Menanam Bawang merah Varieti Bombay sesuai pada tempat-tempat yang udaranya sejuk. Suhu yang baik untuk tanaman bawang bombay ialah 18- 20 °C dimana pada suhu ini selalunya menbolehkan proses pembentukan umbisi bawang adalah baik. Di Indonesia, apa yang saya lihat suhu yang demikian terdapat di kawasan dimana ketinggiannya antara 800 -1,000 meter di atas permukaan laut (dpl). Lazimnya pada suhu yang lebih rendah iaitu 10 -15 °C didapati bawang Bombay dapat membentuk bunga dengan baik. Bawang bombay memerlukan cahaya matahari yang cukup banyak iaitu sekitar 14 jam sehari. Jika kawasan tanaman bawang bombay ada naungan atau tidak cukup sinar matahari, maka pengeluaran hasil akan rendah dimana daya simpannya tidak akan lama dan rasanya juga agak tawar. Tanah yang sesuai untuk pertumbuhan bawang bombay ialah tanah yang gembur, subur dan ia banyak mengandungi bahan humus. Bawang bombay adalah jenis bawang yang tidak menyukai tanah yang lembab tetapi ia juga kurang sesuai yang kering. Jenis tanah yang mudah mengalirkan air adalah jenis adalah tanah yang sesuai untuk tujuan penanaman bawang ini. Tanaman bawang bombay ini sangat perlukan air yang cukup banyak namun apabila air terlalu banyak pula mengakibatkan tidak sesuai dimana ia akan merencatkan pertumbuhan bawang tersebut. Ini dilihat dengan tandanya dengan ciri kelihatan seperti daun yang mengering, pembentukan umbisi menjadi lambat atau tidak berbentuk umbisi langsung.
Cara penanaman bawang bombay sama dengan langkah-langkah cara menanam bawang merah dan bawang putih. Ia akan libatkan perancangan penanaman yang menentukan masa mula tanam, memilih biiji benih yang berkualiti, penyediaan tanah, cara atau teknik menanam dan juga penjagaan tanaman. Bawang bombay sebaiknya ditanam pada musim kemarau tetapi harus di sediakan sistem pengairan yang baik. Masa yang paling sesuai untuk menanam bawang bombay adalah pada akhir musim hujan atau pada ketika awal musim kemarau. Jika menanam bawang bombay pada masa banyak turun hujan tanaman akan mudah terserang penyakit. Bawang Bombay dapat dibiakkan dengan baik menggunakan umbisi maupun bijinya. Namun penanaman dengan umbisi lebih banyak dilakukan walaupun harganya lebih mahal untuk membeli benih. Kalau menanam dengan biji harganya akan lebih murah tetapi ada masaalah lain iaitu percambahan dan keseragaman pertumbuhan. Selalunyauntuk mendapatkan biji bawang bombay agak sukar kerana petani perlu mendapatkan secara impot dari luar negeri. ini disebabkan tanaman bawang bombay jarang berbunga dan berbiji di kawasan yang beriklim tropika. Apabila ingin mencuba mendapatkan benih biji sendiri, bawang Bombay harus ditanam sampai menghasilkan bunga dan membentuk biji dimana suhu yang diperlukan untuk ia berbunga adalah 5 -10 °C dan simpan selama 4 minggu. Selanjutnya tanam umbisi tersebut ditempat yang sejuk. Kalau petani sudah mendapat benih yang baik maka ia boleh ditanam.
Di kebun perlu disediakan beberapa batas tanaman yang digemburkan tanahnya dan sudah diratakan permukaannya. Lebar batas 1 meter dan tingginya 10 -15 cm. Batas semaian dibuat dengan aturan dari arah utara ke selatan agar mendapat sinar matahari yang banyak. Bagi penanaman bawang menggunakan BIJI BENIH ia perlu disemai dahulu. Tapak semaian akan dilindungi dari air hujan dengan bubuh peneduh yang terbuat dari plastik. Biji yang telah disemai setiap masa harus disiram agar tidak mengalami kekeringan. Penyiraman dilakukan tanpa menyebabkan air menjadi banjir. Penyiraman dilakukan tiga kali sehari iaitu waktu pagi, tengahari dan petang. Seminggu setelah disemai, biji akan mulai tumbuh. Setelah biji tumbuh apa yang perlu dilakukan merumput untuk membuang rumpai. Setelah umur empat minggu didalam semaian maka perlu dibuat penjarangan anak semaian dengan cara mencabutnya. Semburan racun kimia perlu dilakukan untuk mencegah serangan serangga dan penyakit tanaman. Setelah berumur 6 -10 minggu maka anak semaian dapat dicabut dan ditanam pada batas yang telah disediakan. Mencabut anak semaian boleh dilakukan secara hati-hati dan bila perlu boleh gunakan alat pencukil. Jumlah benih semaian yang diperlukan untuk 1 hektar tanah adalah 300,000 - 400,000 pokok.
Dalam melilih anak benih bawang merah, ia dapat dilakukan dengan cara membuat semaian terlebih dulu. Semaian dibiarkan tumbuh sampai membentuk umbisi muda dengan ukuran tertentu. Umbisi dituai dan digunakan sebagai benih. Umbisi muda tersebut dinamakan 'sets'. Ukuran sets ada tiga kategori iaitu Besar (diameter 2 - 2,5 cm), Sedang (garispusat berukuran 1.25 - 2.0 cm) dan saiz Kecil (Diameter 0.5 -1.25 cm). Ukuran sets yang dipakai sebagai benih adalah 1.25 - 2.5 cm. Sets yang berukuran lebih dari 2.5 cm tidak sesuai dibuat benih. Biasanya sets yang ukuaran tersebut boleh dibuat acar bawang bombay. Jumlah umbi sets yang dibutuhkan untuk 1 hektar jika beratnya 6.3 gram setiap umbi adalah 2.0 - 2.5 tan metrik. Benih juga dapat diambil dari umbisi yang telah tua. Umbisi untuk benih boleh dipilih yang bersaiz besar walupun harganya lebih mahal. Umbisi untuk benih mesti sihat, tidak ada tanda-tanda terkena penyakit, tidak memiliki luka atau telah rosak. Selain itu benih bawang merah harus berasal dari kebun yang benar-benar tua. Umbisi untuk benih sebelum ditanam perlu dipotong bahagian hujungnya dan bekas potongannya dibiarkan kering. Pemotongan dapat dilakukan sehari sebelum umbisi ditanam. Jika ukuran umbisi benih rata-rata 20 gram, maka untuk keluasan kebun 1 hektar perlukan 6 - 8 tan metrik benih.
Penyediaan tanah dilakukan agar tanah tetap dalam keadaan yang baik untuk pertumbuhan tanaman yang akan kita tanam. Penyediaan tanah dilakukan 2 - 4 minggu sebelum penanaman. Aktiviti penggemburan tanah dapat dilakukan dengan alatan cangkul, bajak atau traktor. Setelah itu dibuat batas dengan parit kecil di antara batas. Lebar batas kira-kira 80 -100 cm dan panjangnya disesuaikan dengan ukuran tanah. Sebaiknya, panjang batas adalah 3 - 5 m tinggi batas 20 - 25 cm dengan kedalaman parit 25 - 35 cm. Seminggu sebelum menanam perlu dilakukan pembajaan asas dengan kompos atau baja organik. Baja ini dicampurkan pada tanah batas sampai rata. Dua atau tiga hari sebelum menanam sebaiknya diberikan baja kimia. Setelah semua siap maka aktiviti menanam boleh dijalankan dengan menggunakan ramai tenaga kerja. Setelah siap menanam perlu dibuat penyiraman sewajarnya sehingga ia mula tumbuh dengan baik. Penanaman bawang merah boleh dijalankan di beberapa lokasi di Malaysia terutama dikawasan tanah datar atau tanah tinggi walau pun kos pengeluaran agak tinggi dan saya fikir lebih murah membeli bawang yang diimpot. Wasalam!.
MENANAM BAWANG...ADA CARA...
KAWAL RUMPAI..GEMBURKAN JUGA...
MEMBERI BAJA... IKUT KADARNYA...
BAWANG SUBUR...BAIK TUMBUHNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 304, Hotel Adya Nalendra,
Jogjakarta DIY,
Indonesia.
(1 Rabiulakhir 1435H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.