Support My Blog

Thursday, June 5, 2014

AYAM KAMPONG - KOSTING

TERNAKAN AYAM KAMPONG merupakan satu bidang yang kini semakin mendapat perhatian dan menarik minat ramai usahawan muda. Permintaan terhadap ayam kampong saya dapati semain meningkat saban tahun terutama pada hari-hari perayaan dan juga hari bias. Kajian penulis mendapati harga ayam kampong hampir dua atau tiga kali ganda lebih mahal daripada yayam daging dibeberapa lokasi. Ayam Kampong sering diternak secara tradisional dikampong-kampong dimana ayam-ayam tersebut dipelihara dengan jumlah yang tidak berapa banyak sekitar kurang dari 25 ekor sahaja. Ayam-ayam ini lazimnya disediakan reban yang mudah dan diberikan makanan sisa makanan, jagung, ubi kayu atau dibiarkan sahaja ayam tersebut mencakar tanah mencari cacing dan sebagainya. Saya ada juga menulis mengenai artikel ayam kampong (Telur Ayam Kampong - Sila klik disini). Saya memang berpengalaman tinggal dikampong dahulu dan biasa dengan ternakan tradisional ayam kampong di Johor. Kini Projek Ayam Kampung telah berubah dimana ia dilakukan oleh usahawan komersil dengan bilangan ayam kampong (Jenis kacukan komersil) sehingga ribuan ekor jumlahnya. Mereka menjadikan kawasan tanah lapang yang luas agar ayam-ayam ini dapat bergerak dan menghasilkan ayam kampong yang berkualiti. Artikel malam ini saya teruskan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kosting penternakan ayam kampong untuk rujukan anda pembaca blog saya.


Sebelum memulakan projek ternakan ayam kampong, adalah perlu seseorang bakal usahawan untuk mendapatkan maklumat dan kemahiran yang perlu sebelum menternak ayam kampong. Mereka perlu menghadiri kursus formal atau melalui lawatan-lawatan sambil mendapatkan info dari projek yang berjaya. Seterusnya pastikan ada kawasan sesuai untuk menternak dan mempunyai modal serta tenagakerja mencukupi. Penyediaan Pelan Bisnes bagi menentukan viabiliti serta kos Pelaburan Projek disediakan jika berniat untuk mendpatkan pinjaman daripada pihak berkaitan seperti Agrobank, MARA dan sebagainya. Benih Ayam kampong kini terdapat jenis yang tempatan (ayam kampong tempatan) tetapi bagi perusahaan komersil perlu mendapatkan baka yang dijual (Ayam kampong kacukan) yang dijual oleh mereka yang bertauliah. Kemudahan reban ayam, pagar kawasan, faktur keselamatan dari ancaman haiwan pemangsa dan juga bekalan makanan antara kekangan dan perkara yang perlu diperhatikan. 


Kosting bagi menternak ayam kampong yang saya belajar daripada mereka yang telah maju menternak ayam kampong akan dibincangkan dalam artikel ini. Lazimnya parameter digunakan untuk ternakan ayam kampong adalah sebanyak 2,000 ekor dalam satu kali pusingan. Ini bermakna kemasukan sebanyak 2,000 ekor dalam setiap 2 bulan atau setiap  4 bulan yang dilakukan dalam satu pusingan. Sebaiknya bagi pusingan ternakan sebanyak 6 kandang (reban) disediakan dengan giliran 1 buah diisi ayam secara berperingkat. Laporan mendapati lazimnya bagi ayam kampong, kadar kematian sekitar 6 % bergantung kepada keadaan. Bagi ayam kampong nilai FCR (Food conversion Rate) sekitar 3 dimana berat akhir dicapai sekitar 1.8 kg dengan harga jualan RM 5.00/kg diladang. Pendapatan kasar setiap satu pusingan adalah sekitar RM9,500 (6% kematian) sehingga RM10,000 satu pusingan.


Dalam menternak ayam kampong, paling awal adalah pembelian anak ayam umur 1 hari bernilai RM3,000.00 untuk satu pusingan pada hargaRM1.50 seekor. Selepas itu kos makanan ayam iaitu sebanyak RM11,880.00/pusingan atau kadar harga RM5.94/ekor.  Kos ubatan seperti bahan veksin RM120.00/pusingan pada kadar harga RM0.06 /ekor. Kadar kos membina kandang sekitar RM3.00 seekor dan kos utiliti seperti air, gas RM 60.00/pusingan dimana ia dikira pada kadar RM0.03/ekor. Anggaran kos gaji adalah sebanyak RM 300.00/pusingan atau kadar RM0.15/ ekor. Lazimnya jangka hayat reban sekitar 10 tahun. Selain itu perlu juga dimasukkan kos pengangkutan sebanyak RM 200.00/pusingan atau kadar RM0.10/ekor. Kiraan kasar yang boleh dikira dimana kos pengeluaran ayam kampong dikira sebanyak RM 7.78/ekor atau sebanyak RM4.32/kg. Dalam Aliran tunai bagi menternak ayam kampong selama 6 tahun, saya dapati nilai NPV (4%) memberikan nilai RM 54,560 dan jika kadar 10% maka nilai NPV adalah RM 37,046. Kadar pulangan Dalam (IRR) pula agak tinggi iaitu 87% dimana Nisbah Kos Faedah adalah 1.07% (bermakna setiap RM1.00 dilaborkan hanya memberikan pulangan RM1.07 sahaja). Analisa juga menunjukkan tempoh pulang modak selama 3-4 tahun dengan anggaran pendapatan bersih bulanan sebanyak RM 602.00 sebulan. Kosting diatas saya buat sebagai panduan sahaja dan ia boleh disesuaikan dengan pengalaman dan teknologi digunakan. Wasallam!.


TERNAK AYAM...AYAM KAMPONG...
HARGA MAHAL...BUAT PUSINGAN...
SEDIAKAN MODAL... DAN REBAN...
JUAL SENDIRI... IA DISYORKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Ayam Kampong,
Kg Tiang Dua, 
Melaka Tengah,
Melaka, Malaysia.
(2 Syaaban 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...