BELALANG KUNYIT (Valanga nigriconis) merupakan sejenis serangga dari Order Anthropod yang terdapat di negara kita dan serangga ini adalah merupakan serangga perosak. Belalang kunyit berwarna kuning kehijauan dikeseluruhan badan dengan titik-titik hitam pada bahagian badan dan nampak nyata tompok hitam pada kaki belakang. Belalang ini mempunyai sepasang sesungut yang bergerak-gerak. Ia mempunyai 3 pasang kaki dimana setiap kaki mempunyai kuku (claws) untuk mencengkam pada dahan atau daun. Sepasang kaki bersaiz besar dibahagian belakang dan ia berfungsi untuk melompat seterusnya kepak belalang tersebut akan digunakan untuk terbang. Sepasang kepaknya terletak dibahagian belakang belalang membolehkan ia terbang kemana-mana dengan mudah. Mata belalang kunyit adalah bersaiz besar dan jenis mata kompound. Belalang kunyit juga bersaiz sehingga 8-15 cm panjang bergantung kepada umur dan lokaliti. Kajian daripada beberapa buku menunjukkan bahawa jangkamasa umur belalang kunyit diantara 6.5 - 8.5 bulan dimana ia sering salin kulit. Belalang kunyit jantan lazimnya salin kulit sebanyak 6 kali sementara belalang betina salin kulit sebanyak 7 kali (Lebih besar). Belalang ini aktif pada suku diantara 27 - 30 darjah selsius dan kurang aktif pada suhu sejuk atau malam hari. Artikel kali ini saya menulis mengenai belalang kunyit sebagai perosak tanaman dalam "Anim Agro Technology' untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada mereka yang ingin mengenali belalang kunyit.

Tidak banyak maklumat kajian tentang spesis belalang kunyit dan kitaran hidupnya atau pun khasiat makanan serta perubatan yang diketahui. Apa yang saya belajar semasa di universiti tahun 1980 dulu menyatakan belalang kunyit tergolong dalam kelas serangga yang mempunyai 3 pasang kaki ( 6 semuanya) iaitu dari Order Ortoptera yang mana belalang dewasa akan makan pucuk-pucuk muda tanaman kita seperti sayuran, ubikayu, pisang dan sebagainya. Semasa kajian makmal daya diminta membuat pembedahan (Disect) perut belalang kunyit untuk lulus periksa. Belalang kunyit merupakan serangga yang mempunyai kitaran hidup tidak lengkap. Belalang kunyit bertelur dalam tanah dan menjalani beberapa peringkat sebelum dewasa dan peringkat dewasa dimana ianya tidak melalui peringkat Larva (Ulat) seperti kebanyakkan anthropod lain. Serangan belalang kunyit banyak terjadi pada musim panas dan kemarau dimana serangga ini aktif dan cepat membiak. Kawalan seranggan boleh dibuat dengan cara manual (Tangkap dan goreng seperti saya buat dulu) atau cara semburan kimia dengan racun serangga (Dulu guna Malathion atau Decis). Kajian mengenai belalang ini oleh para saintis tempatan perlu dibuat untuk mempastikan belalang ini tidak mengancam tanaman sehingga menjadi ancaman seperti yang berlaku di Australia dan Benua Afrika (Musnahkan beribu-ribu ekar tanaman dalam masa singkat). Maklumat mengenai kajian saintifik belalang kunyit juga tidak banyak. Oleh itu sesiapa yang ada maklumat saintifik belalang kunyit kita bolehlah kita share.. Inilah artikel belalang kunyit . Melawat Amsterdam di Belanda tidak jumpa belalang kunyit pun semasa Spring 2014. Wasallam!.
BERCORAK HITAM...WARNA TERANG....
MAKAN PUCUK...BANYAK TANAMAN...
PERLU KAWAL....POKOK JADI AMAN...
PERLU KAWAL....POKOK JADI AMAN...
Related articles:
1. Belut (Klik disini)
2. Burung Walit (Klik disini)
3. Itik Muscovy (Klik disini)
4. Tupai (klik disini)
By
M Anem,
Senior Agronomist,
Eurostar Train Express,
Saint Pancras Station,
London, UK.
(22 Syaaban 1435H)
Senior Agronomist,
Eurostar Train Express,
Saint Pancras Station,
London, UK.
(22 Syaaban 1435H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.