Support My Blog

Saturday, May 14, 2016

KESAN KEMARAU KEPADA SEMUA

APA ITU KEMARAU?.  Kemarau ialah sesuatu keadaan di mana air yang terkandung di dalam tanah berkurangan dan menyebabkan kerosakkan kepada tanaman. Dalam hal ini penulis dapati kemarau berlaku apabila lebih banyak air dikeluarkan daripada tanah tersebut akibat kekurangan hujan, suhu tinggi dan larutresapan. Antara sebab utama adalah kerana tiada turunnya hujan untuk beberapa ketika dan penggunaan terlalu banyak air oleh manusia untuk kegiatan-kegiatan mereka seharian. Dalam kes lain juga kemarau selalunya akibat kekeringan disebabkan oleh kekurangan sumber air pada suatu kawasan dalam masa yang berkepanjangan (beberapa bulan hingga bertahun-tahun). Biasanya kejadian ini muncul bila suatu lokasi atau kawasan secara terus-menerus tidak menerima hujan untuk jangkamasa panjang seperti dikawasan gurun. Musim kemarau yang panjang akan menyebabkan kekeringan aebab kandungan air tanah akan habis akibat proses pengwapan (evaporasi), transpirasi atau pun disebabkan oleh penggunaan lain oleh manusia. Kemarau kini menjadi satu bencana dalam kesan terhadap kesihatan manusia dan juga pada sektor pertanian dan ekosistem. Kesan terhadap ekonomi dan ekologi akibat kemarau merupakan suatu proses sehingga menyebabkan ktidak selesaan atau kehilangan berjuta nilai ekonomi. Kemarau yang singkat tetapi intensif dapat pula menyebabkan kerosakan yang signifikan terhadap tanaman terutama tanaman makanan seperti padi, sayur-sayuran dan sektor ternakair. Pada penulis kesan kemarau pada tahun 2016 merupakan antara tahun yang amat signifikan kesannya dimana kekurangan hujan dan suhu panas semenjak Januari 2016 sehingga artikel ditulis selama l4bih 4 bulan amat dirasai. Artikel pagi Ahad ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kesan kamarau dan suhu tinggi dalam kehidupan manusia dengan mengupas beberapa isu yang berkaitan dengan perkara tersebut.

Kesan Fenomena Kemarau Terhadap Persekitaran Fizikal dan Manusia telah diperkatan dalam media cetak dan media elektronik semanjak pertengahan Febuari 2016. Ada juga dijelaskan bagaimana kesan kemarau dan suhu panas terhadap persekitaran fizikal manusia akan menjejaskan produktiviti. Kemarau (Drought) ini lazimnya akan juga menyebabkan persekitaran fizikal menjadi panas. kemudian perkara ini disusuli dengan pembakaran hutan secara semulajadi akibat daripada persekitaran yang panas udara kering terutama dikawasan hutan tanah gambut dan gambur dalam. Kawasan tanah gambut di Daerah Pekan, Pahang semasa penulis membuat pemantauan terdapat banyak 'hot-spot panas' yang menunjukkan berlaku kebakaran akibat kemarau (Sila lihat foto disebelah). Kejadian Jerebu Merentas Sempadan yang berlaku semenjak beberapa tahun kebelangan ini telah menyebabkan banyak gangguan malahan menyebabkan nilai ekonomi yang meruncing. Kesan jerebu daripada negara jiran Indonesia telah menyebabkan asap telah menyelebungi Malaysia untuk jangkamasa panjang pada 2015. Sepertimana yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera pada tahun 1997, 2014 dan 2015 yang berlaku kebakaran hutan yang berleluasa akibat daripada kemarau El-Nino menyebabkan kesengsaraan rantau Asia Tenggara yang terlibat dengan asap ini. Akibat daripada kebakaran tersebut telah menyebabkan berlaku kemusnahan habitat flora dan fauna dan juga berlaku kemusnahan rantaian makanan. Ia juga menyebabkan kepelbagaian biologi dan spesies hidupan liar yang hidup dalam hutan tersebut. 

Kebakaran berlaku akibat kemarau menggalakkan pembentukan jerebu. Kemarau turut menjejaskan ekosistem akuatik seperti dikawasan paya, kawasan tasik dan kolam. Kemarau yang terus berpanjangan turut menyebabkan fenomena penggurunan di kawasan tropika menjadi kering dan ia mudah terbakar (Sila lihat foto disebelah). Adalah menjadi kesukaan beberapa individu yang suka 'membakar' pokok atau rumput kering secara main-main tetapi akibatnya amat teruk jika lewat dikawal pihak berkuasa. Ddalam kes lain dilaporkan bahawa diseluruh dunia kini berlaku pengluasan kawasan gurun terutama dikawasan yang berdekatan dengan gurus sedia ada. Fenomena kemarau turut menyebabkan sumber bekalan air terjejas akibat daripada pengeringan tasik, kolam dan sungai. Penulis berfikir bahawa kesan tehadap persekitaran fizikal dimana kemarau menjejaskan produktiviti pertanian terutama pertanian melibatkan tanaman makanan seperti padi, buah-buahan dan sayuran. Ini disebabkan oleh bekalan air yang tidak mencukupi menyebabkan tanaman mati. Dibeberapa negara yang sering mengalami kemarau yang berpanjangan seperti Somalia, Ethopia dan Chad dan beberapa kawasan lain dilaporkan jumlah pengeluaran hasil pertanian amat sedikit untuk menampung jumlah keperluan makanan penduduk negara tersebut kerana disebabkan faktor kemarau. Disebabkan oleh faktor tersebut ada dilaporkan dinegara tersebut mengalami masalah kelaparan dan kes-kes kebuluran yang tinggi. Kita di Malaysia amat bersyukur kerana walau pun menghadapi cuaca kemarau dan suhu tinggi masih boleh bertahan.

Dalam memahami senario ini lazimnya bagi kawasan khatulistiwa, fenomena kemarau tidak menyebabkan masalah kebuluran dan kelaparan tetapi tetap menjejaskan pengeluaran pertanian. Sebagai contoh sepertimana yang berlaku di Kelantan dan Kedah di mana para petani terpaksa menanggung kerugian yang banyak kerana hasil padi sawah mereka merosot akibatdaripada El-Nino 1997 dan terkini pada 2106. Krisis air domestik turut berlaku dimana kawasan tadahan dan empangan air telah surut malahan telah berlaku catuan air semenjak Mac 2016. Kepada penduduk terutama di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi seperti bandar-bandar besar terpaksa menjimatkan penggunaan air dimusim kemarau ini akibat catuan bekalan air. Beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi kemarau dan suhu panas perlu beri kesedaran kepada penduduk tempatan. Beberapa usaha jangkapendek dan jangkapanjang perlu dilakukan bagi mengatasi fenomena ini. Antara cara memajukan sumber air  adalah dengan penggunaan air bawah tanah (underground water) yang terancang. Antara kawasan yang dikenalpasti hanya perlu digerudi dan dipam airnya untuk disalurkan kepada loji pembersihan sebelum diagihkan seterusnya kepada penduduk.

Pembinaan telaga tiub (tube well) melibatkan kos pembinaan jauh lebih murah berbanding kos pembinaan empangan yang bernilai jutaan ringgit dan juga kos pembenihan awan. Antara beberapa contoh yang telah adalah apa yang dilakukan di Selangor yang dijalankan oleh Puncak Niaga (M)Sdn.Bhd dengan kerjasama Jabatan Kaji Cuaca Malaysia. Selain itu aktiviti membuat pembenihan hujan adalah satu kaedah membuat hujan jika ada awan yang sesuai. Ia dilakukan dengan menggunakan pesawat Dornier Skyvan larutan garam disemburkan ke atas awanKumulusnimbus yang terletak pada ketinggian 800-6000 meter. Larutan garam yang digunakan akan berfungsi sebagai ‘Nukleus Kondensasi’ untuk menarik wap-wapair di dalam awan supaya berkumpul dan bercantum ke arahnya. Setiap kali pembenihan awan dilakukan sebanyak 50kg garam kapur yang dilarutkan kedalam 1,000 liter air digunakan dan disembur ke atas awan dengan menggunakan pengesan kadar aliran (flow rate indicator) yang mampu menentukan kadar semburan sama ada kuat atau perlahan. Proses pembenihan awan ini dilaporkan amat sesuai dilakukan disekitar Lembah Kelang dan beberapa kawasan tadahan hujan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda.Wasallam!.
KEMARAU PANJANG.... BERLAKU BILA...
KESAN PERTANIAN...JUGA MANUSIA...
BANYAK CARA... BAGI MENGATASINYA...
SEMUA BERDOA... KRISIS SELESAI JUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Tebing Tinggi, Bera,
Pahang, Malaysia.
(29 Rejab 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...