BUNGA ATI-ATI (Coleus blumei) merupakan sejenis tumbuhan ornamental daripada keluarga Lamiaceae yang mudah dijumpai dan juga ditanam dinegara kita. Ia juga merupakan sejenis tumbuhan saka dari kawasan tropika yang juga didapati di negara lain seperti di Afrika, Asia, Australia serta kebanyakan negara Asia Tenggara. Terdapat 6 spesis utama tumbuhan bunga ati-ati yang sering dijumpai iaitu C. blumei, C. amboinicus, C. forskonii, C. pumilus, C. barbatus dan juga C. pumilla. Kesemua pokok bunga ati-ati mempunyai warna daun yang unik dengan kombinasi satu atau beberapa warna terang yang agak menarik. Tumbuhan ini adalah jenis tumbuhan yang mempunyai batang dan berdaun lembut. Pokok ati-ati adalah sejenis pokok hiasan yang mana pada saya paling menarik adalah kerana mempunyai daun dua warna terang yang cantik dipandang. Pada saya warnanya yang bertentangan akan memberikan penampilan yang menyerlah sebagai penghias taman rekreasi atau ditanam dihadapan rumah sebagai satu pilihan yang tepat. Dalam bahasa tempatan ada yang akan menyatakan bahawa pokok ati-ati juga dikenali sebagai 'pokok nilam' atau pokok 'bangun-bangun'. Tumbuhan ini memang memerlukan air yang banyak kerana ia berbatang lembut dan terencat pertumbuhannya jika tanah kering atau kurang humus. Paling kritikal dari segi keperluan air adalah pada musim kemarau dimana hendaklah ia disiram dua kali sehari. Namun, air tidak boleh bertakung pada pangkal pokok kerana boleh menyebabkan akarnya reput dan mati. Sebaiknya disiram dua kali sekali jika ditanam dalam pasu dimusim panas dan sekali sahaja jika pada tanah biasa. Artikel subuh ini selepas solat subuh saya terpanggil untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman bunga Ati-ati yang mudah ditanam dan sesuai dijadikan tanaman hiasan keliling rumah atau taman bunga untuk bacaan dan rujukan anda.
Pokok ati-ati yang ditanam dan telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak sekaligus pengeluaran daun muda dimana ia akan berhenti. Selepas berbunga, selalunya disyorkan memangkas dahan bunganya bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok ati-ati memerlukan lokasi penanaman dimana tanah yang sesuai adalaj jenis tanah gembur. Pemerhatian saya sebaiknya tanah dilokasi mesti mengandungi banyak bahan organik bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan proses pertumbuhan. Bagi mendapatkan warna daun yang kuat atau terang sebaiknya pemberian baja dan air dilakukan mengikut kesesuaian umur pokok. Sebaiknya gunakan baja kimia yang mengandungi nitrogen tinggi seperti NPK 15:15:15 atau kombinasi lain dipasaran. Kaedah pembiakan pokok ati-ati adalah melalui akar pokok dan keratan batang. Sebenarnya proses pembiakan ini mudah dilakukan dan ia addalah jenis tumbuhan yang cepat membiak jika mendapat cahaya matahari yang cukup (cahaya matahari tidak secara langsung). Pilih satu varieti atau beberapa varieti pokok ati-ati daripada nurseri atau ambil sahaja daripada rumah kawan-kawan yang mempunyai banyak koleksi pokok ati-ati.
Saya fikir semua orang boleh menanam pokok bunga ati-ati. Ini kerana cara menanam pokok ati-ati adalah mudah dilakukan dan peratus pertumbuhan yang cepat dan kurang kematian. Mula-mula kena sediakan tempat sesuai untuk menanam bunga ati-ati sama ada dikawasan tanah biasa atau didalam pasu (Sila lihat foto sebelah). Campur media tanaman terdiri daripada tanah bakar dan tanah kompos dengan nisbah satu beg tanah bakar dan dua beg tanah kompos. Kemudian ambil keratan batang bunga ati-ati yang sihat dipotong mengukut panjang yang sesuai 15- 20 cm bergantung kepada varieti. Lazimnya ruas perlu di tanam ke dalam tanah untuk mempercepatkan proses pembiakan. Padatkan tanah untuk menyokong tumbesaran. Sebaiknya pada peringkat ini penyiraman pokok ati-ati dibuat mengikut keadaan kelembapan tanah. Dalam masa seminggu biasanya pokok sudah boleh mengeluarkan akar. Dalam masa dua minggu makan anakbenih ini sudah boleh dipindahkan ke tempat kekal untuk menggalakkan pembiakannya. Kalau kita mempunyai banyak varieti bunga ati-ati boleh ditanam secara berkumpulan atau individu mengikut kehendak pemiliknya. Susunan kombinasi beberapa warna dan corak lazimnya lebih menarik perhatian.
Kegunaan pokok ati-ati dahulu banyak diamalkan oleh penduduk kampong secara tradisional. Saya mendapat tahu dimana daun pokok ati-ati boleh digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. Caranya ialah dengan menumbuk beberapa helai daunnya (Mesti pilih yang bersih dan segar) kemudian ia ditambah dengan air bersih. Tapis airnya untuk asingkan bahagian lain sehingga sesuai diminum dengan kekerapan sebanyak dua kali sehari. Selain itu ada kaedah dimana campuran daun ati-ati, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi yang direbus hingga mendidih dan diminum airnya dimana ia dipercayai ia boleh mengecutkan rahim bagi wanita baru bersalin. Bagi kanak-kanak yang mengidap asma pula kita boleh ambil beberapa helai daun ati-ati yang masih berwarna hijau dan campur dengan secubit kapur sirih. Ramas daun ati-ati bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada bahagian dada sebelum tidur. Daun ini juga boleh direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi secawan, campur sedikit gula batu dan minum. Daun ati-ati juga berkhasiat dimana ia didakwa memang boleh untuk mengatasi masaalah penyakit darah tinggi. Caranya dengan mengmbil beberapa helai daunnya dan rebus selama empat hingga enam jam. Biar hingga air rebusan pekat dan minum setiap hari. Bagi mengubati luka pula disyorkan dengan menumbuk beberapa helai daun yang tua sehingga lumat, kemudian sapu pada luka dan ulangi beberapa kali lagi sehingga luka sembuh. Apa juga pun saya nasihatkan agar kita membuat pemeriksaan dengan doktor diklinik atau hospital untuk memeriksa tahap kesihatan dahulu dan mendapatkan rawatan moden. Wasallam!.
BANYAK WARNA...BUNGA ATI-ATI...
BERDAHAN LEMBUT...SUSAH MATI...
MUDAH DITANAM... BAJA DIBERI....
HALAMAN RUMAH...CANTIK BERSERI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 111, Flora Place Hotel,
Jalan Kebun Sultan,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(15 Syaaban 1435H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.