TANAMAN PENUTUP BUMI CENTROSEMA (Centrosema pubescens) merupakan satu jenis tumbuhan daripada keluarga Fabaceae yang banyak digunakan. Tumbuhan ini juga dipanggil sebagai 'Butterfly pea', 'Centro' di Australia, 'Jetirana' di Argentina dan Brazil dan 'Campanilla' di Colombia. Walau pun ia berasal (natif) daripada kawasan Amerika Selatan, pada zaman kolonial ianya di bawa ke Malaysia dan Indonesia secara agressif oleh penjajah sebagai tanaman penutup bumi diladang-ladang getah dan kelapa sawit pada kurun ke 19. Terdapat lebih daripada 39 spesis Kekacang Centrosema dinegara asal tetapi hanya C. pubescens yang sesuai ditanam dinegara kita. Saya mula kenal akan tumbuhan ini sejak kecil dulu kerana ia di tanam di Estet Nordanal ketika pergi dan balik dari sekolah menengah Kundang Ulu, Muar. Pengetahuan mengenai tanaman penutup bumi ini saya terima lebih jelas setelah belajar di universiti dalam subjek 'Pastura'. Kesesuaian tanaman rumput penutup bumi adalah kawasan di tropika dengan taburan hujan sekitar 800 - 1,700 mm setahun. Selain itu sinaran cahaya matahari banyak adalah sesuai untuk tanaman kacang ini. Ia tahan kepada keadaan kemarau kerana mempunyai sistem pengakaran yang dalam (deep rooted syatem). Ketahanan terhadap banjir juga kategori sederhana. Centrosema ini sesuai tumbuh pada banyak jenis tanah daripada jenis tanah liat sehingga berpasir dengan pH tanah antara pH 4.9 - pH 5.5 paling ideal. Pagi Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai maklumat dan teknologi penanaman penutup bumi jenis Centrosema pubescens yang sering digunakan di negara kita untuk ia menjadi maklumat dan rujukan pembaca semua.
Tumbuhan Centrosema ini merupakan tumbuhan yang menjalar dan memanjat (trailing and climbing) dengan batang (vine) yang mampu mencecah ketinggian sehingga 40 - 50 cm selapas 4 bulan ditanam diladang. Ia akan tumbuh padat dikawasan dimana tanah subur, air yang mencukupi dan dijaga dengan baik. Daunnya berwarna hijau gelap dan agak berbulu terutama dibahagian bawah daun serta mempunyai bentuk yang dinamakan sebagai jenis 'Trifoliate'. Daunnya juga mempunyai berbentuk epiliptik hijau atau epiliptik ovat atau juga berbentuk 'abtusely accuminate'. Saiz daun sekitar 3.5 hingga 4.0 cm panjang dan lebar daun mengikut keadaan persekitaran. Centrosema mengeluarkan bunga yang jelas kelihatan dimana ia lazimnya berwarna putih kekuningan atau ungu bergantung kepada spesis. Bentuknya seperti bentuk rama-rama dan akan menghasilkan buah (Pod). Pod centrosema mengandungi banyak biji berukuran 8 - 15 cm dengan kulit keras berwarna kehitaman apabila cukup matang. Kedalaman akar centrosema bergantung kepada jenis tanah dimana ia sekitar 30 - 40 cm dengan keluasan kawasan akar sekitar 900 cm padu. Kedalaman akar ini membolehkan centrosema ini memang tahan walau pun pada cuaca kering. Kekuatan akar dan liputan daun tumbuhan ini menyebabkan rumpai lain agak sukar untuk tumbuh dicelah-celahnya menyebabkan ia adalah pilihan terbaik sebagai tanaman penutup bumi.
Cara menanam kacang penutup bumi centrosema di Malaysia untuk kawasan tanah baru dibuka diamalkan mengikut pakej teknologi perladangan. Lazimnya ia dicampur dengan beberapa jenis tanaman penutup bumi yang lain seperti Calopogonium mucunoides, Peuraria phaseoloides dan Mucuna bractaeta. Kombinasi tanaman ini ditanam menggunakan sistem tanaman bersepadu dimana ianya akan diuruskan dengan baik (Klik disini) .Pemerhatian saya dibeberapa ladang swasta kepunyaan Felda, Sime Darby, IOI di Johor dan Pahang mendapati penanaman penutup bumi dilaksanakan setiap kali ada penanaman baru ladang sawit dan ladang getah. Kajian menunjukkan kombinasi campuran beberapa jenis kekacang ini disyorkan penanamannya perlu dibuat kerana sifat kekacang yang berbeza-beza. Campuran terbaik adalah mengandungi jenis Calopogonium caerolueum yang sifatnya cepat tumbuh dan tahan kepada naungan. Sekiranya hanya 2 jenis sahaja digunakan disyorkan dari jenis Calopogonium caeroleum sebanyak 1 kg dengan Jenis Peuraria phaseoloides sebanyak 5 kg untuk keluasan satu hektar. Kombinasi lain adalah seperti kombinasi Calopogonium mucunoides (2.9 kg), Centrosema pubecens (1.2 kg) dan Peuraria phaseoloides (1.9 kg). Beberapa kombinasi lain boleh diubahsuai mengikut kesesuaian jenis tanah, keadaan rupabentuk bumi dan musim penanaman (musim hujan atau sederhana kering). Pengurus ladang lazimnya akan membuat pemeriksaan dan pengesyoran kombinasi tanaman penutup bumi ini.
Kacang penutup bumi centrosema ini ditanam menggunakan biji benih yang dikutip daripada ladang benih. Beberapa rujukkan yang saya buat menunjukkan terdapat sebanyak 39,600 biji benih centrosema dalam satu kilogram benih (Lihat foto sebelah). Ini menunjukkan biji centrosema adalah sangat halus dan berwarna coklat kehitaman. Kadar keras kulit biji centrosema sekitar 75%. Kaedah penanaman secara monokrop (tanpa jenis lain) bagi kawasan dusun atau ladang getah yang kecil adalah dengan menabur terus diladang. Jika ada barisan tanaman perlu dibuat jalur sedalam 2.5 - 3.0 cm dalam dimana biji benih masih boleh tumbuh. Buat rawatan biji benih sebelum menyemai dengan air panas memecahkan kadar dormancy benih centrosema. Tanaman ini perlukan pembajaan NPK mengikut kadar walau pun ia mempunyai Rhizobium untuk mengikat unsur Nitrojan dalam tanah. Pembajaan untuk mempastikan kacang penutup bumi ini dapat hidup selama 3-4 bulan. Peranan tanaman centrosema ini merupakan satu spesis yang berkesan untuk dijadikan tanaman penutup bumi di negara kita. Wasallam!.
IA CENTROSEMA ... BERBULU DAUNNYA...
TUMBUHAN MENJALAR... ITU CARANYA...
LADANG LUAS... PENTING PERANANNYA...
MENYUBURKAN TANAH... KITA TANAMNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Nordanal,
Mukim Gerisek,
Muar, Johor,
Malaysia.
(Ditulis pada 13 RabiulAwal 1434H)
(Dipostkan pada 20 Syaaban 1435H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.