Ini juga buah letup-letup. |
Tumbuhan letup-letup mempunyai jenis daunnya seperti hati dengan mempunyai sama ada 3 atau 5 lekukan. Daun letup-letup agak berbulu halus dan berwarna hijau cerah. Daun ini mengeluarkan bau agak busuk jika dilumatkan dan ia mungkin mengandungi bahan kimia. Susunan daun adalah Jenis Bersilang (alternate) dengan tangkai daun yang agak panjang sekitar 2-4 cm. Lazimnya ada Bulu dibahagian hujung daun yang lebih tebal dan panjang. Jika daun ini diramas dengan tangan akan menghasilkan bau busuk atau orang jawa kampong saya kata sebagai bau 'Langu'. Ia boleh dilumatkan dan diletakkan pada bahagian badan yang terluka dan mampu menghentikan pendarahan. Jika pokok tumbuh pada tanah subur yang rimbun, ianya akan menutupi tumbuhan lain dikawasan tersebut kerana ianya adalah padat. Apa yang menarik mengenai pokok letup-letup ini adalah bunganya yang amat cantik dan menarik (Lihat foto sebelah). Warna dan juga bentuk bunga bermacam-macam bergantung kepada spesis dan persekitaran. Pada asasnya bunganya jenis biseksual dari yang berwarna putih sehingga warna putih krim dan ungu ditengahnya. Ia juga mempunyai banyak kelopak dan susunan stamen yang jelas. Bunga ini keluar sepanjang tahun dan bilangan bergantung kepada kesuburan dan umur pokok. Bunga terbuka pada sebelah pagi dan tertutup semula sebelum tengahari. Apa yang penulis pasti ialah kemmungkinan bunga ini mempunyai banyak nektar (manisan bunga) kerana sering dikunjungi pelbagai jenis serangga seperti rama-rama, lebah madu, semut dan sebagainya untuk mendebungakannya. Ini kerana bunganya yang memang mempunyai warna terang dan besar serta ada debunga dan nektar untuk dikunjungi oleh serangga
Paling unik mengenai buah letup-letup adalah buahnya yang terbentuk didalam karung berjaring (Lihat foto sebelah). Karung berjaring ini menutupi buah muda dan mampu memerangkap serangga bagi sesetengah spesia sepabai tumbuhan pemangsa (predators). Buah akan terus berada didalam karung berjaring sehingga masak tanpa diganggu. Buah letup-letup berbentuk bulat (Globose) dengan ukurlilit buah sekitar 2-4 cm. Warna buah lazimnya kuning terang dan didalamnya mengandungi banyak biji berwarna hitam yang diselaputi dengan lendir yang rasanya manis. Saya dulu dizaman remaja pun suka petik buah letup-letup ini dan buka isinya untuk dimakan. Burung suka makan buah ini dan menyebarkan biji yang dimakan kekawasan lain untuk disebarkan melalui najis yang jatuh dan bijinya kemudian tumbuh secara semulajadi. Selain daripada dianggap sebagai rumpai, belum banyak kajian dijalankan mengenai kegunaan tumbuhan ini. Disetengah negara, buah letup-letup masih dimakan kerana rasa manisnya dan memang ia adalah produk organik. Tumbuhan ini juga ditanam dikawasan tertentu dalam taman bunga dengan sistem para sebagai satu tarikan. Pucuk daun letup-letup sesuai juga dipetuk untuk dimakan sebagai sayur-sayuran terutama dikawasan pendalaman. Salah satu kandungan dalam tumbuhan ini adalah bahan 'Saponin' yang boleh digunakan sebagai 'sabun' secara semulajadi. Ada setengah negara yang memgeringkan daunnya untuk dijadikan teh bagi minuman. Saya harap akan ada kajian lanjut mengenai tumbuhan ini dari nilai komersil pada masa akan datang dengan nilai-nilai permakanan atau dijadikan bahan komestik. InsyAllah!.
LETUP-LETUP.... ADA SARUNGNYA....
MASAK KUNING...BERJARING DIA...
LENDIR MANIS.... HITAM BIJINYA...
BUAH NADIR ... BUAH CANTIKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 201, Hotel Premiere,
Bandar Bukit Tinggi,
Kelang, Selangor,
Malaysia
(25 Syaaban 1435H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.