jawa hanya boleh anda dimasukkan setelah terung bulat telah empuk supaya terung tidak keras. Makan nasi putih dengan asam peda ini amat menyelerakan dan enak sekali. Wasallam!...
JERUK SAWI... RAMUAN MAKANAN...
BAHAN RAMUAN...BEKAS DISEDIAKAN...

ASAM PEDAS IKAN.... ENAK DIMAKAN...
BUAT SENDIRI...DAPAT PENGETAHUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 330, Hotel Classic,
Jalan Sulaiman, Muar,
Johor,
Malaysia.
(16 Syaaban 1437H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...