MENTERNAK AYAM KAMPONG kini menjadi satu aktiviti yang semakin kurang mendapat perhatian terutama sekali dikalangan penduduk kampong tidak seperti zaman dahulu. Ini kerana penduduk diluar bandar dan desa kini amat mudah untuk mendapatkan bekalan ayam daging dengan terdapatnya sistem pengedaran dan kemudahan pusat jualan dipasar dan juga kedai jual ayam daging. Berapa ekor ayam daging yang hendak dibeli sama ada untuk makan sendiri atau kenduri boleh dibeli dengan mudah dan cepat prosesnya. Bagaimana pun aktiviti penternakan ayam kampong kini boleh dan telah dikomersilkan dengan cara moden melibatkan pelaburan yang besar dan bertaraf industri. Sebut sahaja 'ayam kampong', ramai pengguna akan berfikir dua kali untuk membelinya kerana faktur harga jualan runcit yang sememangnya lebih tinggi daripada ayam daging. Ayam kampong yang dijual mencecah lebih RM 25 seekor bergantung kepada saiz dan jantina. Daging ayam kampong yang segar dan kenyal mempunyai rasa yang sangat enak dimasak kicap, goreng berempah, masak kari mahu pun pada saya paling enak 'ayam kampong masak ungkep'. Bagaimana pun kepada mereka yang suka hendak menternak ayam kampong jika ada kawasan sesuai, modal mencukupi dan minat yang tinggi boleh terus membaca artikel ini untuk mendapatkan panduan. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kriteria menternak ayam kampong untuk bahan rujukan dan bacaan semua. Artikel ini ditulis dari Bandar Raub, Pahang semasa lawatan kelokasi tersebut.
(1) Cara Memilih Lokasi Projek Ayam Kampong
Kawasan untuk ternakan ayam kampong sebaiknya lebih dari 0.20km dari kawasan pembangunan atau perumahan (bagi projek komersial dan berskala besar) iaitu mengikut Enakmen Unggas bagi sesetengah negeri (Johor). Bagi skala kecil-kecilan dikampong ia tidak menjadi isu penting. Sebaiknya untuk projek komersil lokasi dipilih mesti jauh dari sumber takungan air bersih (catchment area) serta jauh dari tasik,kolam,sungai dan sebagainya. Seterusnya mempunyai kemudahan asas dan prasarana yang baik seperti jalan, kemudahan air, letrik dan juga telefon. Kawasan mesti mempynyai sistem saliran yang baik dan ada sistem ventilasi yang baik tidak kurang dari 0.5km dari ladang unggas yang terhampiran. Kriteria lain yang perlu diambilkira adalah lokasi tersebut berhmpiran dengan pengguna untuk kemudahan pasaran ayam kampong tersebut. Kawasan juga sebaiknya mempunyai tahap keselamatan tinggi seperti daripada kes kecurian dan serangan haiwan pemangsa.
(2) Sistem Pemeliharaan Ayam Kampong
Terdapat dua cara menternak ayam kampong iaitu (1) Sistem intensif dan (2) Sistem lepas dam separa Intensif (3) Siatem Ternakan Tradisional. Bagi kaedah pertama lazimnya ia dari jenis ayam kampung berwarna dan jenis kacukan (jenis ayam kampong komersil). Reban disediakan adalah mempunyai lantai tinggi arau jenis lantai bawah daripada kayu atau dari lantai simen atau hanya lantai tanah. Keperluan kawasan ternakan mencukupi dengan formula keluasan (1.0 -1.2 kaki persegi untuk seekor ayam. Ayam akan diberikan makanan yang mencukupi sehingga sesuai untuk dijual. Bagi cara ternakan kedua lazimnya jenis ayam kampung tempatan dan kacukan diternak. Ia menggunakan jenis lantai bawah daripada kayu atau simen atau lantai tanah sahaja. Saiz keluasan lantai dalam reban (0.8-0.9 kps/ekor) dimana disediakan kayu untuk tempat bertenggek atau para. Lazimnya ruang makan kering (makana komersial) dan air minuman jenis sistem yang otomatik atau sistem manual. Cara ini lazimnya dari jenis reban kechil dan banyak buah. Setiap reban ada kawasan berpagar. Sistem tradisional bersistem lazimnya untuk ayam kampung tempatan dimana reban berasingan untuk anak, ibu, dara dan ayam dewasa. Ia perlukan ruang bertelur dan mengeram serta kawasan yang berpagar untuk jamin keselamatan ternakan.
(3) Keperluan Infra Penternakan Ayam Kampong
3.1 Perumahan atau Reban
Terdapat 2 jenis reban ayam yang sesuai untuk ternakan ayam kampong iaitu (a) Sistem Terbuka dan (2) Sistem Tertutup. Bagi sistem pertama reban dibina dengan dinding terbuka, dibuat dari dawai punai atau jaring sama ada ianya setingkat atau 2 tingkat. Ia juga mengamalkan kaedah separa bebas dan berpagar. Cara Tertutup mengamalkan kaedah tertutup iaitu keseluruhan reban tertutup sepanjang masa dengan suhu terkawal. Reban lazimnya dibuat setingkat atau 2 tingkat. Kedudukan reban mesti dibina dengan paksi panjang mengikut arah timur-barat untuk mengurangkan kesan pancaran matahari keatas ayam. Reban tidak dibina terlalu dekat dengan jalan awam yang sering digunakan oleh kenderaan mengangkut ayam dimana jarak diantara reban sama dengan lebar reban. Lazimnya rekabentuk reban adalah tahan lama dan kos ekonomik serta mudah diselenggara dan kos ekonomik. Reban juga boleh mengawal dari serangan haiwan pemangsa dengan dengan berkesan. Sebaiknya siatem ventilasi dalam reban yang selesa. Ukuran Reban mempunyai lantai 0.8-1.2 kps seekor dengan lebar reban tidak lebehi 12 m dan tinggi lantai 4 meter. Rekabentuk bumbung yang sesuai bagi peredaran udara yang baik (Sila lihat foto sebelah). Apa juga pun kos untuk membina reban perlu diambil kira. Artikel ini bersambung dengan Ayam Kampong cara ternakan (Part 2) berikutnya. Wasallam!.
TERNAK AYAM... ADA CARANYA...
AYAM KAMPONG... PILIHAN KITA...
BUAT REBAN... REKABENTUKNYA...
DILENGKAPKAN...AYAM SELESA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 302, Hotel Jelai,
Raub , Pahang,
Malaysia.
(3 Syaaban 1435H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.