SISTEM FERTIGASI BERTINGKAT (multi-level fertigation system) merupakan satu inovasi dalam pertanian moden dengan konsep 'Vertical Farming System'. Teknologi ini telah dibawa masuk ke Malaysia terutama oleh beberapa petani komersil di kawasan Tanah Tinggi Cameroon Highland, Pahang dan disekitar Lojing, Kelantan serta beberapa usahawan tani dikawasan tanah rendah. Kini teknologi fertigasi bertingkat dilakukan walau pun ianya memerlukan kos pembinaan infrastruktur yang tinggi berbanding dengn cara sistem fertigasi biasa atau pun teknik penanaman bahan makanan dikawasan terbuka untuk sistem yang agak canggih. Dalam penulis membuat beberapa siri tinjauan dikawasan tanah tinggi tersebut, beberapa syarikat besar seperti KC Kuang Sdn Bhd dan petani bermodal besar mendirikan rumah Struktur Pelindung Hujan (SPH) yang mana struktur dibina lebih tinggi daripada biasa untuk meletakkan beberapa tingkat struktur penanaman (Sila anda lihat foto diatas). Bangunan tinggi ini yang penulis lihat sudah ditanam dibahagian bawah dengan Bunga Anthurium (Anthurium spp) dan dibahagian atas ditanam dengan jenis Sayur Salad dan sayur daun lain menggunakan teknologi Nutrient Film Technique (NFT). Dalam sistem NFT ini akar tumbuhan hanya sentuh sedikit air larutan baja yang sentiasa mengalir dalam palung tanaman. Struktur yang digunakan untuk bangunan ini kebanyakannya menggunakan tiang besi dan banyak bahan Aluminium. Walau pun kos pembinaan ini mencecah jutaan ringgit tetapi ia dipercayai mampu untuk mendapatkan pulang modal dengan cepat hasil daripada pengeluaran yang signifikan jumlahnya. Kombinasi lain yang dilakukan diplot fertigasi bertingkat dikawasan ini adalah dengan menanam tomato ditingkat bawah dan menanam pelbagai sayur daun bernilai tinggi ditingkat atas. Teknologi fertigasi bertingkat ini adalah lazim dilakukan diluar negara yang bersuhu temperate sebagai satu kaedah menghasilkan bahan makanan dikawasan yang semakin kurang kawasan tanah pertanian. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" artikel ke 3,888 mengenai teknologi penanaman fertigasi bertingkat di tanah tinggi sebagai salah satu daripada 'vertical technology' dalam bidang pertanian.
Ruang bahagian bawah fertigasi bertingkat ini adalah setinggi 8 - 10 kaki (3 meter) bagi membolehkan ia ditanam dengan pelbagai jenis tanaman. Ruangan ditingkat atas pula adalah setinggi 5-7 kaki dan bumbung pula dipasang dengan plastik tebal atau zink plastik jernih. Penulis yang menaiki tingkat atas fertigasi bertingkat pada jam 1.00 tengahari terasa akan bahang panas dimana ini membolehkan tanaman salad dalam palung NFT tumbuh dengan baik (Sila lihat foto disebelah). Palung NFT yang menggunakan jenis palung plastik dan logam ini disusun panjang dengan lantai laluan untuk menguruskan amalan agronominya adalah lantai aluminuim yang tahan. Kawasan sistem ini di Kg Raja yang dipunyai oleh syarikat besar KC Kuang yang merupakan tanah diratakan seluas 10 ekar dengan tanaman utamanya adalah Tomato, Salad, Bunga Anthurium dan beberapa lagi tanaman bernilai tinggi. Seramai 30 orang pekerja ladang kebanyakannya berbangsa Bangladesh akan menguruskan aktiviti penanaman, bekalan air baja, memetik hasil seterusnya dalam pusat pengumpulan hasil ladang. Lokasi ini merupakan salah satu daripada berpuluh ladang sistem fertigasi beringkat di Cameroon Highland yang semakin menarik minat petani lain.
Dalam tinjauan dilokasi lain, penulis mendapati beberapa petani berskala sederhana dan kecil menjalankan fertigasi bertingkat untuk tanaman strawberi (Sila lihat foto disebelah). Struktur SPH dan rangka yang dibina lebih murah dan ringkas berbanding dengan kes yang diatas. Ia menggunakan tiang kayu beruti dan beberapa logam seperti besi GI dan sebagainya untuk menyokong sistem ini. Tanaman strawberi ditanam dalam polibeg atau dalam pasu dibahagian atas dan tanaman sayur daun ditanam dibahagian bawah. Antara jenis tanaman yang ditanam dibahagian bawah fertigasi bertingkat ini seperti daun salad, saderi, daun bawang, kobis dan beberapa jenis lagi. Ada juga yang menanam lettuce dan bit dibahagian atas dan bawah dan ini meningkatkan produktiviti satu unit pengeluaran dikawasan tanah tinggi ini. Kaedah fertigasi bertingkat ini mampu memberikan pulangan lebih cepat dan berganda berbanding dengan kaedah penanaman secara konvensional dikawasan tanah terbuka yang dijalankan. Apa pun kebanyakan petani yang mengamalkan sistem fertigasi bertingkat akan memasang pelindung hujan diatasnya.
Dikawasan tanah rendah pula teknologi fertigasi bertingkat bukanlah menjadi satu perkara baru yang menghairankan. Disekitar Lembah Kelang pun telah ramai dikalangan petani yang menanam sayuran fertigasi dengan menggunakan pelbagai model fertigasi secara bertingkat. Sistem Fertigasi bertingkat ini disesuaikan dengan keadaan sekitar untuk menanam sayur daun, ulam-ulaman dan beberapa jenis sayur buah. Palung air direkabentuk secara bertingkat menggunakan PVC bersaiz 4 inci garispusat untuk ianya disesuaikan dengan air baja. Sayuran ditanam dalam lubang disediakan secara bertingkat atau berlingkaran untuk memaksimakan penanaman (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penting adalah sistem fertigasi ini mendapatkan air baja mencukupi untuk proses pertumbuhannya. Beberapa model fertigasi bertingkat telah ada dijual dipasaran dan syarikat swasta akan membekal, memasang dan seterusnya akan mengajar bagaimana untuk menguruskan sistem ini. Ia juga berkait dengan program pertanian bandar yang dipromosikan untuk menghasilkan bahan makanan seperti sayuran dan ulaman yang segar, bersih dan selamat dimakan. Semuga tulisan ini memberikan idea terbaik buat pembaca semua dari Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!..
FERTIGASI BERTINGKAT ... APA DIA...
JIMAT RUANG.... HASIL BERGGANDA...
CAMEROON HIGHLAND... SUDAH ADA...
TEKNOLOGI NFT;... SESUAI DIGUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kwang's Grapes and Tomato farms,
No 33, Kg Raja, Cameroon Highlands,
Pahang, Malaysia.
(3 Syaaban 1437H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.